Tuesday, May 31, 2011

Tuesday, May 31, 2011

Burung yg comel


 Tetiba nak buat entry berkenaan burung pulak.. hehehehe.. comel je kan jom layan...


kalau x salah yg ni brg cinta sbb dgr citanya brg ni kalau ada sekor je mcm ssh nk idup... betul ke??   hehehhe
ni brg apa ntah... tapi sbb nmpak cute sgtkan...



Ni pun... sukalah tgk...






   
Tuesday, May 31, 2011

AKU KATA TAK NAK , TAK NAK LAA !

Salam dan selamat pagi..

Semua tahu merokok ni membahayakan,memudaratkan tapi nape ye ramai jugak yg masih merokok.. konon dh jadi tabiat... yang hairannya bila bulan puasa boleh pulak puasa rokok seharian tapi lepas bukak puasa bermula la pulak aktiviti 'menghalau nyamuk'.


Agaknya kenapa dorang merokok ye... duit dh byk kot.. hobi... saja suka2... release tension... ada aja alasan & ulasan dorang nih...

Pada mereka yg merokok tu sudah2 la... bak kta org kedah otak ada pikiaq la no... kesian org lain yg terpaksa menanggung kesakitan ats asap korang tu... nak2 ibu mengandung macam aku ni... hish x suka sungguh kalau ada si perokok yg berdekatan...

Moga si perokok semua dapatlah berubah sikap... pakat2 kata  AKU KATA TAK NAK , TAK NAK LAA ! :)

Sesapa join jugak klik SINI ye...

P/S : kalau terasa duit dh byk sgt buatlah amal kebajikan ye..

Monday, May 30, 2011

Monday, May 30, 2011

camne nak centre header...

Pening kepala i... menjengah sna sni.. mencari entry berkenaan nk centrekan header.. Almaklumlah budak baru nk berblogging.. so mmg byk yg x tau

Puas menjengah dari 1 blog ke 1 blog... semuanya x menjadi... akhirnya i jumpa mottymot punya blog . i pun try follow la instruction dia... nk tau camner nk buat  klik here... alhamdulillah... dpt jugak sya centrekan my header... keh3x...

Mmg saya budak baru belajarkn... apapun thanks a lot 2 cik mottymot... hrp2 lepas ni byk lg yg boleh belajar tuk mencantikkan lg my blog.... :)
Monday, May 30, 2011

Rindu Sangat...

Baru semalam Aiman + Iqbal di tinggal di kampung... semalam tido keseorangan coz abah pun outing sampai 31hb nie... huhuhu sedih sbb x dak org nk ckp... ckp kt tepon kejap je. x sama mcm depan mta...

Mcm mana nak bertahan sampai jumaat ni... 1 hari bagaikan setahun... adoi lambatnya msa berputar... tapi kalau ada ank2 disisi 1 hari mcm x terasa kejap je dh mlm...





Blk dari kerja ternampak2 byg si abg & adik bergaduh... rindu sungguh mama dgn gelagat nakal ank2 mama.... time mkn mlm berebut mknan... time tido berebut katil.... semua terbayang di ruang mata...

Tadi telefon bertanya kabar ceritanya semalam adik nagis kejap mencari mama... mesti adik pun rindu.. almaklumlah x pernah berpisah dgn mama... w'pun tido lain blk tp mam selalu temankn smpai dorg tido baru mama tglkan drg berdua.. kdg2 abh temankan...

hai hari minggu cepat la dtg.. mama dh x sabar nk bersama ank2 mama... :( :( :(














Sunday, May 29, 2011

Sunday, May 29, 2011

Try tgk i bertuah ke tak?

Sunday, May 29, 2011

Ist day Iqbal ditinggalkan di kampung

Semalam balik kampung hantar anak2  untuk ditinggalkan disana selama 1 week... uuhhh lama tu... mesti rindu giler lepas ni...

Pagi sabtu bermulalah journey kitaorg 3 beranak.mama + Aiman + Iqbal.Drive dari sp ke alor setar je tapi ya Allah terasa jauh gila... bila sampai kg je aku ni dh flat x larat sungguh.... letih yang teramat... x pernah terasa sebelum ni sampaikan nak makan tengahari pun dh x dak selera... asik nak tido ja... tapi memandangkan ada 2 baby lg kt dalam terpaksa la jamah juga nasi walaupun sedikit... 

