Showing posts with label Muhammad Darwisy Iqbal. Show all posts
Showing posts with label Muhammad Darwisy Iqbal. Show all posts

Thursday, July 25, 2013

Thursday, July 25, 2013

Kesian Abah

Assalamualaikum

Semalam En.abah terpaksa keja malam (kalau askar di panggil duty). Bila masuk waktu berbuka ja mula la riuh rendah si anak anak ni kesian kan abahnya

Antara dialog dorang yang sempat syiela dengar

Aiman : Kesian abah kan japgi nak berbuka dia nak makan apa?ada tempat makan ka kat situ?
Iqbal   : ye la kan.. hari tu ikut abah pegi tempat keja dia banyak truck askar je.. takda pun tempat makan
Aiman : mesti abah kita letih..keisn dia kena keja juga
Iqbal   : Nanti abah balik kita suruh dia benti keja..boleh la dia berbuka dengan kita...kesian sangat dia sorang sorang kat sana.. tak makan pula tu


Hehehehe prihatin rupanya anak mama ni ingatkan tak kisah.So mama mencelah la..Kat tempat abah ada tempat makan jangan risau ye.. Aiman dan Iqbal menjawab.. mama mana tau mama tak pernah pi sana..kami ni abah selalu bawa pi sana (ada jela nak menjawab.. pahal mama yang selalu ke sana)

Hmmmm yela anak anak mama malas nak ulas panjang lebar dekat dekat waktu berbuka ni jadi mama diam je tengok karenah dorang :)


KLIK SINI UNTUK SHOPPING DI KEDAI SYIELA

KLIK SINI UNTUK PROMOSI RAMADHAN

KLIK SINI UNTUK BANTU ADIK MUHAMMAD


Tuesday, July 23, 2013

Tuesday, July 23, 2013

Kisah Iqbal Berpuasa

Assalamualaikum

Selama ni saya train Aiman je puasa.Iqbal setakat yang dia mampu bertahan almaklumlah baru 5 tahun. Tapi semalam disebabkan Iqbal tertidur tengahari dan bila dah jaga tu petang sangat dalam pukul 5.30pm so saya pujuk Iqbal suruh bertahan.

Abahnya bawa si Iqbal ke bazar ramadhan.semua yang dia nak abah beli je.sampai rumah pukul 7.00.Dia dah membebel lapar.hhehehe saya cakap belum azan lagi mana boleh makan.

Pastu siap arahkan abang aiman buka radio nanti tertinggal azan katanya.Then abang pun sukarela pegi buka radio.Dalam 5 min gitu dia bebel kat abang aiman pula abang ni salah buka channel kot sebab tu sampai sekarang tak azan lagi hehehhe.

Abah pula memainkan peranan.Abah cakap xpe tgu jap abah pegi tengok betul tak. then dalam lima minit gitu dia salahkan abah pula.Ni abah la punya hal ni usik radio tu.Sampai sekarang tak azan.Abah pegi betulkan balik.Orang dah tak larat ni.Orang nak air.Orang nak makan...bla..bla..bla

Azan je sebelah tangan angkat tuk berdoa sebelah tangan lagi mnum air.Hahahaha sabar jela anak.Apapun mama bangga dengan kamu sayang :)

*** entry ni bukan untuk menunjuk2 ye.Cuma luahan perasaan seorang ibu :)

Saturday, April 6, 2013

Saturday, April 06, 2013

aiskrim malaysia 10 kupang

Assalamualaikum

Hari ni teringin pulak nak cerita tentang keletah iqbal dengan aiskrim malaysia. Baru ni ada jiran buat jual kat rumah aiskrim ni. Jadinya budak budak area ni pakat pakat berebut la membeli. Dah kawasan ni takda kedai.

Jadi si Iqbal ni sama menyibuk nak membeli.

