Thursday, August 25, 2011

Thursday, August 25, 2011

Dah Dapat Pengganti Baru

Assalamualaikum...

Setelah menunggu selama 3 bulan akhirnya semalam pihak Wescourt telefon nak hantar katil baru menggantikan katil yang patah dulu.Entry yg lepas REFER SNI.

Punyalah lama menunggu sampai nk bertanduk rasanya.Ini yang 1st & last rasanya beli kat situ.Servis yang maha lembab. Pastu pakai tak sampai sebulan dah patah,then nak ganti baru 3 bulan baru dapat Dah berpuluh kali follow up ngan pihak Wescourt. Bukan dorang yang col maklum kita. Kita pula yang kena selalu col tanya status. 

Yang geramnya bila tepon tak berapa nak layan. Ke kedai pun sma. Boleh di jawabnya kena cakap dengan salesman yg jual hari tu. Yang lagi geramnya salesman tu dah transfer ke tempat lain. Dorang still cakap kami tak boleh buat apa2 hanya dia (salesman tu ja yg boleh ambil tindakan).

Lastly kebetulan masa ke kedai dia tu ada manager dia. Boleh pulak bukak report untuk aduan kami ni.Kalau staff lain cakap tak tau ja.Tension!



**** DAPAT BERAYA DENGAN HATI YG AMAN LEPAS NI ada kena mengena ka katil baru ngan raya :) **** 

Tuesday, August 23, 2011

Tuesday, August 23, 2011

Rezeki Ramadhan... Entry Membodek Bos :)

Assalamualaikum..

Pertama sekali syukur alhamdulillah sebab syiela masih di beri kesempatan untuk menunaikan ibadah puasa di hari yang ke 23 ni. Tak sangka syiela mampu bertahan sejauh ni. (pembukaan dengan ayat skema gila).Walaupun kadang2 dan pada hari2 tertentu terasa seperti amat tidak bertenanga.

Keduanya syukur sebab pada permulaan puasa bos dengan baik hatinya mengedarkan kepada staff2nya sebekas kurma dan sebotol air zam2.. Syukur alhamdulillah.

Ketiganya rezeki ramadhan datang lagi sebab bos dengan sekali lagi baik hati memberikan staff2nya kuih raya tadi.. masing2 tersenyum gembira.Terima dengan malu2 kucing gitu.

Keempatnya terima kasih buat en.hubby kerana amat memahami keadaan syiela,terus berikan sokongan dan dorongan buat syiela.

Setakat ni je dulu ye... :) nak balik dengan hati yang gembira
*** tengah menanti bonus dari bos.. ada ke tahun ni ;) ***




Sunday, August 21, 2011

Sunday, August 21, 2011

Rempit Oh Rempit

Assalamualaikum..

Pagi2 bersiap untuk ke office...
Tapi tret...tret... nampaknya syiela kena naik yang bertanyar dua la hari ni...
masuk kunci start enjin.. jalan.. eh lupa... syiela merempit la hari ni... 
patah balik pakai helmet..
merempit atas jalan... naik hairan.. kenapa ramai yang memotong2...
tengok meter 50km/j aik.. la awat perlahan sangat ni...
buka minyak pun dok camtu jugak meter dia.. lantaklah... janji sampai opis...
toleh kiri.. toleh kanan...rupanya ramai juga perempuan merempit ni ye..
Sampai selekoh ni bau lain.. selekoh depan pulak bau lain.. aish banyak bau la pulak...
sampai opis berpeluh2.. penat ngalahkan orang berjogging.. 
kering tekak.. lenguh tangan.. lenguh kaki... kenapa ya?
dilanda sindrom lama tak naik motor.. sedangkan dulu mmg kaki tegar minah rempit



Oh si jantung hati.. jangan la engkau lama2 kat bengkel tu... cepat la keluar...


*** thanks pada Channel x pax dan sayang ketat2 pada makcik nuff sebab bagi BE ke-2 pada syiela... harap2 menetap lama la kat sni :) ***



Wednesday, August 17, 2011

Wednesday, August 17, 2011

Shopping raya + berbuka di luar

Assalamualaikum..

Memandangkan semalam abah cuti so kami berpakat lepas syiela balk keja kami nak shhopping raya.Baju melayu je belum.T shirt budak2 dh settle sebelum posa lagi.

So tepat pukul 4pm abah serta anak2 dah tercegat kat depan pintu opis. We all mula menjelajah mencari baju melayu dulu. Ziarah dari satu kedai  ke satu kedai.Aduss banyak size yang dah takde.Ada baju bapak baju anak pulak takde size.Ada baju anak baju bapak pulak takde size.Adoi pening.. Bukan setakat pening ngan baju.Pening dengan karenah si Aiman dan Iqbal pun sama juga.Punyala lasak. Berlari ke sana ke sini.

Last kat gene martino ada jugak size dorang bertiga.Sapu jelah janji beli.Syiela dah letih.Anak2 still sihat bertenaga ke sana ke sini.Ok settle bab baju dorang so time syiela pula.

Syiela prefer pakai jubah je raya ni.Coz baju kurung dah tak muat.Time syiela mencuba baju.Budak 2 org ni punya la ligat berkejar kat dalam butik tu.Hadoi penat makcik.nak mencuba pun tak senang sebab ada sorang pekerja butik tu tengah iron baju .Last2 abah dorang ni siap suruh pekerja tu simpan dulu iron tu kang ntah kemana2 la iron tu terpelanting.

