Tuesday, August 28, 2012

Tuesday, August 28, 2012

Cerita Raya Saya

Assalamualaikum

Seperti yang di duga malam Raya Pertama saya dah start gigil badan dan demam.Makan Panadol alhamdulillah terus kebah.Mungkin banyak sangat mengendong kembar kot.dah lenguh-lenguh badan

Esoknya SIL buat sambal petai dan udang.Wah udang tu memang menggoda jiwa.Saya ni bukannya jenis yang makan petai tapi hari tu memang saya makan tak ingat.Hehehe sedap rupanya sambal petai udang n i :). Bila dah tengahari sikit gerak ke kampung hubby lagi sekali ke rumah adiknya menghadiri rumah terbuka. Makan lagi :)

Kemuadian keluarga hubby seperti biasa buat rombongan raya ke rumah-rumah sedara.Kami konvoi dalam 6 biji kereta (ala-ala nak pergi meminang la pulak ). Nampaknya si kembar still takut dengan orang masih di kendongan. Agak keletihan jadinya kami berkeputusan untuk tidak mengikuti rombongan ke rumah yang seterusnya.Kalau tak salah kami join dalam 2- 3 buah rumah je. Tu pun dah jenuh layan ragam si kembar ni.

Dalam perjalaan pulang hidung pun meleleh-leleh nasib la SIL tolong belikan ubat dan ada juga habuan tuk si kembar.Botol susu baru.Cantik.. thanks ye.Alhamdulillah rezeki dorang melimpah ruah. Malamnya tekak mula buat hal.Dah start terasa perit.Sure tak best nak tidur nanti.

Raya Ke tiga
Memandangkan keadaan saya makin teruk makanya saya terperap je kat tempat tidur. Pagi tu dah start terasa macam susah nak nafas (tanda-tanda bakal di serang asma).Kemudian suara pun dah start serak ( ala-ala itik serati dah). jenuh nak jerit supaya orang faham apa yang saya cakap.

En.Ad dah kembali ke Sungai Petani untuk bekerja tapi kejap je.Cuma untuk hari ni dan esok kemudian dia akan bercuti panjang lagi..Rancangan kami untuk ziarah anak BIL tak menjadi.. kita hanya merancangkan :(

Jadinya hari ni saya rehat je kat rumah takut keadaan makin melarat.Jangan la makin teruk haru nanti.


Raya Ke Empat

Seawal pagi En. Ad bertolak kembali ke Sungai Petani.Hehehe hari ke dua En.AD berulang dari ALor Setar ke Sungai Petani.Dia risaukan keadaan saya sebenarnya.Dengan anak-anak lagi.

Alhamdulillah petangnya En.Ad kembali dengan cuti panjang.Dapat la saya rehat dengan tenang nanti. Tapi malam tu keadaan saya makin teruk.Saya di serang asma.Memang tak leh nak tidur.Nak kejut En. Ad kesian pulak.Inhaler langsung tak membantu. Jadinya saya cuma tunggu hari cepat cerah untuk meminta bantuan :(

Raya Kelima

Paginya En.Ad bawa saya ke reasat untuk ambil nap.Dua kali kena kat sana alhamdulillah keadaan saya makin pulih.Jadi balik ke rumah. rehat kejap.Si kembar memang di bawah perhatian kakak saya serta anak-anak sedara.Walau dorang tak nak tapi terpaksa rela juga.

Petangnya keadaan saya makin teruk.Jadinya sebelah malam En. Ad bawa saya ke hospital. Sampai je di unit kecemasan saya terus di suruh masuk ke zon asma dan terus diberi nab. Cekap sungguh kakitangan Hospital Sultanah Bahiyah (Alor Setar) ni. Terus saya di beri rawatan.Selepas 45 min di beri nab dan di beri rehat selama 25 minit doktor datang cek kembali.Ternyata keadaan saya seperti tadi tiada sebarang perubahan. Jadinya doktor berkeputusan memsukkan ubat melalui saluran darah kat tangan dan ambil nab lagi sekali selama 45 min lagi. 

Selepas di masukkan ubat tu saya mula rasa mual nak muntah sebabnya masa datang tadi perut kosong.Mula berpeluh-peluh macam nak pengsan. En. Ad bergegas pergi beli roti dan air.Hehehehe saya makan kat situ tanpa segan silu :)... Alhamdulillah selepas kena nab dua kali dan di masukkan sati tiub ubat saya kembali bernafas seperti biasa. Tak macam datang tadi berjalan macam baru lepas bersalin tapi bila balik lajunya jalan macam orang yang sangat kuat :)


Raya Keenam

Kat sini musim menuai padi jadinya saya tak dapat nak tengok dari dekat  memandangkan keadaan tak mengizinkan.huhuhu.Rindu zaman kanak-kanak dulu. Cuma Aiman dan Iqbal amat teuja dengan mesin tuai padi tu.. InsyaAllah nanti saya ceritakan episod kegembiraan dorang

Sabtu

Akhirnya kami bertolak balik ke Sungai Petani dalam keadaan saya yang masih kurang sihat.Masih batuk-batuk dan suara pun masih serak-serak. Kini dah berjangkit pula pada Haziq.Kesian dia.janganlah sampai kena asma pula.

En.Ad pun semalam dan terjangkit selesema.Selalunya En.Ad ni memang kuat tahanan badannya tapi kali ni dia tak terlepas.Jadinya semakin lemau la saya.

Pagi tadi tengok En.AD dah ok hehehehe harap-harap berterusan.Cumanya saya ni yang masih batuk-batuk dan berhingus... cepatla berlalu


*** Panjang entry kali ni kan ^_^

Monday, August 27, 2012

Monday, August 27, 2012

Raya Pertama Bersama Si Kembar 2012

Assalamualaikum

Masih dalam mood raya.Sana sini masih kedengaran lagu raya.Tapi saya dah start keja.En. Ad masih bercuti     sehingga 29 Ogos ni. (sungguh jeles!)

Nak tunjuk juga gambar raya yang tak seberapa ni. Hanya ini aja yang ada untuk tatapan dan kenangan dikemudian hari. Kami beraya di rumah En. Hubby.Tersangat meriahnya dengan gelagat anak-anak sedara tapi malangnya si kembar kurang mesra alam.Jadinya keduanya ini asyik kena kendong je.Asyik peluk mama dan abah takut orang ambik dorang ni. 

 Hazim dah panas badan ala-ala nak demam pagi raya tu.Jadi abah tepek Cool fever dengan harapan tak jadi demam.
 Haziq baru bangun tido.Cool je sebab belum ada tetamu lagi
 Si Iqbal bergambar dengan Haziq sebab tak ikut ke surau
 Lagi satu Dorang berdua ni.Hazim masih nyenyak dalam buai
Mama.. cukup la sekadar nak tayang baju.. kekekekke

Ini je yang ada.Ini pun masa orang pergi solat.Memandangkan rumah MIL dekat dengan surau, habis je solat tetamu pun ramai bertandang.Jadinya kami yang kat rumah tu memang kelam kabut sikit. Saya cuma kalut dengan kembar yang ketakutan dengan tetamu yang datang.

