Friday, November 30, 2012

Friday, November 30, 2012

Aku Terima Nikahnya (tonton online)

Sinopsis Aku Terima Nikahnya

Aku Terima Nikahnya mengisahkan perjalanan cinta tragis antara Johan dan Arlisa. Selepas diijabkabulkan, mereka menjalani kehidupan yang begitu bahagia kerana masing-masing dipertemukan atas dasar cinta yang mendalam. Namun ajal maut, jodoh dan takdir itu di tangan Tuhan apabila pasangan romantis ini dilanda dugaan terbesar dalam hidup mereka.

Johan terbabit dalam kemalangan hingga menyebabkannya mengalami Selective Amnesia (lupa ingatan) selepas kepalanya terhantuk kuat. Apabila sedar daripada koma, Johan hanya ingat kisah hidupnya hingga tarikh sambutan majlis hari jadinya yang ke-31 yang ketika itu dia belum lagi bertemu isterinya, Arlisa.

Kesannya, Johan tidak mengenali Arlisa dan bermulalah konflik antara mereka. Bayangkan, Johan tidak mampu menerima Arlisa walaupun isterinya berusaha memulihkan ingatannya dengan pelbagai cara termasuk membawanya ke tempat yang pernah mereka pergi bersama, lokasi perkahwinan dan tempat pertama kali mereka bertemu.


Lama berusaha, Johan masih kekal sama, mengetepikannya dan mula tertarik kepada sahabat baik Arlisa sendiri, Suriya lakonan Mon Ryanti. Arlisa mula berputus asa dan mengambil keputusan untuk melepaskan dirinya.

Namun kuasa Tuhan tiada siapa dapat menduga, kemelut yang melanda tidak berpanjangan dan doa Arlisa akhirnya terjawab.




Romantik sangat lakonan dorang berdua ni.Kalau saya isteri Ady Putra compom lepas ni dia tak leh berlakon dah hehehhe

Tapikan sedih sangat time Johan hilang ingatan tu kesian.Saya pulak yang over emosi huhuhu.

Nak tengok online KLIK SINI

Thursday, November 29, 2012

Thursday, November 29, 2012

Teman Pengganti - Black

 Black & Rj - teman pengganti
Nak tengok video klip kat tajuk lagu tu..

Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama

Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah

*Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami

Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna

Ulang *

Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti

Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti


Adakah black akan berjaya pada AJL 27 nanti atau Shiela Amzah dengan Patah Seribu


*** Suka sangat lagu ni tau!


Thursday, November 29, 2012

Selamat Akhirnya


Assalamualaikum

Entry bermula dengan gambar ye




Benda alah ni la yang lambat jatuh masa Aiman bersunat hari tu. Lepas seminggu bersunat mereka kembali ke klinik ingatkan nak buka semua rupanya dia buang separuh ja.dan tinggal benda ni kat 'burung' dorang.Jadinya ke hulu ke hilir dengan benda alah ni la.

Mengikut doktor dalam masa 2-3 hari benda alah ni akan jatuh sendiri tapi rupanya sampai seminggu juga la baru jatuh.

Masa hari jumaat 23hb baru ni dah nampak tanda tanda yang benda alah ni nak jatuh.Dalam hati berkata esok mungkin akan jatuh sepenuhnya.Esok tu memang betul jangkaan saya.Mulanya dia jatuh sebelah je.Di sebabkan benda ni agak berat untuk di tampung oleh kulit mati tu jadinya yang baki tak jatuh tu tergantung dan terheret serta terluka (korang fahan tak, kalau tak faham, fahamkan jelah ye)

Jadi tak sanggup tengok Aiman ke pedihan saya decide untuk gunting kulit mati tu.Bila gunting takdak la dia nak sakit lagi dah.Bila cakap kat dia dia bagi je. Tapi bila saya sampai dengan gunting dia dah meraung sakan,merapu meraban bagai (rasanya still fobia ngan gunting kot). Siap cakap abang sayang mama, mama abang sayang mam betul betul ni hehehhehe

Sampai bengkak mata juga la menangis, dan menangis tu bukan pelan pelan. Gaya suara macam di dera teruk betul padahal tak buat apa apa pun.Sampailah abahnya campur tangan baru la saya dapat gunting. Yang kelakarnyabila saya dah gunting dia tanya dah ka belum mama.. sabar jelah wahai anak.

