Monday, December 31, 2012

Monday, December 31, 2012

Entry Terakhir 2012 : Makan Makan

Assalamualaikum

Entry akhir tahun dari saya.Sebelum tu saya nak ingatkan banyak gambar tau entry kali ni.Sila jangan muntah tau ^_^


 Pada 25hb hari tu adik abah aka Pak Njang ada buat majlis makan makan khas untuk ahli keluarga.Jadi sebelum bertolaj ke rumah Pak Njang kita posing dulu


 Malu malu lagi
mood cantik!
Hazim mula nk merayap dah
 Haziq pula meragam Hazim pandang je
 Eh tak habis lagi ke? ^_^
 Budak suka meragam
 saya steady jer pun :)
 Malas nak kawan la asyik nagis je.. jadi bangun nak jalan jalan

sampai je rumah Pak Njang mata mama terpaku kat sini .. suka :)
 dan sini
 juga sini
 antara sepupu sepapat aiman aka anak buah kami
 buah hati pengarang jantung saya
 kakak ipar san adik2 ipar serta anak buah..FIL law juga kat situ :)
bacaan doa oleh tuan rumah
jom makan.. rambutan fresh dari pokok ni
 ayam bakar
 sambal petai dan udang
  kari ayam.. best la dapur ni...ala2 claypot gitu...kalau la dapat satu
 semua hidangan yang ada.. sampai tak terpilih lauknya
khas untuk anak anak
 Hazim suka benar ngan benda alah ni
 tengok tu
 gelagat dorang sebelum balik
 semua benda nak di main



Alhamdulillah kami balik dengan perut kekenyangan malam tu.. syukur atas rezekimu ya allah.Syukur juga dapat berada dalam keluarga besar ni.Saya suka.Sangat meriah bila berkumpul macam ni.Itupun ada yang tercicir.Paksu tak dapat balik.Moga dapat berkumpul lagi di lain hari..



Jom singgah dan like serta menjamu mata tengok produk kat page saya ni :) https://www.facebook.com/SyielaDbeauty



























Sunday, December 30, 2012

Sunday, December 30, 2012

Ladang Anggur Tasik Beris

Assalamualaikum

Semalam selepas makan kenduri entah apa angin yang melanda kami terus kami ke Tasik Beris.Sebelum tu kami ke rumah abang saya dulu sembang sembang kejap kemudian terus pecut ke tasik beris :).

bawa juga nak sedara dua prang kekkeke ramai la anak2 saya petang semalam.Ke sana bukan apa hanya semata mata nak minum air anggur dia yang fresh tu :) sedap tau!


nampak je signboard ni hati memang sangat gembira dah.hahhaha maknanya tak lama lagi tekak akan dialiri air anggur yang fresh tu... terasa nyamannya tekak (baru berangan angan kat luar) kekkeke

Sampai je terus menuju ke kaunter beli air dan kek untuk di rembat kat situ juga :)cantik pula tengok payung payung ni


pemandangan dah lain.dulu gerai sebelah lain tapi kini gerai dah berubah ke tepi tasik tu.nyaman kena angin tasik best!

Ini budak manyak susah mau amik gambar
                                             
 sombong tak nak tengok handset mama yang cap ayam nih!
 dah senyum
ini lagi susah mau amik gambar... sayik berkepit ngan abah dia ja

 susahnya mau amik gambar dorang ni.. geram tau!
 ok la dapat camni pun
inipun kira ok gak si Haziq tengok ke saya
ada mainan kat situ apa lagi.. itu la tarikan utama budak budak ni
hazim pun seronok naik benda alah ni
habis makan dan minum.. jom kita balik
 ramai tak anak anakku :)
 Hazim sejak dapat kaki ni jenuh la nak mengejar
hasil yang di rembat anggur dan fm (siap melekat kat peti dah)
 keletihan
 sangat keletihan sebab tak tidur siang.. sampai rumah je terus landing.. lega mama ^_^


kami hanya duduk kat luar tak masuk pun... dah tak larat tengok buah anggur.sama je kan.Jadi tiap kali pergi hanya kat luar je.Orang berebut beli tiket kami berrebut beli air dan anggur serta cenderahati :)

sedikit info kalau uoll nak ke sana ye
Gerai jualan hasil dibuka dari 
9.30 pagi hingga 6.30 petang
atau hubungi
BERIS LAKE VINEYARD
(LADANG ANGGUR TASIK BERIS)
Lot 264, Kampung Ternas, 08200 Sik,
Kedah Darul Aman.
Tel : 04-4620466, H/P: 019-5667908,


Kalau uoll datang dari mana mana arah pun korang keluar tol gurun,kemudian ambil kanan dan terus je sampai la korang jumpa signboard ladang anggur ni.Dia takdak belok belok dah.Jangan risau takkan tersesesat punya sebabnya bila sampai sik mmg banyak signboard untuk kesana.

Untuk pengetahuan korang juga anggur dia sedap tau krup krap krup krap sangat rangup.Kalau teringin nak petik sendiri RM50 kot rasanya untuk 1kg. Harap sedikit info ni dapat membantu  ye 

*** terima kasih buat semua rakan blogger yang sudi berurusan dengan saya.Syukur alhamdulillah saya amat menghargainya.Alhamdulillah bisness makin berkembang :)


Thursday, December 27, 2012

Thursday, December 27, 2012

Hari Pertama Sekolah

Assalamualaikum

Alhamdulillah selamat sudah urusan persekolahan Aiman tadi.Pagi tadi merupakan program transisi buat pelajar tahun 1 Sek Keb Sri Aman.

Program ni bertujuan untuk para pelajar dekat dengan sekolah.So far alha,dulillah berjalan lancar.lepas ni nampaknya Aiman akan ke sekolah dengan menaiki bas.Harapnya Aiman akan biasa nanti :)

Sebelum ke sekolah pagi tadi sempat juga mama ambik gambar buah hati mama ni ^_^




hoho rambut masih panjang belum sempat di potong.Tadi cikgu dah warning lepas ni kalau rambut panjang juga cikgu tarik sampai tercabut tiga urat rambut kekkeke.Jangan risau sayang mama akan suruh abah cepat cepat bawa ke kedai gunting sebelum sempat cikgu tu tarik ^_^

Ha bergaya tak saya.Tak meyempat sungguh budak ni nak belajar.Tadi cuma program berkenalan ja.Aiman di tempatkan di kelas 1 wawasan.Ada  3 kelas untuk pelajar tahun 1. Dari apa yang di perhatikan setiap kelas menempatkan lebih kurang 30 orang pelajar.ramai Tu!

Harapnya Aiman dapat belajar dengan tenang nanti.Tadikan ada jumpa satu twin ni.Dorang sekelas dengan Aiman.Nampaknya kat rumah pun berkawan dengan twin kat sekolah pun kawan dengan twin juga nanti.  

Jom jengah FB SyielaDbeauty untuk promosi bedak arab 50g.