Iqbal : mama nak beli aiskrim malaysia
Mama : Pergi tanya makcik tu berapa satu
Iqbal : berlari kerumah rumah tu dan kembali dengan  bersungguhnya bagitau satu batang 10 kupang
Mama : aik 10 kupang.. mana bahasa la dapat ni
Iqbal : Makcik tu kata 10 kupang
Mama : hahahaha 10 sen tu Iqbal silap dengar ni
Iqbal : betoi mama 10 kupang.
Mama : ok lah ambik duit ni... dalam hati ragu ragi takkan juai 10 sen je murahnya
Iqbal : lepas makan sedap la mama aiskrim 10 kupang ni. nk beli lagi boleh tak
Mama : cukup cukup esok pula.. kalau nk makan banyak lain kali tak boleh beli lagi dah
Iqbal : ok

Tiap tiap petang mesti la si Iqbal ni nak memmbeli aiskrim 10 kupang ni


Ni la rupaya aiskrim malaysia beharga 1o kupang tu ^_^.Alahai anak.....

Friday, November 23, 2012

Friday, November 23, 2012

Gaya Mereka Di Office

Assalamualaikum

Sehari sebelum balik kampung berkhatan hari tu saya angkut panglima saya ke opis.Riuh rendah la juga mereka ni.Jenuh la nak layan.

Entah apa yang di bincangkan

Dah start main dah punggah pungah semua barang

Akhirnya tertido keletihan

Gambar Iqbal yang tido mana pulak hilang ntah... hehehe jenuh la kalau selalu bawa ke opis.Mau kena halau keluar semuanya.. Kalau emergency je bawa depa mai opis.Macam sekarang Aiman tiap tiap hari ikut saya mai opis sebabnya benda alah yang kat burung dia tu tak jatuh lagi,Adeh jenuh la.

Monday, November 5, 2012

Monday, November 05, 2012

Perwiraku

Assalamualaikum

Sabtu lepas majlis konvo sekolah Iqbal. Memandangkan Iqbal baru 4 tahun makanya dia hanya buat persembahan saja. Jom tengok buah hati saya.Amat gagah perkasa tau ^_^ ada misai dan janggut sejemput lagi hehehhehe.Sungguh hensem dan sangat menawan kalbu!

Habis persembahan je terus lari kat mama ingatkan malu ke apa rupanya nak suruh mama ambilkan gambar kekekeke

 Kuda yang sangat comel.Tuan dia lagi comel tau

 Iqbal sorang je 4 tahun.Yang lain semuanya 5 dan 6 tahun.
 Dia paling kecik dan mendapat perhatian orang ^_^

Budak-budak ni pun bagus.Tak larat nak gelak dengan gelagat dorang
  Semua tetamu terhibur.Keras semua perut asyik gelakkan dorang ^_^

Ini je yang sempat saya ambil gambar.Sebenarnya banyak lagi persembahan dorang ^_^. Gambar ni pun ambil guna HP cap ayam je kekkekeke.


Wednesday, October 31, 2012

Wednesday, October 31, 2012

WW : Berendam

Thursday, October 25, 2012

Thursday, October 25, 2012

Mereke Di Opis & Selamat Hari Raya Aidiladha

Assalamualaikum

Hari ni sekolah dah tutup..nurseri pun dah tutup.
Jadinya kuangkut 2 hero besar tu ke opis.
Agak haru biru dengan gelagat dorang.
Mulanya berperangai baik sopan ya amat
kemudian bermula la episod mereka.
Tak sabar tunggu tengahari nak balik
Kemas-Kemas barang dan balik kampung ^_^
Mereka berdua ni pun asyik takbir raya je kat opis ni hehehehe

Selamat Hari Raya Aidiladha.Berhati-hati di jalan raya ye.


Tuesday, October 23, 2012

Tuesday, October 23, 2012

Kisah Iqbal Pagi Ni

Assalamualaikum

Pagi tadi saya menghantar anak-anak dengan menaiki motor.Hazim berdiri kat dalam raga.Haziq duduk sambil kaki pijak kat tempat bawah tu manakala Iqbal duduk kat belakang sambil galas beg.muehehehe korang dapat bayang tak keadaan kami.