Yang hitam tu kulit mati yang tergantung yang saya gunting tu.Jadi bila saya gunting automatik benda alah tu dapat keluar dengan bebasnya :)

Disebabkan Aiman bersunatlah terhasilnya ENTRY HANTU BUNGKUSAIMAN AIMANDAH JADI PONDOK MAINANGAYA MEREKA DI OFFICE


*** Dapat info yang dua orang sepupu dia ni benda alah tu masih melekat kat situ belum jatuh jatuh lagi.

Nasib bersunat sekali je kalau banyak kali jenuh la saya
   
   


Wednesday, November 28, 2012

Wednesday, November 28, 2012

SIMPLE GIVEAWAY - PINK ORANGE SHOPPE

Wednesday, November 28, 2012

Setelah 3 Bulan Di Abaikan

Wednesday, November 28, 2012

Peplum Giveaway by Nadnod Azizan

Assalamualaikum

Jalan Jalan pagi ni nampak peplum cantik ni.Memandangkan saya tak pernah ada peplum jadinya cepat cepat mengjonkan diri sebabnya tarikh tutupnya adalah esok iaitu 29 November 2012. 


Nak join cepat2 klik banner tau!

Wednesday, November 28, 2012

Hantu Bungkus Muncul di Office

Tuesday, November 27, 2012

Tuesday, November 27, 2012

Aiman Aiman

Assalamualaikum

Setelah dua minggu lebih Aiman bersunat hari ni merupakan hari pertama untuk kembali ke nurseri.Pagi tadi sampai depan nurseri terus dia meraung tak nak masuk katanya takut ada kawan kawan yang terpijak 'burung' dia nanti. Aduhai sayang

Jenuh juga la memujuk padi tadi.Akhirnya cikgu kata takpa satgi cikgu kurung Aiman kat bilik tv pstu cikgu tak bagi sapa sapa masuk dalam tu kacau Aiman. Baru la dia berjalan masuk dalam pagar tu.

Mungkin dia fobia kot @ apa saya tak pasti, tak pun dia seronok ikut saya ke opis sebab asyik main saja.

*** semasa Aiman kat opis bukannya tak da sofa tapi itu la dia sendiri memilih untuk tidur kat atas kerusi camtu dan tido kat bawah meja keja saya. Seronok dapat main main camtu kot.






Tuesday, November 27, 2012

Alkisah Di Kedai Bahan Kek Dan Roti

Assalamualaikum

Semalam balik kerja terus ke kedai bahan kek dalam misi utama mencari whipping cream. Langkah ja masuk kedai tu mak ai wangi sungguh aih.. tak terkata... bau kek ada bau biskut ada terasa macam nak dok situ teruih tak mau keluaq dah ( tu dia aih... nampak sangat tak pernah beli bahan buat kek)

Sebelum ni saya jenis beli yang segera je.Balik campur-campur siap  hehehhe. Berbalik masa kat kedai tadi.Masuk ja terus terjenguk jenguk.Belek sana belek sini hehhehhe pastu jenguk pulak whipping cream.Wah ada banyak rupanya UHT whipping cream la ntah apa ntah lagi.Last last saya tanya pembantu kedai tu kak whipping cream non dairy tu sama ke cam yang ni ( saya tunjuk yang UHT) dia cakap tak dik kalau tu di panggil fresh cream ( oo pulak) yang tu ada peti kat depan nun.

Saya pun menjengah ke depan buka peti tengok ada 3 jenis. alamak camna ni.Kebetulan tokei dia ada kat situ. Mau tanya a... mana whipping cream non diary.Dia tanya lu mau jenama apa.Kalau mau sedap amik ni.Saya conpius dah.Saya cakap i tak tau ooo.. i baru nak cuba..ooo ya ka kalau camtu u amik ni la. hehhehe malu kejap. 

Beratur kat kaunter nampak akak tu tengah dok nak bayar.Saya tegur wah kak banyak beli tepung.Dia cakap ye la sekarang ni orang gila durian crepe.Ni akak nak buat rasa coklat pulak.saya cuma angguk kepala tapi tengok tepung yang dia beli tu kebanyakannya tepung pancake... ooo dia pakai tepung pancake rupanya boleh try lepas ni.Semalam tak berani sebab baru nak mencuba kang tak jadi punah!

