Showing posts with label Muhammad Darwisy Aiman. Show all posts
Showing posts with label Muhammad Darwisy Aiman. Show all posts

Thursday, July 25, 2013

Thursday, July 25, 2013

Kesian Abah

Assalamualaikum

Semalam En.abah terpaksa keja malam (kalau askar di panggil duty). Bila masuk waktu berbuka ja mula la riuh rendah si anak anak ni kesian kan abahnya

Antara dialog dorang yang sempat syiela dengar

Aiman : Kesian abah kan japgi nak berbuka dia nak makan apa?ada tempat makan ka kat situ?
Iqbal   : ye la kan.. hari tu ikut abah pegi tempat keja dia banyak truck askar je.. takda pun tempat makan
Aiman : mesti abah kita letih..keisn dia kena keja juga
Iqbal   : Nanti abah balik kita suruh dia benti keja..boleh la dia berbuka dengan kita...kesian sangat dia sorang sorang kat sana.. tak makan pula tu


Hehehehe prihatin rupanya anak mama ni ingatkan tak kisah.So mama mencelah la..Kat tempat abah ada tempat makan jangan risau ye.. Aiman dan Iqbal menjawab.. mama mana tau mama tak pernah pi sana..kami ni abah selalu bawa pi sana (ada jela nak menjawab.. pahal mama yang selalu ke sana)

Hmmmm yela anak anak mama malas nak ulas panjang lebar dekat dekat waktu berbuka ni jadi mama diam je tengok karenah dorang :)


KLIK SINI UNTUK SHOPPING DI KEDAI SYIELA

KLIK SINI UNTUK PROMOSI RAMADHAN

KLIK SINI UNTUK BANTU ADIK MUHAMMAD


Monday, May 27, 2013

Monday, May 27, 2013

Rindu Pada Aiman

Assalamualaikum

Hati sangat rindu pada Aiman.Dia kat kampung.Hari tu ikut balik kampung then dia tak nak ikut balik rumah.. best kat kampung katanya boleh main kat sawah..boleh panja pokok.. boleh mandi kolam...

Jenuh la wan nak melayan karenah budak Aiman ni.Mama pula yang tak senang duduk kat sini teringatkan dia huhuhu

Wednesday, May 22, 2013

Wednesday, May 22, 2013

Aiman Pada Hari Guru

Assalamualaikum

Hari tu saya ada buat entry ni Hari Guru Yang Huru Hara . Nak di jadikan cerita lagi balik petang tu syiela tanya, camner Aiman kat sekolah tadi best tak sambut hari Guru. Aiman cakap best sangat mama.makanan banyak sangat boleh pilih nak apa.

Tetiba Syiela terpandang kat meja makan ada bungkusan plastik, tanya abahnya kot2 beli goreng pisang ke.Kadang2 abahnya rajin membeli goreng pisang. Abahnya cakap tak beli apa pun hari ni.

So syiela pun bangun pergi tengok kat meja makan tu.Tengok ada banyak kiuh muih atas meja.Tanya abahnya kuih apa yang banyak ni.Abahnya mai tengok, rupa rupanya kuih yang abahnya bergegas beli pagi tadi.Aiman tak bagi kat cikgu untuk buat jamuan huhuhu.

Bila di tanya Aiman dia blh cakap malu nak bagi kat cikgu... sabar jelah Aiman... membazir je kuih. Ada la juga dekat 30 biji.

Thursday, May 16, 2013

Thursday, May 16, 2013

Hari Guru Yang Huru Hara

Assalamualaikum

semalam AIman dengan Iqbal punya la kalut suruh beli dan balutkan hadiah tuk cikgu dorang. Yang nak tergelaknya si Aiman. Pagi tadi elok je dah bersiap semua dah.Dah keluar tunggu bas kat pagar depan.Anak jiran sebelan tegur.Aiman hari i tak payah bawa beg sekolah la.Bawa beg kecil dengan botol air je.

