Assalamualaikum
Seperti yang di duga malam Raya Pertama saya dah start gigil badan dan demam.Makan Panadol alhamdulillah terus kebah.Mungkin banyak sangat mengendong kembar kot.dah lenguh-lenguh badan
Esoknya SIL buat sambal petai dan udang.Wah udang tu memang menggoda jiwa.Saya ni bukannya jenis yang makan petai tapi hari tu memang saya makan tak ingat.Hehehe sedap rupanya sambal petai udang n i :). Bila dah tengahari sikit gerak ke kampung hubby lagi sekali ke rumah adiknya menghadiri rumah terbuka. Makan lagi :)
Kemuadian keluarga hubby seperti biasa buat rombongan raya ke rumah-rumah sedara.Kami konvoi dalam 6 biji kereta (ala-ala nak pergi meminang la pulak ). Nampaknya si kembar still takut dengan orang masih di kendongan. Agak keletihan jadinya kami berkeputusan untuk tidak mengikuti rombongan ke rumah yang seterusnya.Kalau tak salah kami join dalam 2- 3 buah rumah je. Tu pun dah jenuh layan ragam si kembar ni.
Dalam perjalaan pulang hidung pun meleleh-leleh nasib la SIL tolong belikan ubat dan ada juga habuan tuk si kembar.Botol susu baru.Cantik.. thanks ye.Alhamdulillah rezeki dorang melimpah ruah. Malamnya tekak mula buat hal.Dah start terasa perit.Sure tak best nak tidur nanti.
Raya Ke tiga
Memandangkan keadaan saya makin teruk makanya saya terperap je kat tempat tidur. Pagi tu dah start terasa macam susah nak nafas (tanda-tanda bakal di serang asma).Kemudian suara pun dah start serak ( ala-ala itik serati dah). jenuh nak jerit supaya orang faham apa yang saya cakap.
En.Ad dah kembali ke Sungai Petani untuk bekerja tapi kejap je.Cuma untuk hari ni dan esok kemudian dia akan bercuti panjang lagi..Rancangan kami untuk ziarah anak BIL tak menjadi.. kita hanya merancangkan :(
Jadinya hari ni saya rehat je kat rumah takut keadaan makin melarat.Jangan la makin teruk haru nanti.
Raya Ke Empat
Seawal pagi En. Ad bertolak kembali ke Sungai Petani.Hehehe hari ke dua En.AD berulang dari ALor Setar ke Sungai Petani.Dia risaukan keadaan saya sebenarnya.Dengan anak-anak lagi.
Alhamdulillah petangnya En.Ad kembali dengan cuti panjang.Dapat la saya rehat dengan tenang nanti. Tapi malam tu keadaan saya makin teruk.Saya di serang asma.Memang tak leh nak tidur.Nak kejut En. Ad kesian pulak.Inhaler langsung tak membantu. Jadinya saya cuma tunggu hari cepat cerah untuk meminta bantuan :(
Raya Kelima
Paginya En.Ad bawa saya ke reasat untuk ambil nap.Dua kali kena kat sana alhamdulillah keadaan saya makin pulih.Jadi balik ke rumah. rehat kejap.Si kembar memang di bawah perhatian kakak saya serta anak-anak sedara.Walau dorang tak nak tapi terpaksa rela juga.
Petangnya keadaan saya makin teruk.Jadinya sebelah malam En. Ad bawa saya ke hospital. Sampai je di unit kecemasan saya terus di suruh masuk ke zon asma dan terus diberi nab. Cekap sungguh kakitangan Hospital Sultanah Bahiyah (Alor Setar) ni. Terus saya di beri rawatan.Selepas 45 min di beri nab dan di beri rehat selama 25 minit doktor datang cek kembali.Ternyata keadaan saya seperti tadi tiada sebarang perubahan. Jadinya doktor berkeputusan memsukkan ubat melalui saluran darah kat tangan dan ambil nab lagi sekali selama 45 min lagi.
Selepas di masukkan ubat tu saya mula rasa mual nak muntah sebabnya masa datang tadi perut kosong.Mula berpeluh-peluh macam nak pengsan. En. Ad bergegas pergi beli roti dan air.Hehehehe saya makan kat situ tanpa segan silu :)... Alhamdulillah selepas kena nab dua kali dan di masukkan sati tiub ubat saya kembali bernafas seperti biasa. Tak macam datang tadi berjalan macam baru lepas bersalin tapi bila balik lajunya jalan macam orang yang sangat kuat :)
Raya Keenam
Kat sini musim menuai padi jadinya saya tak dapat nak tengok dari dekat memandangkan keadaan tak mengizinkan.huhuhu.Rindu zaman kanak-kanak dulu. Cuma Aiman dan Iqbal amat teuja dengan mesin tuai padi tu.. InsyaAllah nanti saya ceritakan episod kegembiraan dorang
Sabtu
Akhirnya kami bertolak balik ke Sungai Petani dalam keadaan saya yang masih kurang sihat.Masih batuk-batuk dan suara pun masih serak-serak. Kini dah berjangkit pula pada Haziq.Kesian dia.janganlah sampai kena asma pula.
