Saturday, September 8, 2012

Sedikit Lagi Ujian Buat Kami

Assalamualaikum

Saya tak pasti nak bermula dari mana.Namun mungkin ada yang dapat menduga bila saya keluarkan entry Andai Diuji. Terima kasih pada kawan-kawan yang sudi bertanya keadaan Haziq.Hari ni baru terdaya saya menaip entry ni.

Pagi Rabu 5 September baru ni saya,En.Ad dan Haziq Ke Hospital Penang.Kami bertolak dari rumah seawal jam7 pagi.Manakala dua budak besar ke sekolah dan Hazim di tinggalkan di rumah mak (pengasuh).

Hujan mengiringi perjalanan kami dari Sungai Petani hingga ke Penang.Sampai je saya terus masuk untuk dapatkan no giliran dan En.Ad mencari parking.Alhamdulillah dapat no 8.itupun jenuh juga sebab Haziq mula merengek sebab mengantuk jenuh kami buaikan dengan tangan namun tak juga mahu tido.Akhirnya sampai giliran Haziq.Dalam keadaan Haziq yang agak meragam doktor terpaksa bertungkus luus memujuk untuk melakukan 'chest x-ray'.Saya memainkan peranan utama memandangkan En.Ad memangku Haziq atas riba.

Setelah agak lama doktor mengambil masa untuk scan dan termuncung2 jugalah mulut doktor tu meneliti keputusan.Akhirnya doktor sahkan yang jantung Haziq NORMAL iaitu lubang kecil dulu dah tertutup dengan sendirinya seperti yang di jangka.Syukur alhamdulillah tersenyum lebar kami.

Namun ada satu berita lagi yang agak mengejutkan kami serta mematikan senyuman kami dengan serta merta.Doktor mendapati yang salah sati injap jantung Haziq agak sempit dan ini dikenali sebagai AORTIC STENOSIS (AS).maklumat berkenanan ni boleh baca Di SINI.

Walaupun doktor mengatakan keadaan kurang serius dan pemantauan akan di lakukan ENAM bulan sekali. Bermakna tahun depanHaziq akan jumpa doktor lagi untuk keputusan selanjutnya. Namun yang saya amat risaukan ialah jika betul tak serius kenapa masa yang di ambil agak cepat berbanding jantung berlubang hari tu yang jangkamasanya di ambil hampir setahun.

Kami pulang dengan keadaan agak murung.Sekali lagi kami di duga. Dalam hati berdoa agar kami kuat dan tabah dan moga tiada apa-apa berlaku sepanjang 6 bulan ni. Sememangnya kami insan terpilih untuk di duga.Moga ada hikmah di sebalik apa yang berlaku.


Tidur malam agak terganggu memantau keadaan Haziq namun dia seperti biasa-biasa saja lasak seperti tenang di buai mimpi dan siangnya lasak seperti hari-hari yang lalu seolah-olah amat sihat.. sekali

Buat Hazim maafkan mama.Mama lebih utamakan Haziq dari kamu.Jika kamu menagis serentak pasti mama akan pujuk Haziq dan biarkan abah pujuk kamu.Jika abah tiada mama akan senyapkan baru Haziq dulu baru kamu.Jika mama dukong dua-dua korang akan tolak satu sama lain.Maafkan mama bukan niat nak memilih kasih.Keduanya mama sangat sayang namun keadaaan kesihatan Haziq tidak mengizinkan.Maafkan mama sayang.

** maaf lambat menjenguk rakan-rakan.Terima kasih atas doa kalian  semua.Saya amat menghargainya.

*** sedikit lagi ujian buat kami agar kami tidak terus terleka.InsyaAllah kami redha ya Allah

33 comments:

  1. Harap haziq baik2 saja...sama2 kita doakan haziq.
    Sayu membaca n3 kali ni

    ReplyDelete
  2. Salam syiela..semoga tabah dlm menghadapi ujian ini..

    ReplyDelete
  3. apa yg mampu diungkapka...sabar..insyaallah..semuanya akan ok..doktor pun dh beri jaminan kan tak serius sangat...berdoalah..mg ada keajaiban untuknya....aaamiin....semoga Allah mendengar doa kita...

    ReplyDelete
  4. semoga semuanya berjalan dengan lancar..
    same2 kite doakan....

    ReplyDelete
  5. sabar lah .. hari ni rumit , esok senang .. ad hikmah :) betul tu .. redho dgn ap yg dtg ...

    ReplyDelete
  6. semoga semuanya baik2 shj.. Ya Allah sembuhkanlah.. jauhkanlah yg berat dan tdk tertampung..

    ReplyDelete
  7. Sabaqlah kak nohh
    Nak wat camna, takdir Allah,
    kita pun tak boleh nak lawan.
    InsyaAllah kita sama2 doakan Haziq maintain sihat dan ceria.

    ReplyDelete
  8. semoga terus tabah ye. sentiasa mendoakan kesihatan haziq...