Syiela dah heran kenapa pula.Syiela pun teruk menyampuk la kenapa?Dia cakap hari ni kat sekolah ada jamuan.so tak belajar.Cuma bawa makanan ringan sikit-sikit dan hadiah kalau ada.La... Yang aiman pulak semalam cakap kat abah dia, cikgu pesan esok nak bawa apa pun tak pa. Nak bawa kek ke, nak bawa hadiah ke, cikgu tak kisah.TAk pula di sebut perkataan jamuan tu. Kami pun tak sedia la sebarang makanan hehhehe..

Dan dan tu juga abahnya bergelut ke kedai cari kuih tuk di bekalkan buat aiman dan kawan kawan hehhehe.. Aiman memang tak kisah dah sebabnya dia dah ada hadiah tuk cikgu dia hahahaha.... 

Aiman... Aiman.. memang Aiman tak kisah... 

Thursday, December 27, 2012

Thursday, December 27, 2012

Hari Pertama Sekolah

Assalamualaikum

Alhamdulillah selamat sudah urusan persekolahan Aiman tadi.Pagi tadi merupakan program transisi buat pelajar tahun 1 Sek Keb Sri Aman.

Program ni bertujuan untuk para pelajar dekat dengan sekolah.So far alha,dulillah berjalan lancar.lepas ni nampaknya Aiman akan ke sekolah dengan menaiki bas.Harapnya Aiman akan biasa nanti :)

Sebelum ke sekolah pagi tadi sempat juga mama ambik gambar buah hati mama ni ^_^




hoho rambut masih panjang belum sempat di potong.Tadi cikgu dah warning lepas ni kalau rambut panjang juga cikgu tarik sampai tercabut tiga urat rambut kekkeke.Jangan risau sayang mama akan suruh abah cepat cepat bawa ke kedai gunting sebelum sempat cikgu tu tarik ^_^

Ha bergaya tak saya.Tak meyempat sungguh budak ni nak belajar.Tadi cuma program berkenalan ja.Aiman di tempatkan di kelas 1 wawasan.Ada  3 kelas untuk pelajar tahun 1. Dari apa yang di perhatikan setiap kelas menempatkan lebih kurang 30 orang pelajar.ramai Tu!

Harapnya Aiman dapat belajar dengan tenang nanti.Tadikan ada jumpa satu twin ni.Dorang sekelas dengan Aiman.Nampaknya kat rumah pun berkawan dengan twin kat sekolah pun kawan dengan twin juga nanti.  

Jom jengah FB SyielaDbeauty untuk promosi bedak arab 50g.

Thursday, November 29, 2012

Thursday, November 29, 2012

Selamat Akhirnya


Assalamualaikum

Entry bermula dengan gambar ye




Benda alah ni la yang lambat jatuh masa Aiman bersunat hari tu. Lepas seminggu bersunat mereka kembali ke klinik ingatkan nak buka semua rupanya dia buang separuh ja.dan tinggal benda ni kat 'burung' dorang.Jadinya ke hulu ke hilir dengan benda alah ni la.

Mengikut doktor dalam masa 2-3 hari benda alah ni akan jatuh sendiri tapi rupanya sampai seminggu juga la baru jatuh.

Masa hari jumaat 23hb baru ni dah nampak tanda tanda yang benda alah ni nak jatuh.Dalam hati berkata esok mungkin akan jatuh sepenuhnya.Esok tu memang betul jangkaan saya.Mulanya dia jatuh sebelah je.Di sebabkan benda ni agak berat untuk di tampung oleh kulit mati tu jadinya yang baki tak jatuh tu tergantung dan terheret serta terluka (korang fahan tak, kalau tak faham, fahamkan jelah ye)

