Showing posts with label Muhammad Dawisy Haziq. Show all posts
Showing posts with label Muhammad Dawisy Haziq. Show all posts

Wednesday, March 6, 2013

Wednesday, March 06, 2013

PNEUMONIA DIKALANGAN BAYI


Assalamualaikum

Pneumonia adalah masalah jangkitan paru-paru yang sangat biasa di kalangan kanak-kanak
 Malaysia. Jangkitan paru-paru kerap dialami oleh kanak-kanak berusia di bawah 5 tahun.


Kira-kira 60 peratus punca utama kebanyakan kanak-kanak dimasukkan ke wad di Malaysia.
 Pada awalnya kanak-kanak akan mengalami keradangan paru-paru (bronkitis) sebelum 
bertukar menjadi lebih kronik iaitu pneumonia. Pneumonia mungkin sukar dikesan pada 
kanak-kanak yang aktif, tetapi secara umum boleh dikesan menerusi perubahan sifat kanak-
kanak itu iaitu meragam, tidak mahu minum susu dan tidak aktif.



Bagi kanak-kanak yang aktif, mungkin sedikit sukar mengesan gejala ini tetapi jika dia batuk 
berpanjangan selama tiga hari, lesu, muntah, nafas berbunyi dan mengalami kekurangan 
air (dehidrasi) segera dapatkan pemeriksaan lanjut dengan pegawai perubatan berdekatan.
 ibu bapa sepatutnya menyedari risiko pneumonia. Segera berjumpa doktor untuk 
mendapatkan rawatan lanjut. Kanak-kanak yang berisiko mendapat penyakit ini ialah 
mereka yang dijaga oleh pengasuh di taska, ‘day care’ iaitu dalam kelompok yang ramai dan
 keluarga yang besar dengan rumah yang sempit. Pada masa yang sama persekitaran
 dibiarkan tidak bersih dan perkongsian bekas makanan dan minuman yang menyebabkan 
penyakit disebar dengan mudah.



Dalam pada itu, bagi bayi yang berusia satu hingga tiga bulan sepatutnya sihat dan tidak
 ada sebab bayi ini mengalami demam. Namun jika tetap mengalami demam, bayi harus
 menjalani pemeriksaan imunisasinya.



Jangkitan kuman paru-paru boleh menjadi sangat serius dalam masa yang 
singkat terutamanya di kalangan kanak-kanak kecil. Kanak-kanak boleh
 mengalami kekurangan air (dehidrasi) atau kekurangan oksigen. Kanak-kanak 
yang mengalami tanda-tanda berikut perlu dimasukkan ke hospital iaitu pernafasan laju, 
sukar untuk bernafas , bibir menjadi biru, batuk berdarah dan tidak boleh makan atau 
minum atau tidak kencing. Jangkitan kuman ini boleh membahayakan nyawa.



Simptom
Demam panas
Batuk dengan atau tanpa kahak
Sakit dada
Tiada selera makan, tidak mahu makan
Rasa tidak sihat, sering merengek
Pernafasan laju atau susah bernafas
Muntah atau cirit-birit



Rawatan
Kanak-kanak yang mengalami jangkitan kuman ini disebabkan oleh bakteria, antibiotik akan 
diberi oleh doktor. Bagaimanapun, jika jangkitan kuman di paru-paru ini berlarutan atau
 menjadi kritikal, anak anda perlu dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan oksigen, 
antibiotik dan sokongan perubatan yang lain.



Dalam pada itu, pencegahan awal untuk mengelak jangkitan kuman boleh 
dilakukan seperti amalan kebersihan diri, persekitaran yang baik dan 
meneruskan penyusuan susu ibu. Alternatif lain pencegahan awal ibu bapa boleh 
mendapatkan vaksin melalui hospital swasta untuk meningkatkan imun anak anda. Vaksin
 seperti vaksin batuk kokol (pertussis) dan demam campak (measles), Vaksin influenza dan
 Vaksin pneumococcal merupakan pengambilan imunisasi boleh mencegah jangkitan kuman 
di paru-paru.



Beza batuk biasa dan batuk pneumonia

Batuk biasa Bunyinya ‘tidak dalam’ berbanding batuk akibat pneumonia.


Batuk pneumoniaBunyinya ‘dalam’ dan kerap terjadi waktu malam sehingga ke pagi. Kahak berhimpun kerana lebih kerap batuk di sebelah malam.



