Wednesday, December 28, 2011

Wednesday, December 28, 2011

2H

Friday, December 23, 2011

Friday, December 23, 2011

Dugaan # Part 2

Assalamualaikum....

Masuk je wad mula la doktor melawat.Bermula dengan doktor biasa,kemudian doktor pakar. Doktor bagitau yang Hazim cuma perlu ambil antibiotik dan nab sahaja manakala Haziq perlu ambil antibiotik + nab + oksigen sebab kuman dah merebak.MeKami ditempatkan di bilik berasingan untuk mengelakkan dari double H di jangkiti dengan penyakit2 lain.Jadi kami di tempatkan di wad ni....

semua yang terserempak dengan kami mesti tanya baby sakit apa :)

Kemudian bermulalah episod sakit bagi double H.Mula-mula dorang ambil Hazim dulu bawa ke bilik rawatan katanya nak masukkan drip untuk masukkan antibiotik.Dari luar terdengar Hazim menjerit2.Dari kuat terus perlahan.Lama sangat Hazim kat dalam.Apa la dorang buat kat kau anak.Mama dan abah dah tak senang duduk.Bila di bawa keluar je tengok2 Hazim dah nangis tanpa suara hanya airmata ja meleleh.Sedihnya time tu.Mesti Hazim sakit sangat.Syiela dengan hubby pun sama2 nangis.Kalau la kami dapat ganti tempat korang, double H mesti tak perlu nak hadapi kesakitan ni. Bila di belek rupanya dua2 tangan dia dah di cucuk tapi tak jumpa urat.Last2 dapat kat kaki.

Bila sampai turn nak ambil Haziq je macam tak nak kasi je.Kang sakit lagi.Syiela siap pesan kat doktor.Kalau boleh cucuk sekali ja ye.Kesian dorang.Alhamdulillah haziq cuma sekali je dan nangis pun taklah seteruk Hazim.Mungkin Haziq abang kot...

4 jam sekali nurse akan datang untuk masukkan antibiotik serta nab.Masa masukkan antibiotik tu menangis2 dorang berdua.Terpaksa la syiela dgn hubby pujuk pulak.Sampaikan pada satu tahap dorang dengar tray yang selalu nurse tolak masuk ke bilik tu bunyi dorang dah nagis.Dah tau sangat mesti akan sakit lepas ni.

Hari ke 2 di wad doktor cakap rasanya Haziq ada problem skit.Tapi doktor belum mention apa benda.Lepas tu mula la berpusu2 doktor datang. Syiela ngan hubby pun heran.bila ditanya dorang cakap tak connfirm lagi.tapi kami detect Haziq ada  masalah jantung. Ya Allah masa tu tuhan ja yang tahu.Terdiam kami berdua.Doktor dan doktor pakar datang bersilih ganti.kami diam tak terkutik tepi bilik. Petangnya doktor cakap memang confirm ada masalah jantung dan start petang ni Haziq perlu ambil satu lagi ubat tambahan untuk jantung dia.Sedih...pilu... sayu.. memang tak terkata hanya airmata peneman kami waktu tu.Appointment di buat esoknya untuk diketahui masalah sebenar.

15.10.11 Hubby dengan Hazim ke Hospital Penang untuk buat echo.syiela tak ikut sebab jaga Hazim kat wad.Bila syiela request nak ikut doktor tak bagi.Katanya either one saja.(Mungkin dorang takut kami tukar baby kot). Semasa hubby ke sana syiela kat sini macam kucing nak beranak ke sana tak kena,ke sini pun tak kena.Makan pun tak kenyang.Last2 nak hilangkan perasaan yang bukan2 ni syiela pergi mandi.Nak di jadikan cerita syiela mandi air sejuk (jiwa tengah kacau). keluar ja dari bilik air mula dah mengeletar.Dengan aircond yang kuat.Badan dah seram sejuk.Last2 petang tu syiela demam. 

Hubby sampai dengan Haziq dalam pukul 6pm. Tak sabar syiela nak ta result.Katanya Haziq ok.cuma ada satu lubang yang teramat kecil kat jantung Haziq dan selalunya kes macam ni baby dapat recover sendiri.Doktor bagi appointment bulan 9 next year untuk di buat imbasan sekali lagi. Syukur alhamdulillah moga Haziq dapat recover cepat. 

