Showing posts with label Twin. Show all posts
Showing posts with label Twin. Show all posts

Wednesday, March 6, 2013

Tuesday, January 29, 2013

Tuesday, January 29, 2013

Demam Dapat Perangai Baru

Assalamualaikum

Baru ni saya ada cerita kat uoll semua kan yang Dable H demam.Tau tak lepas demam tu Mula la bermacam perangai.

Balik sebelah petang tak nak masuk rumah nak main kat luar.Kalau masuk rumah juga dorang akan meraung sekuat hati macam di pukul gitu gayanya.Jadi takmo bising2 En. Ad bawa ronda ngan motor keliling taman jadi tersenyum la dorang.Saya pula dapat masak dengan aman kat dapur ^_^

Satu lagi sekarang dorang suka berebut benda yang sama walaupun ada dua benda yang sama tapi tetap nak yang satu tu juga.Tetap nak berebut.Kalau Hazim ambik dulu kemudian Haziq akan datang dan cuba berebut juga bila dah dapat di bawa lari. Adess mokcik pening kepala...

Lagi satu kalau di pegang benda tu jangan di ambik dari tangan dia kalau tak memang meraung la jawabnya.Pastu kalau bagi balik pun tak mau dah.Semua di baling.Adess mokcik bertambah pening.

Dorang juga tak bagi mama masak kat dapur, tak bagi mandi, tak bagi kemana mana hanya duduk dengan dorang saja.Bukan duduk kat sebelah tapi buat benda lain tapi duduk dan layan dorang hhehehhe. Tapi yang bagusnya kalau mama solat dorang tengok je pastu turut sujud sama.Alhamdulillah....

Sekarang dorang agak cergas dan pantas bergerak jadi mama dan abah pun sama pantas dengan dorang... kalau tak hahahha siap la kami berdua kerjakan rumah ^__^


Monday, December 3, 2012

Monday, December 03, 2012

Dable H yang kuat Nagis

Assalamualaikum


Asal mama gerak sikit je pasti dorang nangis tak caya tengok la.Ni baru gerak capai hp nak amik gambar dorang



Setakat hari ni Haziq ok lagi masih boleh la.Tapi Hazim yang riuhnya.Adei nak ke bilik air pun pikir seploh kali.Yela nangis bagai didera lagaknya.Padahal saya gerak sikit je kat dalam rumah tu



Thursday, November 22, 2012

Thursday, November 22, 2012

Petua Cirit Birit Untuk Baby

Assalamualaikum

Sejak balik dari kampung hari tu Haziq kena cirit birit kesian dia. Dah la Kecik.Dukung pun dah tak terasa sekarang.Padahal makan dan minum sama ja dengan Hazim.Apa yang Hazim makan itu la yang Haziq makan.

Lagi satu sekarang ni selera Haziq sangat-sangat menurun.Dia tak  nak makan.Jenuh saya teroka menu baru untuk dia tapi tetap sama.Masuk dalam mulut sesuap dua ja.Masuk kali ke tiga dia luahkan.Bukan setakat luah je tau tapi siap korek lagi baki yang ada dalam mulut.Sampaikan kadang kadang dia termuntah.Alahai  kesiannya saya tengok.

Hazim la yang sangat suka makan bertambah tambah sampaikan saya nak dukong pun dah tak larat.Kalau dia meragam lagi la..Bukan saya la.Memang abah dia yang uruskan.

Anak anak saya yang sebelum ni tak dak pula rasanya kena cirit birit.Kesian sangat tengok sampai takda najis hanya air semata mata.

Bila di cari petua yang saya dapat adalah 

Ambil 1 sudu teh tepung gandum dan dibancuh dengan segelas air suam dan kacau hingga larut. Tunggu sehingga semua tepung mendak di dasar gelas. Kemudian, minumlah air tersebut. Bagi bayi, tuangkan ke dalam botol susu supaya mudah bayi menghisap air bancuhan tersebut. InsyaAllah, cirit-birit akan sembuh. Petua ini boleh diamalkan untuk semua peringkat umur. 

dan 

kupas sebiji kentang, dan rebus hingga lembut dgn sendirinya, kemudian mashkan kentang tersebut tanpa ditambah sebarang gula/garam dan terus makan.