Pg tadi (ahad) bertolak dari As ke SP... almaklumlah km belah utara ni keja hari ahad... so niat d hati nk direct ke opis je... tapi bila sampai gurun je... dah rsa terpaksa je meneruskan journey yg x seberapa ni.... letih sgt badan.. last2 pusing keta blk rmh dulu... kita zzzz kejap... rehatkan bdn... nasib baik la opis ni best lewat sikit pun ok mmg lewat gila dh pun. 



Baru tadi tepon tanya kabar Iqbal just dok tanya2 mama mana ni... tok dok pujuk la bgtau mama p keja... adik dok ngan tok kena dengar ckp tok... :) sedihkan ... x pernah tinggal iqbal sebelum ni.. tapi kali ni mmg mama memang terpaksa...

Luv u Iqbal + Aiman... 












Wednesday, May 25, 2011

Wednesday, May 25, 2011

Segmen Bloglist Abgteror

Nak cuba Join jugak la Bloglist Abgteror ni 1st time join benda lah cam gini.... Tapi kena jugak jawab soklan nasib la simple gilakan... so apalagi jom la join :)




1. Di mana anda dilahirkan? – Alor Setar

2. Di mana anda dibesarkan? – Alor Setar

3. Negeri pilihan anda untuk dimasukkan ke dalam senarai bloglist abgteror. – Kedah

4. Ceritakan sedikit mengapa anda memilih negeri tersebut. – Memang piau orang kedah, dilahirkan,dibesarkan, berkahwin dan kini beranak pinak tapi still dok kedah.memang kedah tanah tumpah darahku la!!

ok... DONE!!
Wednesday, May 25, 2011

TCA DOC 25 Mei 2011

Memandang abah ada dirumah pagi ni dapat la kuar awal.Abah Beria je nak temankan tapi memandangkan Iqbal masih zzzzzzzz so better aku pegi sorang dari nk ngadap iqbal punya 'peel' nanti.

Tepat 7.50am tadi aku dah terpacak kat klinik. Konon nk dapat nombor awal la.Nanti dapat balik awal.Tengok2 la dah ramai orang.Aku masuk dengan muka frust je.Dapat No 9 plak tu.Adoii jenuh nak menunggu ni.

Bila dapat turn jumpa nurse ja aku sibuk tanya doc dah ada ka.Niat di hati kalau doc belum sampai sempat lagi balik zzzzz ni.Tapi hampanya Rasa hati bila nurse cakap doc dah ada dlm bilik dan dh start pun panggil patience.Adoii kena tunggu la juga ni.

Tunggu punya tunggu dapat turn 9.45. Ai naik lenguh dah pinggang ni.Jumpa je doc 1st benda yang dia tanya pasal asthma. cita punya cita aku diwajibkan amik Beclazone 100mic 2x sehari. JANGAN sesekali tinggal.Ini untuk mencegah dari diserang asthma.Kiranya jadi routine la lepasni.Disusuli dengan Asthalin (ini just pakai bila dah diserang asthma ja).

Lain semua ok.7 June ni refer pakar pulak kat klinik je. Adoi refer pakar kt klinik plak.Pastu doc pun tengah adjust nk msk nama tuk refer pakat kt spital pulak.Kiranya 1 bulan mmg kena jumpa 2 pakar. tu belum routine klinik lg.PENATkan. tapi x pa la demi untuk my baby semua temujanji mama akan penuhi..

MAMA & ABAH luv U... Mmmuuuaaahhss

Monday, May 23, 2011

Monday, May 23, 2011

Sejam Pertama Selepas Melahirkan

Salam...

Kebetulan terbaca entry berkenaan ini.Agak menarik tuk dikongsi:

Sejam pertama selepas melahirkan amat penting
•Azan, iqamah dan tahnik - ia adalah adab menyambut kelahiran bayi dalam Islam. Ia adalah untuk menjaga anak2 supaya jiwanya terus terdidik dengan Islam.

•Menyusukan - ia adalah polisi penyusuan susu ibu, namun disebalik itu ia adalah sebagai pengikat antara ibu antara ibu dan anak.

•Memandang mata mereka sepanjang menyusu

Moga kita para ibu tidak akan terlepas pandang perkara-perkara ini. Tetapi dalam kes yang bersalin di hospital kerajaan rasanya sejam pertama tu kita tak dapat kot buat semua tu.