Jadi tak sanggup tengok Aiman ke pedihan saya decide untuk gunting kulit mati tu.Bila gunting takdak la dia nak sakit lagi dah.Bila cakap kat dia dia bagi je. Tapi bila saya sampai dengan gunting dia dah meraung sakan,merapu meraban bagai (rasanya still fobia ngan gunting kot). Siap cakap abang sayang mama, mama abang sayang mam betul betul ni hehehhehe

Sampai bengkak mata juga la menangis, dan menangis tu bukan pelan pelan. Gaya suara macam di dera teruk betul padahal tak buat apa apa pun.Sampailah abahnya campur tangan baru la saya dapat gunting. Yang kelakarnyabila saya dah gunting dia tanya dah ka belum mama.. sabar jelah wahai anak.

Yang hitam tu kulit mati yang tergantung yang saya gunting tu.Jadi bila saya gunting automatik benda alah tu dapat keluar dengan bebasnya :)

Disebabkan Aiman bersunatlah terhasilnya ENTRY HANTU BUNGKUSAIMAN AIMANDAH JADI PONDOK MAINANGAYA MEREKA DI OFFICE


*** Dapat info yang dua orang sepupu dia ni benda alah tu masih melekat kat situ belum jatuh jatuh lagi.

Nasib bersunat sekali je kalau banyak kali jenuh la saya
   
   


Wednesday, November 28, 2012

Tuesday, November 27, 2012

Tuesday, November 27, 2012

Aiman Aiman

Assalamualaikum

Setelah dua minggu lebih Aiman bersunat hari ni merupakan hari pertama untuk kembali ke nurseri.Pagi tadi sampai depan nurseri terus dia meraung tak nak masuk katanya takut ada kawan kawan yang terpijak 'burung' dia nanti. Aduhai sayang

Jenuh juga la memujuk padi tadi.Akhirnya cikgu kata takpa satgi cikgu kurung Aiman kat bilik tv pstu cikgu tak bagi sapa sapa masuk dalam tu kacau Aiman. Baru la dia berjalan masuk dalam pagar tu.

Mungkin dia fobia kot @ apa saya tak pasti, tak pun dia seronok ikut saya ke opis sebab asyik main saja.

*** semasa Aiman kat opis bukannya tak da sofa tapi itu la dia sendiri memilih untuk tidur kat atas kerusi camtu dan tido kat bawah meja keja saya. Seronok dapat main main camtu kot.






Monday, November 26, 2012

Monday, November 26, 2012

Dah Jadi Pondok Mainan

Assalamualaikum
Bila dah jemu, mula la kerjanya.Meja kerja mama dah jadi tempat mainan dia.Dia masuk kat bawah tu la

Akhirnya tertidur keletihan hehehhe



*** cepat la sembuh tak dak la mama nak usung kamu hari hari ke opis

Friday, November 23, 2012

Friday, November 23, 2012

Gaya Mereka Di Office

Assalamualaikum

Sehari sebelum balik kampung berkhatan hari tu saya angkut panglima saya ke opis.Riuh rendah la juga mereka ni.Jenuh la nak layan.

Entah apa yang di bincangkan

Dah start main dah punggah pungah semua barang

Akhirnya tertido keletihan

Gambar Iqbal yang tido mana pulak hilang ntah... hehehe jenuh la kalau selalu bawa ke opis.Mau kena halau keluar semuanya.. Kalau emergency je bawa depa mai opis.Macam sekarang Aiman tiap tiap hari ikut saya mai opis sebabnya benda alah yang kat burung dia tu tak jatuh lagi,Adeh jenuh la.

Wednesday, November 21, 2012

Wednesday, November 21, 2012

Bersunat Hari Ke 2 dan Seterusnya

Assalamualaikum


Hari Ke 2
Hari ke dua nampaknya Aiman dah ok skit.Dah kurang merengek.Tapi mama dah ting tong.Semalam tak tido.Semua mama abaikan.Handst ke mana.Sapa col sapa sms maaf la ye saya tak layan.Hanya anak-anak di utamakan.

