Sunday, July 31, 2011

Jom Exchange " Review Alexa "

Assalamualaikum...

Tadi jalan2 nampak abgteror ajak review alexa.Sebanarnya syiela tak berapa tau sangat pasal ni.tapi bila dah baca serba sedikit infonya dan rsanya boleh memantapkan lagi blog syiela ni.so join jugak la.

Kepentingan review alexa ni adalah supaya kita dapat menaikkan rank blog yang direview and sekaligus rank kita punya blog jugak. So, jom la kita exchange review alexa. Semuanya untuk kepentingan bloggers bersama.Bagi sesiapa yang yang review syiela.InsyaAllah syiela akan review korang punya blog juga dengan 5 bintang.. so jom bersama naikkan rank blog kita ;)

Ok stepnya camni

mula2 pergi dekat sini

http://www.alexa.com/siteinfo/semekarartie.blogspot.com

1. Bila ke sana akan nampak ni .hakhak nampak sangat la blog ni terlalu fofular :P



2. Kemudian KLIK REVIEW
3. Bila dah klik review akan keluar WRITE A REVIEW cam ni. tulis la apa2 pun janji letak bintang manyak2 :)



4. Then submit. Senang je kan. Hehehe syiela pun baru belajar ni...

5. Pilih kaedah yang mudah seperti facebook  jika anda tiada akaun alexa.

6. Selepas review (tak payah bg ayat pjg2. simple sudah) sila komen ye.. nanti syiela akan review korang punya juga.. Terima kasih.....



*** Nak info lanjut pasal alexa ni silalah berkunjung ke blog abgteror.com




muka dah buruk

Assalamualaikum.. 


Semalam syiela balik kampung..  wah best! anak2 pun bukan main suka lagi.. Syiela lg la.. sebab di manjakan.Disuruh duduk rehat je.. Best! naik lemak i :)

Nak jadi cerita time masak tengahari... dah jemu bertenggek saja syiela pun turun dapur join kakak ngan mak masak. tapi tak buat apa sangat pun just potong2 je mana yang patut.Then  tolong goreng ikan dengan ayam... masa time goreng ayam tu tetiba salah satu ayam tu meletup.tak sempat nak elak dah terkena muka. Alahai pedihnya..... belek punya belek tengok muka dah mengelembung dan macam ada air bisa kat dalam..

Dorang semua pakat gelakkan syiela... katanya nasib baik dah kawen kalau tidak jatuh harga.. tapi hubby syiela jawab pe tau... tapi walau bini orang pun jatuh saham skit la di mata suami (dalam nada gurau).. iskh geram ni.. dah la skit ni.. buat main pulak...


Lastnya syiela pergi rehat kat depan sambil tengok TV. kang kat dapur kena usik lagi. dah la skrg ni makin sensitive.mata ni kejap nak kuarkan air hujan :(


Bila dah kena ni baru mencari petua... so cari punya cari jumpalah petua ni... 

1. ketika panaskan minyak untuk menggoreng masukkan sekeping asam gelugor dan biarkan seketika. masa nak menggoreng keluarkan kembali asam tu dan goreng seperti biasa. InsyaAllah minyak tidak akan mercik.

2. masukkan sedikit garam kasar ke dalam minyak dan menggoreng seperti biasa..

Lepas amalkan pertua ni tapi minyak mercik juga.. jangan salahhkan syiela ye.. salahkan orang yang bagi petua ni :)












Thursday, July 28, 2011

Entry Lepas Geram

Assalamualaikum...

Semalam semasa syiela nak keluar lunch ternampak sepasang suami isteri ni romantik lah sangat jalan berpelukan.Wah jeles! sebabnya pasangan ni dah veteran. Still lagi loving.

Tapi bukan nak cita pasal loving couple ni. Bila nampak pasangan loving ni teringat pulak dekat satu keluarga ni.Adegan ni syiela nampak masa on the way nak ke opis beberapa hari lepas. Kebetulan masa tu syiela berhenti dekat traffic light. Sambil layan lagu kat radio dok pandang la kiri kanan. dan kebetulan pagi tu syiela buka tingkap keta, konon nak ambil udara segar pagi2. tapi sebaliknya pula yang syiela dapat.