Macam pengalaman saya la kan lepas bersalin doc letak kejap je baby ngan kita pastu nurse datang ambil then mandikan baby pastu dorang sibuk memproses si ibu (keluarkan uri, jahit & etc) then suh kita rehat. bila baby dah 'berbunyi sakan' baru la diletakkan baby tu kat kita. lepas tu kita di kuarantin kat dalam bilik tu lebih kurang 2-3 jam jugak la.

Walaupun terlepas sejam yang pertama tu rasanya jam2 yang lain tu mmg di khaskan untuk baby tu je. Lepas ni x pandang lain dh. Pandang baby je :)

Sunday, May 22, 2011

Sunday, May 22, 2011

Aiman Bersukan

Sabtu 21 Mei

Aduss tidur x lena anak teruna aku yang sorang ni... tengah sedap2 kami lena di tengah2 malam aiman masuk bilik kejut aku.mama malam lagi ka..lambat lagi ka nk pagi.Abang nk pi sukan ni nanti mama x jaga pulak. excited sungguh anak mama ni...

Bila pagi aku kejut ja terus senyum. pegi bilik air mandi & bersiap.Lepastu dok tanya mama abang ok ka nanti.abang takut pengsan la.abang rasa macam x dak tenaga ja. Maunya x bertenaga semalam dua tiga kali masul bilik tido tanya aku bila nk pagi.

Dah bersiap aiman bertolak menaiki bas ke Pantai Merdeka.Kami (parents) bertolak sendiri. Adik (Iqbal) pun xcited gila.sepanjang jalan ke Pantai Merdeka asyik dok bagitau adik nk pi Syukan(sukan) ni.

Sampai je kat sana terus mula acara pertama. memang meriah la dengan 6 sekolah sekali kat situ.sekali parents lagi.Mmg bising gila dengan sokongan mak bapak.Parents ni mmg over la.Nasib la Aiman masuk acara yang mula2 sekali. Berlari passing belon. Menang jugak walau malu2.lepas habis game dia terus cakap abang dah x nak main dah.Pujuk punya pujuk still x nak main jugak.Nampaknya cikgu memang kena ganti orang la jawabnya.

so jom layan pic pulak

Beratur sebelum mula pertandingan.Sebab dia paling rendah terpaksa la dok depan


Asyik pandang mama dengan abah ja cikgu dok terang kat depan pun dia tak tengok.


sebab asyik dok sokong terlupa nk snap pic pulak... :)

key kita tengaok gelangat bapa mithali pulak bak kata cikgu sebab x join acara tuk bapak2


antara acara untuk abah2


Bangga ni sebab dapat hadiah :)


bila dah dapat goncang2 pastu mula la x sabar nk buka


Friday, May 20, 2011

Friday, May 20, 2011

Teknik Pernafasan Bersalin

Teknik Pernafasan Peringkat Pertama

Teknik Pernafasan Peringkat Pertama semasa permulaan dan penghujung suatu kontraksi, kita dikehendaki bernafas secara dalam dan tetap. Masuk melalui hidung dan keluar melalui mulut. Ketika kontraksi berada dikemuncak, cuba pernafasan yang lebih ringan dan cetek. Kedua-dua pernafasan sepatutnya melalui mulut. Jangan lakukan terlalu lama bagi mengelakkan anda berasa pening (hyperventilation).

Teknik pernafasan peringkat Transisi

Sekiranya berasa hendak meneran terlalu awal, sebutlah “huf, huf, tuip” kepada diri anda sendiri sambil mengambil dua pernafasan masuk dan keluar yang pendek, diikuti satu hembusan yang panjang. Apabila desakan untuk meneran hilang, hembuskan keluar nafas yang lembut dan tetap.

Teknik pernafasan peringkat kedua

Ketika hendak meneran (ia mungkin berlaku beberapa kali setiap satu kontraksi), tarik nafas yang dalam dan bertahan untuk satu masa yang singkat ketika anda menekan ke bawah. Adalah penting untuk melakukan gerakan dan pernafasan mengikut kehendak badan anda. Ketika meneran, ambil beberapa nafas tenang yang dalam. Apabila kontraksi reda, rehatkan diri perlahan-lahan.