Sepanjang perjalanan Iqbal mengeja semua benda yang dia nampak seperti rumah, burung. lori, bas, pokok sambil nyanyi-nyani lagi. Dable H kat depan elok ja memerhati pemandangan sekeliling.Diam je budak-buak ni... suka pulak naik motor di pagi hari. best la suasana pagi ni.

Ssampai je kat sekolah Iqbal salam saya, cium pipi, kemudian dia cakap mama hantar iqbal masuk dalam.Saya cakap Iqbal masuk la sendiri macam selalu.Mama tak boleh hantar sebab adik ada dua-dua kat depan ni.Kemudian dia nangis sambil kata tak nak pergi sekolah... tak nak go to school... sabar jelah Iqbal ni.Dah start buat perangai.Kemudian teacher dia datang pujuk-pujuk tetap juga tak nak  masuk.Adeh camner ni.

Teacher tolong dukung Haziq hehhehe suka pulak Haziq dekat teacher.Kemudian saya turun motor sambil dukong Hazim dok pujuk-pujuk dia suruh masuk.Still juga tak nak masuk kelas.Kemudia cikgu Fatin datang terus je kondong Iqbal masuk dalam kelas hehehhe.Terdiam terus dia .Lepas tu terus ikut kawan-kawan lain baca.Hehehhehe sabar je lah Iqbal.


Friday, October 19, 2012

Friday, October 19, 2012

Ecusme

Assalamualaikum

Semalam balik dari sekolah Iqbal asyik sebut ecusme.Terbersin ecusme.terlanggar adik ecusme apa ke benda la dia kata. Kemudian saya terbersin dan saya cuma kata alhamdulillah dengan sangat perlahan.Kemudian Iqbal datang.mama kalau kita bersin kena kata ecusme.Saya dah naik heran.Kemudian saya tanya siapa yang ajar kena cakap camtu, kan mama dah pesan kena sebut alhamdulillah.

Kemudian Iqbal cakap teacher yang ajar.Saya pula mula la.Apa la teacher ni ajar anak aku yang bukan-bukan sebabnya teacher tu non malay.Pastu saya pun mula la dok ngomel nanti mama pergi cakap kat ustazah Iqbal hai kenapa la dok sebut ecusme pulak.

Kemudian Iqbal cakap camni mama betul la.Teacher cakap camtu sebabnya kita hormat orang.Pulak! Kemudian saya tanya lagi sekali, cuba Iqbal sebut betul - betul.Mama tak pandai la nak sebut.Kemudian dia sebut camni Excusme.Oh baru la saya dapat tangkap rupanya EXCUSE ME!  kekekek nasib la hari ni cuti.Kalau tidak jenuh la nak berjawab nanti

*** Maaf ye nanti saya jejak pelan-pelan.Kalau kat rumah camni memang layan Dable H je la :)

Tuesday, October 2, 2012

Tuesday, October 02, 2012

Mainan Baru Kembar

Assalamualaikum

Baru ni beli main untuk si kembar tapi abang-abangnya pulak yang terlebih over nak-nak si Iqbal. Si Kembar ni pun sangat teruja dengan mainan baru maklumlah lip lap lip lap lampu dia. Siap ada bunyi-bunyi lagi. hehehehe berebut budak berdua tu


tengok tu dorang main

Lastnya Iqbal nangis sebab mainan tu di tawan oleh si kembar. Terpaksa la abahnya pujuk kekekke. Abang dah besar la biar adik pula yang main. 

Esoknya abahnya terpaksa belikan dia lori panjang. Sabar jelah Iqbal ni tau.

Wednesday, September 26, 2012

Wednesday, September 26, 2012

I'm So Seksi

Wednesday, September 26, 2012

4 Tahun Kini Dia Dah Pandai Menulis

Assalamualaikum

Iqbal kini dah menghampiri 4 tahun. bulan sebelas ni genap la umo dia 4 tahun. Pandai sungguh dah bercakap, berdalih, buat lawak.