Petang sikit kami bertolak ke rumah saya pulak.Dalam perjalanan singgah kat reasat ambil ubat Hazim kejap takut malam kang panas pulak badan. (beringat sebelum terkena). Sampai je kat rumah saya si kembar ni buat hal lagi. asyik nak atas dukung je.saya dah lenguh segala tangan. 

Kena pula petang tu kawan-kawan masa sekolah menengah bertandang.Nak sembang panjang pun tak senang sebab kembar merenge. Sori geng next year kembar dah besar kita sembang sakan no..

Menjelang malam saya mula terasa macam nak demam.Hai jangan la demam time raya ni huhuhu... sebelum tido ambil panadol siap2 takut kang demam pulak susah nanti.Orang beraya dia demam :(


*** tiada gambar Aiman sebab lepas solat terus dia ikut sepupunya kumpul duit raya.Tiada juga gambar sekeluarga sebab tetamu datang tanpa henti.Non stop sampai malam... Namun semua tetamu membawa rezeki tambah-tambah lagi buat si kembar ^_^


*** sehingga bersambung lagi ya



Sunday, August 26, 2012

Sunday, August 26, 2012

Gambar Perkahwinan Ustaz Don Daniyal & Husna

Wednesday, August 22, 2012

Wednesday, August 22, 2012

Sementara Menunggu Mesin Padi

Assalamualaikum

Sementara nak menunggu mesin padi datan online kjap sambil tu dapat jenguk rumah kawan-kawan.Cerita raya nanti kita update :)

Lagipun tak sempat nak bergambar raya.Sibuk mengendong si kembar manakala abang-abangnya sibuk pergi beraya
Tak sabar betul budak-budak ni nak tunggu mesin datang.First time dorang tengok dari dekat.Sebelum ni tengok dari jauh je. Asal balik kampung je dah lepas musim menuai.Ha kali ni baru betul-betul real depan mata hehehehe.

Harap-harapkembar tak buat hal dapat la ambil gambar nanti :)

** ada ke yang berminat?? ^_^.Sampai jumpa lagi ye

Saturday, August 18, 2012

Saturday, August 18, 2012

Tema Raya 2012

Assalamualaikum

Setelah puas berbincang akhirnya kami memilih warna hijau turqoise sebagai warna tema kami tahun ni.Bila di letak kat badan anak2 memang sangat cantik.hehehehe budak2 pakai kaler apa nampak cute tapi bila letak kat mak bapaknya huhuhu... biarlah rahsia kekkeke ( budget korang takleh nak agak la kekeke)


Tengok Scha dengan Awal.. ok je dengan dorang... muahahaha dorang pakai apa pun compom amat cantik ye.Alhamdulillah baju kembaq dan abang2nya juga dah siap.Lega.Cuma tinggal nak pakai je .Tak sabar pula  nak pakaikan baju melayu buat si kembar.

Untuk pengetahuan Uoll semua saya sekarang dah berada di kampung.Jadi seperti sedia maklum.Lambat la sikit nak menjejak kawan-kawan je.Sebabnya si kembar ni tak nak berenggang langsung dengan saya.Hari ni tak tau camner keadaannya pula.Hari ni kami semua nak buat ketupat palas.Nampak gayanya macam saya ni penonton setia je (bukan macam lagilah mmg pun).

Serunding ayam dh siap buat semalam ( bukan saya yang buatkan my SIL) yang bersusah payah :).. oklah sapa-sapa dok area kedah silalah datang beraya ye .Sedap tau keetupat palas ni.Santan fresh amik dari pokok kelapa :) kekekke kasi korang lebih teringin.

** Pelan-pelan saya akan menjejaki kawan2 ye :)

Thursday, August 16, 2012

Thursday, August 16, 2012

Kanak-kanak lima tahun maut dilanggar lori

Assalamualaikum

TEMERLOH — Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang berbasikal ke sebuah kedai runcit berdekatan rumahnya, maut dilanggar sebuah lori di hadapan kedai berkenaan di Taman Tualang Indah, dekat kawasan perindustrian Temerloh.

Dalam kejadian 7.40 malam tadi, kanak-kanak itu, Khairul Azmi Abdul Rashid, mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.

Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Temerloh, Supt Zundin Mahmood, sebelum kejadian, kanak-kanak itu dikatakan merengek-rengek dengan ibunya meminta izin untuk membeli mainan yang berharga 50 sen.
"Di tempat kejadian, pemandu lori terbabit, 36, yang baru sahaja membeli rokok menghidupkan enjin kenderaannya untuk meneruskan perjalanan.

"Tiba-tiba dia terdengar bunyi seretan yang kuat di bawah kenderaannya lalu berhenti untuk membuat pemeriksaan."Pemandu lori terbabit mendapati terdapat sebuah basikal kecil di bawah lorinya dan di belakang kenderaannya pula kelihatan mangsa terbaring,” katanya kepada pemberita di sini.

Beliau berkata mangsa parah di kepala akibat digilis dan mati di tempat kejadian dengan mayatnya dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah untuk bedah siasat.

"Jenazah kanak-kanak itu telah dituntut keluarganya lewat malam tadi dan telah selamat dikebumikan,” katanya.

Zundin berkata kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. — BERNAMA

Ibu bapa perlu lebih prihatin.Anak kecil tak perlu di biarkan ke kedai tanpa sebarang pengawasan.Malang memang tak berbau.Elok kita beringat sebelum terkena.Takziah buat keluarga mangsa

Sumber asal : Kosmo

Meh isi tabung dulu SINI, SINI, SINI... Terima kasih ye sudi menderma untuk saya :)
Thursday, August 16, 2012

Alhamdulillah Rezeki Lagi

Assalamulaikum

Hari yang cukup indah.Ingatkan tahun ni tiada kuih raya dari bos.Namun di saat-saat akhir bos memberi jugak.Walaupun satu bekas je tak seperti tahun-tahun lepas 2 namun aku tetap gembira.Senyum sampai telinga.Kuih yang sama seperti tahun-tahun lepas.

Kuih ni adik ipar dia yang buatkan.Mungkin ni salah satu cara dia membantu SIL dia.Tiap tahun memang camni ada empat jenis kuih dalam bekas tu.Aku paling suka yang ada hijau tu. Ntah nama apa aku pun tak tu.Yang aku tau makan ja muahahaha

Jom kita jamu mata kuih raya ni..

Kuih dia memang sedap tau.Kalau uoll nak mai la raas kat rumah saya :)

Ni pula Kawan En.Ad yang kasi alhamdulillah tak payah beli dah raya ni :)
 Bukan brooch saja dia bagi.ada juga susu kambing, sabun muka, gamat,minyak angin dan pelbagai produk kecantikan.Katanya dulu wife Kawan En. Ad ni ada buka stallbarang-barang kecantikan kat pasaraya tapi jualan tak memberangsangkan.Jadi di tutupnya stall tu dan barang yang masih ada di bagi kepada rakan-rakan.