Bila sampai turn saya bayar jumlahnya RM9.90 lepas tu boleh keluar tapi saya tertarik dengan macam macam bahan kat dalam tu.Saya tengok ada bekas coklat yang pelbagai bentuk.Semua cantik cantik.Nampaknya lepas ni saya kena rapat lagi dengan Kedai bahan kek ni kalau tidak apa guna ada oven kat rumah ye dak :)

Terpaksa melangkah keluar dari kedai tu dengan terpaksa rela kang tak pasai tuan kedai halau keluar lama2 kat situ

Dan hasilnya jadilah durian crepe saya seperti yang kat SINI resepi pun ada sekali kat SINI

Monday, November 26, 2012

Monday, November 26, 2012

♥ Birthday GA by Sharina ♥

Assalamulaikum

Salam malam malam ni saya nak join GA dari Sha nun jauh dari Sabah ^_^



Klik banner untuk join
Dah FOllow dan Like kesemua Fan Page sponsor jadinya sekarang nak Tag semua yang jengah ke sini.Jom join sama2 tau!
Monday, November 26, 2012

Durian Crepe In Da House

Assalamualaikum

Demam crepe melanda rumah saya.Nak beli jenuh la.Sekali masuk mulut lesap muahahaha.Jadinya terpaksa belajar buat.

Hehhehe semalam bertungkus lumus menyiapkan durian crepe aka Bantal busuk.Ha puas makan ko.Ada yang besar gedabak ada yang kecik cinonet.Janji siap :)

Saya buat ni berlima dengan panglima saya.Seperti biasa Aiman dan Iqbal tukang menanya makala Haziq dan Hazim tukang tarik seluar muehehhe sikit lagi nak terlondeh.

Sebelum tu kita tunjuk gambar yang tak berapa nak menyengat dulu

 Muehehehhe percubaan pertama.
 Biarkan buruk asalakan rasa meletops kekekeke
Resepi kulit 
Resepi dari Fiza Nordin

50gm tepung gandum
1 sdb tepung ubi
1 bj telur
2 sdt butter ( dicairkan)
160 ml air
1 sdk serbuk vanilla (saya tak letak pun)


Cara cara
satukan tepung dan ayak masukkan gula halus, susu cair, telur yang dikacai sedikit, masukkan serbuk vanilla @ perisa

Kemudian masukkan air ( kacau sebati guna whisk)
Masukkan butter yang dicairkan tapis adunan sedia untuk di masak

Cara memasak Kulit
Gunakan kuali anti lekat ( non stick ) @ kulai leper yang disapu sedikit minyak.
Tuang sesenduk kecil adunan dalam kuali jgn tebal @ nipis sangat
biarkan seketika.Bila dah masak terus angkat (masak sebelah bahagian sahaja tak  perlu diterbalikkan)



Saya tindankan camtu je.Jangan risau dia tak melekat
Filling Kastad
Resepi Dari Semanis Gula

200 gm susu segar
2 kuning telur
30gm gula halus
Kacau atas double boiler hingga pekat

250 gm whipping non dairy putar kental

*** satukan kedua bahan dengan kaedah kaup balik

Filling 
Filling Kastad
Isi Durian dan 
Filling Kastad

Nyum nyum sangat meletops tau bila gigit.Bila masuk dalam mulut je terasa seperti eskrim pun ada.Sejuk tekak.Sedapnya.Anak - anak siap request suh buat lagi padahal yang itu belum dimakan ^_^

Kalau tak makan durian boleh digantikan dengan jagung tin atau isi mangga takpun isi cempedak ke.Dan pastinya nama pun kena tukar ye dak ^_^





Monday, November 26, 2012

Dah Jadi Pondok Mainan

Assalamualaikum
Bila dah jemu, mula la kerjanya.Meja kerja mama dah jadi tempat mainan dia.Dia masuk kat bawah tu la

Akhirnya tertidur keletihan hehehhe



*** cepat la sembuh tak dak la mama nak usung kamu hari hari ke opis

Saturday, November 24, 2012

Saturday, November 24, 2012

Petua Baby Kembung (Khas buat Tukang Karut)

Assalamualaikum

Pertanyaan ni Datangnya dari Tukang Karut.Ini semua ikut pengalaman ye dik.In Shaa Allah harapnya anank TK ok nanti

Sapu minyak yu yee@ myk telon kat perut dia  usap pelan2, pastu urut2 juga kat betis dia dan sapu juga kat tapak kaki dan belakang.Sambung urut kat betis sampai sendawa kemudian tidurkan secara meniarap.