InsyaAllah, cirit birit akan hilang bersama najis.



***Sesapa pernah try tak petua ni.Berkesan tak dan ada petua lain tak untuk Haziq.Tolong ye!


Wednesday, October 24, 2012

Wednesday, October 24, 2012

WW:Ragam Budak Demam

Assalamualaikum

 Haziq yang sangat ceria :)
 sesekali gelak juga :)
 tido kejap sambil merengek
dah ala-ala hidung badut asyik nak munyik je kejanya


*** Tengok Hazim (yang pakai pampers saja tu) sampai kena dukong kat luar.. abah umpan motor baru senyap...

Sunday, October 21, 2012

Sunday, October 21, 2012

Kini Giliran Hazim Pulak

Assalamualaikum

Hari jumaat baru amatlah penat daku dengan karenah anak-anak.Yelah abahnya keja.Saya bercuti dengan melayan 4 hero. SI Hazim asyik nak berkendong je.Si Aiman pulak asyik buat permintaan nak makan itu nak makan ini.Manakala Iqbal dan Haziq bebas bermain dengan sunia mereka.

Petangnya saya dah mula lenguh-lenguh badan.Yela Hazim 9kg tau. Memasak sambil berdukung macam nak runtuh bahu saya ni.Masa berdukung tu dah ingatkan diri sendiri dah lepas ni kena ambil panadol kalau tidak kompom malam ni saya demam.Sebab badan dah terasa berbisa dan sengal-sengal.

Malamnya dalam pukul 10 macam tu terasa badan Hazim panas.Ha haru ni mesti Hazim nak demam pula.Jenuh la nanti. Seperti yang di jangka.Esoknya ( sabtu) Hazim demam.Ya Allah merengek tok sah kata la.Jenuh la hai.Asyik nak berdukung.Yang paling bestnya lagi Haziq pula selsema jadi dia pun merengek semacam ja.Jadinya dua-dua nak berdukung.Alahai memang reban la bahu mama dengan abah.

Malam tadi saya pun turut demam-demam.Siap berselimut ngalahkan si kembar kekkeke.Jadinya abah yang take over jaga si kembar tu.Agak mengharukan sikit sebabnya dorang tak nak minum susu badan mungkin penangan ubat yang saya makan kot.Dorang lebih prefer susu botol.Jadi abahnya tak cukup tido la semalam.kekekkke

Pagi tadi sebelum datang keja saya masakkan sambal petai dengan ikan bilis untuk cik abah sebagai tanda terima kasih tolong jagakan anak-anak semalam hehehhehe.EN. Ad pun tersenyum gembira kekekeke.Dia suruh saya ambil EL tapi biarlah, nanti kalau kat rumah ada saya saya nak buat keja.Itu la ini la.Kemudia mesti saya ambil si kembar tu.Itu peel saya.Walau sakit macam mana pun tapi bila saya kat rumah saya akan pastikan anak-anak juga kat rumah bersama saya.Jadinya saya tak rehat huhuhuhu.Jadi bila saya ke pejabat ada masa berehat.Time solat zohor saya dapat rebahkan badan kejap.Kalau kat rumah jangan harap la.

Adeh penatnya la hai.. Harapnya petang nanti keduanya dah kurang merengek.Adusss kena perkuatkan mental dan fizikal. Ada rakan nasihatkan saya jadikan kenakalan serta karenah anak-anak ini sebagai hiburan.Kompom hati akan tenang.. huhuhu tapi mampukah saya. Setakat ni alhamdulillah mampu bertahan lagi

Thursday, October 18, 2012

Thursday, October 18, 2012

Siapa Yang Demam Sebenarnya Ni

Assalamualaikum

Semalam saya ada ceritakan yang Dable H dapat suntikan setahun dan lepas tu Haziq demam manakala Hazim sempoi je. Tapi masalahnya Hazim yang merengek mengalahkan orang demam.