Hari kedua kembar pulak buat hal.Tak nak kat sapa.Mungkin nak kasih sayang mama sebabnya sehari semalam mama layan abang Aiman je.Bila mak mak sedara tolong ambikkan kejap mula la episod drama king hehhehe.Di bawa ke rumah belakang mama yang kat rumah tok ni pun boleh dengar teriakan mereka nak-nak si hazim tu alahai nyaring sungguh sampaikan bila dorang kasi balik dorang cakap agak nak pekak juga la telinga dorang tu hehehhe.. apapun sangat sangat terima kasih.Tapi yang paling dorang geram bila sampai je kat tangan saya automatik dorang terus diam.Nampak sangat itu hanya lakonan semata mata hehehhe.

Hari ke 3

Hari ni buat kenduri kesyukuran sikit kat rumah mak ndak dorang.ramai juga tetamu yang datang.Aiman mula merap mama balik.Disuruhnya mama dok tepi dia saja.Asal mama gerak sikit ja mula la merengek.Bila hilang di mata mula la menjerit.Aduyai pening kepala mama.

Kebanyakan tetamu yang datang hulurkan duit.Duit dorang bertiga ni laju je ambil hehehhe.banyak juga la dapat.Time ni memang yang bersunat tiga orang ni sangat seronok hehehe. Yang paling nak tergelaknya asyik dok belek duit dorang je la hehehhe. Siap ada rancangan nak beli apa.Tapi si Aiman mama siap bagi tau.Balik SP ka duit tu masuk bank Aiman tak boleh guna untuk beli apa-apa. Tapi abah akan belikan keta kontrol untuk Aiman ( dari duit poket abah tau). 

Bukan apa duit tu untuk masa depan dia.Kami ni bukan jenis yang berada jadi elok la beringat dari sekarang. Kiranya duit anak-anak dari kecik sampai besar memang kami simpan kat bank.Jika nak beli apa-apa kami akan cuba simpan duit sendiri untuk belikan untuk dorang.

Berbalik pada cerita Aiman.Bila dah petang orang pun dah kurang dia siap suruh mama pegi balik lagi.DIa nak dok kat situ.malam ni pun nak tido situ tak nak balik rumah tok.Amboi duit banyak tak nak balik dah ye.Tapinya bila dah petang abahnya paksa suruh balik juga kang malam nak kencing ke pa ke susah juga.Jadinya Aiman pun jalan la balik sendiri hehehhe.Dah kuat ni tau.

Hari ke 4

Dia dah berseluar dan berjalan rata dah.Kejap ke rumah mak ndak dia.Kejap balik ke rumah tok.Padahal dua lagi sepupu dia masih terlantar kat rumah diam-diam.Risau juga takut bentan ke apa.Bila tanya sakit ke tak.Dia cakap tak sakit dah pun.

Hari ke 5

hari ni memang dah bertambah aktif.Siap berlari lagi.Mama pula risau takut jatuh ke apa ke.Lepas tu ada juga jiran-jiran kot situ kata jangan langkah tahi ayan kang 'anu' buruk. Ada ke pulak. Macam-macam petua la hai

Hari ke 6

Pagi ni Abah bersama adik beradiknya bawa geng bersunat ni ke klinik lagi sekali.Tujuannya adalah untuk membuka smart clamp tu. Baliknya abah cerita Aiman siap cakap lagi kat doktor tu suruh buat pelan-pelan hehehhe...

Rupanya dia buang sarung yang luar je.Muncung yang tajam tu dia tinggalkan dan di biarkan jatuh sendiri nanti.Tapi sampai hari ni dah 10 hari benda alah tu still lagi melekat kat situ.Aiman siap naik basikal lagi dengan benda alah tu hehehe.