Bagi mereka-mereka yeng merindui si kembaq.Jom layan sekeping dua gambaq dorang.Walau agak lamaa dapat juga melepaskan rindu ye :)
 Ini Hazim .. car sear dia mmg di letakkan kain pelekat En.Ad dan ni Haziq dengan kain batik mama :)

Gambar ni diambil masa balik kampung hari tu.Si Hazim siap lena tapi Haziq as usual memang main je keja dia :)


Ni Haziq tengah main spiderman..  tengok lidah tu.. tengok juga gigitan cinta kat dahi tu..
Sekarang saya nak tunjuk gigi saya kat kawan-kawan mama pula.Hehehehe dorang berdua ni dah ada 4 batang gigi.dua kat atas dan dua kat bawah.Sya juga amat suka menggigit sekarang.Mangsa saya adalah abang-abang sayang saya serta mama dan abah yang amat di kasihi :)

Ok dulu setakat ni.Korang dah balik kampung ke. saya hari sabtu kot baru nak gerak balik.Tema kami tahun ni Hijau Turqoise yang nampak sangat cun dengan kulit anak2 tapi tidak kepada mak bapaknya :)

*** Selamat Hari Raya Maaf Jika Pernah Terkasar Komen di Blog Rakan-Rakan ye.

kalau rajin moh le tambahkan tabung saya dah dah separuh penuh ni
SINI dan

Terima Kasih ye sudi memasukkan syiling ke dalam tabung saya ^_^

Wednesday, August 15, 2012

Wednesday, August 15, 2012

Rumah Ada Hantu

Assalamualaikum

Aiman dah start bercuti walau sekolah lain bermula esok.Cikgunya memberi alasan mengecat kelas dan tak nak mereka terhidu bau cat pula nanti juga boleh mengganggu kerja-kerja mengecat.Tak kisah la apapun.

Iqbal masih bersekolah seperti biasa.Bila Aiman katakan yang dia bercuti dan nak duduk di rumah sorang2 Iqbal mula buat perangai liat  nak ke sekolah.Nasib la ada abahnya pagi tadi.Jadinya dapat juga pujuk Iqbal kesekolah.

Aiman ni puas di pujuk untuk ke sekolah Iqbal (juga merupakan nursery) namuk sampai ke sudah dia tak nak pergi.Konon nak duduk di rumah nak tengok tv.Sorang2 pulak tu.Risau juga hati ni.Namun bila di fikirkan takpalah kejap ja sebab aku nak ke klinik (kebetulan klinik dekat je dengan rumah). Nanti lepas balik dari klinik boleh singgah rumah dan pujuk dia lagi.

Kebetulan pula kat klinik orang ramai. Pukul 11.30 baru selesai.Jadi aku bergegas pulang ke rumah nak tengok keadaan Aiman. Tak teringat nak col dia ke pa hehehhe sedangkan memang ada HP khas untuk dia jika ada apa2 kat rumah.

Sampai ja rumah tengok senyap je takde bunyi.grill pula tak berkunci.Hairan juga sebabnya masa keluar tadi semuanya berkunci.Rupanya dia dah lari ke rumah jiran sebelah (dorang ni berniaga pukul 3 kang baru keluar dari rumah). Bila di tanya kenapa Aiman jawab kat rumah kita ada hantu la mama, abang takut.Aku jawab mana ada hantu ada jelah Aiman ni.Betul ma sunyi je rumah kita nanti hantu mai terkam belakang abang.Ha pulak..

Lastnya tak payah pujuk untuk ke nursery dia dengan rela hati nak pergi sendiri.Hahahha mcam2 la Aiman ni. Tadi tu nasib ada jiran sebelah kalau jiran pun keluar tak ke dok nangis sorang2.Bila di tanya kenapa tak tepon mama.Dia jawabnya lupa sebab takutkan hantu hehehehe.

Akhirkan Entry ini dengan minta bantuan rakan-rakan yang ada face.Mohon Like Header Raya Saya.Link Di bawah ye..


*** terima kasih buat jiran yang sanggup tengokkan Aiman.Siap bagi makan lagi tu...


Ribuan Terima Kasih Kerana Sudi Klik Untuk Saya. Setiap Klik amat membantu ^_^

Tuesday, August 14, 2012

Tuesday, August 14, 2012

Header Raya

Assalamualaikum

Cer korang tengok header tu.. cantik tak.. mood raya dah datang ni.Tak sabar nak balik kampung :)Ni nak tunjuk lagi sekali kat sini


Siap di kelilingi pelita.Padahal kat rumah memang takde pelita pun.Hehehehe Aiman ngan Iqbal main bunga api pun pakai lilin je.Tengok pulat ketupat bergantungan kat atas tu. Ketupat tu memang aku tak tau anyam.Kat tempat aku buat ketupat palas je pekena pula dengan kari ayam kampung.Memang menjilat jari la nanti.

Sebenarnya aku buat entry ni sebab join kontes dari blog ayampenyek.Hehehhe. korang nak join pun boleh jom kita meramaikan majlis.Klik je banner kat bawah no kalau nak join. Ada masa lagi tu .Tarikh tutup 25hb ni.



syarat penyertaan adalah seperti berikut


** menjoinkan diri setelah mendapat jemputan dari tuan tanah :)


Klik Link di bawah sebagai sumbangan ^_^.Terima kasih ye

JohnMasterRaya
Setiap botol ada ceritanya
Eratkan Lagi
London
Terima Kasih



Tuesday, August 14, 2012

Cara Tangani Anak Berbohong

Assalamualaikum

Dah setengah hari kat opis tapi masih tak dapat nak fokus kerja.Teringat Aiman rasa sangat bersalah.Jadi Google sana sini mencari kenapa..apakah.. mengapa dan sebagainya.Dan hasilnya adalah...


Sebagai ibu bapa anda boleh menghukum mereka untuk tujuan mendidik. Namun hukuman itu biarlah berpada-pada, seperti tidak membenarkannya melihat siaran televisyen kegemarannya.


Bagaimanapun, ada cara lain yang lebih baik seperti menjadikan mereka seperti kawan yang boleh berkongsi apa sahaja cerita dan rasa tidak puas hati yang terpendam. Dalam masa yang sama, tetap ada batasan antara anda dan mereka. Jika terlalu kerap dihukum mereka akan takut dan kerap melakukan kesilapan yang sama.


Tunjukkan contoh yang baik kepada anak-anak. Jangan mungkiri janji dengan anak-anak kerana mereka akan mengikut apa yang anda lakukan. Misalnya, anda berjanji untuk membawa mereka keluar bersantai di hujung minggu, tetapi anda mungkir janji. Apabila anda selalu mengulangi sikap buruk itu, tidak mustahil anak anda juga menirunya. bak kata orang tua-tua, 'bapak borek, anak rintik'.


Tekankan sikap jujur serta berterus terang terhadap anak-anak. Dalam masa yang sama, terangkan secara perlahan-lahan betapa buruk dan bahayanya berbohong.


Anda sendiri harus bersikap terbuka terhadap anak-anak. Jangan sampai mereka takut untuk bersuara. Oleh itu, jadilah pendengar yang setia untuk mendengar apa sahaja luahan mereka.


Andai anda tahu anak anda berbohong. Jangan terus marah, sebaliknya gunakan pendekatan psikologi supaya mereka tidak mengulangi perbuatan itu.


Apa pun alasan, pendekatan agama adalah cara terbaik untuk mengekang masalah ini. Apabila diterapkan dengan didikan agama, mereka tidak akan membuat perkara yang dimurkai Allah kerana berbohong termasuk dalam dosa-dosa besar.