Di seberang sana ada satu keluarga bersama dengan 4 orang anak kecil diantara 1-7 tahun. Si bapa dah menyeberang ke sebelah sana. Tinggal la si isteri terkedek2 kat belakang bersama anak2. Bila lampu dah hijau si isteri masih lagi di pertengahan jalan bersama dengan  anak. dua di sebelah kanan, satu di dokongan dan satu lagi di sebelah kiri.Yang geram sangat tu si suami berlenggang kangkung sorang2 melintas jalan.

Bila nampak lampu dah hijau di tengkingnya si isteri tadi kat tengah2 jalan ni. Dia marah suruh cepat sikit. Tapi pemandu semua still bagi laluan dekat si isteri dan anak2 untuk melintas jalan. Yela macam mana nak cepat kalau keadaannya begitu. Yang si suami pulak kenapa terlalu mementingkan diri.cuba la bersama2 memimpin anak untuk melintas jalan bukan dibiarkan isteri yang uruskan semua.

Geram sangat tengok keadaan sebegini . Terbayang masa dorang tiada anak dulu mesti loving seperti pasangan diatas tadi. Bila anak berderet dah engkau kat belakang aku kat depan.Langsung tak kisah kesusahan. Lantak la yang penting aku sampai dulu.. BENGANG!



*** sentiasa berdoa agar sampai kedua berjalan bersama sama  seiring dan sejalan ***



Wednesday, July 27, 2011

Tuesday, July 26, 2011

Ramadhan Giveaway!

Assalamulaikum..

Hari ni syiela nak join giveaway dari ahmadhasif  dan roomatenya  wootwoot . Syaratnya pun simple sangat just follow blog dorang dan like fanpage dorang... mudah sangatkan. tak perlu nak tag sapa2.



Antara syaratnya :

1. Follow kedua2 blog roomate sehati sejiwa ni.. DONE  
2. Like Fanpage dorang... DONE  
3. Share post ni kat fb @ twitter @ blog... DONE  
4. Komen saya dah join...  JUGA DONE! 

Moga ada rezeki di sini :)

Sunday, July 24, 2011

minggu ke 25

Assalamualaikum..

Pagi tadi rutin biasa kena pergi klinik.En.hubby pun bergelut menyiapkan Iqbal.Nu nak pi klinik awai kononnya satgi dapat nombor cepat bolehlah balik awal.

Samapai kat klinik jam baru 7.46am tapi dah nampak byg org.Pagar klinik pun belum buka.. hehehehe.. syiela pun beratur sama.buka je klinik tengok2 dapat nombor 8. Dah tau mesti lambat giler.Siap pergi mnum pagi dulu. Pastu ronda2 kejap.Then dekat pkul sembilan baru masuk klinik. Bila pi jengah kat kaunter punya la tension baru nombor 2.Iskh.. iskh... lembabnya.

Then suruh encik hubby bawa balik Iqbal dulu. nanti kang buat perangai pulak. Nak suruh misi cek perut dia sama. Tgu la jugak dalam kepanasan. Pukul 10.45 baru dapa turn. Hmmm mula2 berat ada prob. naik skit je.. kena berleter mkn banyak makanan seimbang.. bukan tak makan tapi ntah le tak naik jugak.

Lpas tu check HB darah.hehehehe gementar gila ni.yela last check up 10.8.Kali ni harap ok le.sebab dah ambil iberet.Nurse nak ambil darah kat lengan tak nak la syiela kang sakit. minta cucuk hujung jari je.takpe kalau tak ok baru nak ambik kat lengan.so bila check tengok alhamdulillah dah naik skit 11.8.lega... ni rupanya pil iberet tu. Fungsinya untuk menpercepatkan proses kenaikan HB.Tapi jangan ambil sebarangan lepas consult doctor baru boleh ambil. Syiela beli dekat farmasi 30biji RM23.00. Berbaloi rasaya..

Curik dari mr google :)

Dan jelma lagi satu masalah bila dorang cek salah satu baby songsang.Dah bagitau songsang pastu dok suruh jangan susah hati.pulak.... Lagipun masih awal lagi.. baby still berpusing.Harap harap lepas ni dua2 normal kembali :)...