Dan paling mama terharu bila baru ni Iqbal menulis dengan jayanya A-Z dan 1-10. sebelum ni memang dia tak pernah menulis langsung di rumah. Bila suruh ada je dia alasan dia nak mengelat.

Rupanya bila di tanya kenapa menulis pula kat rumah, di jawabnya sebab teacher suruh.Oh selama ni teacher dia tak suruh la sebab tu bila kita suruh dia buat dek ja. Sabar je la wahai anak.
Nak juga tempek gambar lama ni.Hehehehe ni dia menyibuk kacau abang Aiman mewarna

Thursday, July 12, 2012

Thursday, July 12, 2012

Iqbal ni saja tau

Assalamualaikum

Semasa makan malam semalam Iqbal sibuk dengan dia punya remote kereta mainan dia.Sambil aku suap makan (malas nak bagi makan sendiri kang bersepah mama malas) dia bercakap.Rupanya remote tu di buat telefon dan kononnya dia tengah cakap dengan tok (opahnya) kat kampung. Camni ha gaya dia cakap.

Hello tok.Assalamualaikum.. ya ya Iqbal ni.. oh dok makan nasi ni.. hmmm lauk sambal mama masak.. ya.. ya.. tok buat apa tu.. ha cucuq kodok ka (jemput pisang). satgi simpan kat Iqbal sikit tau. Simpan tau jangan makan habis tau (pastu mama menyelit makan dulu jgn dok cakap ja... nanti mama malas nak tunggu dah.. nu adik nangis satgi) Dia buat muka.. mama ni kacau la orang nak cakap ngan tok so aku layankan jela. dia dok ya.. ya.. ok..ok pot.. pet.. macam2 la.. then sudah.. aku tanya Iqbal telefon tok ye..sembang apa dengan tok tadi... Korang tau dia jawab apa

Mama ni Iqbal main main la mana ada tepon betul2 pun.Apala mama ni.tengok ni remote keta Iqbal la bukan telefon.Apa la mama ni silap la. Aku dah terkedu.. dah terkena kononnya nak masuk alam dia la tadi . Alih alih terkena pulak .En. Ad hanya senyum2 je tengok kami.

Ada ada je la kamu ni Iqbal ^_^

**Pssst... kupon McD tu betul tau sila la print sebelum 25hb ni ye. Entry  McD .

Sunday, July 8, 2012

Sunday, July 08, 2012

Majlis Bacaan Yaasin / Rekod Pelajar

Assalamualaikum

Semalam Sekolah Iqbal (Tadika Cahaya Terang Bistari) mengadakan majlis bacaan yaasin dan tahlil. Semua waris (ibu sahaja) di jemput hadir.Alhamdulillah ramai ibu yang datang termasuk non muslim.Bacaan yaasin bermula seawal 9.30am dan majlis berakhir sekitar 12.00pm.

Semasa bacaan Yaasin Iqbal pun turut sama mengikut mama baca.hehhehehe konon2 di tau baca la @ mungkin selalu terdengar kat astro time hari khamis malam jumaat tu dan mungkin juga kadang terdengar mama baca makanya ada la sikit2 yang terkeluar dari mulut dia. Dan ibu2 lain pun tersenyum dan gosok kepala dia..

Then bila time selawat je... semua berdiri dan selawat ramai2.Si iqbal ni apalagi tanpa malu terus dia selawat dengan kuat sekali ala2 dia mengikut cikgu membaca kat sekolah tu. Bab2 selawat dan zikir ni memang dia terror sebab bila pukul 7 je kat rumah memang siaran Oasis je. So semua orang tersenyum tengok dia.Alahai sayang. Ada makan2 sikit lepas tu.Alahai Iqbal kalut je nak makan.Nak2 banyak pilihan kuih.. suka la sangat.