Aku rasa Aiman berbohong sebab nak melepaskan diri dari kena marah.Sebab dari awalnya memang aku tanya dengan elok,kemudian makin garang bila dia asyik berdalih.Apapun aku nak kena tukar cara ni.

Buat semua kengkawan terima kasih sebab bagi pandangan dan kebanyakannya amat membantu.InsyaAllah aku akan cuba berubah ke arah yang lebih baik.


Tuesday, August 14, 2012

Mama Bertukar Hijau

Assalamualaikum

Semalam En. Ad berbuka puasa di kem jadinya aku dengan anak-anak kat rumah... Alamak jenuh la aku kali ni.Selepas En. Ad keluar dari rumah Aiman mengadu yang telinga dia gatal so aku ambil putik kapas dan godek-godek sikit sampai dia kata dah ok aku stop.Kemudian suruh dia pergi buang putik kapas tu dan bakinya suruh dia pergi simpan dan siap pesan lagi abang jangan korek sendiri telinga tau nanti luka.Kalau gatal lagi biar mama yang buatkan.Aiman jawab ok ma.

Kemudian aku ke dapur kejap nak tengok nak buat apa petang ni sebab rasanya takda apa kat fridge tu maklumlah dah nak blk kampung so memang dah clear segala benda.Main tunjuk-tunjuk je sekarang ni.Kemudian dengar suara En. Ad aik bukan ke tadi dah pergi.rupanya En. Ad belikan makanan untuk kami.Kemudian baru dia pergi ke kem.Hehehehe syukur alhamdulillah nasib dia ingat nak belikan kalau tidak jenuh la.Masa dia keluar tu lupa pulak nak pesan.

Kemudian bawa simpan semua benda jam dah tunjuk pukul 7.Cuma nak buat air je.Sambil tersenyum sambil abncuh air.tapi hati aku ni rasa tak sedap kenapa pintu bilik tidur aku tertutup.Selalunya memang terbuka je.Dari dapur memang nampak.Tanta Iqbal dia cakap abang Aiman ada kat dalam.Hati mula bergolak (hati ibu mmg cepat rasa kalau anak buat salah). Bukak je pintu bilik nampak Aiman terkejut.Aku tanya Aiman buat apa. Dia jawab tak buat apa pun.dok saja je.Kemudian aku nampak ada hanset kat tepi dia.Terus aku tanya Aiman main game ka.Dia jawab ya.Aku jenguk tengok skrin handset masih di muka depan.Belum on pun game.Hati mula terasa yang si Aiman cakap tipu.So aku tanya lagi bgtau mama betul2 Aiman buat apa.

Dia bersungguh bagitau yang dia tak buat apa tengah main game.Kemudian aku tekan lagi dan cakap camni Jangan nak tipu mama Allah tak suka orang menipu mama pun tak sayang anak2 mama yang menipu.Aiman dah pandai menipu ya.Dia dengan muka bersalah mengaku yang dia menipu.Rupanya dia kat dalam bilik tengah sedap2 korek telinga sendiri.Aku apa lagi.Sangat geram sebab Aiman dah pandai cakap tipu.AKu tampar pipi dia dua2 belah.Aku cakap mama tampar kat sini sebab mulut ni dah pandai tipu mama.Kalau cakap betul dari awal tadi mama takkan marah.Kemudian aku cubit sikit ( ha dah mula naik hantu ni, nak maghrib pula) kemudian aku ambil hanger dan pukul tapak kaki sekali belah kanan dan sekali belah kiri.Lepas tu aku pesan kat Aiman lain kali jangan menipu dan bermulalah ceramah kejap.Memang sangat geram!!!! bukan sekali ni je tau malah dah dua tiga kali Aiman buat camni (cubaan menipu tapi semuanya gagal sebab di kesan dek mama)

Malam je pukul 8.30 si kembar pulak mula bunyi menandakan dorang nak tidur.Elok  je dorang terlena jiran depan belah kanan pulak main mercun.Terus terjaga si kembar ni sambil nangis.Selalunya kalau berdua dengan En.Ad kami akan ambil alih sorang satu ni tinggal aku je.Lastly dua2 terlena kat atas perut aku.Korang bayangkanlah camner gaya dorang tidur.hehehehe kepala je kat perut kaki kat bawah.

Pukul 10 En. Ad sampai sambil menjinjing plastik Pizza.Hehehehehe ni yang suka ni. Aiman dan Iqbal pun belum tidur lagi.Apalagi pakat dok kerumun kotak pizza tu la sambil aku mengadu cerita kat En.Ad ( tak menyabar nak cerita).En.Ad pun siap warning Aiman dan Iqbal dan bermula la sesi tazkirah dari En.Ad pula.

Moga Aiman mendapat sedikit pengajaran dan akan ingat sakit serta takkan ulangi lagi.huhuhu sedih!


*** camner ye nak tangani anak yang mula pandai menipu.risau pula bila jadi camni

Monday, August 13, 2012

Monday, August 13, 2012

Kad Raya dari Rakan Blogger

Assalamualaikum

Alhamdulillah saya dapat kad raya dari rakan-rakan blogger.Kad pertama yang saya terima adalah dari Pn Shiela.Dititipkan juga pesanan sempena Ramadhan ni






Kemudian sampai pula kad raya dari Wanieys aka Ibu Qalief.Warna hijau juga.. Cantik ! Comel je Doodle tu


Semalam dapat pula dari http://babyaimacomel.blogspot.com. Cute je Mickey tu :)


Dan baru je kejap tadi. Baru dapat dari Shida.Masih panas lagi ni.Baru keluar dari sampul ni.Kreatif!Cantik sangat.. 


Dan semuanya selamat tergantung kat partition opis.. nak letak kat rumah kang habis lunyai dek budak berdua besar tu :)


Terima kasih semua ye. Amat menghargai tanda ingatan  kalian ni. Pada rakan rakan yang belum mengenali mereka jom la tambah kenalan.

Moga raya kali ni lebih bermakna buat kita semua dan lebih meriah dari tahun2 sebelumnya.

Tak lupa juga nak ucap terima kasih yang teramat sangat buat Kak Fieda atas segala tips, petua dan tunjuk ajar serta header percuma walau baru dan lama

*** bagi mereka yang memuji header baru ni sangat cantik.Thanks ye bukan aku buat sendiri tapi dari hasil tangan salah sorang rakan blog. nak buat sendiri memang hampeh. Dah tu bila orang kasi tak menyempat nak pasang. hehehhe.... nak tau sapa ala yang komen terperah santan tu hehehhe... jangan marah ye tuannye kang cepat tua :)
Monday, August 13, 2012

Raksasa Lagi Jahat Dari Penjahat

Assalamualaikum

Petang semalam si Aiman dan Iqbal bercerita tentang cita-cita mungkin di sekolah tadi belajar pasal ni kot.