Mama bangun dia nagis, abah bangun dia nangis kalau lama sikit sure menjerit macam kena dera padahal dia tak nak kita tinggalkan dia.Dia nak mama dan abah sentiasa kat sebelah dia.Baru dia dapat main dengan aman. kalau dia memang dia merengek dan menangis habis habisan.Aduhai sayang!

Manakala orang demam (Haziq) pula maintain je. Main seperti biasa seolah-olah tiada apa.Tak kisah mama ke mana abah ke mana janji dia dapat main dapat panjat, dapat meniti kat dinding-dinding. Eh terbalik pulak siapa yang demam sebenarnya ni.Aduhai anak.

Time nak tido pun camtu lah Haziq masuk buai je terus lena.Hazim segala zikir dah habis di mulut dia tak lena lagi tapi mata dah kuyu sangat dah.Bila lama sikit mula la buat aksi akrobatik kat dalam buai tu means nak tido kat bawah.Bila bawa ke bawah tido sambil usap sambil pekena susu cap gantung tapi masih juga meragam menangis.Letak minyak kat perut still juga meragam.Akhirnya lena juga dalam kepenatan.

***Moga Haziq sihat hari ni hendaknya.Mama kat opis ni naik risau bila teringat kamu

Tuesday, September 25, 2012

Tuesday, September 25, 2012

Dable H Ke Hospital Lagi

Assalamualaikum

Baru lepas balik dari hospital. Adeh penat sungguh menunggu giliran.Menunggu dari pukul 8.00 pagi tadi. Rupanya doktor takda hari ni.Dekat pukul 10 baru jalan nombor. Betul2 menyusahkan orang.Nak-nak saya ni.Nak bertukar pun tak boleh.Lenguh la hai tangan.

Jumpa doktor kejap je dalam 10 minit dah boleh balik.Sebabnya dorang berdua ni sihat walafiat.Cumanya Haziq ja yang perlu follow up kat hopital penang. Yang lagi sakit hati.Doktor tu siap suruh kami sediakan satu buku. Bila kami ke hospital penang suruh doktor sana catit untuk rujukan dorang. Eh takkan tak link sesama hospital. Maknanya kalau kami ke penang kena ada surat atau dapatkan catatan dari sana kalau tak doktor hospital sungai petani tak tau apa. Adeh kenapa la jadi camni. Letih tau...Sesapa nurse kat sini tolong explainkan kat saya jap bab2 ni.

Sebab hari ni amat memenatkan takda sekeping pun gambar kat sana :). Jadi kita layan gambar Haziq masa kat hospital Penang hari tu ^_^

 Abah bergelut dengan Haziq
 Susah betul nak dok diam.siap meraung lagi
 Hujan renyai2 time ni tapi mama sibuk je nak ambil gambar kat luar ni
 tu dia nak tunjuk Haziq buat rawatan sampai penang ^_^
Budak ni keletihan bergelut dengan abah dan meraung. Letak ja kat kerusi tu terus lelap 

Monday, September 24, 2012

Monday, September 24, 2012

Pertama Kali Kami Ke Pasaraya

Assalamualaikum

Setelah usia mereka menghampiri setahun baru kini kembar menjejakkan kaki ke pasaraya. Kami memilih Giant sebagai destinasi pertama mereka hehhe. Sebabnya kat situ mesra budak2. Ada tempat mainan untuk kanak-kanak. 

Aiman dan Iqbal sibuk bermain kat dalam sangkar mainan manakala si kembar menunggu turn untuk naik mainan berlagu. ala mainan yang bila kita masukkan syiling dia akan goyang dan ada muzik tu. Sebenarnya kalau kat giant sini tak payah letak syiling. Naik je sepuas hati free. so memang ramai la yang mengambil kesempatan termasukla kami. Bila kembar dapat turn ja. kami letak dorang kat dalam tu.Kebetulan yang kosong tu kereta. Ingatkan takut, rupanya dorang sangat seronok naik.hehhehe

Siap pusing2 stereng lagi. Jenuh juga la nak menunggu sementara dorang puas main. Lain kali boleh datang lagi. Tak pula ambil gambar sebabnya leka tengok dorang main dengan sangat gembira sampaikan kami pun ikut tergelak sekali tengok gelagat dorang ni.


