Showing posts with label mercun. Show all posts
Showing posts with label mercun. Show all posts

Friday, August 10, 2012

Friday, August 10, 2012

Dam Dam Dum Bunyi Mercun

Assalamualaikum

Sana sini kedengaran bunyi mercun.Kadang-kadang kedengaran bunyi mercun seperti di letupkan dalam tin pun ada.Kejap mercun roket la,kejap mercun bola ada juga mercun naga.Haish tak serik2 dorang ni.

Tak ketinggalan juga budak berdua kat rumah ni.Puas membodek abahnya membeli bunga api serta mercun bawang (ala mercun ni bila baling kat simen @ jln tar akan bunyi kelepek).Akhirnya hari ni si abah mengalah termakan dek pujukan anak-anak. Abahnya membelikan seikat bunga api dan 4 kotak mercun bawang.Jadi kejap tadi ( lepas berbuka) budak besar berdua ni bermain dengan riangnya sambil abahnya memegang Hazim.

Tetiba abah berlari masuk dan tinggalkan Hazim kat aku dengan sungguh kalut.Aku pun bertanya la kenapa.Di jawabnya bunga api Aiman terkena daun serai dan kebetulan daun serai tu kering.Jadinya abah terpaksa ambil air dan jirus ( satu hal pulak).

Dalam pada tu si abahnya beli juga stok mercun bola.Tapi selalunya mercun bola ni bukan untuk di main.Tapi sebagai bekalan kat kampung untuk menghalau monyet @ kera.Ini kerana bila sampai ja musim buah kera akan berkeliaran.Punya la banyak sampai tuan tak dapat nak rasaa walau sedikit.Jadinya kalau di baling mercun bola akan kurang la sikit kera-kera ni.

Pernah sampai satu tahap tu si kera ni masuk ke dalam rumah dan buka tudung saji.Dicurinya makanan kat dalam rumah tu. Jabatan Perhutanan pun ada datang buat tangkapan tapi macam tak luak ja pun.

Jadi mercun bola ni sebagai penyelamat la kat sana.Hehehehe bukan apa yang sponsor mercun ni. Kurang-kurangnya bila sampai musim buah dapat juga merasa serba sedikit.


*** Lambat la si kembar ni nak tido.Asyik terkejut je dengar bunyi mercun