En.Ad pun semalam dan terjangkit selesema.Selalunya En.Ad ni memang kuat tahanan badannya tapi kali ni dia tak terlepas.Jadinya semakin lemau la saya.
Pagi tadi tengok En.AD dah ok hehehehe harap-harap berterusan.Cumanya saya ni yang masih batuk-batuk dan berhingus... cepatla berlalu
*** Panjang entry kali ni kan ^_^
As salam Syiela,
ReplyDeleteMoga cepat sembuh... syafakallah... kami pun ade history asthma tapi skrg bila dah bertambah usia hilang sendri... tp kdg kala terasa juga mcm nak kena balik lg2 bila time musim sejuk skrg ni :)
Salam Aidilfitri,
ReplyDeleteFatin Zaini datang singgah dan menjadi follower baru anda..
salam perkenalan dari saya, jemput ke sini http://www.fatinzaini.com
Ehh . Raya2 , sakit pulak . Ehm sabar ek ALLAH hanya menguji tue .
ReplyDeleteSemoga k.syiela sekeluarga sihat sejahtera lepas nie , aminn (:
ala kesiannya...moga cepat sembuh ye...
ReplyDeletePanjangnya entry raya..
ReplyDeleteSelamat Hari Raya Aidilfitri :D
time raya tak sihat mmg terbatas la aktiviti berziarah...dah la banyak makanan best2 masa rayakan....apapun semoga sembuh seperti biasa...salam aidilfitri...:)
ReplyDeletesiannya ...., beraya dalam keadaan yg tak sihat ya....semoga cepat sembuh ya dik..
ReplyDeletewuaaa...meriahnya raya... sampai 6 kereta tu...
ReplyDeletekak mmg musim rasanya..famlly saya bjgkit batuk dan selsema..lpas sorg sorg smpai baby pn kena huhu..mam ubat ye sis..
ReplyDeletejom...join http://opzzpinky.blogspot.com/2012/08/contest-fizgraphic-vector-gambar-saya.html
ReplyDeletesha tag akak
mg cepat sembuh..bahaya gak asma ni..
ReplyDeletesian akak beraya dlm keadaan kurg sihat kan.. sy ni br start nak selsema..
ReplyDeleteSalam dan selamat hari raya syiela sekeluarga.
ReplyDelete"Syafakillah syifaan ajilan, syifaan la yughadiru ba'dahu saqaman"
ReplyDelete~semoga Allah menyembuhkanmu secepatnya, dengan kesembuhan yang tiada sakit selepasnya.
susa jugak orng ade asma ni
ReplyDeletehope xkronik
smoge cpt smbuh k
Salam lebaran Syiela.
ReplyDeleteKesiannya....moga cepat sembuh ye.
kesiannya baca.. sakit time raya mmg agak mencabar.tapi dugaan kan. bersabar ya. Semoga cepat sembuh.
ReplyDeleteSalam lebaran. <3
saya pun baru je nak baik dari selsema ni...semoga cepat sembuh yer kak :)
ReplyDeletehamboi..meriah gila raya... bestnya.. tapi kita serupa. saya pun tak sihat.. meleleh2 hingus ni
ReplyDeletealahai...ni br betul dipanggil demam raya.. huhu
ReplyDeletesalam..selamat hari raya buat syiela sekeluarga..demam raya sungguh la ni..kesian la pulak ada asma ekkkk..rayalah ada makanan best2..ni dah sihat ke belum..
ReplyDeletedugaan di bulan syawal tu kan..sian akak
ReplyDeleteKesian syiela, maybe badan kita dah terbiasa dengan puasa kot, bila makan tak ingat tu macam-macam terjadi dekat badan ni.
ReplyDeletela kesiannya syiela... tak dpt la beraya sakan yea... :D
ReplyDeleteMoga cepat sembuh ye, rajin2 makan ubat ;)
ReplyDeleteSelamat Hari Raya :D
ehem semuga syiela dah sihat sepenuhnya..masih beraya lagi arini?..
ReplyDeletetime raya tak sihat mmg tak best. raya kedua saya dgn biras sakit perut. huhuhu...
ReplyDeleteSiannya dgn Syiela kena asma plk bila raya,kak Nurul pun sekali ada kena asma bila raya berapa thn lalu spi ambik injection baru ok.
ReplyDeletetu dia...entry beraya dia....padat..hihi..
ReplyDelete