Assalamualaikum
Bila puasa makin menjengah ke pertengahan kita semakin liat bangun sahur. Ada yang terus meninggalkan sahur. Ada juga yang makan terus sebelum tidur. Sebenarnya banyak kelebihan bersahur ni
Eloknya kita banyakkan minum air kosong dan jangan lupa juga buah kurma sebagai pembekal tenaga.
"Umat
Islam disunatkan untuk makan sahur sama ada bagi puasa wajib mahupun
puasa sunat, sekalipun mengambil sedikit sahaja dari makanan atau pun
minuman. Hikmah disunatkan makan sahur ke atas orang yang hendak
berpuasa ialah untuk memberi kecergasan dan memperbaharui niat untuk
berpuasa pada esok harinya. Orang yang berpuasa dan makan sahur pada
waktunya dengan niat kerana Allah, nescaya Allah akan memberikan rahmat
dan keberkatan di dalam hidupnya dan inilah kelebihan yang tidak
diperolehi melainkan bagi orang-orang yang bersahur sahaja"
*** suka sahur lewat.kang lepas makan basuh baju menyimpan rumah dah subuh ^_^