Aiman : Iqbal besar nanti nak keja apa

Iqbal : Kami nak Jadi Telet (pilot) nak bawa kapal terbang.. Best ooo. pastu nak jadi polis tangkap orang jahat

Aiman : Tak Hebat pun. Kami nak jadi angkasawan lagi la hebat.Naik roket pi kat atas angkasa

Iqbal : Mana hebat Telet lagi hebat ooo.. kami bawa kapal terbang kat atas nanti kami boleh lambai2 kat bawah

Aiman : Nanti hangpa kena culik dengan orang jahat camne... ha kami naik kat atas angkasa.. Kat atas tu tak da orang jahat.Ha.. kami selamat dah

Iqbal : ooh tak selamat na... kat atas tu ada raksasa.. lagi la jahat dari orang jahat

Mama : Sudah jangan dok gaduh lagi.Kalau nak kerja hebat-hebat camtu kena belajar pandai.Kena rajin.Kena solat kena puasa, kena dengar cakap mama & abah

Aiman & Iqbal : Mama ni suka kacau kita kan.. kan.. jomlah kita main kat bilik

muahahaha... mama juga yang kena

Sunday, August 12, 2012

Sunday, August 12, 2012

Pokok Serai Dah Hangus

Assalamualaikum

Petang semalam baru keluar tengok keadaan luar rumah.Jenguk-jenguk juga la tengok pokok serai yang di katakan terbakai tu.Ai terkejut la jugak tengok.Patut la En. Ad lari dengan laju. Cer korang  tengok


Tengok tu dua umpun serai dibakar dek dorang. Cerita asalnya kat SINI. Pastu aku cakap la kat Aiman nape la pi bakar serai tu.Dia cakap saja je abang halakan bunga api kat situ tak sangka nak terbakar. Pastukan mama abah kita jadi bomba semalam.Hebatkan abah ni.Siang keja askar malam keja bomba.Kekekeke hasrat di hati nak leterkan dorang tapi bila dia cakap camtu terus tak jadi nak marah.

Risaunya itu rumah orang nak oi. Orangnya tak duduk lagi jadi En. Ad tanam la serai la, lengkuas la, hehehe.. bersemak juga tu tak sempat nak buang rumput tu.

Petangnya kitaorang ke rumah abang aku kat Gurun je. Pergi ambil kuih raya yang di pesan kawan kawan.Ada karas, kuih sepit dan simpul kasih (ala yg kat dalam ada serunding ikan tu). Alhamdulillah bisnes dorang tahun ni sangat maju. Sampai je kat sana si kembar dah buat hal.Tak nak turun dari dokong padahal dalam keta tadi ok je. HAziq siap bergayut kat leher En. Ad lagi manakala Hazim sentiasa kat atas riba.Jadinya hajat nak berbuka puasa di sana di batalkan.Jadi kami bertolak balik.

Dalam perjalanan tu tetiba En. AD teringin pula nak minum air anggur kat Tasik Beris nu. Dulu pernah cite kalau tak pernah baca jom tengok kat SINI. Ok je. Jadi bergegas ke Sik pula semata-mata nak airnya saja. Buat sendiri tak sedap kata En. Ad.Ada-ada jela. Sampai je di sana dah pukul 5.15 petang. Nampak staf dia dah keluar.Ai takkan dah tutup kot. Jeling kiri kanan baru terperasan ada banner. Rupanya bulan puasa tutup pukul 5pm.Aduhai kempunan :). En. Ad tak puas hati tetap juga menjengah sana sini dan hasilnya memang kosong hehehehe. Takde rezeki kami la nampaknya. Lain kali nanti pergi lagi.

Namun ada rezeki lain menanti. Jiran sebelah bagi heheheh dap ni.

Kejap je budak2 besar ni belasah. hehehhe dah licin :)


*** Entry rojak campur

Klik untuk bantu saya
Juga Ini
Dan Ini

Terima Kasih.Jasa kalian amat di hargai :)

Saturday, August 11, 2012

Saturday, August 11, 2012

Kebaikan Solat Untuk Kesihatan

Assalamualaikum

Tadi jalan-jalan dekat fb uztaz Don ternampak berkenaan ni. Walau kita semua dah maklum kebaikannya tapi masih ramai yang masih liat untuk bersolat.


Korang perasan tak orang yang kuat solat ni muka dia bersih je.Suka sangat tengok.memang nampak cahaya keimanan di situ. Memang tak jemu la mata memandang.

 Masa rukuk dan sujud stretching yg betul. Insya'Allah, bila perbuatan betul walau apa penyakit sekalipun akan pulih. Semua dari Allah, jika tak baik juga itu adalah ujian dariNYA atau ada hikmah yg kita tak tahu di kemudian nanti.

*** jangan lupa terapi diri yang wajib 5 kali sehari

Friday, August 10, 2012

Friday, August 10, 2012

Dam Dam Dum Bunyi Mercun

Assalamualaikum

Sana sini kedengaran bunyi mercun.Kadang-kadang kedengaran bunyi mercun seperti di letupkan dalam tin pun ada.Kejap mercun roket la,kejap mercun bola ada juga mercun naga.Haish tak serik2 dorang ni.

Tak ketinggalan juga budak berdua kat rumah ni.Puas membodek abahnya membeli bunga api serta mercun bawang (ala mercun ni bila baling kat simen @ jln tar akan bunyi kelepek).Akhirnya hari ni si abah mengalah termakan dek pujukan anak-anak. Abahnya membelikan seikat bunga api dan 4 kotak mercun bawang.Jadi kejap tadi ( lepas berbuka) budak besar berdua ni bermain dengan riangnya sambil abahnya memegang Hazim.

Tetiba abah berlari masuk dan tinggalkan Hazim kat aku dengan sungguh kalut.Aku pun bertanya la kenapa.Di jawabnya bunga api Aiman terkena daun serai dan kebetulan daun serai tu kering.Jadinya abah terpaksa ambil air dan jirus ( satu hal pulak).

Dalam pada tu si abahnya beli juga stok mercun bola.Tapi selalunya mercun bola ni bukan untuk di main.Tapi sebagai bekalan kat kampung untuk menghalau monyet @ kera.Ini kerana bila sampai ja musim buah kera akan berkeliaran.Punya la banyak sampai tuan tak dapat nak rasaa walau sedikit.Jadinya kalau di baling mercun bola akan kurang la sikit kera-kera ni.

Pernah sampai satu tahap tu si kera ni masuk ke dalam rumah dan buka tudung saji.Dicurinya makanan kat dalam rumah tu. Jabatan Perhutanan pun ada datang buat tangkapan tapi macam tak luak ja pun.

Jadi mercun bola ni sebagai penyelamat la kat sana.Hehehehe bukan apa yang sponsor mercun ni. Kurang-kurangnya bila sampai musim buah dapat juga merasa serba sedikit.


*** Lambat la si kembar ni nak tido.Asyik terkejut je dengar bunyi mercun
Friday, August 10, 2012

Tinggal Jelah Adik Kat Rumah Mak Dia

Assalamualaikum

Seperti biasa setiap petang aku akan mengangkut si kembar dari rumah pengasuh.Memandangkan aku pergi dengan motor jadi terpaksa la aku balik ke rumah dulu.Kalau tidak camner le ha nak ngusung si kembar ni dgn motor hehehehe.Budak dua besar tu En. Ad awal2 lagi dah ambil.