Lepas tu Double H dapat rawatan seperti biasa.setiap 6 jam pula Double H akan di beri antibiotik dan nab.Hazim discharge 17.10.11 dan Haziq pada keesokan harinya.Tapi yang sedihnya walau discharge batuk  & flu dorang still  tak lega.Dorang di bekalkan antibiotik untuk di makan selama 4 hari.Sampai la ke hari ni bunyi kat hidung dorang still ada.

Syiela ada beli 3 jenis pam untuk sedut hingus tapi semuanya tak berjaya.Sedut guna mulut pun dah.(tak kena cara ke? sebab hingus tak keluar pun).


Antara koleksi Double H semasa kat wad yang sempat syiela snap..

Haziq

Haziq

Hazim

Balut kuat2 dengan selimut hospital

Abah sedang bagi nab kat Haziq

Haziq makin sihat

Hazim manja dgn abah



Antara yang syiela dah buat kat double H ni 
1. Letak kunyit kat hidung ( asah kunyit campur dengan skit minyak dan sapu kat hidung)
2. syiela minum scott emulsion, oren sunkist supaya baby dapat sama kebaikannya
3. selalu sapau minyak yuyi kat dada,belakang dan tapak kai.Dan yang berbekas kat tangan syiela lalukan kat hidung double H.

Tapi sampai kini double H dah 2bulan 1/2 still ada bunyi krok..krok kat hidung


*** terima kasih buat kawan2 yang sudi bagi petua untuk 2H. Syiela amat hargainya ***

Thursday, December 22, 2011

Thursday, December 22, 2011

DUGAAN BERMULA.... 1st

Assalamualaikum...

Sampai kampung terasa ringan beban.. ramai yang menjaga.masing2 cewi bak kata orang kedah.Almaklumlah 1st twin dalam family.Pakat dok riba la.Sat orang nu pegang sat orang ni pegang.Rezeki twin pun alhamdulillah melimpah2.

Setiap hari twin di bawa ke klinik kesihatan untuk cek jaundice.Hari demi hari makin meningkat. Orang petua letakkan aloe vera kat dahi.kami buat.Tiap2 hari mandi dengan daun kucai kadang ada juga mandi dengan mandian singsei cina.Apa je orang petua kami akan buat.Tapi at the end Haziq kena warded juga. Sehari ja Haziq kat sana (HSB, Hospital Sultanah Bahiyah) Haziq dah discharge.Alhamdulillah tapi bila sampai rumah buka pampers tengok semua dah melecet.Teruk sangat.Kecian dia mesti sakit sangat. 

Dua hari lepas tu still lagi kena ke klinik.Walaupun dah discharge tapi still lagi kena follow up kat klinik. Bila cek je keputusan tak memihak pada kami. Makin naik pulak walaupun tak tinggi.Akhirnya hari ke 16 Double H (Haziq & Hazim) direfer doktor sebab jaundice ni kalau melebihi 14 hari bahaya bagi baby. Bila jumpa doktor je terus doktor nak refer pakar.Tapi Double H memang ada appointment pakar kat hospital sp (HSAH) pada 30/10/11. So ikut date tu jelah.

Pada hari appoinment tu jaundice still ada.Jadi doktor suggest amik darah untuk nak tau keputusan lanjut.samada dorang bermasalah atau tak. Masa nak ambil darah tu.Kesian la yang teramat.Menagis meraung double H.Bukan Double H je nangis syiela pun nangis jugak.Tak kisah dah orang pandang ke apa ke. Selepas ambil darah kena datang lagi 14/11/2011 untuk tau keputusan darah.Balik haritu memang syiela susah hati.Macam2 pikir.

14/11/2011 Kami berempat (syiela.hubby dengan Double H) ke hospital.Dalam hati berdoa la sangat agar result nanti ok.Bila sampai turn doktor cakap result ok.Syukur sangat.Alhamdulillah,tapi nampak macam keadaan double H tak sihat.Memang masa tu Double H kena Flu.Baru 2 hari je.Ada batuk2 skit.Doktor suggest tuk buat x-ray.Syiela ikut je.Bila dapat keputusan x-ray alangkah terkejutnya sebab Double H dah terkena jangkitan kuman. Jadi kena warded dengan serta merta.Alangkah sayunya hati. Kesian Double H mesti sakit lagi lepas ni kena cucuk.

