Thursday, September 6, 2012

Haramkan loket bertenaga skalar

Assalamualaikum

GEORGETOWN – Orang ramai dinasihatkan supaya tidak lagi menggunakan loket bertenaga skalar (skalar energy) atau beradioaktif yang disahkan memberi kesan buruk kepada penggunanya.
Ia berikutan hasil analisis ujikaji Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA) yang menunjukkan penemuan paras radiasi yang tinggi serta melebihi had yang dibenarkan pada permukaan loket selain menunjukkan kepekatan bahan radioaktif thorium-22 dan uranium-238.
Mohamed Idris menunjukkan loket bertenaga skalar yang boleh memberi kesan buruk kepada si pemakai.
Presiden Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP), SM Mohamed Idris berkata,penjualan loket itu didapati masih berleluasa malah CAP turut menerima aduan pengguna bahawa terdapat sebuah syarikat jualan langsung yang berpusat di Kepala Batas, giat menjual loket
berkenaan manakala sebuah laman web syarikat jualan langsung yang berlainan juga turut memasarkan jualannya.

“LPTA melalui Kementerian Kesihatan Malaysia sudah memutuskan bagi mengharamkan penggunaan Quantum Pendant dan SE Pendant yang masing-masing dijual dua syarikat jualan langsung yang berlainan, malah difahamkan, wakil KKM sudah memaklumkan kepada LPTA bahawa tidak ada bukti saintifik yang menunjukkan penggunaan loket terbabit memberi manfaat kesihatan kepada pemakainya.
“Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan perlu bertindak tegas ke atas syarikat berkenaan yang menggunakan lesen mereka bagi menyembunyikan penjualan produk itu selain menyita stok loket berkenaan sebelum menyerahkan kepada LPTA bagi tujuan penyimpanan dan pengendalian yang selamat,” katanya pada sidang media di Pejabat CAP, disini semalam.
Mohamed Idris berkata,pemakaian loket itu yang didakwa boleh melancarkan peredaran darah, menambah tenaga, meningkatkan tahap kepekaaan serta daya tumpuan dan lain-lain lagi sebenarnya mengundang risiko kerana si pemakai terdedah kepada penyakit kanser atau kesan genetik manakala pendedahan yang paling rendah pula boleh meninggalkan kesan stochastic.
Sehubungan itu, beliau menggesa agar kerajaan supaya mengharamkan segera penjualan dan penggunaan loket berkenaan.
Menurutnya,keputusan pengharaman itu selaras dengan Peraturan 4(1), Peraturan Perlesenan Tenaga Atom (Perlindungan Sinaran Keselamatan Asas 2101 yang menyebut bahawa tiada seorang individu pun yang boleh menjalankan atau menyebabkan amalan itu dijalankan kecuali mempunyai justifikasi.
Pengharaman sama ke atas loket dengan paras radiasi tinggi, SE Pendant 0352, juga diperkenalkan badan berkuasa Hong Kong pada 2009.
Sumber : Harian Metro



9 comments:

  1. loket yang merbahaya ni pun dorang boleh jual? dorang tak kaji ke masa mula2 keluarkan loket tu ye??

    ReplyDelete
  2. doodle dah siap =) http://bunnyinspired.blogspot.com/2012/09/senarai-segmen-free-doodle-by-bunny.html

    ReplyDelete
  3. ehem macam2 produk yg dihasilkan..mama belum pernah lihat loket ni kat sini..agaknya belum dijual di sini..

    ReplyDelete
  4. dah tahu bahaya kepada pengguna kenapa jual...macam2..

    ReplyDelete
  5. nak kaut untung lebih la ni. jual je tak fikir dah kesan pada pengguna.

    ReplyDelete
  6. yala..dah tau cmtu..nak jual lg..ish2 len kali kaji la dlu..baru nak promote..

    ReplyDelete
  7. Macam2 nak cari untung skrg wlpn membahayakan nyawa org ramai.

    ReplyDelete

Orang Sayang Darwisy ^_^