Tapi bila aku nak keluar mengambil si kembar sibuk juga budak besar berdua ni nak mengikut.Dalam perjalanan tu tiba-tiba Iqbal cakap, mama kita tak payah ambil adiklah no.Kita tinggal je kat rumah mak dia.Aku tanya la kenpa pula nak tinggal adik tak kesian ke kat dia.Si Iqbal ni jawab nanti adik tu kuat nangis la mama.Dia suka kacau mama buka puasa.Abang pun tak larat la nak jaga dia.

Aduhai kesiannya.Rasa bersalah pulak.sebelum ni kalau adik kacau sangat mmg aku minta tolong dua budak besar ni yg tolong jagakan adik.rupanya mereka  pun dah terasa terbeban.InsyaAllah lepas  ni kena beringat.

Sampai je kat rumah sibuk je pesan kat adik suruh dok diam :)..Ni pun menaip sambil di panjat oleh si kembar kat belakang.. tapi mamanya hai sibuk sungguh mengalahkan menteri la pulak.Nak juga buat entry. Sambil menaip sambil gomol gomol dorang kejap kemudian teruskan menaip kembali :)

*** tenet sangat tenat mengalahkan siput sedut ( yg ni boleh di makan ye bkn siput yg haram tu) nanti aku pelan2 menyusur ke rumah korang ye ^_^

Thursday, August 9, 2012

Thursday, August 09, 2012

Pizza Hut & McD/Beli 1 percuma 1

Assalamualaikum

Baru nampak iklan ni.So nak hebohkan juga walau ramai yang dah tau.. bagi yang belum tau jom redeem!!

Pertama Pizza hut

Beli 1 regular dapat Free 1 regular tapi dengan syarat take-away only (sesuai sangat untuk aku yang anak2 kecik ni). Tapi yang ni sampai esok je 10hb Ogos. Sempat lagi ni kalau nak :)



Yang keduanya Mcd

Seperti yang dulu juga yang ni ala carte only ye. Yang ni lama sikit sampai 15 Ogos ni


*** Siapa penggemar kedua makanan ni jom print dan redeem :)
Thursday, August 09, 2012

4 Sebab Sembunyi Lailatul Qadar

Assalamulaikum


Kedatangan Ramadhan dengan kelebihannya terutama dianugerahkan satu malam daripada malam-malamnya yang dipanggil lailatul qadar hendaklah direbuti oleh kita semua sebagai umat yang cintakan Allah dan hari akhirat. Peluang yang datang jangan dilepaskan begitu sahaja kerana kelak kita kerugian yang tidak mampu dibayar dengan tangisan dan penyesalan. Melalui beberapa hadis Rasulullah s.a.w, baginda menerangkan bagaimana pada kebiasaannya malam lailatul qadar akan datang pada sepuluh akhir Ramadhan. 
 
Oleh itu gunakanlah masa ini sebaiknya untuk beribadat janganlah terlalu sibuk dengan persiapan hari raya sahaja. Islam tidak melarang umatnya bersiap untuk berhari raya tetapi kita juga mesti mengutamakan bekalan akhirat yang lebih utama. Betapa ramai yang menghabiskan sepuluh terakhir Ramadhan di kedai-kedai, supermarket, pasaraya dan sebagainya kerana mahu menyambut hari raya sedangkan pada masa yang sama tawaran yang lebih hebat apabila kita beramai-ramai menghidupkan sepuluh malam terakhir itu di surau atau masjid. Janganlah kerana mahu mengejar sementara kita terlupa kepada bekalan apabila bertemu dengan Allah di akhirat sana.
 
 
MAKSUD SURAH AL-QADAR
 
Firman Allah dalam surah al-Qadar 1-5 yang bermaksud : Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) pada malam al-Qadar (kemuliaan). Dan tahukah kamu apakah itu malam Lailatul qadar?. Malam al-Qadar itu lebih baik daripada seribu bulan. Di malam itu turun para malaikat dan Jibril dengan Izin Tuhan mereka untuk mengatur segala urusan. Pada malam itu (penuh ucapan) kesejahteraan sehingga terbit fajar.

SEBAB PENURUNAN SURAH AL-QADAR

Di sini ada beberapa riwayat yang menceritakan mengenai sebab diturun dan diberi kelebihan malam al-Qadar yang dianugerahkan kepada umat nabi Muhammad s.a.w dan tidak diberi kepada umat sebelumnya.

1. Ibu Jarir mengeluarkan daripada Mujahid dengan katanya : Adalah pada umat bani Israel ada seorang pemuda mendirikan malam sehingga Subuh. Kemudian dia berjihad melawan musuh pada siang hari sehingga petang. Dia melakukan amalan ini selama seribu tahun lalu Allah menurunkan ayat ini yang memberi galakan dan kelebihan kepada umat nabi Muhammad s.a.w yang mendirikan malam al-Qadar di mana mereka akan memperolehi ganjaran yang lebih baik daripada pemuda bani Israel tadi.

2. Ibnu Munzir, Ibnu Abi Hatim dan Baihaki dalam sunannya daripada Mujahid memberitahu bagaimana nabi telah menceritakan tentang seorang pemuda bani Israel telah membawa senjata berjihad di jalan Allah selama seribu tahun maka seluruh umat Islam yang mendengar perkara ini merasa begitu kagum lalu Allah menurunkan ayat ini yang menyatakan bagaimana umat ini akan dapat menandingi ganjaran yang diperolehi oleh pemuda tadi dengan mendirikan malam lailatul qadar.

3. Ibnu Abi Hatim daripada Ali bin Urwah telah memberitahu bahawa pada suatu hari nabi telah menyebut tentang 4 orang daripada bani Israel di mana mereka telah menyembah Allah selama 80 tahun tanpa membuat maksiat walau pun sekelip mata. Semua muslimin yang mendengar cerita ini merasa kagum lalu datanglah Jibril membawa datang ayat ini bagi memberi semangat kepada umat nabi Muhammad s.a.w agar menghidupkan malam al-Qadar supaya mereka akan memperolehi kelebihan melebihi amalan pemuda bani Israel tadi.

4. Malik bin Anas memberitahu bahawa Rasulullah s.a.w apabila melihat kepada umur manusia zaman sebelum ini, maka baginda umur umatnya terlalu singkat di mana baginda merasa bimbang kepada amalan-amalan umat ini yang pasti tidak akan dapat menyamai amalan umat terdahulu. Maka Allah mengurniakan kepada baginda dan umat akhir zaman dengan suatu malam yang lebih baik daripada seribu blan bagi umat lain.

SEBAB DISEMBUNYIKAN MALAM AL-QADAR
Menurut Imam al-Razi seorang penafsir terkenal telah menulis mengenai sebab Allah menyembunyikan malam al-qadar daripada pengetahuan kita iaitu sebagaimana berikut :

Pertama : Allah menyembunyikan malam al-qadar sebagaimana Dia menyembunyikan seluruh rahsia sesuatu yang lain seperti Dia menyembunyikan keredhaanNya dalam ketaatan seseorang hamba sehingga menimbulkan kegemaran dalam melakukan semua ketaatan kepada Allah. Allah juga menyembunyikan saat-saat diperkenankan doa agar setiap pemohon bersungguh-sungguh setiap kali berdoa. Begitulah juga Dia menyembunyikan malam al-qadar agar umat Islam dapat membesarkan kesemua malam bulan Ramadhan tanpa memilih malam tertentu sahaja.