Settle baju nak kasut pulak.Mula syiela request pakai capal je senang. Dah bebudak berdua ni tak nak pulak.Nak kasut Ben 10 yang ada lampu.Amboi demand nampak!. So pergi la cari jugak. Kat dalam kedai kasut pun satu hal. Iqbal siap memanjat ke atas rak2 kasut dan terjun lagi. Mak ai budak2 ni tak penat ke dari tadi berlari melompat tak ingat.Sampaikan ada satu makcik tu tanya dik kat rumah anak2 mmg mcm ni ke?. Syiela tersenyum kambing jela. Syiela cakap dorang terlepas dari 'kandang' tu makcik. Kalau kat rumah ok je.

Last sekali  kami berbuka kat HOTMAS. sebab itu yang terdekat dengan tempat kami shopping.Penat dowh! gelagat dorang sepanjang dok try baju pun tak sempat nak snap.hehehehe

Ni antara menu berbuka ptg semalam


Jangan ada yang terliur pulak tengok ni :)



Monday, August 15, 2011

Monday, August 15, 2011

Lagi Pasal Bakal Twin Pada Minggu ke 28

Assalamualaikum...

Hari ni pagi2 syiela dah ke hospital.Seperti biasa rutin check up. Hehehehe malas betul nak ke hospital sejuk2 ni..

Cerita pasal check pagi tadi.Alhamdulillah semua berjalan lancar.tak perlu tunggu lama2.Samapai dalam pukul 7.55 dan boleh balik pukul 8.45.Hmmm cepatkan.Kalau tidak mau kematu punggung dok tunggu turn :)

Mula2 cerita pasal berat.Wah menten tak naik tak turun dok banyak tu juga.Tapi doktor cakap takpe sebab bulan posa.Janji jangan turun ja.kang kena posa yang yok bangun pagi buka periuk.

Hb pun turun skit 10.9

Tekanan darah serta yang lain-lain ok.

Pasal Baby pulak : progress mereka so far ok.Tapi twin yang pertama still songsang.tengok next mont pulak camna dia nak pusing lagi ka.Then perkembangan dua2 ok.Tiada kesangsian. Uri pun ok still kat atas.So do not worry. Yang penting sekarang mkn je bagi banyak :) 

Berat : Twin 1 lebih kurang 1.0 kg
             Twin 2 lebih kurang 1.2 kg 

Patut le twin 1 songsang rupanya twin 2 memiliki kelebihan berat badan :) 



** bertemu lagi nanti edisi twin :) **

Wednesday, August 10, 2011

Wednesday, August 10, 2011

Kekasih Gelap... Kini Hak Milik Kekal

Assalamualaikum ..

Ni la rupanya kekasih gelap hubbyku.. sampai  ke tengah malam mengilapnya (ciwi bak kata org kedah).. di beri  tagline 'kekasih gelapku' sekarang memang dh menjadi kekasih gelap hubby syiela.... kenapa la di beri tagline sebegitu...

Sebenarnya hubby tergoda dengan bodynya yang cantik (yela dah baru, semua brg baru cantik ye tak.. )..


Ni la dah selamat ada kat rumah.. aiman dgn iqbal pun bukan main lg. Asik2 nak g ronda ngan motor baru.. mama juga kat rumah memasak.. jeles!


Ni pula gambar yg di curik dari mr google :).. kenapala gambar ni nampak lg cantik dari kat atas... :)




Tuesday, August 2, 2011

Tuesday, August 02, 2011

Khasiat Air Tebu

Assalamualaikum...


Sempena bulan puasa ni syiela nak kongsi info berkenaan air tebu.Tentu sedapkan berbuka puasa dengan segelas air tebu.Ah! betapa nikmatnya bila air tebu melalui kerongkong kita.Selain manis,lazat, tebu juga kaya dengan khasiat kerana dikatakan dapat melegakan batuk, panas dalam badan serta meredakan jantung berdebar. Subhanallah.....


Pada tebu juga terdapat penawar anti-diabetis, jadi untuk pesakit diabetis tidak perlu ragu ragu untuk minum air tebu.Tapi pastikan yang original saja (tanpa dicampur gula).Awas juga... dilarang minum gula walaupun hasil yang di proses adalah dari tebu.
Hanya air tebu ye!


Khasiat segelas air tebu dikatakan sama dengan khasiat sebiji kurma... Kemanisan air tebu juga di kalahi dengan kemanisan iman...


Rasulullah bersabda : ada 3 perkara, yang jika 3 perkara itu ada pada seseorang.Maka ia akan merasai kemanisan iman iaitu :

  1. Allah dan rasul lebih dia cintai daripada selain keduanya,

  2. Mencintai seseorang hanya kerana Allah,

  3. Benci untuk kembali kepada kekufuran selepas Allah menyelamatkan darinya, seperti benci jika dicampakkan ke dalam api...

Rasulullah Bersabda: pandangan adalah panah beracun dari anak panah hiblis, Allah s.w.t berfirman: barangsiapa yang meninggalkan kerana takut kepadaku, maka akan ku ganti dengan kemanisan iman yang dia dapat rasai di hatinya...

Semoga kita dapat merasai kemanisan iman dan juga kemanisan dalam mengabdikan diri kepada Allah s.w.t

*** Adakah kita sudah merasai kemanisan iman??? ***