5 Tip Mudah

1. Mesti ada termometer untuk mengukur suhu badan anak.
2. Dapatkan puting botol susu jenis Y-Cut iaitu susu keluar apabila dihisap oleh anak kecil. Jenis ini membantu mengelak anak kecil tersedak susu.
3. Pastikan persekitaran taska bersih dan tidak terlalu ramai kanak-kanak.
4. Dapatkan rawatan doktor jika demam, selesema dan batuk tidak pulih selepas tiga hari.
5. Teruskan penyusuan susu ibu untuk meningkatkan antibodinya.


Syiela share dulu tentang pneumonia ni ye sebabnya barunya Haziq admit sebab ni la... Nanti Syiela cerita detail kami kat sana... So kawan kawan yang ada anak2 kecil hati hati ye... sentiasa pantau keadaan anak kita ^_^



Wednesday, March 06, 2013

Gelagat Mereka

Thursday, February 21, 2013

Thursday, February 21, 2013

Admit Hospital Sultan Abdul Halim

Assalamualaikum

Cuma sekadar berkongsi berita.Maaf lama tidak mejejak rakan rakan.Buat masa sekarang Haziq admit HSAH kerana jangkitan kuman di paru dan pernafasan agak tersekat... 

Mohon doa rakan2 semua... moga semuanya dalam keadaan baik baik sahaja... Terima kasih atas doa dan kunjungan semua...


Tuesday, January 29, 2013

Tuesday, January 29, 2013

Demam Dapat Perangai Baru

Assalamualaikum

Baru ni saya ada cerita kat uoll semua kan yang Dable H demam.Tau tak lepas demam tu Mula la bermacam perangai.

Balik sebelah petang tak nak masuk rumah nak main kat luar.Kalau masuk rumah juga dorang akan meraung sekuat hati macam di pukul gitu gayanya.Jadi takmo bising2 En. Ad bawa ronda ngan motor keliling taman jadi tersenyum la dorang.Saya pula dapat masak dengan aman kat dapur ^_^

Satu lagi sekarang dorang suka berebut benda yang sama walaupun ada dua benda yang sama tapi tetap nak yang satu tu juga.Tetap nak berebut.Kalau Hazim ambik dulu kemudian Haziq akan datang dan cuba berebut juga bila dah dapat di bawa lari. Adess mokcik pening kepala...

Lagi satu kalau di pegang benda tu jangan di ambik dari tangan dia kalau tak memang meraung la jawabnya.Pastu kalau bagi balik pun tak mau dah.Semua di baling.Adess mokcik bertambah pening.

Dorang juga tak bagi mama masak kat dapur, tak bagi mandi, tak bagi kemana mana hanya duduk dengan dorang saja.Bukan duduk kat sebelah tapi buat benda lain tapi duduk dan layan dorang hhehehhe. Tapi yang bagusnya kalau mama solat dorang tengok je pastu turut sujud sama.Alhamdulillah....

Sekarang dorang agak cergas dan pantas bergerak jadi mama dan abah pun sama pantas dengan dorang... kalau tak hahahha siap la kami berdua kerjakan rumah ^__^


Monday, December 3, 2012

Monday, December 03, 2012

Dable H yang kuat Nagis

Assalamualaikum


Asal mama gerak sikit je pasti dorang nangis tak caya tengok la.Ni baru gerak capai hp nak amik gambar dorang



Setakat hari ni Haziq ok lagi masih boleh la.Tapi Hazim yang riuhnya.Adei nak ke bilik air pun pikir seploh kali.Yela nangis bagai didera lagaknya.Padahal saya gerak sikit je kat dalam rumah tu



Tuesday, October 2, 2012

Tuesday, October 02, 2012

Mainan Baru Kembar

Assalamualaikum

Baru ni beli main untuk si kembar tapi abang-abangnya pulak yang terlebih over nak-nak si Iqbal. Si Kembar ni pun sangat teruja dengan mainan baru maklumlah lip lap lip lap lampu dia. Siap ada bunyi-bunyi lagi. hehehehe berebut budak berdua tu


tengok tu dorang main

Lastnya Iqbal nangis sebab mainan tu di tawan oleh si kembar. Terpaksa la abahnya pujuk kekekke. Abang dah besar la biar adik pula yang main. 

Esoknya abahnya terpaksa belikan dia lori panjang. Sabar jelah Iqbal ni tau.

