Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Thursday, July 19, 2012

Thursday, July 19, 2012

Hikmah Berpuasa Dan Kelebihan Ramadhan

Assalamualaikum

Ketibaan Ramadhan, umat islam di seluruh dunia mengerjakan ibadah puasa. Kesatuan hati dan niat tulus Ikhlas ini dilakukan semata-mata untuk mengabdikan diri terhadap Allah SWT.

Dengan diwajibkan berpuasa, semua golongan tak kira kaya atau miskin terpaksa menempuh ujian yang sama. Dengan berpuasa dapat menimbulkan keinsafan dan kasih mengasihi sesama umat.

Amalan berpuasa melahirkan jiwa insan yang  selalu taat kepada Allah, justeru itu akan lahir pula ketenangan jiwa dan ketakwaan.


Ehsan Doodle
Dari segi kesihatan, perut yang melalui proses berpuasa dapat dibersihkan setelah berpenat lelah selama setahun sekaligus beberapa penyakit dalam tubuh badan dapat di atasi.

Puasa itu di sifatkan sebagai separuh daripada kesabaran.Orang yang berpuasa akan lebih di sayangi Allah, selamat daripada api neraka dan menghapuskan dosa dosa kecil

Kedatangan ramadhan ada keistimewaannya kerana di anjurkan ibadah solat teraih, di samping itu diwajibkan juga zakat fitrah ke atas golongan yang mampu sebagai satu kewajipan bagi membantu muslim yang lain khususnya mereka yang daif

Di riwayatkan dari sebuah hadis" Sesiapa berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan, mengharapkan balasan daripada Allah dan diampunkan dosa dosa yang lalu"

Ketibaan  Ramadhan juga menandakan terbukanya pintu pintu syurga dan tertutupnya pintu pintu neraka dan dirantaikan syaitan.

Malam Nuzul al-Quran (17 Ramadhan) merupakan saat penting al-Quran diturunkan dari langit ke dunia untuk menjadi pedoman manusia hingga ke akhir zaman

Terdapat malam Lailatul Qadar iaitu satu malam yang padanya terdapat saat penuh keberkatan menyamai 1000 bulan (83 tahun 3 bulan) ganjaran pahalanya daripada Allah SWT.


*** selamat menyambut Ramadhan.. pohon maaf andai terkasar bahasa dan terkasar komen di blog kawan ye ***