Teknik Meneran

Sebelum ini, mungkin kita menjangkakan hanya ibu yang terpaksa bekerja keras mengerah sepenuh tenaga untuk memastikan bayinya selamat dilahirkan. Sebenarnya tanggapan ini adalah salah sama sekali. Semasa peringkat pertama kelahiran, bayi dalam kandungan akan berputar untuk mencari jalan kelahiran. Manakala peringkat kedua kelahiran pula uterus akan mula menolak bayi keluar begitu juga si ibu. Dalam pada itu, bayi juga menolak dirinya keluar dari jalan kelahiran. Oleh itu memilih kaedah meneran yang sesuai dapat membantu melancarkan proses kelahiran. Beberapa teknik meneran yang lazim digunakan dalam bilik bersalinadalah seperti:-

“Overwhelming Urge“

Teknik meneran ini merupakan teknik yang tidak terkawal. Ada kalanya anda tidak perlu meneran apabila berlakunya kontraksi kerana pembukaan rahim masih belum terbuka dengan sempurna (10cm). Namun, setiap kali berlakunya kontraksi anda mungkin tidak mampu mengawal keinginan untuk terus meneran. Sekiranya tidak mahu berlaku sebarang koyakan, meneranlah sekuat hati setelah mendapat keizinan dari doktor. Tarikan graviti pada posisi semula jadi mungkin akan membantu ibu melahirkan bayi. Namun ada juga kemungkinan graviti tidak mampu meningkatkan tekanan atau desakan sekiranya kelahiran berlaku terlalu cepat.

“so-so urge“

Jika ibu mungkin mempunyai keinginan untuk meneran setiap kali datangnya kontraksi atau ketika kontraksi berada di kemuncak. Bagaimanapun desakan ini mungkin juga berlaku pada peringkat awal fasa kedua yang mana bayi masih belum mencecah saraf-saraf yang menghantar isyarat agar si ibu mula meneran dengan kuat (overwhelming urge).

“No Urge“

Hampir sama seperti so-so urge, kali ini ibu tidak mengalami desakan, oleh itu posisi yang tepat semasa bersalin dan masa adalah jalan terbaik untuk membantu ibu-ibu yang menghadapi masalah meneran semasa proses kelahiran.

Teknik spontan

Kaedahnya amat mudah, si ibu hanya mengikut gerak bahasa tubuhnya dan akan meneran jika dia merasakan dia perlu untuk berbuat demikian. Ibu-ibu yang mempraktikan kedah ini biasanya tidak akan menahan nafas lebih dari 6 saat yang sekali gus menyalurkan lebih banyak oksigen kepada bayinya. Istimewanya kaedah ini banyak membantu mengurangkan tekanan pada ibu dan bayi, malah ia membantu menyingkatkan proses kelahiran. Secara umumnya, ibu yang mengikut naluri sebelum meneran harus menahan nafas untuk satu tempoh masa yang singkat dan merehatkan tubuh badan. Ingat, bahagian uterus akan membantu anda meneran walaupun anda tidak berbuat apa-apa.

Teknik Purple Pushing

Mengapa ia dipanggil Purple Pushing, ia kerana wajah ibu digambarkan seolah hampir kebiruan dengan mata yang besar cuba untuk menahan nafas sambil meneran hingga kiraan 10 berakhir. Teknik ini semakin popular, ia banyak membantu para ibu yang tidak mampu ‘mentafsir’ bahasa tubuh agar meneran dengan efektif. Teknik ini bermula dengan menarik nafas dalam-dalam, melepaskannya, menarik nafas semula dan tahan nafas tersebut, bongkokkan sedikit badan dan meneran seiring dengan kontraksi. Sementara itu, suami atau jururawat akan menjerit “PUSH!” dan mengira hingga angka 10 sebelum anda melepaskan semula nafas. Ulang teknik yang sama sehingga bayi selamat dilahirkan.

Teknik Laboring Down

Kaedah ini pula popular digunakan oleh doktor dan jururawat terhadap ibu-ibu yang disuntik epidural. Caranya mudah sahaja, biarkan tubuh meneran secara semulajadi tanpa perlu tolakan yang aktif dari anda. Biarkan sehingga kepala bayi mula kelihatan. Cara ini adalah lebih baik dan kurang meletihkan, malah sesuai dipraktikan oleh si ibu yang tidak mampu meneran.

