Friday, August 10, 2012

Dam Dam Dum Bunyi Mercun

Assalamualaikum

Sana sini kedengaran bunyi mercun.Kadang-kadang kedengaran bunyi mercun seperti di letupkan dalam tin pun ada.Kejap mercun roket la,kejap mercun bola ada juga mercun naga.Haish tak serik2 dorang ni.

Tak ketinggalan juga budak berdua kat rumah ni.Puas membodek abahnya membeli bunga api serta mercun bawang (ala mercun ni bila baling kat simen @ jln tar akan bunyi kelepek).Akhirnya hari ni si abah mengalah termakan dek pujukan anak-anak. Abahnya membelikan seikat bunga api dan 4 kotak mercun bawang.Jadi kejap tadi ( lepas berbuka) budak besar berdua ni bermain dengan riangnya sambil abahnya memegang Hazim.

Tetiba abah berlari masuk dan tinggalkan Hazim kat aku dengan sungguh kalut.Aku pun bertanya la kenapa.Di jawabnya bunga api Aiman terkena daun serai dan kebetulan daun serai tu kering.Jadinya abah terpaksa ambil air dan jirus ( satu hal pulak).

Dalam pada tu si abahnya beli juga stok mercun bola.Tapi selalunya mercun bola ni bukan untuk di main.Tapi sebagai bekalan kat kampung untuk menghalau monyet @ kera.Ini kerana bila sampai ja musim buah kera akan berkeliaran.Punya la banyak sampai tuan tak dapat nak rasaa walau sedikit.Jadinya kalau di baling mercun bola akan kurang la sikit kera-kera ni.

Pernah sampai satu tahap tu si kera ni masuk ke dalam rumah dan buka tudung saji.Dicurinya makanan kat dalam rumah tu. Jabatan Perhutanan pun ada datang buat tangkapan tapi macam tak luak ja pun.

Jadi mercun bola ni sebagai penyelamat la kat sana.Hehehehe bukan apa yang sponsor mercun ni. Kurang-kurangnya bila sampai musim buah dapat juga merasa serba sedikit.


*** Lambat la si kembar ni nak tido.Asyik terkejut je dengar bunyi mercun

17 comments:

  1. huishhh sipbek la serai je yg terbakar..
    mercun bola utk halau kera ek? hehe

    cik ana pon main mercun bwg je.. kelepek~
    mercun 2 lain mmg abah tak bagi main.. hehe

    ReplyDelete
  2. amboi sampai buka tudung saji eh..hehe

    p/s sini pun dah dam dam dum dah

    ReplyDelete
  3. hahaha..kelakau ar baca, ingatkan lari masuk sebab tercedera ke hape..rupanya pokok serai jadi mangsa..pandai jugak kera2..siap bukak tudung saji curi makanan tu..

    ReplyDelete
  4. adalah juga manafaat mercun tu kan :)

    ReplyDelete
  5. dh nk raya la tu...
    js pun ada beli mercun bawang ni...anak2 dh bsr tak excited sgt mamapapa dia plak lebih2...hikhik

    ***teringat zaman kecik2 dulu2...hehe

    ReplyDelete
  6. thn ni x beli lgi mercun utk anak2

    ReplyDelete
  7. kat sekolah kite pun byk kera. takut.

    ReplyDelete
  8. sya suka mercun..dam dam dum..walaupun dah 21thun..hee

    ReplyDelete
  9. elok budak2 yg duk main mercun skarang nih bwk pg hutan . bg dorang main mercun dlm tu . boleh la halau kera . HAHAHAHA

    ReplyDelete
  10. kera takut ke ngn mercun2 nih?? heheee :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. takut dear sebab bunyi mercun bola ni kuat.. lari la kejap sejam dua.. pastu mai la blk.. maknanya mmg kena main mercun la

      Delete
  11. sama la macam budak2 ni. dok pau abahnya belikan bunga api dgn mercun bawang tu jugak. mercun bawang dah main tapi bunga apinya belum. tunggu abah kerja siang la baru boleh main. ngeee...

    ReplyDelete
  12. mercun bola tu bahaya la....geram sungguh dgr bunyi mercun tambah time qalief tido hangat hati betul la....kejap2 dia asyik terkejut dgr bunyi mercun....

    ReplyDelete
  13. kat sini pun dh riuh bebudak ni kt bawah main mercun..

    ReplyDelete
  14. bebudak depan umah shu ni smgt dok main meriam buluh. tiap malam dok bising. hoho.

    ReplyDelete
  15. Sponsor mercun dpt juga buah,hehehehe...

    ReplyDelete

Orang Sayang Darwisy ^_^