Thursday, August 16, 2012

Kanak-kanak lima tahun maut dilanggar lori

Assalamualaikum

TEMERLOH — Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang berbasikal ke sebuah kedai runcit berdekatan rumahnya, maut dilanggar sebuah lori di hadapan kedai berkenaan di Taman Tualang Indah, dekat kawasan perindustrian Temerloh.

Dalam kejadian 7.40 malam tadi, kanak-kanak itu, Khairul Azmi Abdul Rashid, mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Temerloh, Supt Zundin Mahmood, sebelum kejadian, kanak-kanak itu dikatakan merengek-rengek dengan ibunya meminta izin untuk membeli mainan yang berharga 50 sen.
"Di tempat kejadian, pemandu lori terbabit, 36, yang baru sahaja membeli rokok menghidupkan enjin kenderaannya untuk meneruskan perjalanan.

"Tiba-tiba dia terdengar bunyi seretan yang kuat di bawah kenderaannya lalu berhenti untuk membuat pemeriksaan."Pemandu lori terbabit mendapati terdapat sebuah basikal kecil di bawah lorinya dan di belakang kenderaannya pula kelihatan mangsa terbaring,” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata mangsa parah di kepala akibat digilis dan mati di tempat kejadian dengan mayatnya dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah untuk bedah siasat.

"Jenazah kanak-kanak itu telah dituntut keluarganya lewat malam tadi dan telah selamat dikebumikan,” katanya.

Zundin berkata kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. — BERNAMA

Ibu bapa perlu lebih prihatin.Anak kecil tak perlu di biarkan ke kedai tanpa sebarang pengawasan.Malang memang tak berbau.Elok kita beringat sebelum terkena.Takziah buat keluarga mangsa

Sumber asal : Kosmo

Meh isi tabung dulu SINI, SINI, SINI... Terima kasih ye sudi menderma untuk saya :)

27 comments:

  1. al-fatihah buat keluarga beliau..

    ReplyDelete
  2. kasihannya...apalah agaknya perasaan ibu dia tu kan..moga anak2 kita selamat dari mala petaka cam tu

    ReplyDelete
  3. ntah laa, x sepatutnya berlaku pkara cmni klau lebih prihatin.. takziah...

    ReplyDelete
  4. Pastikan kanak2 kecil sentiasa di bawah pengawasan org dewasa..

    ReplyDelete
  5. Astagfirullah..INDONESIA turut prihatin,salam UKHUWAH selalu.

    ReplyDelete
  6. Kesiannya. Takziah buat keluarga arwah.

    ReplyDelete
  7. kemalangan seperti ini boleh dielakkan..walaupun dah ajal dia tapi macam dia terlalu kecil untuk berbasikal sendiri ke kedai. Takziah buat keluarga arwah

    ReplyDelete
  8. huhu bc seram.. kalau tgk.. ish2.. mintk dijauhkan.. sama2 kita berhatu2 :)

    ReplyDelete
  9. ya allah kpe mcm ni..kpe bia dia sorg2 g kedai huhuh...salam takzian tuk kluarga mgsa..sedih bca kak huhu..5tahun tu sbya ank buah shida yg sulung tu jer.. ;(

    ReplyDelete
  10. kesiannya..... Alfatihah...

    takziah buat keluarga arwah...

    ReplyDelete
  11. Segalanya dh suratan takdir namun tidak bermakna kita hanya berserah..
    Takziah buat keluarga arwah.

    ReplyDelete
  12. sedih...dan terharu...dh la dekat2 nk raya kan..xtau la camne perasaan time camtu...salam takziah buat famili arwah...


    ***selamat hari raya syiela...maaf zahir dan batin^^

    ReplyDelete
  13. alfatihah, dekat raya jd cmni sedih sgt kan

    ReplyDelete
  14. Ya Allah..sedihnya,inilah yg kawan saya cerita tu,dekat rumah dia ni

    ReplyDelete
  15. Nak cakap banyakpun tak guna..takziah pada ahli keluaga pesan ku berhati2 dijalan raya.

    ReplyDelete
  16. Kesiannya. Nak raya pula tu.. mmg tak boleh biarkan anak keluar sendiri.. Al-fatihah buat arwah

    ReplyDelete
  17. Kesian. Alfatihah. Kena beringat dgn keselamatan anak2

    ReplyDelete
  18. Astagfirullah... kesianya anak itu.. takziah buat keluarga.. alahai..pasti sedih meyelubungi keluarga mangsa lebih2 nak raya nii..huhu

    ReplyDelete
  19. Salam lebaran syiela..
    Maaf zahir Batin
    ‘Taqabbalullah minna waminka’
    (Semoga Allah menerima amalan kami dan amalanmu).”

    ReplyDelete
  20. memang kena hati2. keluar ke kedai malam2 even dekat dan dah jadik kebiasaan pun kita kena pantau.

    ReplyDelete
  21. Al-Fatihah untuk keluarga arwah...kenapa la ank kecil dibiar pergi sendiri tnpa pengawasan...sedih la

    ReplyDelete
  22. Al fatihah..5 tahun tu kecik benor dilepaskan gi kedai srg2..

    ReplyDelete

Orang Sayang Darwisy ^_^