Alhamdulillah... banyak dapat info dari artikel ni..

Thursday, May 19, 2011

Thursday, May 19, 2011

Katak Oh katak

Disuatu masa dahulu katika Aiman berumur 2 thn++... walaupun citer dah basi tapi still nk kongsi jugak...

Memiliki seorang ank mmg mengharukan.tambah lagi disaat2 mereka membesar.Aiman.... mmg petah berkata2.... alahai ada saja pertanyaan dan persoalan.sampaikan kdg2 x terjawab dan kdg2 blh kelu lidah tuk memberi jawapan... kekadang terpikir jga... aku dulu rsanya x penah tanya soalan sebegini... anak2 zmn moden ni... ada sja pertanyaan yg boleh mengganggu ketenangan jiwa....

Pernah di tanya abah pasal katak.Ni antara dialognya

Aiman : abah kenapa katak tido kat celah batu. 
Abah : owh sebab memang tempat tido dia kt situ
Aiman : cian dia abahkan. mesti sejuk sebab x dak selimut
Abah : xpa dia dh biasa camtu.kulit dia dia ada so x payah selimut pun x pa
Aiman : x sakit ke kepala dia tido camtu je. xdak bantal
Abah : x lah dia dh biasa
Aiman : Napa dia x pakai baju?kasut? kaki dia  x sakit ke kalo jalan..
Abah : mama ooo mama mai sini kejap tolong jawap sat kat aiman ni... abah dh x dak idea ni
Mama : ?????? dah la Aiman jom mandi dulu dah busuk tu nanti esok mama cerita pasal katak tu....


Aiman oh Aiman ada saja soalan yg bukan2..
Thursday, May 19, 2011

Scan ke -2

15 mei 2011 lepas ada appointment dgn doktor.time ni baru 15 minggu.Doktor just nk make sure yg baby twins & nk tgk ada berapa uri.kalau ikut yang lepas nampak dua baby duduk berasingan di sarung yang lain2.

So punya la berdebar nk tgu giliran masuk bilik doktor. Lepas dapat giliran doktor pun scan. wah macam x percaya pulak bila nmpak dua2 baby.ikut doktor kali ni dia nmpak dua baby dalam sarung yang sama dan hanya nmpak satu uri. means, akan dapat kembar seiras la pulak.. ish gabra dh ni.ok now kita cek tulang belakang.ok je..then kita tgk kaki pulak.Ya Allah punya la baby ni dok x diam.kaki tangan x berenti dok gerak. ai dok sembang ka dok gaduh ngan twin dia. yang lagi satu tu slow skit. x la aktif sangat mcm yg tadi.tapi tuk confirmation next month mama akan di refer pakar sebab nk make sure mama & baby sihat...

Aduss... sungguh terharu dengan perkembangan baby. tanpa sedar jatuh airmata.my hubby pun teruja tengok perkembangan twin ni...terbayang2 je pergerakan baby masa scan td...  ok baby next month mama & abah dtg jumpa doc tuk tgk baby lagi... x sabar rasanya nk tunggu next month tu... :)

Wednesday, May 11, 2011

Wednesday, May 11, 2011

Info mengenai kandungan kembar

Info dari edaran salindah.com (betul2 copy & paste ni)

Mengikut kajian, kehamilan kembar berlaku sekali dalam setiap lapan puluh kehamilan. Kejadian ini biasanya berlaku secara spontan dan tidak siapa yang boleh mengawal kejadian ini. Tegasnya seseorang tidak berupaya melakukan apa-apa usaha untuk menjadikan kehamilannya kembar walaupun dia benar-benar menginginkannya. Kelahiran kembar seringkali berlaku berulang kali dalam sesuatu keluarga. Dalam hal-hal lain, ia ada kaitan dengan keturunan bagi menentukan kejadian kehamilan kembar ini.

Selain faktor keturunan, penggunaan ubat penyubur telah menyumbang kepada peningkatan peratus kejadian kehamilan kembar dan berganda (multiple pregnancy). Misalnya, dengan menggunakan ubat penyubur ´clomiphene´ iaitu sejenis pil yang diberi kepada wanita yang kurang subur, kadar kejadian kehamilan kembar di kalangan mereka ialah lebih kurang empat hingga lima peratus. Dengan penggunaan ubat suntikan yang lebih kuat lagi iaitu hormon yang digelar ´gonadotrophin´ kejadian kehamilan kembar meningkat berganda lebih tinggi mungkin dalam lingkungan 20 hingga 30 peratus. Ubat pil penyubur ´clomiphene´ dan suntikan ´gonadtrophin´ ini kerap digunakan oleh doktor pakar di klinik pakar mandul dan klinik pakar ginaekologi.