Kalau rajin boleh cuba cara ni

Ambil daun sireh layurkan kat api suam suam.Kemudian tekapkan kat perut baby.Buat sampai baby selesa.

Kalau lagi rajin

Buat punjut ala ala sup bunjut tu ( kat kedai ada jual) layur atas api suam suam atau tekapkan dengan iron (suam-suam juga) pastu tekapkan kat perut baby.

Kalau baby breastfed pastikan maknya tak makan makanan yang berangin tak pun kalau hisap botol pastikan cara dia menghisap tu betul.

Ada juga di jual grip water.tapi ini akak tak pernah try.Ada kawan-kawan kat sini pernah try tak grip water ni tuk baby.Camner  hasilnya berkesan tak?


Harap harap petua ni dapat membantu bapa baru ni ^_^

Friday, November 23, 2012

Friday, November 23, 2012

Gaya Mereka Di Office

Assalamualaikum

Sehari sebelum balik kampung berkhatan hari tu saya angkut panglima saya ke opis.Riuh rendah la juga mereka ni.Jenuh la nak layan.

Entah apa yang di bincangkan

Dah start main dah punggah pungah semua barang

Akhirnya tertido keletihan

Gambar Iqbal yang tido mana pulak hilang ntah... hehehe jenuh la kalau selalu bawa ke opis.Mau kena halau keluar semuanya.. Kalau emergency je bawa depa mai opis.Macam sekarang Aiman tiap tiap hari ikut saya mai opis sebabnya benda alah yang kat burung dia tu tak jatuh lagi,Adeh jenuh la.

Thursday, November 22, 2012

Thursday, November 22, 2012

Petua Cirit Birit Untuk Baby

Assalamualaikum

Sejak balik dari kampung hari tu Haziq kena cirit birit kesian dia. Dah la Kecik.Dukung pun dah tak terasa sekarang.Padahal makan dan minum sama ja dengan Hazim.Apa yang Hazim makan itu la yang Haziq makan.

Lagi satu sekarang ni selera Haziq sangat-sangat menurun.Dia tak  nak makan.Jenuh saya teroka menu baru untuk dia tapi tetap sama.Masuk dalam mulut sesuap dua ja.Masuk kali ke tiga dia luahkan.Bukan setakat luah je tau tapi siap korek lagi baki yang ada dalam mulut.Sampaikan kadang kadang dia termuntah.Alahai  kesiannya saya tengok.

Hazim la yang sangat suka makan bertambah tambah sampaikan saya nak dukong pun dah tak larat.Kalau dia meragam lagi la..Bukan saya la.Memang abah dia yang uruskan.

Anak anak saya yang sebelum ni tak dak pula rasanya kena cirit birit.Kesian sangat tengok sampai takda najis hanya air semata mata.

Bila di cari petua yang saya dapat adalah 

Ambil 1 sudu teh tepung gandum dan dibancuh dengan segelas air suam dan kacau hingga larut. Tunggu sehingga semua tepung mendak di dasar gelas. Kemudian, minumlah air tersebut. Bagi bayi, tuangkan ke dalam botol susu supaya mudah bayi menghisap air bancuhan tersebut. InsyaAllah, cirit-birit akan sembuh. Petua ini boleh diamalkan untuk semua peringkat umur. 

dan 

kupas sebiji kentang, dan rebus hingga lembut dgn sendirinya, kemudian mashkan kentang tersebut tanpa ditambah sebarang gula/garam dan terus makan.

InsyaAllah, cirit birit akan hilang bersama najis.



***Sesapa pernah try tak petua ni.Berkesan tak dan ada petua lain tak untuk Haziq.Tolong ye!


Thursday, November 22, 2012

Terima Kasih Waniey Terima Kasih Jemari Suri

Assalamualaikum


Alhamdulillah cukup bertuah bila diri ni terima penghargaan dari rakan-rakan blogger.Kali ni datangnya dari Waniey dari blog http://winkwinkwinky.blogspot.com/

Jom beramas mesra dengan beliau.Klik banner cute kat atas ye.Waniey ni peramah tau.Tak caya cuba kawan dulu dengan dia ^_^

Terima kasih ye Waniey.Moga ikatan maya antara kita akan terus berkekalan hendaknya ye.