Kelam kabut kami. mana taknya.Kami ke sana sehelai sepinggang.jadinya lepas dah tetap wad abah bergegas balik ambil barang keperluan.

Kita sambung nanti yea... Jom tengaok Double H  masa kat kampung :)

Haziq.. kalau tak salah.. kat dahi tu aloe vera

sebelum cukur rambut

baik je tido

haziq..1st twin

Hazim 2nd twin

Both of them

Hazim with aloe vera :)


****  SAMPAI SEKARANG DOUBLE H STILL ADA BUNYI KAT HIDUNG TAPI HINGUS TAK MELELEH JUST BUNYI KROK KROK.. PASTU TENGAH MALAM MERAGAM SEBAB SUSAH NAK MINUM SUSU. ADA SESAPA ADA PETUA NAK HILANGKAN HIDUNG TERSUMBAT NI TAK? UBAT DAH BERBOTOL2.. BERULANG KE PAED PUN DAH SELALU TAPI STILL CAMTU GAK ***

Tuesday, December 20, 2011

Tuesday, December 20, 2011

SAKITNYA CAESAREAN + BABY DI NICU

Assalamualaikum...

Sampai je kat wad sakit dah menyucuk-nyucuk.Tersangatla sakit.Nurse ada bagitau 1-10 tahap kesakitan. 1 paling ringan dan paling sakit 10. So syiela cakap kalu ada 11 syiela akan cakap 11.sakit sangat2 dah. Pastu minta ubat tahan sakit dorang cakap kena tunggu lagi 6 jam. Adoi sakitnya.

Hati tak sabar nak tunggu pukul 6 sebab nak tepon kak syiela kat kampung nak marah2. Dia dulu pernah c-zer jugak tapi dia dengan yakinnya cakap tak sakit langsung.Geram ni apsal syiela sakit sangat sangat dan sangat. On time je syiela terus col. kak pun kelam kabut la sebab selalunya pagi2 buta ni emergency col je. Bila dengar je suara dia bagi salam terus syiela nangis. cakap camni ha.Hang tipu aku .. hang cakap tak sakit... tipu aku sakit sangat.. sangat dan sangat ni... kak punya la gelabah angkat fon ke terus kena terjah. Bila syiela cakap dah bersalin pun twin tu kak pun turut nangis. La cian kat hang... awat sakit pulak.Aku dulu tak sakit pun.Pulak!

Tido pun tak berbantal selama 6 jam sebab katanya takut muntah. Lepas 6 jam baru nurse datang letak bantal bawah kepala.Lega skit then masukkan ubat serta cucuk kat paha. Adoi sakit gila sampai lebam2 paha tu.

Petangnya dia datang lawat.Siap bawa moi (bubur nasi) dengan ikan kering.Makan pun bersuap memang syiela tak bangun la.sakit sangat. Nak sembang ngan dorang pun takdak hati.Kepala asyik layan sakit ja.Pastu risau lagi kenapa baby takdak lagi.Sedangkan katil lain yang di c-zer baby ada je dgn dorang.Bila tanya hubby dia cakap dah pegi tengok baby jgn risau sebab dorang tolong jagakan.Syiela ust rehat kat sni.Syiela fikir maybe sbb twin dorang tolong jagakan la.Kalau tidak jenuh la jugak.

Malamnya tiub kencing dah tak berfungsi so nurse decide nak buang.Nak tak nak lepas ni syiela kena bangun ke toilet.Erk Bangun... sakit lagi ni camna nak bangun.Bila terasa  nak ke toilet je sakitnya tuhan je yang tahu.meleleh2 air mata. terbongkok-bongkok berjalan.Sakitnya tuhan je yang tahu.

Esoknya hari ke-2 baby still kat bawah jagaan dorang. Hati mula tak sedap.Tanya hubby dia cakap ok.Jangan risau.Fokus kat diri sendiri dulu.cepat sihat nanti boleh jaga twin.Dalam hati dah terfikir ni semua ayat penyedap hati je ni.