*** maaf lambat menjejak rakan-rakan. Saya akan jejak kembali secara perlahan-lahan.Terima kasih ye sudi bertandang sini :)

Wednesday, September 12, 2012

Wednesday, September 12, 2012

WW : Dable H

Wednesday, September 5, 2012

Wednesday, September 05, 2012

Mohon Doa Kawan-Kawan

Assalamualaikum

Ketika kawan-kawan membaca entry ni kami bertiga iaitu saya,En.Ad dan Haziq dalam perjalanan ke General Hospital Penang untuk menjalani x-ray dan seterusnya menentukan keadaan dia.Ok saya flashback sedikit kisah Haziq ketika Haziq berusia 38 hari doktor detect yang dia mempunyai masalah jantung.Kemudian di bawa ke Penang untuk menjalani rawatan echo dan di situ kepurusan menunjukkan yang Haziq mengalami masalah jantung berlubang namun keadaannya tidak terlalu serius.Dikatakan Haziq mempunyai lubang di jantung dimana lubangnya hanya sekecil lubang jarum.Namun perlu di beri pemantauan.Lazimnya kes sebegini pesakit akan sembuh dengan sendirinya.

Jadi esok adalah penentuan keadaan sebenar Haziq.Tapi jika tengok keadaan Haziq di rumah dia amat cergas dan tidak pernah kebiruan.Cumanya berat tidak sampai target, Masih berada di garisan putih iaitu kategori kurang zat.

Dan esok juga Dable H akan berpisah buat sementara.Hazim akan di tinggalkan di rumah mak(pengasuh) manakala Haziq akan ke Penang.

Jom layan gambar budak kecik ni kejap ^_^





saya di beri ujian yang amat ringan jika dibandingkan dengan mereka yang lain namun saya dah terasa amat berat, sangat gelisah sepanjang 11 bulan ni.Moga Allah permudahkan segala urusan kami.

*** Terima kasih sudi mendoakan Haziq ye kawan-kawan

Friday, August 10, 2012

Friday, August 10, 2012

Tinggal Jelah Adik Kat Rumah Mak Dia

Assalamualaikum

Seperti biasa setiap petang aku akan mengangkut si kembar dari rumah pengasuh.Memandangkan aku pergi dengan motor jadi terpaksa la aku balik ke rumah dulu.Kalau tidak camner le ha nak ngusung si kembar ni dgn motor hehehehe.Budak dua besar tu En. Ad awal2 lagi dah ambil.

Tapi bila aku nak keluar mengambil si kembar sibuk juga budak besar berdua ni nak mengikut.Dalam perjalanan tu tiba-tiba Iqbal cakap, mama kita tak payah ambil adiklah no.Kita tinggal je kat rumah mak dia.Aku tanya la kenpa pula nak tinggal adik tak kesian ke kat dia.Si Iqbal ni jawab nanti adik tu kuat nangis la mama.Dia suka kacau mama buka puasa.Abang pun tak larat la nak jaga dia.

Aduhai kesiannya.Rasa bersalah pulak.sebelum ni kalau adik kacau sangat mmg aku minta tolong dua budak besar ni yg tolong jagakan adik.rupanya mereka  pun dah terasa terbeban.InsyaAllah lepas  ni kena beringat.

Sampai je kat rumah sibuk je pesan kat adik suruh dok diam :)..Ni pun menaip sambil di panjat oleh si kembar kat belakang.. tapi mamanya hai sibuk sungguh mengalahkan menteri la pulak.Nak juga buat entry. Sambil menaip sambil gomol gomol dorang kejap kemudian teruskan menaip kembali :)

*** tenet sangat tenat mengalahkan siput sedut ( yg ni boleh di makan ye bkn siput yg haram tu) nanti aku pelan2 menyusur ke rumah korang ye ^_^

Sunday, August 5, 2012

Sunday, August 05, 2012

Rupanya Kembar Dah Besar

Assalamualaikum

Tengahari tadi aku dengan En.Ad gigih ke pasaraya untuk mencari baju -anak anak.Jejak je kaki ke pasaraya tengok orang dah ramai.Amboi ramainya orang.Jenuh la nak laga montot ni nanti.

