Assalamualaikum
Seorang bayi yang dari luar fizikalnya ternyata normal mengejutkan ramai pihak apabila dirinya mampu mengeluarkan air liur kristal. Penduduk di Tumpang Permai, kampung Jeru, mukim Tumpang, daerah Malang, Jawa Timur sibuk memperkatakan berita mengenai air liur seorang bayi yang berubah menjadi kristal.
Kejadian itu berlaku bukan sekali tetapi
setiap kali bayi itu mengeluarkan air liurnya dan sejurus selepas itu
juga ia akan bertukar menjadi kristal.
Bayi yang diberi nama Rafael berumur setahun itu dilaporkan telah mengeluarkan 102 biji kristal seperti mutiara.
Menurut ibu bayi itu, Leni Marliani, 35, kejadian aneh yang berlaku ke atas bayi itu dikesan mula berlaku pada 14 Februari lalu.
“Ketika itu saya sedang menggendongnya
dan melihat dia mengeluarkan air liur dan terperanjat apabila ia
mengeras seperti kristal,” katanya kepada Kompas.com.
Melihat keanehan yang berlaku ke atas anaknya itu, Leni
bersama suaminya membawa anak mereka itu ke klinik tetapi pihak klinik
tidak dapat memutuskan jenis penyakit yang dihidapi bayi tersebut.
“Kalau kristal itu diambil, dia akan
menangis. Saya terpaksa memantaunya selalu kerana takut kristal itu
ditelannya. Namun, setakat ini dia tidak pernah mahu menelannya dan
hanya dibuat main,” ujar Leni.
*** Allah maha kuasa.Lepas ni parents dia kena berhati hati takut nanti ada yang menculik pulak