Bila sampai time jumpa cikgu je.Dia dah kat riba mama je. Allhamdulillah pencapaian Iqbal setakat ni memberansangkan.Dai juga merupakan pelajar paling aktif kat dalam kelas. Dan hasilnya Iqbal mendapat tempat pertama di dalam kelas tu untuk rakan yang seusia 4 tahun. Alhamdulillah memang tak sangka. Pada awalnya dulu hantar Iqbal ke situ cuma untuk bagi dia biasala dengan alam sekolah.Lagipun Iqbal belum mencapai 4 tahun. Bulan 11 nanti baru genap 4 tahun. Cuma komen cikgu Iqbal tak suka mewarna. Haru la sikit sebab dorang akan ada peraduan mewarna.

Syiela tak kisah sebab Iqbal baru lagi.So Syiela cuma katakan pada cikgu jangan terlalu paksa dia. Sebab takut nanti dia boring nak belajar.Apapun tahniah buat Iqbal.. moga terus menjadi anak yang cemerlang dan soleh buat mama dan abah ^_^. Luv u so much dear!!


*** takde sebarang gambar sebab semuanya tertinggal kat dalam kereta masa majlis bacaan yaasin tu. huhuhu.kalut mengilik surah yaasin dan sebotol air....

Thursday, June 21, 2012

Thursday, June 21, 2012

Siapa Lagi Garang

Assalamualaikum

Suatu hari saya telah me'ngetes' Iqbal untuk mengetahui tahap kegarangan saya

Mama : Cikgu iqbal garang tak

Iqbal : Garang 

Mama : Teacher?

Iqbal : Garang (sambil angguk2 kepala)

Mama : Ustazah

Iqbal : Garang

Mama : mama garang tak?

Iqbal : garang ooo adeh nampak sangat la ai ni garang

Mama : Abah?

Iqbal : Lagi la garang ( hehehhe lega hati mama)

Tuesday, June 19, 2012

Tuesday, June 19, 2012

Kerana amukan pocong dan Waris

Assalamualaikum

Setiap malam kamis mesti dorang berdua ni tertunggu tunggu cerita amukan pocong dan baru ni dengar ceritanya dah ada citer baru 'waris'.

Lepas tengok tu kemain baca doa kononnya hantu tak datang la.Esoknya cer tengok apa jadi

 hahahha.. tau pulak takut.. Si Aiman siap panjat naik katil Iqbal lagi.Yang tak tahan kat katil Aiman siap toto baby bagai.
Zoom kasi dekat sikit. Hehehehe saja je letak.Supaya nanti dorang dah besar dan baca ni.Taulah peel dorang camner.

Bila tengok camni kesian sangat.Dorang ni berdikari.Kalau hujan dan guruh berdentum kuat kat luar pun esoknya camni lah keadaannya.Dorang takkan lari ke bilik kami.Bila di pikir memang kesian tapi kalau selalu takut lari ke bilik mama haru jugak kan.So biar berpeluk catu jela sampai ke pagi    =_=

Kalau baik hati cer klik SINI dan SINI.Terima kasih ye

Sunday, May 27, 2012

Sunday, May 27, 2012

Semuanya boleh

Assalamualaikum

Nak cerita tentang Aiman bersukan tapi belum bertenaga lagi(kehkehekeh kena kasi aura datang dulu). Pompo, girl kena flu + sakit kepala yang teramat.

Ni hari jumaat hari tu. Abah keja so mama kat rumah bersama hero2.Memandangkan flu masih menyerang sakit kepala pun masih terasa jadi biar abang2nya jelah yang mengasuh.

 ini Hazig (sila abaikan mereka2 yang seksi tu hehehehe )
 Bila tengok abang sorong Haziq dia pun nangis nak jugak
Aiman bising.Hazim ni berat la ma.Haziq senang la sikit nak tolak.. hahhaha

Tak kisah la.Janji Dable H tak nangis.Mama nak rehat :)

