Assalamulaikum
Kedatangan Ramadhan
dengan kelebihannya terutama dianugerahkan satu malam daripada
malam-malamnya yang dipanggil lailatul qadar hendaklah direbuti oleh
kita semua sebagai umat yang cintakan Allah dan hari akhirat. Peluang
yang datang jangan dilepaskan begitu sahaja kerana kelak kita kerugian
yang tidak mampu dibayar dengan tangisan dan penyesalan. Melalui
beberapa hadis Rasulullah s.a.w, baginda menerangkan bagaimana pada
kebiasaannya malam lailatul qadar akan datang pada sepuluh akhir
Ramadhan.
Oleh itu gunakanlah masa ini sebaiknya untuk beribadat janganlah terlalu sibuk dengan persiapan hari raya sahaja. Islam tidak melarang umatnya bersiap untuk berhari raya tetapi kita juga mesti mengutamakan bekalan akhirat yang lebih utama. Betapa ramai yang menghabiskan sepuluh terakhir Ramadhan di kedai-kedai, supermarket, pasaraya dan sebagainya kerana mahu menyambut hari raya sedangkan pada masa yang sama tawaran yang lebih hebat apabila kita beramai-ramai menghidupkan sepuluh malam terakhir itu di surau atau masjid. Janganlah kerana mahu mengejar sementara kita terlupa kepada bekalan apabila bertemu dengan Allah di akhirat sana.
MAKSUD SURAH AL-QADAR
Firman Allah dalam surah al-Qadar 1-5 yang bermaksud : Sesungguhnya
Kami telah menurunkan (al-Quran) pada malam al-Qadar (kemuliaan).
Dan tahukah kamu apakah itu malam Lailatul qadar?. Malam al-Qadar itu
lebih baik daripada seribu bulan. Di malam itu turun para malaikat dan
Jibril dengan Izin Tuhan mereka untuk mengatur segala urusan. Pada malam
itu (penuh ucapan) kesejahteraan sehingga terbit fajar.
SEBAB PENURUNAN SURAH AL-QADAR
Di sini ada beberapa riwayat yang menceritakan mengenai sebab diturun
dan diberi kelebihan malam al-Qadar yang dianugerahkan kepada umat nabi
Muhammad s.a.w dan tidak diberi kepada umat sebelumnya.
2. Ibnu Munzir, Ibnu Abi Hatim dan Baihaki dalam sunannya daripada Mujahid memberitahu bagaimana nabi telah menceritakan tentang seorang pemuda bani Israel telah membawa senjata berjihad di jalan Allah selama seribu tahun maka seluruh umat Islam yang mendengar perkara ini merasa begitu kagum lalu Allah menurunkan ayat ini yang menyatakan bagaimana umat ini akan dapat menandingi ganjaran yang diperolehi oleh pemuda tadi dengan mendirikan malam lailatul qadar.
3. Ibnu Abi Hatim daripada Ali bin Urwah telah memberitahu bahawa pada suatu hari nabi telah menyebut tentang 4 orang daripada bani Israel di mana mereka telah menyembah Allah selama 80 tahun tanpa membuat maksiat walau pun sekelip mata. Semua muslimin yang mendengar cerita ini merasa kagum lalu datanglah Jibril membawa datang ayat ini bagi memberi semangat kepada umat nabi Muhammad s.a.w agar menghidupkan malam al-Qadar supaya mereka akan memperolehi kelebihan melebihi amalan pemuda bani Israel tadi.
4. Malik bin Anas memberitahu bahawa Rasulullah s.a.w apabila melihat kepada umur manusia zaman sebelum ini, maka baginda umur umatnya terlalu singkat di mana baginda merasa bimbang kepada amalan-amalan umat ini yang pasti tidak akan dapat menyamai amalan umat terdahulu. Maka Allah mengurniakan kepada baginda dan umat akhir zaman dengan suatu malam yang lebih baik daripada seribu blan bagi umat lain.
SEBAB DISEMBUNYIKAN MALAM AL-QADAR
Menurut Imam al-Razi seorang penafsir terkenal telah menulis mengenai
sebab Allah menyembunyikan malam al-qadar daripada pengetahuan kita
iaitu sebagaimana berikut :
Pertama : Allah menyembunyikan malam al-qadar sebagaimana Dia
menyembunyikan seluruh rahsia sesuatu yang lain seperti Dia
menyembunyikan keredhaanNya dalam ketaatan seseorang hamba sehingga
menimbulkan kegemaran dalam melakukan semua ketaatan kepada Allah. Allah
juga menyembunyikan saat-saat diperkenankan doa agar setiap pemohon
bersungguh-sungguh setiap kali berdoa. Begitulah juga Dia menyembunyikan
malam al-qadar agar umat Islam dapat membesarkan kesemua malam bulan
Ramadhan tanpa memilih malam tertentu sahaja.
Kedua : Jika diberitahu secara jelas tentang malam al-Qadar maka
ditakuti manusia yang tahu tentang kedatangan malam tersebut tetapi dia
tidak berusaha untuk merebutnya dengan amal ibadat atau pun dia
melakukan maksiat. Ini akan menyebabkan dia terjerumus ke lembah
kecelakaan dalam keadaan dia tahu dan ingatlah bahawa berbuat maksiat
atau tidak bersungguh dalam melakukan ibadat dalam keadaan kita tahu ia
merupakan malam yang mempunyai kelebihan yang besar adalah lebih berat
dosanya daripada kita tidak mengetahuinya. Oleh itu dirahsiakan malam
al-qadar.
Ketiga : Supaya seseorang mukallaf itu bersungguh-sungguh berusaha
mencari malam al-qadar sehingga dia mampu memperbanyakkan ibadat lalu
dia memperolehi pahala daripada kesungguhannya itu.
Keempat : Seseorang yang meyakini akan datangnya malam al-qadar
maka dia akan bersungguh-sungguh mencarinya pada keseluruhan malam
Ramadhan dengan harapan akan berkebetulan dengan malam al-qadar. Allah
akan bermegah dengan usahanya ini dengan menyatakan kepada para malaikat
bahawa inilah manusia yang pernah kamu katakan bahawa mereka akan
melakukan kerosakan dan pertumpahan darah di bumi sedangkan apa yang
kamu lihat ialah mereka merupakan makhluk yang kuat beribadat.
1. Al-Quran al-Karim
2. ad-Durrul al-Manthur fi al-Tafsir al-Ma’thur, Imam Sayuti, Darul Fikr
SUMBER
Moga 10 malam akhir ini kita manfaatkan sebaik-baiknya sebagaimana yg telah kita tahu akan ganjarannnya..
ReplyDeletesama sama la semoga kita dapat malam itu...
ReplyDeleteTadi pun kakain ada dpt email mcm ni...
ReplyDeleteSemoga kite bertemu lailatulQadar tahun ini...insyaallah..
bertuahnya kita klu dpt berjumpa malam lailatulqadar
ReplyDeletesemoga kita dpt jumpa lailatul qadar. InsyaAllah :)
ReplyDeleteSama2lah kita memperbykkan amal ibadah di mlm ke 10 terakhir nie.
ReplyDeleteGud entry nice sharing Syeila..
ReplyDelete