Kemudian saya dapat keychain felt dari Jemari Suri. Ini kali ke tiga tau saya dapat tanda kenangan dari dia.Sungguh murah Hari JS ni.


Klik banner di atas untuk kenal dengan lebih mesras lagi dengan tuan punya blog... Untung- untung boleh dapat keychain cantik lagi.

Terima kasih ye JS.Tak sangka ada surprise.Alhamdulillah bertambah koleksi saya ^_^





Wednesday, November 21, 2012

Wednesday, November 21, 2012

Bersunat Hari Ke 2 dan Seterusnya

Assalamualaikum


Hari Ke 2
Hari ke dua nampaknya Aiman dah ok skit.Dah kurang merengek.Tapi mama dah ting tong.Semalam tak tido.Semua mama abaikan.Handst ke mana.Sapa col sapa sms maaf la ye saya tak layan.Hanya anak-anak di utamakan.

Hari kedua kembar pulak buat hal.Tak nak kat sapa.Mungkin nak kasih sayang mama sebabnya sehari semalam mama layan abang Aiman je.Bila mak mak sedara tolong ambikkan kejap mula la episod drama king hehhehe.Di bawa ke rumah belakang mama yang kat rumah tok ni pun boleh dengar teriakan mereka nak-nak si hazim tu alahai nyaring sungguh sampaikan bila dorang kasi balik dorang cakap agak nak pekak juga la telinga dorang tu hehehhe.. apapun sangat sangat terima kasih.Tapi yang paling dorang geram bila sampai je kat tangan saya automatik dorang terus diam.Nampak sangat itu hanya lakonan semata mata hehehhe.

Hari ke 3

Hari ni buat kenduri kesyukuran sikit kat rumah mak ndak dorang.ramai juga tetamu yang datang.Aiman mula merap mama balik.Disuruhnya mama dok tepi dia saja.Asal mama gerak sikit ja mula la merengek.Bila hilang di mata mula la menjerit.Aduyai pening kepala mama.

Kebanyakan tetamu yang datang hulurkan duit.Duit dorang bertiga ni laju je ambil hehehhe.banyak juga la dapat.Time ni memang yang bersunat tiga orang ni sangat seronok hehehe. Yang paling nak tergelaknya asyik dok belek duit dorang je la hehehhe. Siap ada rancangan nak beli apa.Tapi si Aiman mama siap bagi tau.Balik SP ka duit tu masuk bank Aiman tak boleh guna untuk beli apa-apa. Tapi abah akan belikan keta kontrol untuk Aiman ( dari duit poket abah tau). 

Bukan apa duit tu untuk masa depan dia.Kami ni bukan jenis yang berada jadi elok la beringat dari sekarang. Kiranya duit anak-anak dari kecik sampai besar memang kami simpan kat bank.Jika nak beli apa-apa kami akan cuba simpan duit sendiri untuk belikan untuk dorang.

Berbalik pada cerita Aiman.Bila dah petang orang pun dah kurang dia siap suruh mama pegi balik lagi.DIa nak dok kat situ.malam ni pun nak tido situ tak nak balik rumah tok.Amboi duit banyak tak nak balik dah ye.Tapinya bila dah petang abahnya paksa suruh balik juga kang malam nak kencing ke pa ke susah juga.Jadinya Aiman pun jalan la balik sendiri hehehhe.Dah kuat ni tau.

Hari ke 4

Dia dah berseluar dan berjalan rata dah.Kejap ke rumah mak ndak dia.Kejap balik ke rumah tok.Padahal dua lagi sepupu dia masih terlantar kat rumah diam-diam.Risau juga takut bentan ke apa.Bila tanya sakit ke tak.Dia cakap tak sakit dah pun.

Hari ke 5

hari ni memang dah bertambah aktif.Siap berlari lagi.Mama pula risau takut jatuh ke apa ke.Lepas tu ada juga jiran-jiran kot situ kata jangan langkah tahi ayan kang 'anu' buruk. Ada ke pulak. Macam-macam petua la hai

Hari ke 6

Pagi ni Abah bersama adik beradiknya bawa geng bersunat ni ke klinik lagi sekali.Tujuannya adalah untuk membuka smart clamp tu. Baliknya abah cerita Aiman siap cakap lagi kat doktor tu suruh buat pelan-pelan hehehhe...