** kalau la abahnya tau Dable H di letak kat dalam tu...

Monday, April 23, 2012

Monday, April 23, 2012

Demam cepatlah berlalu

Assalamualaikum

Seminggu lepas bermula episod demam.Bermula dengan Dable H.Panas panas badan.Kemudian Hazim demam.Demam yang tak nak kebah.Pergi ambil ubat kat klinik biasa,Hazim still jugak tak nak kebah suhu badan sentiasa tinggi.38 je selalunya. Nak redakan suhu just basahkan towel dan letak kat celah celah ketiak dan pelipat lutut.Still juga camtu.Cool fever memang sepanjang masa di dahi.Still juga tak membantu.Nak jelum (letak air kat kepala setiap masa) pun takut nanti terkena flu pula.Lagi la susah nanti. Lastly decide pergi jumpa Dr C.P Ooi Kat area Sp ni. Sampai sana ja doktor bising bising tak bagi anak bawa ke tempat awam la bla..bla..bla.. iskh doktor ni  Dable H ni pasaraya pun tak sampai lagi tau.. apatah lagi pantai bagai..

Balik makan ubat alhamdulillah reda sikit demam tapi bab merengek masyaAllah. penat kami mengendongnya.Nasib Haziq cool je. hehehe jangan la kamo demam sama Haziq. tengah malam sedap sedap lena Haziq muntah muntah.Alahai ni mesti kes nak demam ni. Hadoi bertambah la cerita.Hazim belum lega lagi. Panas masih membahang Haziq pulak dah start suam suam kuku. alahai camno ni. Esoknya Hazim pulak start cirit birit manakala Haziq muntah muntah alahai jenuh la mama dan abah mengelapnya. penat dowh!. Sabtu hati tu memasak sambil bersilat dengan Dable H.Kejap basuh Hazim yang tercirit kejap basuh muntah si Hazim. Alahai bila tengahari menjelang mama dah mula lemau.

Lepas makan tengahari si Iqbal pulak start batuk batuk. makin lama makin kuat. Kasi makan ubat batuk tak nak lega  juga. petangnya si Iqbal pulak batuk dan selsema.Adei.. penat ni..  Abah pun dah naik lemau. Cool fever dah habih berpeket peket bayangkan sekali pakai dua. Empat jam sekali dah kena tukar (mesti kaya tokeh cool fever lepas ni)  Masa ni mula la terpikir alangkah bagusnya kalau kita ada maid ye bang. Hubby pulak cakap. kat rumah kita takde orang yang oi.. kang kita pegi keja balik keja tengok rumah je ada.lain suma takde.terkedu kejap. Tak jadilah maid maid ni.. jaga sendiri lah. Lagipun kejap je dorang ni membesar (chaiyok! chaiyok!)

Alhamdulillah kejap je ujian ni. Semalam Dable H dah sihat. mama datang keja tapi abah kat rumah berhempas pulas jemur segala tilam dan basuh segala cadar dan selimut. Lap segala kipas dan cuci segala aicond. wah nak masuk kaki dalam rumah pun risau.Berkilat kilat. hehehehe.. thanks ye... sungguh appriciate segala usahamu..... muaaaahhhhsss...

Balik dari keja je pergi rumah pengasuh ambik Dable H.mula mula sambut Haziq.Ok alhamdulillah sihat. sembang kejap pasal perkembangan Haziq hari tu.ok..masuk keta then masa nak ambik Hazim tengok Hazim dah merah.Muka ada bintik bintik macam ruam. selak baju pun tengok merah penuh badan. Pengasuh cakap kena Chicken Pox kut. Alahai pulak.. kesian ko nak...kecik  kecik lagi dah kena.

Dah tu berbagai petua yang di beri. Antaranya bagi minum air kelapa muda (untuk keluarkan semua, kalau tak keluar habis nanti akan jadi lagi).. kemudian bagi makan sup ayam kampung (mana nak cari ayam kg kat sini). kemudian mandi dengan air daun semambu @ mambu dan letak ambil daun ni letak bawah kain yang di tido  ( ha ini cik abah dengan cepatnya pergi cari).