*** bertemu lagi nanti edisi twin :) ***



Thursday, July 21, 2011

Wanita Merokok

Assalamualaikum..

Pagi tadi tengah melayan lagu kat radio suria tiba2 nmpak satu keta ni.Tingkap terbuka.Pastu tangan terkeluar skit dari tingkap.nampak rokok di kepit antara jari.Tapi yang berminat nak tahu lagi seban nampak jari tu cantik sangat. Dalam hati dok kata cantiknya jari dia macam perempuan. runcing je pastu kuku berkilat mmg terjaga la.so syiela pun mula la nak intai nak pastikan jantina.

Yela nak tengok juga rupa si jari yang cantik menawan kalbuku ini. Sekali memang perempuan da.Eh! fenomena menghisap rokok di kalangan perempuan di sekitar Kedah ni mmg jarang dapat di lihat. Susah sangat sangat la nak jumpa perempuan perokok.kalau kat bandar2 besar tu mungkin orang tak heran sangat.

Sayang sungguh  muka sangat cun.kulit putih melepak. tapi merokok.dalam dok merokok pun nampak sangat yang mata tengah kuyu tahan mengantuk.Tapi kalau mengantuk sangat pun ambik la benda lain. Jangan dok hisap rokok bukan ke merbahayakan kesihatan.Tak sayang badan agaknya perempuan tadi tu. Iskh ni dah sampai opis tu ternampak2 lagi gelagat perempuan tadi.Tapi terfikir juga apa nak kisah sangat dia sendiri tak fikir kesihatan dia kenapa syiela pula nak lebih2..


*** pagi pagi lagi dah jadi wartawan ***

Wednesday, July 20, 2011

Wordless Wednesday #2 port sesuai untuk menyanyi

Assalamualaikum

 kalau abah takde memang dia cukup gelisah. Lagipun ini anak abah :)



Tuesday, July 19, 2011

Twin makin membesar - minggu 24

Assalamualaikum

Rutin bulanan syiela dah sampai.hehehehe best dapat tengok twin.Macam mana la keadaan dorang kat dalam.Syiela dah terasa perut ni seperti padang bola.kejap kena tendang belah sini kejap belah sana. tak kira masa asyik menendang je.Ai ni baru masuk 24 minggu macam mana agaknya kalau sampai ke penghujungnya.

Sampai je kat hospital orang tak ramai.dah teruja sangat dah mesti cepat dapat turn ni. Seperti yang di jangka memang cepat sangat dapat turn. Mula doctor check dada.yela syiela tengah batuk2 so takut asthma menyerang pulak.Tapi setakat ni ok la lagi.

Time scan yang paling di tunggu2. Perkembangan baby just nice.Memang ok walau nampak satu terbesar sikit.tapi doc cakap itu normal.So far twin ni tak der sebarang masalah.Alhamdulillah.Masa scan tu dua2 tunjuk baik la pulak.hehehehe malu kot sebab doc nak suluh jantina :). So far penilaian doc twin ni sepasang.teruja sangat tapi tu penilaian je sebab kalau nak the realnya kena tunggu keluar jugak.Sebab kekadang ni jangkaan doc pun boleh salahkan.Sebab doc pun tak yakin 100% la sebab katanya twin ni susah skit nak nampak betul batul jantinanya.

Apapun tak kisah janji anak mama sihat.tapi kalau ada girl memang teruja sangat sebab syiela belum ada gegur. Abah pun teruja gila.

Syiela pun ada consul dengan doc berkenaan dengan ubat yang bos syiela bagi tu REFER SINI Alhamdulillah doc cakap ubat tu just supplement yang di cipta untuk ibu mengandung kononnya baik untuk perkembangan otak baby.Tak memudaratkan pun kalau syiela ambik.So syiela decide nak makan lah alang2 benda dah ada.

Lagi satu berkenaan dengan HB darah Syiela doc nasihatkan untuk ambil pil iberet 500.InsyaAllah HB darah akan kembali normal.erk ubat lagi.mampu ke nak lalukan segala macam ubat ni melalui tekak ni.Nanti ada masa syiela tanya pakcik google pasal pil iberet ni. :)

Nampak ke.. Syiela cuma nampak hitam putih je... :)



*** tengah pening pening lalat ***

Monday, July 18, 2011

Dodoi Oh Dodoi

Assalamualaikum...

