Assalamualaikum
MOSCOW: Kerana ingin tahu sama ada teman wanitanya benar-benar menyintainya, seorang lelaki berpura-pura mati dalam satu kejadian kemalangan kereta yang mengerikan dan kemudian bangkit untuk mengajukan soalan itu.
Alexey Bykov mengupah seorang pengarah filem, pelakon lasak, jurusolek artis dan juga penulis skrip untuk mengadakan adegan kemalangan olok-olok itu.
BYKOV melamar Irena selepas bangkit dari ‘mati.’
Irena berkata: “Kami berjanji bertemu di sesuatu tempat. Tetapi apabila tiba, terdapat beberapa kereta yang kemalangan dan tercampak di sana sini, ambulans, asap dan kebakaran.
“Kemudian, apabila saya melihat Bykow penuh dengan darah terbaring di jalan raya, seorang paramedik memberitahu saya, dia sudah mati. Saya menangis.” Tetapi Bykov yang sudah ‘mati’ bangkit dan melamar Irena, dengan tubuhnya masih dibasahi darah palsu.
Irena berkata: “Saya sungguh marah sehingga hampir membunuhnya sekali lagi, tapi kali ini mahu memastikan dia benar-benar mati.” Mujur bagi Bykov, Irena memahami jenaka itu dan menerima lamarannya. Pasangan itu berkahwin minggu lalu.
Bykov yang berasal dari Omsk, Russia berkata: “Saya mahu dia menyedari betapa kosong jiwanya tanpa saya dan bagaimana dia akan hidup tanpa saya.
“Saya percaya saya berjaya melakukannya. Tetapi itu adalah yang terakhir saya berbuat demikian.” - DM
aduyai.,..., macam macam la...
ReplyDeletemacam2 sungguh... :)
ReplyDeletemat saleg memang pelik2 pun kan..mcm2 hal diorg kan..hehe
ReplyDeleteada jugak buat pura2 mati..ish..mati betul baru tau..huhu-___-
ReplyDeleterasa kosong yg dirasa terlalu sekejap sgt
ReplyDeletebole wat movie cm ni kn!!
ReplyDeleteSajalah tu nak masuk paper cari publisiti. Macam-macam manusia kan Syiela..
ReplyDeletemcm2 lah
ReplyDeleteuii..sampai mcm tu sekali..hihi
ReplyDeletekalo terjadi betul2 tak sempat nak bangkit la..macam2 omputeh ni..huhu
ReplyDeleteBuatnya pempuan tu tak suka kat dia cmna? Rugi gila dgn upah semua org tu. Haihhh
ReplyDeleteni org ayelah kaksyiela bole upah buat lakonan lagi hee
ReplyDeletehihihi memang dahsyat...macam2 mat saleh nie...
ReplyDeleteerrr...cm2 lah dorg ni..hahaha..sha xmo d buat gni..nnt sha yg jln dlu hahahah
ReplyDeleteadeh mcm2 hal la mat salleh ni
ReplyDeleteMacam2lah mat salleh nie nak menguji kesetiaan kekasihnya.
ReplyDelete