Kejadian kehamilan kembar dan berganda bergantung kepada bilangan benih yang dikeluarkan oleh pihak wanita. Pada kebiasaannya seseorang wanita hanya mengeluarkan satu benih sahaja dalam satu pusingan haid. Benih ini dikeluarkan pada pertengahan pusingan haid.

Setelah persenyawaan berlaku menerusi percantuman antara benih lelaki dengan benih perempuan, embryo akan terbentuk. Jika dua benih perempuan yang dikeluarkan serentak, maka kedua-dua benih perempuan yang disenyawa akan menghasilkan dua embryo yang berlainan.

Pasangan kembar yang dihasilkan daripada satu telur, yang kemudiannya pecah untuk menghasilkan dua jasad akan menjadi pasangan kembar satu uri.

Kembar yang dihasilkan begini biasanya mempunyai jantina yang sama, sama ada keduanya lelaki atau perempuan, rupa paras yang sama dan juga sifat dan perwatakan yang hampir-hampir sama. Manakala pasangan kembar yang dihasilkan dari dua telur atau kembar tidak seiras (non-identical twin) biasanya mempunyai jantina yang berbeza iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan dan rupa paras, perwatakan dan sifat mereka adalah tidak sama. Dalam kembar yang sama biasanya satu uri sahaja yang dihasilkan dan uri ini digunakan bersama oleh kedua-dua bayi ketika dalam kandungan. Manakala dalam pasangan kembar yang tidak sama uri biasanya ada dua, satu bagi setiap bayi.

Kembar seiras (Identical twin) dari satu embryo kebanyakan menjadi dua insan (lengkap) sama rupa, jantina, dan lain-lain.

Kembar siam juga adalah hasil dari kejadian kembar seiras tetapi menghadapi masalah pembandingan anggota kepada dua daripada satu embryo. Dengan ini kedua jasad tidak berpisah seluruhnya tetapi sebahagian daripada anggota mereka ini akan berganding atau terbendung.

Bahagian anggota yang mungkin terbendung ini berbeza antara satu pasangan kembar siam dengan yang lainnya. Ada yang berbendung di bahagian dadanya dengan berkongsi satu jantung, ada pula yang berbendung di bahagian abdomen iaitu berkongsi satu tali perut sahaja.

Pembedahan untuk memisahkan kembar siam, biasanya hanya dilakukan pada kes yang berganding pada bahagian yang kurang penting seperti bahu atau punggung. Gandingan anggota penting seperti jantung, tali usus atau otak tidak boleh dibedah. Pernah juga tercatat dalam sejarah kembar siam ini terus hidup hingga ke akhir hayat. Mereka berbendung di bahagian tubuh. Kedua kembar ini mempunyai perwatakan yang amat berlainan dan setiap seorang mempunyai isteri dan keluarga sendiri. Mereka bergilir-gilir menjalankan tugas masing-masing. Akhirnya apabila seorang mati, kembar yang kedua juga mati.

Tidak dinafikan, melahirkan anak kembar adalah satu peristiwa yang sangat menggembirakan setiap ibu bapa. Kejadian ini boleh dianggap satu rahmat Tuhan kerana dikurniakan dua atau tiga orang anak sekaligus dalam satu kehamilan saja. Walaupun demikian, pada keseluruhannya kehamilan dan kelahiran hanya menghasilkan satu bayi sahaja. Beberapa masalah memanglah tidak boleh dielakkan apabila si ibu perlu menampung dua jasad dalam kandungannya. Ini bermakna perutnya menjadi lebih berat dan beban fizikalnya juga bertambah untuk membawa isi kandungannya ke sana ke mari.