Kaki laju je ke pakaian bayi.Tujuan utama nak cari baju baby dulu kemudian di ikuiti dengan dua budak besar.Pilih punya pilih jumpa la yang berkenan di hati dengan harga yang berpatutan.Si jurujual bertanya umur anak cik berapa.Aku laju je menjawab 10 bulan kemudian jurujuak tu tunjuk baju saiz L.Aku cakap eh besarnya takpe la nak saiz s je.Si jurual kerut2 kening sambil tanya lagi.Anak cik ni kecik je.Aku menjawab a'ah kecik la tak sampai 1 tahun lagi.Dia berlalu dari situ dan biarkan kami memilih dengan tenang.

Selelai baju baby kami ke bahagian budak pula. Pilih untuk Aiman dan Iqbal.Alhamdulillah pusing sana pusing sini jumpa juga pilihan hati (tu pun jenuh En. Ad dok buat gerabak ketapi kat belakang) kekekeke.mengikut je ke mana aku pergi. Bila orang ramai sangat nak memilih pun tak senang.

Setelah berpuas hati En. Ad terpaksa beratur dan mengosongkan dompetnya.Hehehehe.Balik je terus ambil Aiman dan Iqbal kat nurseri dan Kembaq kat rumah pengasuh.Tak sabar-sabar nak suruh dorang try size.Si Aiman dan Iqbal pun sangat teruja la cuba baju baru.Alhamdulillah memang ok.Tak perlu nak tukar-tukar tapi bila tiba time kembar pula.Alamak kenapa muat2 je ni.Kang tak sapai sebulan harus tak muat dah.

Dan bila di pikirkan sekali lagi.memang kebanyakan baju kembar bersaiz s dan kbanyakannya dah ketat.Alahai kenapa la tak teringat langsung tadi.Aku masih beranggapan yang si kembar ni masih kecil di sokong pula oleh En.Ad.Namun hakikat sebenar mereka dah menghampiri 1 tahun.Aduhai la kenapa jadi cmni.Bukan tak pernah ada anak kecil tapi entah la...

nampaknya esok kena gigihkan diri ke pasaraya tersebut untuk menukar saiz.Dan saiz yang sesuai untuk mereka adalah L.huhuhuhu patut la si jurujual tercengan tadi.hehehehe rupanya mmg kecik baju tu :)


*** teramat letih sebabnya En.Ad terpaksa kerja malam hari ni. Tadi berbuka sambil riuh rendah dengan gelagat Dable H ni.Ni baru mereka memelapkan mata.Alahai aku pun dah mengantuk serta keletihan.

Tuesday, July 31, 2012

Tuesday, July 31, 2012

Haziq Makin Sihat..Alhamdulillah

Assalamualaikum

Syukur alhamdulillah balik petang tadi keadaan Haziq beransur pulih.Lebih baik dari pagi tadi.Dah takder bunyi krok krok cuma kadang kadang batuk dan bunyi kahak ja.

Terima kasih atas doa kalian semua.Sungguh terharu.Walau kita tak pernah berdua namun doa kalian amat berharga buat kami sekeluarga.terima kasih juga yang sudi memberi petua.Sedikit sebanyak memang membantu dalam menguruskan si kembar ni.

Mereka berdua kini amat aktif.Asyik memanjat.Pantang jumpa benda yang tinggi pasti nak di panjatnya.kadang kadang sofa.almari pun nak.Pernah juga terjatuh.Makin kelam kelibut la keadaan kat rumah ni.

Mereka juga dah pandai mengemas.Contohnya lepas basuh kain aku keluarkan kain dari mesin dan letak dalam raga.Kemudian dorang datang dan ambil kain dari dalam raga dan campakkan kat lantai.huhuhu.aku terpaksa bertindak lebih pantas dari mereka.