Kebetulan ada jiran yang kerja nurse kat situ datang melawat.Dan dia pun baru berkesempatan melawat.Syiela tanya la keadaan anak syiela.Dia cakap yang 1st tu nmpak ok.dan dia dah cucuk BCG but yang 2nd tu nampak cam ada problem skit.Dua2 ada kat NICU.Syiela tanya la NICU tu apa.tak pernah tau pun.Dia bgtau yang NICU ni tempat yang di khaskan untuk baby2 yang bermasalah sikit.Ya Allah time tu tak tertanggung rasanya.Hati dah mula gundah gulana.Hubby pulak trun beli makan.Tak sabar tunggu hubby sampai nak tanya. 

Bila sampai je syiela tanya takkan makan lama sangat.Dia cakap singgah tengok baby jap tu yang lama.syiela jom bawa ma tengok baby.Hari ni masuk hari kedua tapi muka baby tak tengok lagi camne(dengan nada mengada2).Hubby berkeras suruh rehat.Syiela pulak berkeras jugak nak pi tengok.Last2 dia bawa jugak syiela ke sana.Alamgkah sedihnya tengok Hazim(2nd twin).GAMBARNYA KAT SINI YE.. time tu jugak syiela nagis2. Pastu hubby cakap tu la orang cakap tak mau dengar.Orang suruh rehat dulu..Tau dah kalau bawa camni la jadinya.Sabar ya...

Then doktor datang terangkan condition.Sebenarnya dua2 twin ada jangkitan kuman dan masalah pernafasan (mmg expected sbb prem). Haziq ok tapi hazim mmg perlukan bantuan oksigen.Sedih sangat tengok dorang kat situ. Sayu sangat.Kalaulah tempat dorang dapat syiela ganti mesti dorang tak lalui semua ni.Mesti sakit sangat.sebab syiela tengok kat tapak kaki pun banyak bekas jarum.then kat mulut ada tiub tuk masukkan susu sebab daya hisapan tak kuat.sedih ... hanya mampu berdoa dan berdoa agar anak mama kuat.

Setiap hari syiela akan jadi pengunjung setia kat situ.Diri yang sakit memang syiela tak kisah sangat janji dapat tengok anak depan mata. Yang hazim pula kat wad sebelah.dia dah bebas dari segala wayar tapi still di bawah pengawasan. Selama 5 hari dorang kat sana.Bila nurse bagitau yang baby dah sihat.Boleh keluar wad tapi kena dibawah pengawasan parents.Syukur alhamdulillah.Janji boleh balik.

Bila balik rumah.Twin ni baik sangat tido je keja ja. senang nak jaga.Then decide ngan hubby nak balik kampung sbb kat sana bidan ramai ( my mum,sis & ++ ada) so dapatkan rileks sikit.

*** NANTIKAN TWIN DI KAMPUNG SERTA JAUNDICE ***





   

Sunday, December 18, 2011

Sunday, December 18, 2011

Pengalaman lahirkan Kembar

Assalamualaikum...

Sampai je hospital..nurse cek semua tekanan darah la.. berat.. pastu suruh syiela tanggalkan segala barang kemas..aik musykil ni awat nak buang barang kemas pulak.Dia cakap xper puan buang dulu ye... syiela pun ikut je.. buang semua serah kat hubby.. then hubby cakap awat dah nak bersalin ka.. syiela cakap la belum lagi.. dah nurse suruh buang ikut je la.. hah lega ingat nak bersalin dah.. 

Bila masuk masuk doktor dah datang dia nak cek urine.. lepas cek urine je dia tanya ada rasa sakit ka.. syiela cakap tak pun tapi cam terasa bukaan. pastu doktor cek bukaan tengok2 dah 4cm.. apalagi kalut la.. scan lagi sekali tengok keadaan baby.. still lagi menyongsang.. so decide untuk ceazer untuk elakkan dari sakit dua kali... 
Bila cakap je nak czer apalagi..nurse pun kalut.. bermula la episod cucuk menyucuk.. mulanya masukkan drip kat tangan ..pastu cucuk kat punggung untuk paru2 baby sebab baby pramatang (35week) expected mcm2 prob.. dan pelbagai lagi cucukan lepas tu.. layan je la.. tak larat nak tahan sakit dah...

