Wednesday, July 18, 2012

Farid Kamil Cedera & Tempurung Lutut Retak

Assalamualaikum


Pelakon Farid Kamil terpaksa berjalan menggunakan tongkat akibat tempurung lutut kirinya retak kerana terjatuh ketika menjalani penggambaran filem Dampak pada Isnin lalu.

Farid atau nama sebenarnya Farid Kamil Zahari, 31, berkata kecederaan itu dialaminya sewaktu penggambaran di kelab hiburan Rootz, Lot 10 Bukit Bintang dekat sini yang turut mengakibatkan lutut kirinya itu bengkak dan lebam.

“Saya terjatuh berguling di tangga kelab itu kerana hilang imbangan badan ketika melakukan adegan babak kejar-mengejar.

 Farid ketika mendapat rawatan

“Lutut kiri saya menjadi bengkak kerana berlaku pendarahan dalaman yang serius akibat hentakan.
“Selepas mendapatkan rawatan di Hospital Ampang Puteri, doktor mengenal pasti tempurung lutut saya retak akibat hentakan itu.

“Saya terpaksa menggunakan tongkat kerana kaki saya tidak boleh memijak lantai,” katanya kepada mStar Online di sini, Selasa.

Aktor filem Lagenda Budak Setan itu memberitahu, ekoran kejadian itu dia dinasihatkan doktor agar berehat panjang daripada sebarang aktiviti lasak.

“Saya dinasihatkan berehat selama enam minggu daripada melakukan aktiviti-aktiviti fizikal termasuklah berlakon. Kalau berlakon pun saya hanya boleh berdiri tegak saja.

“Akibat insiden ini, produksi filem Dampak terpaksa menggunakan pelakon pengganti untuk baki babak-babak aksi yang melibatkan saya,” katanya.

Selain Farid, filem genre aksi terbitan Ops Production itu turut dibarisi Aaron Aziz dan Juliana Evans.

*** mula minat Farid ketika filem  Lagenda Budak Setan :)

14 comments:

  1. kesian farid kamil..moga cpt sembuh yer farid :)

    ReplyDelete
  2. Nasib baik boleh ganti dgn pelakon lain utk babak2 yg lasak.
    Harap dia cepat sembuh.
    Kak Nurul tag Syiela ok.
    http://nazayiena76blogspotcom.blogspot.com/2012/07/segmen-ayu-saya-blogger-dari-putrajaya.html

    ReplyDelete
  3. farid kamil hensem..lau dpt detin best hahaha gatai aku ni

    ReplyDelete
  4. siannya....semoga farid kamil cepat sembuh.....

    ReplyDelete
  5. ehem..semuga dia cepat sembuh..amin..

    ReplyDelete
  6. Kesian..semoga cepat sembuh dia tuu yee..

    ReplyDelete
  7. ckj baru tau ni.. thanks for sharing kak...kesian dia..

    ReplyDelete

Orang Sayang Darwisy ^_^