Thursday, November 29, 2012

Teman Pengganti - Black

 Black & Rj - teman pengganti
Nak tengok video klip kat tajuk lagu tu..

Ketawa bersama
Menangis bersama
Ku bersumpah harap kita
Mati pun bersama

Sejak dua menjak ini
Makin kerap ku diganggu visi
Bila celik, juga bila mimpi
Aku nampak kau, tapi bukan aku yang di sisi
Dia membelaimu dengan izin dan permisi
Sentuhan katanya semuanya kau iakan
Sentuhan jari kau diamkan dan biarkan
Aku redha walau tidak ku damba
Walau hampa semuanya dah dijangka

Beberapa purnama dulu cinta bertahta
Kenangan dibina kita indah belaka
Ketawa bersama, menangis bersama
Ku bersumpah harap kita mati pun bersama
Namun hakikatnya, bukan mudah
Aku sembunyikan gulana-gundah
Segalanya kan berubah
Dengarkan apa yang ku mahu luah

*Rahsia ini
Telah lama ku pendamkan
Tiba masanya
Segala-galanya
Ku ceritakan
Aku kan pergi
Pergi ku tak akan kembali
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti

Dalam dunia yang maya, prejudis dan bias
Kita tak terlepas dari terkena tempias
Rimas, ditindas, sembunyi dalam puisi dan kias
Tidak kau bidas, tak berpaling walau sekilas
Hanya kau yang tahu kodeksku yang kompleks
Dalam disleksia cuba kekal dalam konteks
Bila dunia seolah tak memahami
Kau sudi selami, dalami dan mengalami

Setia mendengar, sentiasa hadir
Ingat setiap ulangtahun, setiap hari lahir
Tiba pagi Syawal, kaulah yang terawal
Syawal yang terakhir ini pasti rasa janggal
70 000 hijab harus ku singkap
Ku sorok kitab balik tingkap penjara hinggap
Dalam diam ada, seorang yang ku puja
Kau teristimewa tapi dia yang sempurna

Ulang *

Sejak dua menjak ini, ku mencari fungsi kewujudan
Dalam persekitaran yang penuh kejumudan
Terperangkap dalam jasad, ku keliru
Mujur ada kau si peneutralisasi pilu
Namun aku tetap murung, berkurung
Tubuh makin susut, menunggu tarikh luput
Komplikasi di halaman rusuk kiri
Makin sukar nak bernafas, nak bergerak, nak berdiri

Lagu ini yang terakhir aku sajikan
Kalau rindu nanti bolehlah kau nyanyikan
Jaga diri, jangan makan hati
Yang patah kan tumbuh, yang hilang kan berganti
Bilik dah ku kemas, katil dah ku rapi
Cincin, kunci, dompet dalam laci
Ada sikit wang, itu saja baki
Moga-moga cukup untuk majlis itu nanti

Aku kan pergi
Bertemu kekasih abadi
Tiba masanya
Kau cari teman pengganti


Adakah black akan berjaya pada AJL 27 nanti atau Shiela Amzah dengan Patah Seribu


*** Suka sangat lagu ni tau!


19 comments:

  1. suka jgk lagu nie...video klip dia sedih

    ReplyDelete
  2. Suka sgt kan lagu ni..
    Na harap Lagu ni akn menang tok AJL nty ;))

    ReplyDelete
  3. saya peminat black. hihi best kan lagu nihh. di carta MElatOP

    ReplyDelete
  4. saya memang suka lagu ni. tragis, syahdu. gitu. hehe

    ReplyDelete
  5. suka tang rap bilik dah kuk kemas katil dah kurapi... cincin, kunci dompet dlm laci...

    ReplyDelete
  6. jaa pon suka black! lagu dia best, vokal pon mmg best, meremang bulu roma tbila dia nyanyi.

    ReplyDelete
  7. lagu kesukaan faris... hehehe

    Nuffy: Colgate Total

    ReplyDelete
  8. sis pun suka sgt lagi ni. lagi2 bahagian malique rap tu. puitis makna dia :)

    ReplyDelete

Orang Sayang Darwisy ^_^