Then salin baju pakai baju dorang baru panggil hubby serahkan semua baju syiela (nurse yang serahkan). punya la kalut my hubby... terkejut la tengok dah ready semua.. tinggal dia nak sign dan tolak ke wad bedah ja... sepanjang masa ke sana tu terasa macam salah sorang pesakit kritikal sangat... ditolaknya bukan main laju lagi katil tu... kalut semacam ja.. pastu ubah katil pun di tarik cepat.. ada kot 3 kali ubah katil sebelum sampai wad bedah tu... 

sampai ja kat wad bedah tu nampak dah ada satu keluarga menunggu kat luar.syiela agak syiela yang ke-2 la.. bila melepasi wad pintu pertama ja dorang cakap.syiela dulu. urgently! so syiela la yang di tolak ke dalam  dulu. 

Masuk je situ dorang suruh syiela peluk bantal sebab nak bius tulang belakang.Risau ni sebab c-zer dalam keadaan sedar.Lepas bius je dorang tanya ada rasa tak.Syiela cakap la tak.Bila cakap tak dulu mula la dengar bunyi mesin.. iskh ngeri!! terasa badan goyang2.Ada doktor kat kepala.. dorang tukang ajak syiela sembang tak nak bagi syiela tido.Masa tu sejuk bukan main sampai mengeletar satu badan.Bila dah mengeletar teruk sangat dorang bagi syiela pegang btol air panas.iskh takde kesan pun still megeletar jugak.Then dengar suara baby.lega rasa ringan pinggang.Pastu syiela cakap la kat doktor japgi nak tengok baby boleh.dia cakap ok puan nanti kita tunjuk ye.. sekarang nak kuarkan 2nd twin ye.. pastu dia tanya anak yang atas lelaki ke perempuan.syiela cakap dua2 lelaki.

Tiba2 je dah tak dengar suara baby.Eh dah ke mana baby ni.Syiela tanya doktor baby saya mana.. doktor cakap dorang dah di tolak keluar dulu.puan jangan risau takde apa2 tu.cuma nak keluarkan dorang dulu sementara nak siapkan puan ni.. iskah mula dah tak sedap hati... dah la tak bagi tengok jantina baby. Siap je..syiela di tolak keluar.di situ syiela di bagi macam vakum untuk panaskan badan.Ada la dalam setengah jam kat situ tapi still sejuk juga.bila cukup masa ja. dorang cakap ok puan kita bertolak ke wad ye.. syiela lega dah lepas ni boleh rehat.tapi sakit akibat di belah tu dah terasa.ngilunya tuhan je yang tahu. 

Bila di tolak keluar dari pintu bilik bedah ja syiela mula tercari2 muka hubby tak sabar nak tau keadaan baby... tapi tak nampak pulak batang hidung.so assume dia ada sekali ngan baby.. Frust betul time tu.. tapi yang peliknya keluarga tadi (yang menunggu sebelum syiela masuk bilik bedah) ikut syiela.heran ni.. bila masuk lift dorang pun masuk sama.tapi syiela andaikan dorang nak ke tempat lain la. Bila naik lift syiela cakap nurse nanti tolong bgtau huby saya ye,saya ada kat wad mana.nurse buat muka pelik.Pastu tanya puan sedar ke tak ni.hish.. awat pulak ni... syiela cakap sedar la.pastu syiela dengar dorang cakap.. dia tak recovered lagi tu.. ai nak kena ni...  ingat syiela tak faham ka... Pastu syiela ulang sekali lagi..  then salah sorang nurse tadi cakap.. puan tu kan suami puan.. yang tu pulak mak puan.. eh! bukan la.. tu suami orang lain.dorang ingat syiela tak sedar lagi.iskh haru ni.. yang dua orang tadi tu still lagi dok ikut.

Last2 nurse tanya lelaki tu. Encik mai tengok isteri cik ni sat.Dia pun mai dekat.Pastu boleh pulak kata.La silap orang la... ingatkan isteri saya tadi.Bukan dia yang kedua ka.Awat dia keluar dulu.ha kan dah kata silap.Syiela sihat la.. hehehehe nurse dah termalu.. sambil minta maaf dia dia col hubby bgtau syiela kat mna :)



***NANTIKAN SAKITNYA C-ZER DAN KENAPA TWIN SYIELA DI TOLAK KELUAR AWAL .. HEHEHEHE BERSIRI2 PULAK! ***

Wednesday, December 14, 2011

Wednesday, December 14, 2011

Sehari sebelum lahirkan kembar

Assalamualaikum


Baru kini otak dapat meluahkan sedikit serita tentang kembaq ni bak kata si AFZAL Boboiboy jugak. Redha jelah dik ye..

