Empat dipecat kerana berpuasa

Assalamualaikum

Paris: Badan Islam Utama Perancis kelmarin mengecam satu keputusan sebuah majlis bandar memecat empat kakitangan kem musim panas kerana berpuasa ketika Ramadan sebagai “sewenang-wenangnya dan diskriminasi.”

Empat pekerja itu, yang diambil sementara oleh bandar Genevilliers di pinggir ibu kota ini untuk mengendalikan satu kem sukan di barat daya Perancis, dipecat 20 Julai lalu, hari pertama Ramadan, selepas dimaklumkan mereka membahayakan keselamatan kanak-kanak dengan tidak makan atau minum antara awal pagi dan matahari terbenam.

Mereka kini merancang untuk mempertikaikan pemecatan itu menerusi mahkamah buruh Perancis dan Majlis Fahaman Islam Perancis (CFCM) berkata kelmarin ia mempertimbangkan menyaman majlis bandar Genevilliers kerana diskriminasi.



Kelmarin 4 pekerja itu mempertimbangkan menyaman majlis bandar Genevilliers kerana diskriminasi”. - Majlis Fahaman Islam Perancis (CFCM)

Mereka di pecat atas alas an tidak menghormati syarat kontrak dengan cara mungkin membahayakan keselamatan fizikal kanak kanak yang dipertanggungjawabkan kepada mereka.

Sedangkan di Malaysia ramai yang ponteng puasa.Cukuplah aku katakana di Sungai Petani ramai yang sewenangnya membeli makanan tanpa rasa malu.Kebanyakan berhelmet tutup dan seawal pukul 11 dah menjengah ke kedai makan.

Sumber : Berita Harian

*** Sangat marah pada tuan kedai yang menjual nasi berlauk seawal jam 11 pagi.Ramai yang berpusu-pusu ke sana tanpa rasa malu...Sedarlah wahai manusia

21 comments:

  1. macam2 sekarang ni..
    semoga Allah pelihara kita semua..

    ReplyDelete
  2. kat sana nk pose xblh tp kt sini sengaja bolehkan...

    ReplyDelete
  3. awat la... bahaya sangat sampai boleh mati ke puasa ni...

    ReplyDelete
  4. Iman tak boleh diwarisi tapi kita kena didik anak kita sedari ianya dalam kandungan agar keimanan dipupuk di dalam hati...

    ReplyDelete
  5. sajelah derang ni nk cr pasal dgn umat islam...

    ReplyDelete
  6. eee tak hormat langsung penganut agama kita.. kita dok hormat semua berbilang bangsa.. diorang asik nak susahkan umat Islam.. kejam

    ReplyDelete
  7. mcm2 betul diorang buat kt org islam yer..huh

    ReplyDelete
  8. ada jerr ternampak dgn mata sendiri penjual buah x puasa...1 ramadan dh ada buat perangai

    ReplyDelete
  9. itu kat negara orang...kat negara kita ni orang Jabatan Agama Islam macam senyap je..padahal rata-rata dah bising sana sini buka kedai awal...g lah serbu sekali sekala..

    ReplyDelete
  10. Ada juga undang2 mcm tu. Diorg tak faham sebenarnya :)
    Org nk cari pahala bg org puasa makan. Ada pula yg nk cari dosa bg org tak puasa makan.
    Pilihlah nak pahala ke dosa?

    ReplyDelete
  11. mcm2 cara orang nk jatuhkn umat islam... lps satu2 depa wat hal

    ReplyDelete
  12. jahat sungguh diaorg..allah akan membalas perbuatan mereka yg menganiaya org2 islam..

    ReplyDelete
  13. atas dunia boleh lepas la. kat china pun ada syarat macam u. tak dibenarkan puasa. tu yang boleh jadik rusuhan tu.

    ReplyDelete
  14. Diorg x tahu nikmat puasa sebenarnya.

    ReplyDelete

Orang Sayang Darwisy ^_^


GUA BLOG


CARI MEMBER

BUSUK

PING JE