Seperti post yang lepas rela terpaksa syiela pun balik kampung join acara mengacau dodoi. Bertolak sendiri dengan anak anak memandangkan abah kena kerja (iskh kerja lagi walau hari minggu). Terasa jauh la sangat sungai petani dengan alor setar.Letih sungguh syiela.

Sampai je dekat rumah dah nampak asap.Oh ni mesti dah start mengacau ni.hehehe anak -anak dah teruja.

Tokwan buat buat khas buat cucu dan cicit supaya tak mengganggu
 Jangan gaduh ye main kat situ diam- diam :)
My sis dengan menantunya merupakan orang pertama yang pegang senduk 
 Ha tu dia orang kuat dah ambik aleh bila dah makin berat
 Adeh.. asap banyak sangat aih
 Sementara tu di meja lain..
 Korang buat pulak kami nak isi perut jap
 Tu dia... nak masak dah
May Bro tunjuk skill
My SIL pun nak tunjuk skill walau 'melabu' (dorang pakat usik dia jgn kacau lama2 nanti kuar baby jadi kaler dodoi )
 Iskh nak posing jugak ler...
 syiela di sudut sni .. hihihi ambik tugas ringan je.. jaga baby aleesya... senang jaga budak ni
 iqbal tengah buat konsert :)
 aleesya & mama

Meriah sangat.Walau penat tapi bila dapat berkumpul ramai ramai hilang semua tu. Time nak asingkan tu yang best bisingnya Ya Allah. 


***sedap tau dodoi ni lemak berkrim di sukai keluarga Mat Salleh. InsyaAllah next year kalau tak dak aral kita buat lagi***

Friday, July 15, 2011

Tazkirah Jumaat #1 Sepuluh Amalan Terbalik

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-

1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?

2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap salam berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula salam tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.

3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.

4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.

5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.

6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?

7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.

8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.

9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.

10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.

-----------------------------------------------------------------------------------------------
Mari bersama kita fikir dan renungkan, tergolongkah kita di dalam golongan yang ini?
--------------------------------------------------------------------------------------------------

Thursday, July 14, 2011

hujan peneman malam

hujan mencurah curah menimpa bumi
seperti memahami hati ini
ditemani sepi malam
hingga ke pagi
fajar mula menunjukkan diri
seperti hati ini
 kian bercahaya
seperti menjelmanya matahari pagi
moga kelam malam terus berlalu
dan juga moga matahari terus menyinari
buat selamanya agar dapat  mekar selamanya

Wednesday, July 13, 2011

RELA TERPAKSA

Assalamualaikum...

Syiela dapat arahan dari kampung.Hujung minggu ni semua warga keluarga Mat Salleh mesti balik kampung. Tugas telah bersedia.

Lokasi : Hutan Kampung, Alor Setar
Jam  : pagi sampai petang (16/7/2011) lagi lama lagi bagus
Acara : Kacau dodol

Alamak ayahanda telah bertitah tiada siapa boleh ingkar. Sebenarnya ini macam acara tahunan sebelum menyambut puasa. lagipun dapat mengeratkan hubungan adik beradik.Selalunya bila dapat arahan macam ni memang semua berduyun balik la.Tiada siapa berani ingkar.Barang siapa yang ingkar balik kampung nanti memang bernanah la telinga 


*** ADA SESAPA KE TERINGIN NAK MAKAN DODOL ***

Tuesday, July 12, 2011

Terima kasih bos

Assalamualaikum..

Dua tiga hari lepas syiela sembang2 kosong ngan bos.bermula dengan bisness lepas tu masuk la bab bakal twin ni. Memandangkan bos pun ada experience lahirkan kembar so syiela pun cungkil la petua2 yang boleh diamalkan.Dalam bercerita tu dia ada nasihatkan ambil protein shaklee dgn NeuroGain PB.Syiela angguk je la.Dalam hati dok pikir nk ambik ke.Nanti la balik bincang ngan hubby dulu.Lagipun syiela tak pernah tau pun pasal ubat ni.Maklumlah check up dekat klinik kerajaan je.