Yang sedang tido tu Hafiz dia ni memang susah nak bergerak.Diam je kat situ.Senang nak jaga
 Aiman cerita apa ntah kat tok dia
 Baca Yasin sekali.Orang lelaki kat depan.Segan pulak nak pegi ambik gambar ^_^

 Antara makanan yang ada.Asalnya sikit je.Tapi ramai penyumbang.Jadi banyak la menu dia.Sampai tak terpilih jadinya
 Mereka bertiga
 Bila dah sihat sikit.Asyik ngadap laptop jela kejanya.


Monday, November 19, 2012

Monday, November 19, 2012

Bersunat Hari Pertama

Assalamualaikum

Alkisah Aiman bersunat memang agak menggemparkan hehehehe. Sebenarnya tokwan dia tak kasi lagi katanya masih kecil tapi kami on je memandangkan dia sendiri yang nak.

Sebelum ke klinik aiman happy giler tak sabar sangat dia nak bersunat sedangkan dua lagi sepupu dia dah nampak agak kecut je. Biarkan je la.Layan ja Aiman ni.

Abahnya serta dua tiga orang bapa sedara lain mengiringi mereka ke klinik. Orang pertama adalah Irwan ( sepupu aiman, dah darjah 3 dah ). Meraung sakan juga la dia ni.Jenuh juga nak pegang.Kemudian giliran Aiman.Masa masuk tu abah dia cakap ok je siap lompat naik atas katil tu lagi hehehhe. Lepas tu doktor inject kat 'anu' dia tu.Masa tu dia memang meraung sakan la.Tak bagi doktor pegang ke apa dah.Siap tepis tendang semua yang kat situ.Kalau tak salah kata abahnya dalam 4-6 orang yang pegang dia hehehehe.Setakat misi memang tak lepas.Ntah mana datangnya tenaga dia ntah.

Dan yang terakhir Hafiz( sepupu dia juga darjah 3) sangat cool.Tak bunyi sikit pun.Rileks je.Balik ke rumah dengan tenang!

Sampai ja rumah terus cari mama.Ngadu kat mama pedih sangat 'burung' dia tu.Yang si Irwan pula lari sampai ke dapu kemudian ke bilik.Alahai memang drama la time tu.Manakala si Hafiz dengan steady je terus ke tilam dan tidur.Sangat cool!

Tak sampai 5 minit kat rumah Aiman dan Irwan ni nak terkencing pula.Aduyai ni mesti drama lagi lepas ni.Memang seperti yang di duga depa dua orang ni meraung sakan la.Si Irwan siap tak mau keluar lagi nak duduk dalam bilik sorang-sorang siap keluarkan arahan jangan sapa-sapa kacau dia.Tu dia haih! hehehehe

Aiman pula asyik kata mama pedih, mama pujuk la dia,mama gosok la kepala, mama sayang abang tak, mama tu mama ni sampai mama terpaksa abaikan si kembar.Abah ambil alih si kembar manakala mama lepak dengan Aiman.

Aiman minta mainan abah pergi belikan.Dia nak pistol dan kereta.Bila pistol dia tangan dia kata sapa bising abang nak tembak dengan pistol ni ( tetamu tengah ramai) abah pula belikan pistol yang ada peluru tu.. alamak jenuh la mama pujuk jangan tembak orang. Kalau nak tembak sangat tembak cicak je.Adeh kebetulan cicak pulak takde hari tu.Kalau tidak ada je.Lastly mama bagi target pasu bunga mak nadak hehehehe.