Tuesday, September 25, 2012

Tuesday, September 25, 2012

Dable H Ke Hospital Lagi

Assalamualaikum

Baru lepas balik dari hospital. Adeh penat sungguh menunggu giliran.Menunggu dari pukul 8.00 pagi tadi. Rupanya doktor takda hari ni.Dekat pukul 10 baru jalan nombor. Betul2 menyusahkan orang.Nak-nak saya ni.Nak bertukar pun tak boleh.Lenguh la hai tangan.

Jumpa doktor kejap je dalam 10 minit dah boleh balik.Sebabnya dorang berdua ni sihat walafiat.Cumanya Haziq ja yang perlu follow up kat hopital penang. Yang lagi sakit hati.Doktor tu siap suruh kami sediakan satu buku. Bila kami ke hospital penang suruh doktor sana catit untuk rujukan dorang. Eh takkan tak link sesama hospital. Maknanya kalau kami ke penang kena ada surat atau dapatkan catatan dari sana kalau tak doktor hospital sungai petani tak tau apa. Adeh kenapa la jadi camni. Letih tau...Sesapa nurse kat sini tolong explainkan kat saya jap bab2 ni.

Sebab hari ni amat memenatkan takda sekeping pun gambar kat sana :). Jadi kita layan gambar Haziq masa kat hospital Penang hari tu ^_^

 Abah bergelut dengan Haziq
 Susah betul nak dok diam.siap meraung lagi
 Hujan renyai2 time ni tapi mama sibuk je nak ambil gambar kat luar ni
 tu dia nak tunjuk Haziq buat rawatan sampai penang ^_^
Budak ni keletihan bergelut dengan abah dan meraung. Letak ja kat kerusi tu terus lelap 

Wednesday, September 5, 2012

Wednesday, September 05, 2012

Mohon Doa Kawan-Kawan

Assalamualaikum

Ketika kawan-kawan membaca entry ni kami bertiga iaitu saya,En.Ad dan Haziq dalam perjalanan ke General Hospital Penang untuk menjalani x-ray dan seterusnya menentukan keadaan dia.Ok saya flashback sedikit kisah Haziq ketika Haziq berusia 38 hari doktor detect yang dia mempunyai masalah jantung.Kemudian di bawa ke Penang untuk menjalani rawatan echo dan di situ kepurusan menunjukkan yang Haziq mengalami masalah jantung berlubang namun keadaannya tidak terlalu serius.Dikatakan Haziq mempunyai lubang di jantung dimana lubangnya hanya sekecil lubang jarum.Namun perlu di beri pemantauan.Lazimnya kes sebegini pesakit akan sembuh dengan sendirinya.

Jadi esok adalah penentuan keadaan sebenar Haziq.Tapi jika tengok keadaan Haziq di rumah dia amat cergas dan tidak pernah kebiruan.Cumanya berat tidak sampai target, Masih berada di garisan putih iaitu kategori kurang zat.

Dan esok juga Dable H akan berpisah buat sementara.Hazim akan di tinggalkan di rumah mak(pengasuh) manakala Haziq akan ke Penang.

Jom layan gambar budak kecik ni kejap ^_^





saya di beri ujian yang amat ringan jika dibandingkan dengan mereka yang lain namun saya dah terasa amat berat, sangat gelisah sepanjang 11 bulan ni.Moga Allah permudahkan segala urusan kami.

*** Terima kasih sudi mendoakan Haziq ye kawan-kawan

Tuesday, July 31, 2012

Tuesday, July 31, 2012

Kami Bergegas Ke Hospital

Assalamualaikum

Tatkala orang lain berpusu pusu ke masjid untuk menunaikan solat terawikh kami pula bergegas ke hospital.Ini kerana keadaan Haziq yang agak kurang memuaskan.Sampai je kat kawasan emergency kami bergegas turun dan setelaah di check di bahagian saringan terus Haziq di suruh masuk keruangan asma.Nampaknya agak ramai patient semalam.Tapi haziq di utamakan.Setelah di check oleh beberapa doktor mereka mengesahakan yang Haziq hanya batuk berkahak biasa dan bukannya asma.

Kami Laki bini heran.Dah la bernafas dengan bunyi yang maha kuat dan dada berombak kencang tapi di katanya takde apa.Namun syukur alhamdulillah.Mungkin ketakutan yg membawa kami ke sana.Dia Sangatla aktif.

Haziq cuma di beri ubat kahak dan ubat penat.Hmmm risau betul.Saat entry ni di buat pun bunyi kahak dia amat la kuat kedengaran.krok..krok..krok.. nampak tak selesa sangat nak bernafas. 

*** 1st time bersiaran dari rumah hehehehe...