Tengok2 petang semalam my bos datang dan hadiahkan syiela NeuroGain PB. Thanks sangat2. Syiela amat hargainya. Tapi nak makan belum berani lagi. Nantilah syiela ada appoinment pada 18hb ni ngan pakar hospital. So time tu ingat nk tanya lebih lanjut pasal product ni.

syiela pun ada tanya en. google jugak pasal ubat ni dan ini hasilnya.

Supplement utk ibu mengandung dan menyusukan anak

Scientifically formulated in Japan, each capsule contains 500mg
of standardized concentrated fish oil prepared under highly
controlled condition, providing
* 250mg of DHA (Docosahexaenoic Acid)
* 18mg of AA (Arachidonic Acid)
* 20mg of EPA (Eicosapentaenoic Acid)
* 70mg of OA (Oleic Acid)
* 3mg natural tocopherol

Dosage
1 kapsul setiap hari selepas makan 

Ada sesapa pernah makan ubat ni ker. Minta pandangan sikit
  *** Minta2 tahun ni ada bonus seperti tahun2 lepas ^_^ ***

Monday, July 11, 2011

Melody Monday #1

Assalamualaikum

Syiela suka sangat lagu ni. Even drama dia pun syiela ikut sampai en.hubby naik pening. Nasib skrg dh habis.

subhanallah aku mencintainya
subhanallah aku menyayanginya
dari ufuk timur hingga ke barat
selalu di hatiku



Giveaway Tiny Pillow

Assalamulaikum..

Hari ni nak join satu GA yang dianjurkan oleh Ardini Humaira.Syiela join sebab berkenan sangat tengok tiny pillow felt craft. Sekali pandang dah jatuh hati.Kalau la menang ni blh la bagi anak2 syiela mesti dorang suka sangat2 ataupun bagi dekat my future twins ka.. hmmmm mesti cantik nanti.Nak berangan kejap...kalau menang nanti tak kisah la Tiny nak kasi warna apa sebab tengok design dia mmg cantik cantik sangat.Ok stop berangan dulu :)

Sesapa nk join GA ni boleh klik banner kat bawah

ads

Nak join GA ni pun senang sangat just buat entry kenapa suka dengan pillow ni and follow owner blog. Senang sangatkan..

Harap2 tuah syiela ada di sini.
 

Sunday, July 10, 2011

Sakit Kepala!

Assalamualaikum...

Sakit kepala oh sakit kepala.Kadang2 rasa nk hantuk je kepala kat dinding bila sakit ni menyerang(mcm la blh lega kalau hantuk kat dinding).silap2 bertambah lg penyakit yg sedia ada.

Sakit kepala ni biasanya berlaku kat kita akibat kerosakkan pada tisu di mana saluran darah dan sel-sel saraf tidak dapat disalurkan ke seluruh badan. Berikut adalah antara punca yang menjadi faktor membawa kepada sakit kepala.

1.Pakaian - cuba elakkan diri anda daripada memakai pakaian yang terlalu ketat di bahagian pinggang serta penggunaan minyak wangi yang keterlaluan.

2.Cahaya - Jangan duduk bertentangan dengan sumber cahaya yang terang.

3.Mata - Kabur dan kelabu tatkala melihat atau merenung sesuatu boleh menyebabkan sakit kepala. Begitu juga dengan memakai cermin mata yang kotor dan tidak sesuai

rawatan alternative yang boleh kita amalkan

1.Baca surah Al-Fatihah ~ 1 kali
2. Baca Surah Al-ikhlas ~ 3 kali
3. Baca surah Yaasin surah ke 58 (Salamun Qaulan Minrabbirrahim) ~ 3 kali
4. Baca selawat ~ 3 kali

Baca dan hembuskan ke telapak tangan serta sapu di bahagian yang sakit.Ulangi sebanyak 3 kali. InsyaAllah sakit kepala akan reda @ berkurangan.

Rahsia surah Yaasin
Barangsiapa membaca surah Yaasin sepenuhnya dan ayat ke 58 di ulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baikmuInsyaAllah dengan izin yang maha Esa niat kita akan di kabulkan.

***NOTA KAKI***

Khasiat ayat 58 ini juga blh di amalkan untuk pelbagai penyakit lain.Mudah2an dapat meringankan sedikit kesakitan kita.