Marah orang datang melawat tapi kalau orang hulur duit laju je dia sambar.Hehehhe sabar je lah ^_^

Malamnya abah usung bawa balik rumah tok ( tempat dorang kat rumah mk ndak, adik abah, belakang rumah tok) sebabnya aiman asyik mama.. mama.. dan mama.. tak boleh hilang di mata lansung. Bila malam ja aiman asyik merengek pedih nak tido pun tak boleh.Bila terlelap aiman akan kata mama pujuk la abang pedih ni.Bila mama gosok kepala aiman akan diam ^_^ sampaila berlarutan ke pagi. Mama juga yang tersengguk mengantuk ^_^

 tengok tu sampai bengkak mata dia asyik nangis.Siap bersungut tak mau khatan dah lepas ni hehehehe
 Nak fokus dekat pun tak boleh dia marah

 Dapat main diam la kejap... lepas tu bunyi balik :)
kereta tu peneman ketika sakit . Tak sempat pula saya ambil gambar ketika main pistol.Takut bdia tembak tetamu ^_^

Aiman bersunat menggunakan kaedah smartklamp nak tau info pasal ni sila baca kat SINI


Nanti kita sambung hari kedua pulak.. camner keadaan Aiman ^_^


Monday, November 12, 2012

Monday, November 12, 2012

Deepavali Hari Berkhatan

Assalamualaikum

Macam mana nak mula ye.Seteleh agak lama menyepi mula la hilang arah.Idea tak datang... Ok sebenarnya nak cerita Sempena Deepavali nanti Aiman akan berkhatan.Harapnya semua berjalan lancar.So far Aiman ok dan sangat tak sabar nak mengkhatankan diri ^_^

Cuma Dua tiga menjak ni dia kuat makan bila saya tanya kenapa dia jawab sebab nak cepat besar.Nanti dah besar senang la kerja doktor tu kekekeke.Macam-macam alasan.Harapnya bila sampai waktu takda la Aiman meraung bagai.

Untuk makluman Aiman baru je genap 6 tahun bulan september hari tu ^_^.Ramai juga yang bertanya kenapa awal sangat nak sunatkan Aiman. Sebenarnya Aiman ni kalau tahan kencing 'burung' dia akan membengkak.Jika membengkak tu susah sangat Aiman nak jalan.Terkangkang - kangkang jadinya.Kesian sangat bila tengok dia camtu.Jadi doktor suggest supaya di sunatkan untuk selesaikan masalah.Harapnya selepas bersunat Aiman akan kembali seperti sediakala.

Lagi satu Aiman ni mengidam kereta control jadinya kami mengumpan dia dengan kereta tu.Kalau dia tak nangis dan steady je abah akan hadiahkan kereta control tu dan dia boleh pilih sendiri macam mana yang dia nak ^_^.

Aiman akan dikhatankan bersama dua orang sepupu yang lain.Tapi dorang tu dah besar sikit  sorang darjah 3 dan sorang pula darjah dua.So dorang berdua tu takda kami risau sangat.Cuma risaukan yang si kecik tu ja.

Bagi mereka yang duduk area Alor Setar jemput la ke rumah ye.Selasa Aiman berkhatan kenduri kami akan adakan pada hari khamis sempena Maal Hijrah.

*** Mungkin saya akan senyap sunyi sampai hari sabtu atau ahad... maaf lewat berkunjung ke rumah kawan-kawan ye.


Thursday, November 8, 2012

Thursday, November 08, 2012

Mama Jangan Ngandung Lagi

Assalamualaikum

Kenapa tajuk camtu ek..hehehe ni sebenarnya request dari Aiman hhehehe
Dia kata mama jangan ngandung lagi dah tau
Saya tanya Aiman tak nak adik dah ke
Dia jawab tak mau dah
Hat dua ni pun dah tak larat
Mama pun letih nak jaga
Nak mandikan
Nak basuh tot..tot
Nak pujuk
Nak buat susu
Penat
Abang (Aiman) yang tengok ni pun penat
Nak nak nanti kalau mama ngandung
mama dapat kembar 3 pula lagi haru
Eh sapa cakap camtu
ada dengar orang cakap ke tanya saya
Aiman jawab takde la ma
Dulu masa abang 1
Lepas tu Iqbal 1
Lepas tu dapat 2 (haziq & Hazim)
Nanti kompom la dapat 3
Nanti pening la kepala kita
nak buat camna tu
kekekeke sampai ke situ pulak kamu ye
Dia pulak yang risau ngalahkan orang tua
hahahhaha