Alkisahnya begini (imbas kenangan tu) Jumaat 7hb Okt Syiela kerja macam biasa tapi hati gundah gulana.Entah apa la nk di risaukan. Tengahari syiela col en.hubby suh balik sedangkan masa tu en.hubby ada latihan kat Perak tapi alhamdulillah bila dia cakap petang ni bertolak balik.

Petangnya bila kat rumah syiela letih sangat.Lepas zohor terus lelap.Bila jaga dah masuk asar.nak bangun dari katil je dah ada cecair meleleh kat kaki.hah risau bangat ni.ni mesti tanda2 nak bersalin walaupun sebelum ni tak penah ada tanda sebegini. Col lagi en.hubby bgtau.Dia cakap ha sabaq sat dalam perjalanan.Dah ada kat Bukit Merah ni.Syiela cakap takpa.Hati2 drive tak kalut sangat pun bukan sakit..

En.hubby sampai dalam pukul 8.30pm tanya nak ke hospital terus ke.Syiela cakap takpelah rehat dulu tengok camna nanti.lagipun turun air je bukan nak bersalin lagi.just worried kot air ketuban tak cukup je nanti.so pukul 10pm kami lelap le.Pukul 12.00am syiela teejaga.Bangun dari tido je banyak cecair yang keluar.So gerak en.hubby ke hospital.En.hubby ada gak tanya dah nak bersalin ke.Syiela cakap tak le just nak scan air ketuban je bukan pe takut nanti air ketuban kurang nanti baby boleh lemas.so kami berdua bertolak  ke hspital tinggalkan Aiman & Iqbal yang nyenyak di buai mimpi....... bersambung (ahaks ala2 drama jek )
Wednesday, December 14, 2011

My Twins.. Hari Ke - 2 di NICU

Assalamualaikum...

Buat pertama kalinya hari ni syiela publishkan gambar si kembaq... Ini gambar curi2 coz kat sna HP tak di benarkan...cerita panjang nanti ya :)

AMuhammad Darwisy Haziq

Muhammad Darwisy Hazim

Tuesday, December 13, 2011

Tuesday, December 13, 2011

Bangganya bila Kak Pah k-Poh ( Dj Gomo FM) review blog ni

Assalamualaikum... 

Hari ni syiela curi masa skit jenguk2 blog... wah super terkejut syiela bila blog ni di review oleh kak Pah.... Macam nak melompat pun ada.. hehehehe...Sebenarnya syiela baru tau yang kak Pah ni DJ kat Gomo FM.Almaklumlah sibuk ngan twins.. Blog pun dah bersawang.. 


Buat Kak Pah.. thanks a lot.. moga Kak Pah terus Success di GomoFM.Nak dengar GOMOGM Kilik Sini




Bagi Mereka yang aktifmenulis cerpen juga boleh hantar cerpen untuk dibaca oleh Kak Pah di GOMOFM..



Boleh juga ke Blog Kak Pah






Apapun terima kasih sekali lagi buat Kak Pah... Syiela doakan moga Kak Pah terus Success :)







Sunday, December 11, 2011

Sunday, December 11, 2011

Kembali untuk berblogging

Assalamualaikum

Lama tak menjenguk dah bersawang nampaknya.otak pun beku dari mana nak bermula cerita.jari makin mengeras, nak menaip pun terkial-kial.Hehehehe tunggu ye nanti syiela update tentang twins.Sibuk sangat.Thanks semua buat kawan2 yang wish hari tu.

Tak sangka my twins keluar terlalu cepat sebulan awal dari jangkaan.so my twins under prem.Banyak dugaan yang terpaksa di lalui menyebabkan syiela tak berpeluang nak berblogging.Harap semua dapat bersabar(macam la ramai yang menunggu).

Dengan kelahiran twin ni juga.kami(syiela dan hubby) makin kuat dalam mengharungi cabaran hidup.Moga kami terus tabah mengharungi segala dugaan yang mendatang... Sekali lagi terima kasih atas ucap selamat dari kawan2 semua.