Saturday, July 9, 2011

SIAPA BERTUAH DAPAT HADIAH BAJU HARI RAYA DARI Art Z'Zone

Asslamualaikum...

Beberapa hari lepas syiela telah di tag oleh  @izy@n . So now syiela join juga.Mana tau kot2 dpt baju raya juga.Lgpun baju2 dari koleksi Art Z'zone ni cantik2. Untung sabut timbul. Ye tak  :)

ads



Syarat yg amat mudah:

1.  like page Art Z'Zone . AND follow sangselembai.blogspot.com  
            DONE

2. buat simple entry pasal giveaway ni. letak banner SANGSELEMBAI.BLOGSPOT dan link kan pada page Art Z'Zone.
            DONE

3. tajuk entry haruslah "SIAPA BERTUAH DAPAT HADIAH BAJU HARI RAYA DARI Art Z'Zone" .
          DONE

4. tinggal url entry korang di ruangan komen ini.
           DONE

5. anda hendaklah tag entri ini kepada 3 orang rakan (lebih pun tak apa)


Nak join.klik SINI . Tarikh tutup 20 julai 2011. 


Mudah2an rezeki syiela ada d sini :)

Thursday, July 7, 2011

Sukan Lagi

Assalamualaikum...

Baru2 ni Aiman sukan lg.So dengan rela hati mama pun temankan dengan Iqbal memandangkan abah kena keja.
Pertandingan ini adalah peringkat daerah bagi kawasan Kuala Muda yg di buat di padang Hicom-Honda.

Sampai saja di sana Syiela agak cuak tgk ramai sgt parents serta pelajar.Terfikir juga dlm hati.Blahkah Aiman menang.Yang si Iqbal pulak excited gila. berlari keliling pdg kononnya dia yg bersukan :)

Acara mula adalah kawad kaki.Di ikuti dgn acara2 lain. Antara gambar yg sempat syiela ambil..

Dah nampak mcm girl pulak bila pakai mcm ni

Cikgu + parents sibuk bg arahan

Tgk tu Iqbal sempat lg menyibuk kt situ...
Comelkan

ok dh start.. kiri kanan kiri :)



ni antara acara yg Aiman masuk
ok Aiman.. aim betul2 baling bg kena...

Iqbal tertidur keletihan

nasib la acara yg aiman masuk tu mng :)

bangga ni
bergambar beramai2 sblm bersurai




Akhirnya Tadika Perpaduan Taman Desa Budiman merupakan pemenang keseluruhan dan juga merupakan sekolah sukan terbaik bg tahun ni. CIkgu serta parents melompat2 gembira. .. Nak tau sbb apa budak2 ni pakat pulun main bg menang.Sbbnya cikgu dah rasuah awal2.Kalau sekolah kita menang cikgu akan bawa semua orang makan KFC.Cikgu belanja :)



NOTA KAKI

Anak2 jika di beri imbuhan walau sedikit pasti mereka akan berusaha dgn bersungguh2

Tuesday, July 5, 2011

Now dh 22 weeks!

Assalamualaikum

Mgu ni rutin seperti biasa perlu ke klinik. Punyalah lama tgu kat situ bak kata org blh berumahtangga. dari pkul 2.30pm ada kat klinik dan turn blk 5.20pm.Lama kan.Nasib la bwa dua darwish tu (Aiman n Iqbal)

Routine check 

Berat :58.5 kg (normal)
Tekanan Darah : 100/60 (ok lg)
HB : 10.6 (mendadaknya turun) last month 11.6
Tinggi rahim  : 24cm (nurse ckp tgi dr biasa sbb twin kot)

semasa routine check tu Aiman punya la becok bertanya.Masa nurse nk cek HB Aiman siap tanya dgn nurse..Nurse.. nurse.. nurse ni nk hisap darah mama ke. :) Aiman.. Aiman...

Then masa cek perut.Eh mama ni x malu ke tunjuk perut kt org.tutup la baju tu.Nurse dh senyum2.Then msa nurse dok ckp2 then bgtau yg syiela perlu amik injection untuk elakkan kancing gigi.Aiman terus jawab. Aik td dh cucuk jari mama kenapa nk cucuk lg. Cucuk sikit2 sudah la nanti mama sakit... :) ai syg sungguh kt mama ye. Terharu sangat2!