Kedua : Jika diberitahu secara jelas tentang malam al-Qadar maka ditakuti manusia yang tahu tentang kedatangan malam tersebut tetapi dia tidak berusaha untuk merebutnya dengan amal ibadat atau pun dia melakukan maksiat. Ini akan menyebabkan dia terjerumus ke lembah kecelakaan dalam keadaan dia tahu dan ingatlah bahawa berbuat maksiat atau tidak bersungguh dalam melakukan ibadat dalam keadaan kita tahu ia merupakan malam yang mempunyai kelebihan yang besar adalah lebih berat dosanya daripada kita tidak mengetahuinya. Oleh itu dirahsiakan malam al-qadar.

Ketiga : Supaya seseorang mukallaf itu bersungguh-sungguh berusaha mencari malam al-qadar sehingga dia mampu memperbanyakkan ibadat lalu dia memperolehi pahala daripada kesungguhannya itu.

Keempat : Seseorang yang meyakini akan datangnya malam al-qadar maka dia akan bersungguh-sungguh mencarinya pada keseluruhan malam Ramadhan dengan harapan akan berkebetulan dengan malam al-qadar. Allah akan bermegah dengan usahanya ini dengan menyatakan kepada para malaikat bahawa inilah manusia yang pernah kamu katakan bahawa mereka akan melakukan kerosakan dan pertumpahan darah di bumi sedangkan apa yang kamu lihat ialah mereka merupakan makhluk yang kuat beribadat.

Rujukan
1. Al-Quran al-Karim
2. ad-Durrul al-Manthur fi al-Tafsir al-Ma’thur, Imam Sayuti, Darul Fikr


SUMBER  

Wednesday, August 8, 2012

Wednesday, August 08, 2012

Alhamdulillah Selesai Sudah

Assalamualaikum

Semalam balik dari kerja bergegas ke Mall.Nak tukar baju kembar tu.Sampai je kat bahagian baju tu amoi hari tu dah siap senyum2 sambil tanya kenapa.Aku cakap la nak tukar baju, nak ambil size yang lebih besar.Kemudian aku kalut cari resit ke sana ke mari.Tetiba je amoi cakap takpe kak saya ingat kakak sorang je yg beli dua pasang sama size lain semua ambil satu satu.Alhamdulillah dipermudahkan urusan.

Orang kat mall tu punya la ramai ya Allah.Sesak sungguh sesak.Peluh ketiak bagai walau dalam aircond.Dapat je menyusup keluar dari situ lega ya amat.

Cerita ke dua pula.Syukur alhamdulillah bertambah ahli keluarga sebanyak 2 orang.Anak sedara baru.hehhehe tak sabar nak tengok.Yang sebelah syiela boy dan sebelah En.Ad girl.Bestkan bau baby ni.Nampaknya bertambah la sampul raya tahun ni :)

*** korang dah siap belum persiapan raya.Aku cuma ada sikit2 je lagi. 



Wednesday, August 08, 2012

Dongakkanlah Kepalamu

Assalamualaikum

Tingg!! Wang syiling itu jatuh di hadapan seorang lelaki yang sedang asyik membancuh simen.Tidak menunggu lama lelaki itu mengutip syiling tersebut dan memasukkan ke dalam poket dan menyambung kembali kerja.

Tingg!! sekali lagi lelaki itu terpandang syiling tidak jauh dari sisinya.Lelaki itu menoleh ke kiri dan kanan serta sekeliling tetapi tiada siap..Sekali lagi dia mengambil syiling itu dan memasukkan kedalam poket sambil berkata di dalam hati Rezeki aku ni. Lelaki itu senang hati kerana bertaburan syiling di sekelilingnya dan dia tidak tahu dari mana datangnya syiling itu.

Tapi lelaki itu tidak sedar bahawa syiling-syiling tersebut dicampakkan oleh ketuanya dari tingkat atas pada aras yang tinggi bangunan separuh siap.Sebenarnya ketuanya mahu memanggil lelaki itu tapi jeritan ketuanya tenggelam dek bunyi bising pelbagai mesin di kawasan binaan itu.

Akhirnya bila syiling dah habis si ketua tadi mengambil batu batu kecil pula yang terdapat di lantaibangunan itu dan di baling ke bawah.Beberapa kali batu itu terkena badan lelaki itu.Setelah merasa sakit dan terganggu, lelaki itu mendongak ke atas melihat dari mana datangnya batu-batu kecil tadi.Kemudian barulah dia ternampak kelibat ketuanya yang cuba mencari perhatian dari tadi bagi menyampaikan pesan.

Moralnya di sini tanpa kita sedar Allah sering menjatuhkan 'syiling' lambang rezeki, rahmat atau kesenangan yang tak terkira pada kita. Allah menjatuhkan rezeki itu agar kita mendongak ke atas dan bersyukur dengan kurniaan-NYA.Tetapi kita selalu lalai untuk 'mendongak' ke atas sebaliknya terus menikmati segala pemberianNYA tanpa sedikit pun mengucapkan terima kasih.

Apabila 'batu' pula yang berupa musibah,kegagalan,keperitan dan pengalaman menyakitkan menjatuhi kita barulah kita tersedar dan mendongak untuk menadah tangan kepadanya

Sumber Asal : Mastika

*** En. Ad penggemar buku ni.Aku tumpang baca je :)

Monday, August 6, 2012

Monday, August 06, 2012

Cuti Raya Satu Minggu YEay!!!

Assalamualaikum

Entry kali ni saja je nak share dengan uoll semua.Bos dah istiharkan cuti raya selama seminggu dari 19gb - 25 hb.Jadi secara rasminya kami satu opis akan bercuti start dari 17hb (jumaat) kami kan kat kedah so memang cuti awallah ye dan 26hb start keja.Alhamdulillah lega.. dapat la meronggeng sakan( raya habis-habisan)

Dan bertambah gembira bila da pengumuman bonus raya.hehehhe ikut gomen juga walau kami ni swasta.Tak kisah la bos janji ada.Tersenyum lebar yang amat ni.. thanks ya bos..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Dum dam dum dam bunyi mercun kemeriahan raya mulai terasa. Sana sini orang mula membuat persiapan (termasuk la aku).Tapi aku baru je sikit-sikit.

Cuti seminggu memang kami kat kampung la.Kebetulan yang teramat indah bilanya kampungku dan En. Ad agak dekat jadinya kami beraya atas jalan raya jela.Kejap kat sna kejap kat sini.Tiada istilah berebut balik kampung


Ada juga terbaca yang si Ally Iskandar bercuti 1 minggu (eh sama la kita no) setelah 10 tahun tak bercuti time raya ( ini tak sama, aku  tiap2 tahun cuti hehehe)

*** story sikit korang cuti  brapa lama dan beraya kat mana

Sunday, August 5, 2012

Sunday, August 05, 2012

Rupanya Kembar Dah Besar

Assalamualaikum

Tengahari tadi aku dengan En.Ad gigih ke pasaraya untuk mencari baju -anak anak.Jejak je kaki ke pasaraya tengok orang dah ramai.Amboi ramainya orang.Jenuh la nak laga montot ni nanti.

