Thursday, July 12, 2012

Subhanallah Air Liur Bayi bertukar jadi kristal

Assalamualaikum

Seorang bayi yang dari luar fizikalnya ternyata normal mengejutkan ramai pihak apabila dirinya mampu mengeluarkan air liur kristal. Penduduk di Tumpang Permai, kampung Jeru, mukim Tumpang, daerah Malang, Jawa Timur sibuk memperkatakan berita mengenai air liur seorang bayi yang berubah menjadi kristal.



Kejadian itu berlaku bukan sekali tetapi setiap kali bayi itu mengeluarkan air liurnya dan sejurus selepas itu juga ia akan bertukar menjadi kristal.

Bayi yang diberi nama Rafael berumur setahun itu dilaporkan telah mengeluarkan 102 biji kristal seperti mutiara.

Menurut ibu bayi itu, Leni Marliani, 35, kejadian aneh yang berlaku ke atas bayi itu dikesan mula berlaku pada 14 Februari lalu.

“Ketika itu saya sedang menggendongnya dan melihat dia mengeluarkan air liur dan terperanjat apabila ia mengeras seperti kristal,” katanya kepada Kompas.com.
Melihat keanehan yang berlaku ke atas anaknya itu, Leni bersama suaminya membawa anak mereka itu ke klinik tetapi pihak klinik tidak dapat memutuskan jenis penyakit yang dihidapi bayi tersebut.

“Kalau kristal itu diambil, dia akan menangis. Saya terpaksa memantaunya selalu kerana takut kristal itu ditelannya. Namun, setakat ini dia tidak pernah mahu menelannya dan hanya dibuat main,” ujar Leni.

*** Allah maha kuasa.Lepas ni parents dia kena berhati hati takut nanti ada yang menculik pulak

19 comments:

  1. ya allah... hebatnya kuasa Mu... subhanallah...

    ReplyDelete
  2. subhanaAllah besar kekuasaan Allah swt....be carefull la tkot ble tersebar je berita ni ramai yg nak dapatkan baby tuu

    ReplyDelete
  3. subhanallah..adekah ia petanda kiamat mmg hampir tiba?
    wallahu'alam..

    datang singgah n follow..^^
    jemput follow sini > http://craftynieya.blogspot.com
    thanks awak comel ;)

    ReplyDelete
  4. hebatnya..ha ah kan kak..parents dia kena berhati-hati

    ReplyDelete
  5. subhanallah sungguh besar kekuasaan Allah.Semoga Allah sntiasa memelihara bayi itu

    ReplyDelete
  6. peliknya kan
    apa2 pu boleh berlaku dgn kuasaNya

    ReplyDelete
  7. Besar jugak kristal yg baby tu pegang yer...

    ReplyDelete
  8. mesti lepas nie glemer bb tu kan..tp risau gak kan kena culik ke apa kan..kot2 ada yg niat tak elok bila tgok kristal tu kan..hehe

    ReplyDelete
  9. Subhanallah,besarnya kekuasaan Allah SWT.
    Nak kena jaga betul2 budak tu takut perkara yg x diingini berlaku.

    ReplyDelete
  10. ajaib betul..semua yg jadi adalah kehendak NYA..

    ReplyDelete
  11. tak tau la nak percaya ke tak...

    ReplyDelete
  12. semua yg berlaku atas kekuasaan Allah kan...

    ReplyDelete
  13. Subhanallah..semua kejadian atas kehendak NYA jua..

    ReplyDelete

Orang Sayang Darwisy ^_^