Tapi kenapa ye injection kali ni sunggguh sakit. Dh dua hari berlalu tapi masih terasa sakitnya beserta lenguh2 tangan... huhuhuuhu


Nota kaki : Ada sesapa blh bg petua untuk cepat naikkan Hb darah sebab x larat nk telan iron tablet tu 4 bj sehari :(

Monday, July 4, 2011

Kurus wajah dengan cas elektrik

Bentuk wajah memberi tanggapan untuk keseluruhan bentuk badan. Walaupun seseorang itu berbadan besar namun jika tidak tembam pada bahagian pipi pasti impresi pertama akan melabelkan bahawa dia seorang yang kurus.Begitulah juga sebaliknya, seorang yang memiliki pipi yang tembam, padahal tubuh badannya kurus akan memberikan persepsi bahawa dia seorang yang bertubuh gempal..

Justeru tidak hairanlah bagi mereka yang memiliki tubuh badan yang besar, maknanya dengan lemak yang terzahir di segenap tubuh dan wajah pasti akan mencari alternatif untuk menampakkan kurus terutama di bahagian yang sering dilihat orang lain iaitu di bahagian muka.

Teknologi kecantikan dunia telah menghasilkan pelbagai peralatan yang terbukti berkesan untuk menangani masalah tersebut.

Tanpa perlu melakukan prosedur pembedahan yang ternyata mengundang pelbagai komplikasi, teknologi kecantikan kini menawarkan perkhidmatan yang selamat, mudah dan berkesan.

Sejak teknik ini diperkenalkan ramai yang mencubaSistem ini bergantung kepada peredaran cas-cas elektrik Galvanic yang bukan sahaja mengembalikan kesegaran diri tetapi menyediakan tenaga kepada kulit yang letih dan nampak suram.Dalam masa 10 minit, lemak, toksin akan dikeluarkan sekali gus menggalakkan peredaran darah, menghilangkan kedutan serta menyediakan perlindungan anti oksida.

P/S : syiela rasa tak perlu kot semua2 ni... 

Friday, July 1, 2011

kawan lama jd kawan baru

salam...

Td syiela buka fb.. dok belek la.. ada satu nama asing ni ... dh lma dh request friend.. tp hr ni tetiba rsa nk approve... so syiela approve la...

Lepas approve dia kenalkan diri kt chat box.Mention sebagai one of my best friend.Aik puas la berfikir.siap renung satu2 gambar dia.muka mcm familiar tp kenapa tak ingat. Pastu syiela siap minta nama penuh lg. Pun tak ingat. Syiela ni jenis trus trang. risau gak dia kecik hati. Yelah beriya dia kenalkan diri. Best friend pulak tu. Tp syiela x ingat.Tak mungkin syiela tak ingat.Setakat ni rsanya even bkn best friend pun bila kenalkan diri cerita serba skit mmg dh ingat. Eh hairan bin ajaib la pulak

Last2 nk cover rasa bersalah syiela ckp la kalau jumpa InsyaAllah syiela kenal kot dan syiela ni tak perasan serta mcm terhilang ingatan kejap. Jadi bantulah syiela supaya kembali perasan dan tlg juga pulihkan ingatan syiela sbb dia kta dia best friend syiela msa form 1-3. pastu dia pindah. so kami terputus hubungan. Tp dok pikir jugak pasal yg smpai tak ingat langsung ni. Takpelah memandangkan masih tak ingat dia pun rancak la bercerita tentang kawan2 semua zaman dulu. Aik kenapa tak ingat lg dan knapa kwn2 yg dia ceritakan langsung syiela tak ingat. Adeh knapa ni.. puas la ketuk2 kepala. xkan hilang ingatan kot.

Ntah mcm mana sembang punya sembang dia mention nama sekolah. Aik kejap rsanya syiela tak penah sekolah tu. syiela mention nama sek lama syiela lah rupanya salah org. kebetulan nama sama dan rupa pun seakan akan. Hadei patut la puas memikir  tak ingat2 rupanya mmg tak kenal pun.

Tapi takpe walau tersalah org dia merupakan one of my friends skrg...