Rupanya dia buang sarung yang luar je.Muncung yang tajam tu dia tinggalkan dan di biarkan jatuh sendiri nanti.Tapi sampai hari ni dah 10 hari benda alah tu still lagi melekat kat situ.Aiman siap naik basikal lagi dengan benda alah tu hehehe.

Yang sedang tido tu Hafiz dia ni memang susah nak bergerak.Diam je kat situ.Senang nak jaga
 Aiman cerita apa ntah kat tok dia
 Baca Yasin sekali.Orang lelaki kat depan.Segan pulak nak pegi ambik gambar ^_^

 Antara makanan yang ada.Asalnya sikit je.Tapi ramai penyumbang.Jadi banyak la menu dia.Sampai tak terpilih jadinya
 Mereka bertiga
 Bila dah sihat sikit.Asyik ngadap laptop jela kejanya.


Monday, November 19, 2012

Monday, November 19, 2012

Mengandung 9 Bulan Tapi Ghaib

Assalamualaikum

Masa balik berkhatan hari tu heboh kat rumah cerita tentang kandungan yang hilang.Saya tanya la mak ( mak mertua) yang orang2 dok cerita tu siapa?

Bila mak ingatkan balik baru saya ingat.Sebelum ni mak ada cerita yang anak kepada anak sedara mak tengah mengandungkan kembar ( sama macam kami ) ni anak sulong dia.Memang dorang sangat happy la kemudian mak kata kalau cara mak tengok perut tu macam perempuan.Dia pun cakap bila scan memang nampak kembar perempuan. Bila dengar perempuan mak pun meng'offer'diri untuk ambil salah satu kembar tu.Tapi manala dia nak bagi kan.Susah payah dia bawa dalam perut tentunya dia nak jaga sendiri.Masa tu dah nak sampai masa dah cuma menunggu hari kata orang.

Tapi bila kenduri hari tu sedara lain dah sampaikan cerita yang si kembar tu dah hilang dalam perut.Kesian dorang.Memang  sangat sedih.Tapi kami tak sempat nak melawat.Sibuk sangat 'berkepit' ngan Aiman.Lepas tu cerita ni tersiar di Harian Metro dan Sinar Harian kalau tak salah. Bila tersiar cerita ni mula la ada yang komen bukan-bukan.

Lepas tu hari ni saya ada terbaca kat SINI yang cerita dia mengandung tu palsu.Ya Allah dugaan lagi buat mereka.Dah la bayi lesap kemudian di tuduh mereka cerita palsu. Yang Herannya kan semua bukti bagaikan hilang seolah-olah dia tak mengandung dan tak pernah buat rawatan kat mana-mana pusat kesihatan.

Bagi saya cerita ni betul tau sebab mak sendiri yang tengok (pegang perut saya tak pasti) sebabnya masa tu mak kata dorang bercerita tentang ahli-ahli kembar di dalam keluarga kami.

Hentikanlah kutuk keluarga mereka.Mereka dalam keadaan tertekan. Dah la bayi hilang orang sekeliling pula mencemuh.Namun semua orang kampung memang simpati pada mereka. Mereka sekeluarga dan orang kampung situ tau yang cerita ni benar bukan sakit jiwa dan bukan omongan kosong semata-mata

Yang pastinya ini adalah ujian buat mereka.Moga mereka tabah dah sabar menghadapi ujian ini.


*** Buat Ibu Kembar kalau baca post ni.. komen dan tinggalkan link sekali ye.. sebabnya saya tak dapat nk jejak kembali.. maaf ye!
Monday, November 19, 2012

Bersunat Hari Pertama

Assalamualaikum

Alkisah Aiman bersunat memang agak menggemparkan hehehehe. Sebenarnya tokwan dia tak kasi lagi katanya masih kecil tapi kami on je memandangkan dia sendiri yang nak.

Sebelum ke klinik aiman happy giler tak sabar sangat dia nak bersunat sedangkan dua lagi sepupu dia dah nampak agak kecut je. Biarkan je la.Layan ja Aiman ni.

Abahnya serta dua tiga orang bapa sedara lain mengiringi mereka ke klinik. Orang pertama adalah Irwan ( sepupu aiman, dah darjah 3 dah ). Meraung sakan juga la dia ni.Jenuh juga nak pegang.Kemudian giliran Aiman.Masa masuk tu abah dia cakap ok je siap lompat naik atas katil tu lagi hehehhe. Lepas tu doktor inject kat 'anu' dia tu.Masa tu dia memang meraung sakan la.Tak bagi doktor pegang ke apa dah.Siap tepis tendang semua yang kat situ.Kalau tak salah kata abahnya dalam 4-6 orang yang pegang dia hehehehe.Setakat misi memang tak lepas.Ntah mana datangnya tenaga dia ntah.