Mereka juga agak pandai mengagak emosi kita,contohnya bila aku jengilkan mata mereka akan membuat muka sedih seolah olah nak nangis.hehehhe geram sangat time tu.Juga boleh di ajak ketawa bersama.Janji kena layan depa kang dua2 meraung.Tu memang sangat haru.

Ok tu ja update mereka tuk malam ni.. jumpa lagi nanti ye  ^_^

*** terima kasih atas doa semua.Moga kalian juga dilimpahi rahmat olehNYA
Tuesday, July 31, 2012

Kami Bergegas Ke Hospital

Assalamualaikum

Tatkala orang lain berpusu pusu ke masjid untuk menunaikan solat terawikh kami pula bergegas ke hospital.Ini kerana keadaan Haziq yang agak kurang memuaskan.Sampai je kat kawasan emergency kami bergegas turun dan setelaah di check di bahagian saringan terus Haziq di suruh masuk keruangan asma.Nampaknya agak ramai patient semalam.Tapi haziq di utamakan.Setelah di check oleh beberapa doktor mereka mengesahakan yang Haziq hanya batuk berkahak biasa dan bukannya asma.

Kami Laki bini heran.Dah la bernafas dengan bunyi yang maha kuat dan dada berombak kencang tapi di katanya takde apa.Namun syukur alhamdulillah.Mungkin ketakutan yg membawa kami ke sana.Dia Sangatla aktif.

Haziq cuma di beri ubat kahak dan ubat penat.Hmmm risau betul.Saat entry ni di buat pun bunyi kahak dia amat la kuat kedengaran.krok..krok..krok.. nampak tak selesa sangat nak bernafas. 

*** 1st time bersiaran dari rumah hehehehe...

Tuesday, July 24, 2012

Tuesday, July 24, 2012

Hazim Pula Asma

Assalamualaikum

Lepas kejadian Hazim menagis bersungguh2 malam yang lepas ENTRY KAT SINI .Akhirnya Hazim selesema dan bila balik kerja semalam dah nampak tanda tanda Hazim akan di serang asthma jadi aku dah bersedia dari awal.

Tengah malam memang Hazim dah tak boleh nak tido asyik berbunyi je kerjanya.Memang nampak tak selesa sangat dia nak tido.Kesian dia.huhuhu. Aku cuma bagi makan ubat yang doktor bagi dan sapu vicks kat dada dengan harapan dia dapat tido dengan nyenyaknya.Alhamdulillah dapat jugak dia terlelap kejap.

Dalam dua jam camtu dia jaga semula dan nampak kembali tak selesa.Bila di sapu vicks kat dada dan belakang terus dia pejam mata.Selesa barangkali.

Pagi tadi tengok keadaan Hazim dah semakin ok.Harapnya dia makin pulih la nanti.

Bila anak tak sihat dan bapaknya juga tak sihat.En.Ad sekali lagi di serang kesakitan  yang amat sangat.siap termuntah muntah lagi.Mungkin ini dari batu karang hari tu yang batu batu kecil tu.Selepas berubat dan lega terus En.Ad tak ikut nasihat doktor iaitu banyakkan minum air kosong dan hasilnya bila pula En.Ad kekurangan air dan kesakitan.

*** moga EN. Ad cepat sembuh ye sayang ^_^

Monday, July 23, 2012

Monday, July 23, 2012

Cabaran Berpuasa Hari Pertama dan Kedua

Assalamualaikum

 Orang dah lama bercerita aku baru nak bercerita.namun tetap juga nak tempek kat sini untuk kenangan kemudian nanti.