Ibu tersebut perlu menampung dengan lebih banyak lagi bekalan makanan yang berzat kepada bayi yang dikandungnya khususnya zat besi untuk membina darah dan vitamin asid folik. Dia juga perlu menambah mutu makanannya bagi tujuan itu. Pil zat besi dan asid folik mesti dan wajib dimakan oleh setiap ibu yang sedang mengalami kehamilan kembar. Jika tidak, ibu akan mengalami kekurangan darah kerana zat besi dan zat asid folik dalam tubuhnya akan diambil oleh bayi dalam kandungan untuk membina darahnya sendiri. Masalah kekurangan darah jika dibiarkan akan membahayakan serta mengancam nyawa ibu ketika kelahiran bayi kembar ini berlaku. Kejadian tumpah darah selepas bersalin lebih kerap berlaku di kalangan kembar berbanding dengan kelahiran tunggal.

Keadaan ini disebabkan oleh otot rahim menjadi kendur kerana rahim menjadi terlalu kembang untuk memuatkan dua jasad. Begitu juga dengan luka di tempat uri itu melekat pada rahim.

Tempat ini biasanya berdarah sejurus selepas bayi dilahirkan dan selepas uri itu dikeluarkan. Seperti yang saya tegaskan kejadian tumpah darah selepas bersalin adalah satu sebab utama kematian ibu di Malaysia.

Ibu yang sedang hamil kembar juga mungkin mengalami beberapa gejala lain seperti tekanan darahnya naik atau ´hypertension´. Biasanya, ini disertai dengan bengkak kaki dan ´kencing kotor´ iaitu air kencing mengandungi protein. Rangkaian tiga tanda ini kerap berlaku ketika hamil, terutamanya kehamilan kembar. Penyakit ini biasanya digelar toxaemia dan ia boleh melarat menjadi sangat serius sehingga menyebabkan sawan atau ´eclamptic fits´.

Sawan adalah satu keadaan yang amat mencemaskan kerana ia boleh meragut nyawa seseorang ibu. Oleh itu penting bagi semua ibu mendapat jagaan yang sewajarnya ketika hamil dengan melakukan pemeriksaan di klinik untuk menentukan tekanan darah, air kencing, timbang berat dan keadaan bayi yang dikandungnya. Ini bertujuan untuk menjauhkan segala gejala dan bencana yang mungkin menimpa ibu hamil, khususnya ibu yang sedang hamil kembar.

Ibu yang hamil kembar juga sering menghadapi risiko kelahiran tidak cukup bulan. Seringkali kelahiran berlaku di peringkat lapan bulan atau lebih awal daripada itu. Ini kerana rahim menjadi kembang dan amat besar dan ia tidak berupaya untuk mengembang lebih besar lagi pada peringkat itu. Oleh itu sesetengah doktor menasihatkan ibu supaya berehat di hospital sebaik sahaja kehamilan meningkat lapan bulan sehinggalah dia melahirkan anak. Dengan berehat di hospital, masalah sakit bersalin awal dan tekanan darah tinggi mungkin boleh dielakkan atau dikawal rapi. Sayangnya, ramai wanita sukar dinasihatkan supaya masuk hospital, khususnya mereka yang datang dari luar bandar. Demi kesihatan, keutamaan yang sewajarnya patutlah diberikan untuk menjauhkan malang yang tidak berbau.

Tuesday, May 10, 2011

Tuesday, May 10, 2011

selesema + batuk

adus diserang selesema + batuk lagi ni... kalau x di jaga dgn betul mesti boleh penat. Aiiya... camna nih.... moga moga cepat la dua penyakit ni beransur pergi... x larat dh rasanya nk batuk2 ni. Sakit dada.. sakit perut sakit tekak serta sakit segalanya....

For the time being just amalkan minum air masak je byk2.baru 14 weeks ni tapi dh bermacam penyakit dok mai... adussss!!

baru ni pegi check up rahim tgi skit... almaklumlah dua... tp yg lain suma ok.. just kena jaga kesihatan jer... :)

Thursday, May 5, 2011

Thursday, May 05, 2011

Kenduri... kenduri... kenduri

Bermula bulan mei ni kena persiapkan diri untuk kenduri

1 ) Rumah mak mertua - kenduri arwah 1hb mei
2) Rumah my sis - kenduri masuk rumah baru 6 mei
3) Jiran kat taman - 7 mei

So kena bersiap sedia untuk 'mengkuatkan' diri untuk menyumbang tenaga... keh3 ada kuat ker...  Moga baby mama pun akan 'kuat' seperti mama mengharungi detik2 'kerajinan' ini...