    ReplyDelete
  9. kak syiela jgn runsing insyaAllah haziq takde ape..akak fiirkan yg positif saje..insyaAllah ape yg seorang ibu rase, fikir ianya sebahagian doa..yakinlah haziq tade ape, insyaAllah mmg takde ape..ok kak haziq sihat! ;)

    ReplyDelete
  10. Speachless akak bila baca n3 ni.... sabar ye.... semoga Haziq akan sembuh dan Hazim menjadi anak yang baik dan memahami keadaan Umminya.... AMIN

    Saya follow sini ye

    ReplyDelete
  11. Rupanya akak dah follow sini mungkin jarang berkunjung sekarang akak dah letak dibloglist

    ReplyDelete
  12. banyakkan bersabar n brdoa kak..insyallah stp ujian itu Allah akan menilai kita :) kami akan sntiasa doakan ksihatan anak2 kaka..insyallah :)


    sha dtg klik nuff juga ya :)

    ReplyDelete
  13. Semoga akak tabah ye..dan haziq moga kuat dan sembuh seperti biasa..amin

    ReplyDelete
  14. insyaalllah....doa byk2 shiela...semoga haziq x apa2,amin

    ReplyDelete
  15. Ujian memang Allah bagi pada setiap hambanya cuma doa kita kalau boleh biarlah ujian itu jgn yg berat-berat dan mampu utk kita yg kerdil ini menangggungnya kan Syiela. Kakak doakan anaknanda Haziq sihat seperti kembarnya Hazim juga..

    ReplyDelete
  16. semoga syiela dan suami tabah ye..semua ni ujian dari NYA..mmg runsing memikirkan anak2 tak sihat..

    ReplyDelete
  17. moga2 keadaan haziq makin pulih. Insyaallah.

    ReplyDelete
  18. kak syiela jgn risau yer.. InsyaAllah semuanya akan baik2 jer.. doa banyak2 supaya haziq di beri kesihatan yg baik..hazim akan paham akak lebih menitik beratkan kpd haziq sebab haziq sakit..hazim kan anak yg baik..InsyaAllah..

    ReplyDelete
  19. semoga tabah dan sabar ye...insyaallah ada sinar dariNya...berdoa lah kepada Nya...hanya DIA Yang Maha Mengetahui...

    **saat ini js pernah rasai time anak sakit..js sgt fhm situasi awak...

    ReplyDelete
  20. patut laa salah sorang kembar x bgitu sihat.. sabaq na kakak.. smoga anak kakak cepat sembuh...

    ReplyDelete
  21. sedih lily baca..Moga akak sekeluarga tabah...Moga Haziq baik2 saja..sama2 kita doakan...

    ReplyDelete
  22. sabar ye kak.. semua ini dugaan dariNya... InsyaAllah, dengan kuasaNya juga, Dia akan menyembukan penyakit itu. sama2 kita doakan..

    ReplyDelete
  23. moge dipermudah ye. Yakinlah, Allah menguji ikut kemampuan hambanya. ;)

    ReplyDelete
  24. sedih baca entri ni... moga Allah tabahkan hati mama dan abah... dan moga Allah kurniakan kesihatan buat Haziq... Kesian juga kat Hazim... tapi tak pe... lambat laun dia akan faham juga...

    ReplyDelete
  25. semoga diberi kekuatan menunaikan tanggungjawap yg diberi..ada hikmah sebalik itu..:)

    ReplyDelete
  26. memang sedih bila diuji dgn anak sakit kan..wani pun sama kak qalief pun ada masalah cuma wani xceritakan kat sapa2 pun selain ahli2 keluarga jer yg tau

    ReplyDelete
  27. kesiannya dgn syiela & anak2..semoga tabah dengan ujian Allah..berat mata memandang berat lagi bahu yg memikul..semoga penyakit tu akan sembuh juga nanti..

    ReplyDelete
  28. sabo yer kak... InsyaAllah pasti hazim memahami kenapa akak buat macam tu... moga akak tabah hadapinya..

    ReplyDelete
  29. mama tertinggal keretapi ni..maklumlah minggu lepas pun mama diuji dgn sesuatu yg sgt berat utk dipikul....setiap dr kita tak lepas dr ujianNya...takpelah..itu tanda Dia ingat dan syg kita...sabar byk2..dan jgn putus2 berdoa pdNya ya...

    Semoga semuanya ok nnti......

    ReplyDelete
  30. sabar ye watie.. insyaallah setiap yg berlaku ada hikmahnya..

    ReplyDelete
  31. Apa yang ada diminda ibu dan kata2 yang meluncur dari bibir seorang ibu, itu adalah doa....untuk itu janakan apa sahaj yang +ve di minda...insyaAllah..Allah maha memberi kesembuhan ...usaha,doa dan bertawakkallah....

    ReplyDelete
  32. Semoga Syiela dan suami tabah menghadapi ujian ini.Semoga Haziq nanti akan sembuh,berbanyaklah berdoa ya.

    ReplyDelete

Orang Sayang Darwisy ^_^