Dan yang terakhir Hafiz( sepupu dia juga darjah 3) sangat cool.Tak bunyi sikit pun.Rileks je.Balik ke rumah dengan tenang!

Sampai ja rumah terus cari mama.Ngadu kat mama pedih sangat 'burung' dia tu.Yang si Irwan pula lari sampai ke dapu kemudian ke bilik.Alahai memang drama la time tu.Manakala si Hafiz dengan steady je terus ke tilam dan tidur.Sangat cool!

Tak sampai 5 minit kat rumah Aiman dan Irwan ni nak terkencing pula.Aduyai ni mesti drama lagi lepas ni.Memang seperti yang di duga depa dua orang ni meraung sakan la.Si Irwan siap tak mau keluar lagi nak duduk dalam bilik sorang-sorang siap keluarkan arahan jangan sapa-sapa kacau dia.Tu dia haih! hehehehe

Aiman pula asyik kata mama pedih, mama pujuk la dia,mama gosok la kepala, mama sayang abang tak, mama tu mama ni sampai mama terpaksa abaikan si kembar.Abah ambil alih si kembar manakala mama lepak dengan Aiman.

Aiman minta mainan abah pergi belikan.Dia nak pistol dan kereta.Bila pistol dia tangan dia kata sapa bising abang nak tembak dengan pistol ni ( tetamu tengah ramai) abah pula belikan pistol yang ada peluru tu.. alamak jenuh la mama pujuk jangan tembak orang. Kalau nak tembak sangat tembak cicak je.Adeh kebetulan cicak pulak takde hari tu.Kalau tidak ada je.Lastly mama bagi target pasu bunga mak nadak hehehehe.

Marah orang datang melawat tapi kalau orang hulur duit laju je dia sambar.Hehehhe sabar je lah ^_^

Malamnya abah usung bawa balik rumah tok ( tempat dorang kat rumah mk ndak, adik abah, belakang rumah tok) sebabnya aiman asyik mama.. mama.. dan mama.. tak boleh hilang di mata lansung. Bila malam ja aiman asyik merengek pedih nak tido pun tak boleh.Bila terlelap aiman akan kata mama pujuk la abang pedih ni.Bila mama gosok kepala aiman akan diam ^_^ sampaila berlarutan ke pagi. Mama juga yang tersengguk mengantuk ^_^

 tengok tu sampai bengkak mata dia asyik nangis.Siap bersungut tak mau khatan dah lepas ni hehehehe
 Nak fokus dekat pun tak boleh dia marah

 Dapat main diam la kejap... lepas tu bunyi balik :)
kereta tu peneman ketika sakit . Tak sempat pula saya ambil gambar ketika main pistol.Takut bdia tembak tetamu ^_^

Aiman bersunat menggunakan kaedah smartklamp nak tau info pasal ni sila baca kat SINI


Nanti kita sambung hari kedua pulak.. camner keadaan Aiman ^_^


Monday, November 12, 2012

Monday, November 12, 2012

Deepavali Hari Berkhatan

Assalamualaikum

Macam mana nak mula ye.Seteleh agak lama menyepi mula la hilang arah.Idea tak datang... Ok sebenarnya nak cerita Sempena Deepavali nanti Aiman akan berkhatan.Harapnya semua berjalan lancar.So far Aiman ok dan sangat tak sabar nak mengkhatankan diri ^_^

Cuma Dua tiga menjak ni dia kuat makan bila saya tanya kenapa dia jawab sebab nak cepat besar.Nanti dah besar senang la kerja doktor tu kekekeke.Macam-macam alasan.Harapnya bila sampai waktu takda la Aiman meraung bagai.

Untuk makluman Aiman baru je genap 6 tahun bulan september hari tu ^_^.Ramai juga yang bertanya kenapa awal sangat nak sunatkan Aiman. Sebenarnya Aiman ni kalau tahan kencing 'burung' dia akan membengkak.Jika membengkak tu susah sangat Aiman nak jalan.Terkangkang - kangkang jadinya.Kesian sangat bila tengok dia camtu.Jadi doktor suggest supaya di sunatkan untuk selesaikan masalah.Harapnya selepas bersunat Aiman akan kembali seperti sediakala.