Jangan risau dear mama mmg dah tutup kilang ( tapi hanya abah dan kawan2 blog mama je yg tau (^_^)

*** tapi kalau kilang terbuka tak terdayalah ye.Terima seadanya ^_^

Wednesday, November 7, 2012

Wednesday, November 07, 2012

Bangga dengan Aiman

Assalamualaikum

Isnin baru ni Sekolah Tadika Perpaduan Seluruh Sungai Petani berkumpul di Dewan IKM sempena majlis konvokeysen dorang. Sambutan dari parents pun amat menggalakkan. Padat juga la dewan tu.

Anak-anak ditempatkan di sebelah dan di selia oleh guru masing-masing.

 Ada 24 sekolah kalau tak salah semuanya.Jenuh la nak menunggu nampaknya ni 
 Di bawah ni bukan gambar Aiman pun ntah apa yg saya leka tak tau tengok-tengok Aiman dah terlepas.Jadi ambil je gambar orang lain ^_^
 Selepas naik pentas masing-masing kelaparan.... ok kita makan dulu
 Ini untuk anugerah cemerlang.Hanya 5 orang bagi setiap sekolah.Ujian bertulis diadakan untuk mengelakkan pilih kasih
 Aiman di tempat ke -2.Alhamdulillah mama bangga dengan kamu sayang. Mama pun kena ikut naik pentas iring anak.Malu ai tau dah lama tak naik pentas ^_^
 Suka sangat bila dapat hadiah tu
 Nak posing lagi sekali ngan hadiah dia tu :)
 ni set dalam kotak hadiah tu.Ha eloklah nanti nak bersunat baca buku ni ja. Tak payah mama nak beli lagi dah.
Beg ni semua orang dapat.
Dan ini sijil pelajar cemerlang.Dah siap tergantung kat dinding rumah dah pun


Alhamdulillah syukur ya Allah.Setakat ni mama bangga dengan perkembangan Aiman.Moga Aiman terus berjaya di masa depan dan membesar menjadi anak yg soleh ye sayang ^_^

*** Entry ni bukan bertujuan nak menunjuk-nunjuk ye tapi sebagai kenangan di kemudian hari ^_^

Wednesday, October 31, 2012

Wednesday, October 31, 2012

WW : Berendam

Thursday, October 25, 2012

Thursday, October 25, 2012

Mereke Di Opis & Selamat Hari Raya Aidiladha

Assalamualaikum

Hari ni sekolah dah tutup..nurseri pun dah tutup.
Jadinya kuangkut 2 hero besar tu ke opis.
Agak haru biru dengan gelagat dorang.
Mulanya berperangai baik sopan ya amat
kemudian bermula la episod mereka.
Tak sabar tunggu tengahari nak balik
Kemas-Kemas barang dan balik kampung ^_^
Mereka berdua ni pun asyik takbir raya je kat opis ni hehehehe

Selamat Hari Raya Aidiladha.Berhati-hati di jalan raya ye.


Monday, October 8, 2012

Monday, October 08, 2012

Selamat Hari Lahir Aiman

Assalamualaikum

Kejap je masa berlalu. Aiman kini berusia 6 tahun. 30 September lepas sebenarnya tapi hari ni baru nak publish hehehehe. Sebenarnya hari ni besday kembaq tau.Esok kita share gambar kembaq pulak :)

Hari ni fokus untuk Aiman sayang ^_^










Moga sayang mama Muhammad Darwish Aiman menjadi anak yang soleh serta berjaya di dunia dan akhirat.Juga moga di beri kesihatan yang baik.

Kejap saja sayang mama ni dah 6 tahun.Selamat hari lahir sayang ^_^

*** Tiap-tiap bulan sambut besday.bulan 9 aiman 10 kembaq dan 11 Iqbal hehehehe