Showing posts with label Aortic Stenosis. Show all posts
Showing posts with label Aortic Stenosis. Show all posts

Saturday, September 8, 2012

Saturday, September 08, 2012

Sedikit Lagi Ujian Buat Kami

Assalamualaikum

Saya tak pasti nak bermula dari mana.Namun mungkin ada yang dapat menduga bila saya keluarkan entry Andai Diuji. Terima kasih pada kawan-kawan yang sudi bertanya keadaan Haziq.Hari ni baru terdaya saya menaip entry ni.

Pagi Rabu 5 September baru ni saya,En.Ad dan Haziq Ke Hospital Penang.Kami bertolak dari rumah seawal jam7 pagi.Manakala dua budak besar ke sekolah dan Hazim di tinggalkan di rumah mak (pengasuh).

Hujan mengiringi perjalanan kami dari Sungai Petani hingga ke Penang.Sampai je saya terus masuk untuk dapatkan no giliran dan En.Ad mencari parking.Alhamdulillah dapat no 8.itupun jenuh juga sebab Haziq mula merengek sebab mengantuk jenuh kami buaikan dengan tangan namun tak juga mahu tido.Akhirnya sampai giliran Haziq.Dalam keadaan Haziq yang agak meragam doktor terpaksa bertungkus luus memujuk untuk melakukan 'chest x-ray'.Saya memainkan peranan utama memandangkan En.Ad memangku Haziq atas riba.

Setelah agak lama doktor mengambil masa untuk scan dan termuncung2 jugalah mulut doktor tu meneliti keputusan.Akhirnya doktor sahkan yang jantung Haziq NORMAL iaitu lubang kecil dulu dah tertutup dengan sendirinya seperti yang di jangka.Syukur alhamdulillah tersenyum lebar kami.

Namun ada satu berita lagi yang agak mengejutkan kami serta mematikan senyuman kami dengan serta merta.Doktor mendapati yang salah sati injap jantung Haziq agak sempit dan ini dikenali sebagai AORTIC STENOSIS (AS).maklumat berkenanan ni boleh baca Di SINI.

Walaupun doktor mengatakan keadaan kurang serius dan pemantauan akan di lakukan ENAM bulan sekali. Bermakna tahun depanHaziq akan jumpa doktor lagi untuk keputusan selanjutnya. Namun yang saya amat risaukan ialah jika betul tak serius kenapa masa yang di ambil agak cepat berbanding jantung berlubang hari tu yang jangkamasanya di ambil hampir setahun.

Kami pulang dengan keadaan agak murung.Sekali lagi kami di duga. Dalam hati berdoa agar kami kuat dan tabah dan moga tiada apa-apa berlaku sepanjang 6 bulan ni. Sememangnya kami insan terpilih untuk di duga.Moga ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.


Tidur malam agak terganggu memantau keadaan Haziq namun dia seperti biasa-biasa saja lasak seperti tenang di buai mimpi dan siangnya lasak seperti hari-hari yang lalu seolah-olah amat sihat.. sekali

Buat Hazim maafkan mama.Mama lebih utamakan Haziq dari kamu.Jika kamu menagis serentak pasti mama akan pujuk Haziq dan biarkan abah pujuk kamu.Jika abah tiada mama akan senyapkan baru Haziq dulu baru kamu.Jika mama dukong dua-dua korang akan tolak satu sama lain.Maafkan mama bukan niat nak memilih kasih.Keduanya mama sangat sayang namun keadaaan kesihatan Haziq tidak mengizinkan.Maafkan mama sayang.

** maaf lambat menjenguk rakan-rakan.Terima kasih atas doa kalian  semua.Saya amat menghargainya.

*** sedikit lagi ujian buat kami agar kami tidak terus terleka.InsyaAllah kami redha ya Allah