Lagi satu Aiman ni mengidam kereta control jadinya kami mengumpan dia dengan kereta tu.Kalau dia tak nangis dan steady je abah akan hadiahkan kereta control tu dan dia boleh pilih sendiri macam mana yang dia nak ^_^.

Aiman akan dikhatankan bersama dua orang sepupu yang lain.Tapi dorang tu dah besar sikit  sorang darjah 3 dan sorang pula darjah dua.So dorang berdua tu takda kami risau sangat.Cuma risaukan yang si kecik tu ja.

Bagi mereka yang duduk area Alor Setar jemput la ke rumah ye.Selasa Aiman berkhatan kenduri kami akan adakan pada hari khamis sempena Maal Hijrah.

*** Mungkin saya akan senyap sunyi sampai hari sabtu atau ahad... maaf lewat berkunjung ke rumah kawan-kawan ye.


Thursday, November 8, 2012

Thursday, November 08, 2012

Mama Jangan Ngandung Lagi

Assalamualaikum

Kenapa tajuk camtu ek..hehehe ni sebenarnya request dari Aiman hhehehe
Dia kata mama jangan ngandung lagi dah tau
Saya tanya Aiman tak nak adik dah ke
Dia jawab tak mau dah
Hat dua ni pun dah tak larat
Mama pun letih nak jaga
Nak mandikan
Nak basuh tot..tot
Nak pujuk
Nak buat susu
Penat
Abang (Aiman) yang tengok ni pun penat
Nak nak nanti kalau mama ngandung
mama dapat kembar 3 pula lagi haru
Eh sapa cakap camtu
ada dengar orang cakap ke tanya saya
Aiman jawab takde la ma
Dulu masa abang 1
Lepas tu Iqbal 1
Lepas tu dapat 2 (haziq & Hazim)
Nanti kompom la dapat 3
Nanti pening la kepala kita
nak buat camna tu
kekekeke sampai ke situ pulak kamu ye
Dia pulak yang risau ngalahkan orang tua
hahahhaha

Jangan risau dear mama mmg dah tutup kilang ( tapi hanya abah dan kawan2 blog mama je yg tau (^_^)

*** tapi kalau kilang terbuka tak terdayalah ye.Terima seadanya ^_^

Wednesday, November 7, 2012

Wednesday, November 07, 2012

Bangga dengan Aiman

Assalamualaikum

Isnin baru ni Sekolah Tadika Perpaduan Seluruh Sungai Petani berkumpul di Dewan IKM sempena majlis konvokeysen dorang. Sambutan dari parents pun amat menggalakkan. Padat juga la dewan tu.

Anak-anak ditempatkan di sebelah dan di selia oleh guru masing-masing.

 Ada 24 sekolah kalau tak salah semuanya.Jenuh la nak menunggu nampaknya ni 
 Di bawah ni bukan gambar Aiman pun ntah apa yg saya leka tak tau tengok-tengok Aiman dah terlepas.Jadi ambil je gambar orang lain ^_^
 Selepas naik pentas masing-masing kelaparan.... ok kita makan dulu
 Ini untuk anugerah cemerlang.Hanya 5 orang bagi setiap sekolah.Ujian bertulis diadakan untuk mengelakkan pilih kasih
 Aiman di tempat ke -2.Alhamdulillah mama bangga dengan kamu sayang. Mama pun kena ikut naik pentas iring anak.Malu ai tau dah lama tak naik pentas ^_^
 Suka sangat bila dapat hadiah tu
 Nak posing lagi sekali ngan hadiah dia tu :)
 ni set dalam kotak hadiah tu.Ha eloklah nanti nak bersunat baca buku ni ja. Tak payah mama nak beli lagi dah.
Beg ni semua orang dapat.
Dan ini sijil pelajar cemerlang.Dah siap tergantung kat dinding rumah dah pun


Alhamdulillah syukur ya Allah.Setakat ni mama bangga dengan perkembangan Aiman.Moga Aiman terus berjaya di masa depan dan membesar menjadi anak yg soleh ye sayang ^_^

*** Entry ni bukan bertujuan nak menunjuk-nunjuk ye tapi sebagai kenangan di kemudian hari ^_^