Assalamualaikum.
BEIJING 5 Sept. - Dua bangunan pencakar langit baru di China yang sedang dalam pembinaan, dikritik kerana strukturnya yang menyerupai bentuk seluar panjang dan puding.
Satu daripada bangunan itu yang direka syarikat arkitek Britain, Robert Matthew Johnson Marshall (RMJM), sedang dibina di bandar Suzhou dengan ketinggian 74 tingkat dan bernilai 445 juta pound (RM2.197 bilion).
Pada mulanya, projek setinggi 250 meter yang akan disiapkan akhir tahun ini menerima pujian dan digelar sebagai Pintu Masuk ke Timur tetapi kemudian dikritik kerana kelihatan seperti seluar panjang.
Malah, agensi berita Xinhua turut menggunakan tajuk berita 'Bangunan gergasi baru digelar seluar'.
Sebuah lagi bangunan bernama Pusat Media Antarabangsa Phoenix di Beijing yang setinggi 55 meter, turut dikritik kerana menyerupai bentuk puding.
Bangunan dengan struktur luaran kaca dan melengkung itu dijangka beroperasi tahun ini serta menempatkan ibu pejabat stesen televisyen China, Phoenix TV, restoran dan pejabat-pejabat lain.
Laporan di laman web China Radio International menyatakan, bangunan itu direka sedemikian untuk keluar daripada reka bentuk tradisional dan menunjukkan sikap terbuka masa depan.
Walaupun dikritik kelihatan seperti puding, beg kacang gergasi atau donut, kritikan yang diterimanya tidaklah seteruk bangunan di Suzhou. - AGENSI
negara china mmg xleh disangkal lg..pelik-pelik bg kat deme hahaa :D
ReplyDeleteMacam-macam kan Syeila. Tapi kalau kita layari internet banyak lagi bangunan yg macam-macambentuk tak pulak kena komen ye..
ReplyDeletememang nampak pelik juga kan
ReplyDeletenampak len dari yg len lah struktur bentuk bgnannyer!
ReplyDeletekat china ni..macam2...
ReplyDeletesusah nk ckp tp kat china ni semua mende pelik2..
ReplyDeletemacam2 ada..hikk2x..
ReplyDeleteMemang pelik dan unit...
ReplyDeleteyang macam seluar tu mmg la tak unik tp yang macam puding tu cntk je.
ReplyDeletebtul2...pelik cm tayar dah sha tgk hehe
ReplyDeleteunik n pelik
ReplyDeleteMemang nampak pelik tu....
ReplyDelete