Kaki laju je ke pakaian bayi.Tujuan utama nak cari baju baby dulu kemudian di ikuiti dengan dua budak besar.Pilih punya pilih jumpa la yang berkenan di hati dengan harga yang berpatutan.Si jurujual bertanya umur anak cik berapa.Aku laju je menjawab 10 bulan kemudian jurujuak tu tunjuk baju saiz L.Aku cakap eh besarnya takpe la nak saiz s je.Si jurual kerut2 kening sambil tanya lagi.Anak cik ni kecik je.Aku menjawab a'ah kecik la tak sampai 1 tahun lagi.Dia berlalu dari situ dan biarkan kami memilih dengan tenang.

Selelai baju baby kami ke bahagian budak pula. Pilih untuk Aiman dan Iqbal.Alhamdulillah pusing sana pusing sini jumpa juga pilihan hati (tu pun jenuh En. Ad dok buat gerabak ketapi kat belakang) kekekeke.mengikut je ke mana aku pergi. Bila orang ramai sangat nak memilih pun tak senang.

Setelah berpuas hati En. Ad terpaksa beratur dan mengosongkan dompetnya.Hehehehe.Balik je terus ambil Aiman dan Iqbal kat nurseri dan Kembaq kat rumah pengasuh.Tak sabar-sabar nak suruh dorang try size.Si Aiman dan Iqbal pun sangat teruja la cuba baju baru.Alhamdulillah memang ok.Tak perlu nak tukar-tukar tapi bila tiba time kembar pula.Alamak kenapa muat2 je ni.Kang tak sapai sebulan harus tak muat dah.

Dan bila di pikirkan sekali lagi.memang kebanyakan baju kembar bersaiz s dan kbanyakannya dah ketat.Alahai kenapa la tak teringat langsung tadi.Aku masih beranggapan yang si kembar ni masih kecil di sokong pula oleh En.Ad.Namun hakikat sebenar mereka dah menghampiri 1 tahun.Aduhai la kenapa jadi cmni.Bukan tak pernah ada anak kecil tapi entah la...

nampaknya esok kena gigihkan diri ke pasaraya tersebut untuk menukar saiz.Dan saiz yang sesuai untuk mereka adalah L.huhuhuhu patut la si jurujual tercengan tadi.hehehehe rupanya mmg kecik baju tu :)


*** teramat letih sebabnya En.Ad terpaksa kerja malam hari ni. Tadi berbuka sambil riuh rendah dengan gelagat Dable H ni.Ni baru mereka memelapkan mata.Alahai aku pun dah mengantuk serta keletihan.

Friday, August 3, 2012

Friday, August 03, 2012

Sunnah-Sunnah dan Adab-Adab Hari Jumaat

Assalamualaikum

Kejap je masa berlalu kan.Pejam celik pejam celik dah hari jumaat.Puasa pun dah sampai pertengahan Ramadhan.Ok memandangkan hari ni hari jumaat aku nak share sikit segala sunnah-sunnah dan adab2nya.Walaupun dah tersedia maklum namun kadang-kadang kita terlupa@lalai@terleka(peringatan untuk diri sendiri)


Tujuan entri ini adalah untuk mnengingatkan aku (sebab anak-anak semua lelaki) memang terpaksa mengingatkan dorang nanti.Namun tak kecuali juga untuk diri sendiri.Amalkan amalan yang sunnah.InsyaAllah.. moga kita diberkati olehNYA.


Sumber : Fb Ustaz Don Daniyal

***Nak wangi je sepanjang hari ni walau dok kat rumah dengan anak-anak je.En. Ad pukul 2pagi dah meredah ke kem untuk Qiyamullai.Jadinya sahur tadi Aku dan Aiman jela.

Thursday, August 2, 2012

Thursday, August 02, 2012

Oh Abang Polis

Assalamualaikum

Hari ni seperti biasa aku ke pejabat dengan menaiki motosikal.Belah pagi memang takde apa-apa.Rileks ha aku menunggang sambil makan angin.

Tapi bila balik baru naik haru.Yela baru teringat hari ni bawa beg lain.Sedangkan kat dalam tu ada roadtax motor.Alahai jangan la ada road block nanti.Sangat risau.Jadi untuk menghilangkan kerisauan kat atas motor tu aku berzzikir je sepanjang masa.

Sampai ke kat kawasan jerat cina(memang port dorang ni) hati makin berdebar.. dan sah.. dari jauh dah nampak abang traffic.Adeh camner ni.Hati dah gundah gulana. Kalau kena tahan compom kena saman ni.

Takpe control cun ( menjadi lagi ke.. kalau anak dara kot le terlepas.. ini mak dara.. hahahaha).Makin dekat makin berdebar. Tangan dah slowkan minyak. kaki dah tekan break dan bersedia untuk berhenti.Dalam hati masih berdoa mengharapkan sedikit kekuatan. Namun syukur alhamdulillah tetiba je salah sorang anggota bagi isyarat untuk terus jalan.

Dalam hati gembira tak terkata.Hilang segala debar.Alhamdulillah.. pertolongan dari Allah.Syukur juga Allah menggerakkan hati dia untuk tidak menahan aku.Kalau tidak conpom dapat surat cinta tadi.hehehehe.. Syukur Ya Allah


*** Lepas ni akan sentiasa pastikan yang benda penting takkan tertinggal.
Thursday, August 02, 2012

Empat dipecat kerana berpuasa

Assalamualaikum

Paris: Badan Islam Utama Perancis kelmarin mengecam satu keputusan sebuah majlis bandar memecat empat kakitangan kem musim panas kerana berpuasa ketika Ramadan sebagai “sewenang-wenangnya dan diskriminasi.”

Empat pekerja itu, yang diambil sementara oleh bandar Genevilliers di pinggir ibu kota ini untuk mengendalikan satu kem sukan di barat daya Perancis, dipecat 20 Julai lalu, hari pertama Ramadan, selepas dimaklumkan mereka membahayakan keselamatan kanak-kanak dengan tidak makan atau minum antara awal pagi dan matahari terbenam.

Mereka kini merancang untuk mempertikaikan pemecatan itu menerusi mahkamah buruh Perancis dan Majlis Fahaman Islam Perancis (CFCM) berkata kelmarin ia mempertimbangkan menyaman majlis bandar Genevilliers kerana diskriminasi.



Kelmarin 4 pekerja itu mempertimbangkan menyaman majlis bandar Genevilliers kerana diskriminasi”. - Majlis Fahaman Islam Perancis (CFCM)

Mereka di pecat atas alas an tidak menghormati syarat kontrak dengan cara mungkin membahayakan keselamatan fizikal kanak kanak yang dipertanggungjawabkan kepada mereka.

Sedangkan di Malaysia ramai yang ponteng puasa.Cukuplah aku katakana di Sungai Petani ramai yang sewenangnya membeli makanan tanpa rasa malu.Kebanyakan berhelmet tutup dan seawal pukul 11 dah menjengah ke kedai makan.

Sumber : Berita Harian

*** Sangat marah pada tuan kedai yang menjual nasi berlauk seawal jam 11 pagi.Ramai yang berpusu-pusu ke sana tanpa rasa malu...Sedarlah wahai manusia