Showing posts with label tak puasa di bulan ramadhan. Show all posts
Showing posts with label tak puasa di bulan ramadhan. Show all posts

Thursday, August 2, 2012

Thursday, August 02, 2012

Empat dipecat kerana berpuasa

Assalamualaikum

Paris: Badan Islam Utama Perancis kelmarin mengecam satu keputusan sebuah majlis bandar memecat empat kakitangan kem musim panas kerana berpuasa ketika Ramadan sebagai “sewenang-wenangnya dan diskriminasi.”

Empat pekerja itu, yang diambil sementara oleh bandar Genevilliers di pinggir ibu kota ini untuk mengendalikan satu kem sukan di barat daya Perancis, dipecat 20 Julai lalu, hari pertama Ramadan, selepas dimaklumkan mereka membahayakan keselamatan kanak-kanak dengan tidak makan atau minum antara awal pagi dan matahari terbenam.

Mereka kini merancang untuk mempertikaikan pemecatan itu menerusi mahkamah buruh Perancis dan Majlis Fahaman Islam Perancis (CFCM) berkata kelmarin ia mempertimbangkan menyaman majlis bandar Genevilliers kerana diskriminasi.



Kelmarin 4 pekerja itu mempertimbangkan menyaman majlis bandar Genevilliers kerana diskriminasi”. - Majlis Fahaman Islam Perancis (CFCM)

Mereka di pecat atas alas an tidak menghormati syarat kontrak dengan cara mungkin membahayakan keselamatan fizikal kanak kanak yang dipertanggungjawabkan kepada mereka.

Sedangkan di Malaysia ramai yang ponteng puasa.Cukuplah aku katakana di Sungai Petani ramai yang sewenangnya membeli makanan tanpa rasa malu.Kebanyakan berhelmet tutup dan seawal pukul 11 dah menjengah ke kedai makan.

Sumber : Berita Harian

*** Sangat marah pada tuan kedai yang menjual nasi berlauk seawal jam 11 pagi.Ramai yang berpusu-pusu ke sana tanpa rasa malu...Sedarlah wahai manusia