Showing posts with label masak memasak. Show all posts
Showing posts with label masak memasak. Show all posts

Monday, July 16, 2012

Monday, July 16, 2012

Masterchef Selebriti / Grand Finale

Assalamualaikum

Semalam menyaksikan 5 peserta berantap menyediakan masakan Kek Ketam bersama Salad Avocado dan Tomato Panggang  dan juga Daging Batang Pinang Wagyu bersama Kacang Fava, Keledek Lenyek dan Sayur Muda 

Seteleh di nilai Juri Peserta pertama yang layak adalah Dato' Fazley (hehehehe memang dijangka kemenangannya. Peserta kedua yang di panggil adalah Soo Wincci.Ingatkan dia berjaya rupanya dia terpaksa meninggalkan MasterChef dan pesaing Fazley adalah Angah.


Kesian tengok dorang semalam terpaksa memasak di tengah panas nak nak si Angah tu.memang port dia tengah panas betul.

Dan bila di beri untuk pilihan cabaran untuk episod akhir Fazley sekali lagi memilih dengan menggunakan ejaan namanya F.A.Z.L.E.Y dan dia berjaya memilih dapur  barat (memang favourite dia  pun ) dan secara automatik angah dapat dapur asia ( juga kepakaran angah).

Apapun tak sabar nak tunggu malam ni untuk episod akhir.

*** Aku penyokong tegar Dato' Fazley. Pilihan korang pula?

Tuesday, July 10, 2012

Tuesday, July 10, 2012

Masterchef Selebriti / 5 Finalis ke peringkat Akhir

Assalamualaikum

Semalam menyaksikan cabaran penyingkiran sebelum ke Episod Akhir.Dalam Masterchef pun kejutan juga.Cabaran semalam adalah memasak Tomyam

 Tom Yam Kung.. Angah
Tom Yam Ketam - Farouk

Mati mati ingatkan Farouk yang terkeluar.Namun semuanya layak ke peringkat akhir .Tahniah pada mereka semua.

Mereka yang layak adalah
1. Dato' Fazley
2. Soo Winccy
3. Angah
4. Farouk
5. Juliza



*** Aku adalah penyokong tegar Dato' Fazley ^_^

Tuesday, July 3, 2012

Tuesday, July 03, 2012

Masterchef Selebriti / Kumpulan Biru Kalah

Assalamualaikum

Semalam merupakan Cabaran Sajian Luar yang diadakan di Saloma Bistro.Cabaran kali ni adalah untuk mengembalikan nostalgia Arwah Tan Sri P.Ramlee.Sediakan makanan kegemaran beliau.Masa yang diberikan 1 jam 30 minit.

Kumpulan biru Dato'Fazley(ketua), Soo Wincci dan Azwan Ali manakala kumpulan merah di wakili angah Raja Lawak (ketua), Juliza dan Farouk.Nampaknya kali ni Dato Fazley agak haru dengan Azwan Ali (malas nak ulas,rasanya semua sedia maklum) hehehe yang bestnya Dato'Fazley sangat cool dalam menangani semua keadaan. Rambut pun maintain cacak gitu alau berpeluh peluh.

Semasa Juri menikmati hidangan Dato'Fazley siap nyanyi lagi dan di backup singer oleh Azwan Ali (walau pada asalnya Azwan Ali dan So Wincci jadi backup dancer)

Mereka menyediakan hidangan Engkau Laksana Bulan.

Manakala kumpulan merah pun nampak ada ketegangan gak kat situ antara Farouk dan Juliza (abaikan je). Tapi alhamdulillah semua berjalan lancar.Mereka menyediakan hidangan Ragam P.Ramlee.Semasa Juri menikmati hidangan Juliza menyanyi manakala angah dan Farouk jadi backup dancer ^_^

Dan pemenangnya adalah Kumpulan Merah.Jadi bermakna kumpulan biru akan ke cabaran penyingkiran malam ni.Huhuhuhu...
Siapakah antara mereka bertiga akan terkeluar malam ni.huhuhu jangan la Dato'Fazley.

*** Bestnya bila Dato'Fazley cakap biarlah rahsia siapa yang tumpahkan nasi tu.Hehehehe biarlah rahsia walau semua dah tau / dapat agak. Tak sabar tunggu malam ni ^_^

Wednesday, June 27, 2012

Wednesday, June 27, 2012

Menu Semalam

Assalamualaikum

Dah nak berlalu hari masih juga nak tempek kat sini

 Cer teka tu apa... ni sup ekor.. dulu masa ngandung kat Iqbal mmg gila makn ni ^_^.Sekarang dah kurang


Ni pulak tomyam campur.. bila ke bloga kawan asyik nampak ni.sangat terliur tu yg suh En.Ad belikan

Sebagai pencuci mulut.Semalam cuma goreng ayam je.Yang lain datang dari dapur lain ^_^. Ambik gambar pun dah surut dah.. Dah di Ngap dek dak berdua tu =_=


Wednesday, June 27, 2012

Kek Coklat Lembab Segera

Assalamualaikum


Nak tau kenapa saya namakan segera.Sebabnya saya cuma tambahkan butter. telur dan susu :).Yang lain dah siap di pek(termasuk topping).Cuma perlu di campurkan semua bahan 1 persatu.Saya beli kat kedai je.

Balik rumah gedebuk gedebak  dah siap (sesuai tuk saya yg anak ramai dan kalau nak masak perlukan masa yg singkat)

*** Walau comot tetap nak tunjuk.. terliur tak hehehheheh ( yang tengah ngandung jangan ngidam pulak ye )