*** Sapa sapa rakan kat sini yang anaknya pernah kena chicken pox.. tolong bagi petua ye.. syiela buntu ni.. ni 1st time anak anak kena ***


Sunday, April 15, 2012

Sunday, April 15, 2012

Syukur Alhamdulillah

Assalamualaikum

Semalam En. Hubby on duty.Alamak mula la gelabah,dengan Dable H tak berapa nak sihat asyik merap nak dukung je. mana lagi dua abangnya. Nak juai duty hmmm duit lagi. Dah le baru jual je 2-3 hari lepas. Semalam naik nama lagi. Haissh marah sungguh saya. Takkan dalam banyak2 orang seminggu boleh naik 2 kali nama. musykil sungguh. siap bising2 lagi kat en. hubby suruh orang yg buat duty tu cek betul2 jangan asyik orang yang sama je kena.. hehehehe... sebenarnya tak tau pun sistem dorang camna.tapi geram sebab nak kena menjaga anak2 sorang2. dah le baru je ketuk bumper yg di langgar orang yg tak berkhemah.. kopak.. kopak..

Nak dijadikan cerita masuk je pukul 7 malam Dable H mula meragam.Letak dalam walker pun tak nak.. solat maghrib pun dengan tangisan dorang tapi alhamdulillah abang dorang ni (Aiman & Iqbal) rajin menolong. Di tolaknya walker ke hulu ke hilir ( dah le rumah syiela ni comel je ).sempat la jugak tunaikan kewajipan padanya.

Sudah je solat terus masukkan Dable H dalam buai konon nak tidurkan dorang. tapi bila masuk buai dua2 menggedik. gelak la senyum la.. so biar je dorang kat dalam buai tu. keluar jap jengah dua abang tadi. tengok dorang layan je kartun kat astro. so pesan la kat dorang. tengok tv elok2 ye jgn gaduh, mama nak tidurkan adik. ni mama tutup pintu bilik ni.nanti bising adik lambat tido. Dorang pun jawab ok ( sambil mata mandang ke tv).

So syiela pun masuk ke bilik then terus tutup pintu. Buai punya buai.. berzikir macam2 htne Dable tak nak juga tido. bangunkan dorang sapu minyak kat perut, belakang dan tapak kaki. sambil urut kat betis dorang kut2 la kembung ke hapa ke. tak sedar masa berlalu. then tidokan dorang.

Bila dorang tido syiela pun ke depan.terkejut tengok jam dah pukul 10.00 malam. Then tanya dua abngnya nak makan ke. mama  nak suapkan. Then Iqbal jawab dah makan pun. aik terkejut la jugak. Tiba2 Aiman jawab. Abang yang ambik nasi tadi mama. satu pinggan untuk abang satu lagi untuk adik. tengok takde nasi selerak pun. pinggan tak basuh pun  tak der.mulut iqbal pun tak comot. Bila tanya semua Aiman yang tolong buatkan. 

Ceritanya camni.Abang panjat kerusi sendukkan nasi untuk Abang dan Iqbal, pastu Abang sendukkan lauk. Bila sudah makan abang panjat sinki pakai kerusi dan basuhkan kedua2 pinggan. kemudian abang basuh mulut Iqbal dan lap dengan tuala. lepas semua selesai abang suruh iqbal ke depan tengok tv, kemudian abang ambik penyapu dan sapu nasi yang tumpah.huhuhuhu terharunya mama... semua step mama abang buat.then tanya kenapa tak panggil mama nak makan nasi. tau Aiman jawab apa. Abang kesian la kat mama baby kita buat perangai tadi mama nampak penat sangat. lagipun abang dah besar. Abang dan pandai jaga adik... huhuhuhu lagi la mama terharu.

Dalam umur Aiman yang baru 6 tahun.Dia dah ada rasa tanggungjawab. huhuhuhu cukup terharu. pagi tadi bila en.hubby balik dari duty cerita kat dia. terus dia masuk dan pergi cium  ke duanya. Syukur Alhamdulillah Ya Allah atas kurnianmu.

Wednesday, February 22, 2012

Wednesday, February 22, 2012

Cantik tak hasil kerja saya