Hari pertama amatlah mencabar buat aku sebabnya hari tu jatuh hari cuti jadinya mesti 'berperang' dengan 4 orang askarku itu :)

Hari pertama
sahur

Sahur yang simple cuma ayam masak kicap dan ayam goreng serta air milo dan buah kurma. Alhamdulillah tak susah nak gerakkan Aiman bersahur.Elok sudah je sahur Dable H jaga huhuhuhu

Puasa

Seawal pukul 12.30 Aiman dah merengek dahaga dan keletihan. Namun kucuba pujuk juga.Dah pukul tiga aku tidurkan Dable H dengan aku2 sekali tertido keletihan.Then pukul empat je bangun Aiman bagitau tadi dah minum sikit mama.Minum sikit sangat.Alahai pasrah je la.Tapi aku tetap tak kasi makan juga sampai petang.Lembik jugak la si Aiman

Berbuka
Aku cuma masak nasi dan buat sambal ayam ye lain tak sempat dek rengekan Dable H.Bila berbuka dorang berdua pun sibuk juga nak berbuka.Tak sempat nak suap mulut kita asyik ke mulut dorang je.Padahal pukul 7.00 tadi dah kasi dorang makan kenyang2 dah.Alahai cabaran sungguh.Bagi dorang pegang sendiri di buangnya ke lantai.Nak juga kita suapkan.Sabar jelah

Hari Kedua

Aiman bersemangat dan bertenaga untuk puasa.Tak letih macam semalam ceria je.Namun tak tahan dek godaan Iqbal (memang kuat menggoda budak ni.ada saja nak di tayang makan kat abangnya)

Minum juga air sedikit ( soya jagung kalau tak salah) walau sedikit tapi mama :( namun sampai ke petang aku tahan supaya tidak makan dan minum :)

Agak keletihan menguruskan rumah dan juga anak2. si kembar dah pandai merayap.Hazim dah pandai memanjat adei pening kepala.

Malam
Semalam adalah malam paling mancabar buat kami. pukul 10 si kembar tu masih bermain sedangkan abang2nya dah hanyut di buai mimpi. Tetiba dengar orang sebelah balik.Kata dekat en.Ad ha tu dorang baru balik berniaga kat bazar ramadhan agaknya. Dan kemudian dengar dorang memanggil nama.Walau agak keberatan tetap juga buka pintu rupanya rezeki di malam hari.Lauk pauk yang di jual sebagai bekalan sahur nanti. 

Simpan je lauk tu aku terus masuk bilik kemudian Hazim start menangis.menagis seseungguh hati. menjerit jerit.sapu minyak kat perut, kat betis dan tapak kaki kot2 kembung masih macam tu juga.Kemudian di bawa keluar dari bilik terus dia diam.Bila masuk bilik menangis meraung.Camtulah keadaannya sampai pukul 1.00 pagi.Alahai letih la kami. Semua ayat di baca dan di hembus kat ubun2 Hazim.En. Ad siap surah2 yang ada kat phone lagi. Akhirnya tidur juga kepenatan

Sahur

Akhirnya time ni tak teramat letih tak boleh nak celik mata sebabnya semalam Hazim tido tapi tak lelap.Hasilnya kami cuma minum air milo dan buah kurma sebagai penguat tenaga :)

*** moga di permudahkan urusan di hari hari mendatang :)

Wednesday, July 18, 2012

Wednesday, July 18, 2012

Aksi Si kembar Tidur

Assalamualaikum

Mula cadangya nak but WW je tapi nak juga celoteh kat sini. Dable H ni kalau tido buai tak sah kalau tak ada kain.Kalau kain tak ada memang dorang takkan tido asyik dok gelak je kejanya. Bila bagi kain je macam tau tau je yang mama ni dah suruh tido.Berkain bagai ni adalah ajaran mak dorang a.k.a pengasuh dorang.

Nak tak nak aku pun kena ikut la kalau tidak memang cerah je biji mata dorang berdua ni.

 Ini gaya Hazim
Ini gaya Haziq

Kesian korang terteleng teleng ye.. hehehhe sori malas  dah upload ikut dan je

*** sedih sebab ada join satu GA ni tapi ntah camne ntah ada terlepas pandang untuk follow blog2 sponsor.Padahal tempoh GA berlangsung tu sangat panjang.Tak terasa nak cek kembali selepas komen tu.Terlalu lalaikan. Hope owner GA tu tak berprasangka buruk...Adeh terasa sangat malu, sangat bersalah seolah olah menipu pulak gayanya.Korang pernah tak terjadi camni tak.