Assalamualaikum
Semalam Sekolah Iqbal (Tadika Cahaya Terang Bistari) mengadakan majlis bacaan yaasin dan tahlil. Semua waris (ibu sahaja) di jemput hadir.Alhamdulillah ramai ibu yang datang termasuk non muslim.Bacaan yaasin bermula seawal 9.30am dan majlis berakhir sekitar 12.00pm.
Semasa bacaan Yaasin Iqbal pun turut sama mengikut mama baca.hehhehehe konon2 di tau baca la @ mungkin selalu terdengar kat astro time hari khamis malam jumaat tu dan mungkin juga kadang terdengar mama baca makanya ada la sikit2 yang terkeluar dari mulut dia. Dan ibu2 lain pun tersenyum dan gosok kepala dia..
Then bila time selawat je... semua berdiri dan selawat ramai2.Si iqbal ni apalagi tanpa malu terus dia selawat dengan kuat sekali ala2 dia mengikut cikgu membaca kat sekolah tu. Bab2 selawat dan zikir ni memang dia terror sebab bila pukul 7 je kat rumah memang siaran Oasis je. So semua orang tersenyum tengok dia.Alahai sayang. Ada makan2 sikit lepas tu.Alahai Iqbal kalut je nak makan.Nak2 banyak pilihan kuih.. suka la sangat.
Bila sampai time jumpa cikgu je.Dia dah kat riba mama je. Allhamdulillah pencapaian Iqbal setakat ni memberansangkan.Dai juga merupakan pelajar paling aktif kat dalam kelas. Dan hasilnya Iqbal mendapat tempat pertama di dalam kelas tu untuk rakan yang seusia 4 tahun. Alhamdulillah memang tak sangka. Pada awalnya dulu hantar Iqbal ke situ cuma untuk bagi dia biasala dengan alam sekolah.Lagipun Iqbal belum mencapai 4 tahun. Bulan 11 nanti baru genap 4 tahun. Cuma komen cikgu Iqbal tak suka mewarna. Haru la sikit sebab dorang akan ada peraduan mewarna.
Syiela tak kisah sebab Iqbal baru lagi.So Syiela cuma katakan pada cikgu jangan terlalu paksa dia. Sebab takut nanti dia boring nak belajar.Apapun tahniah buat Iqbal.. moga terus menjadi anak yang cemerlang dan soleh buat mama dan abah ^_^. Luv u so much dear!!
*** takde sebarang gambar sebab semuanya tertinggal kat dalam kereta masa majlis bacaan yaasin tu. huhuhu.kalut mengilik surah yaasin dan sebotol air....
alhamdulillah... sejuk hati dpt anak mcm tu.
ReplyDeleteTahniah buat iqbal..
ReplyDeleteSemoga berjaya dan jd ank yg soleh...
permulaan yang baik kan..semoga dia akan terus pintar dimasa akan datang..:)
ReplyDeleteAlhamdulillah..congrats Iqbal..
ReplyDeleteAkk doakan awak membesar jadi anak yg soleh dan berjaya dunia dan akhirat.. :)
Alhamdulillah..Good Boy..
ReplyDeleteMoga membesar menjadi anak yg bijak & soleh...
wah..bagusnya...untung jugak htr awal2 sekolah..cepat pandai..
ReplyDeleteasalnya kak fieda bukan nak hantar ke sekolah tapi kat situ sekali dengan asuhan.. yuran pun berpatutan.. tu yg decide hantar sana tu
Deletebaca yassin jap... #890... cantik nombornya... follow anda..
ReplyDeletethanks ^_^
Deletetahniah iqbal... pandai dia.. dapat no 1 :-)
ReplyDeletemengilik?? mksud dia ape kak?
ReplyDeletepandai sungguh iqbal...tahniah yer :))
ReplyDeletebagusnyaaa diaa....sejukk hati dan perut ibunyaaa
ReplyDeleteok la tu... dah pandai dah... moga jadi budak yang baik...
ReplyDeleteSyukur Syiela,Iqbal boleh dikatakan budak yg terang hati.
ReplyDeletesyukur alhamdulillah..semuga iqbal jadi ank yg soleh..amin..
ReplyDelete