Showing posts with label info. Show all posts
Showing posts with label info. Show all posts

Tuesday, June 19, 2012

Tuesday, June 19, 2012

Usaha untuk mendapatkan zuriat

Assalamualaikum

Saya tertarik dengan entri dari Ummu Muhammad dan kredit juga untuk Ummi Tasneem (artikel asal) berkenaan dengan usaha untuk mendapatkan zuriat.Tips serta perkongsian yang menarik untuk saya kongsikan bersama rakan blogger yang lain yang masih berusaha untuk mendapatkan zuriat.InsyaAllah dengan perkongsian ini dapat membantu mereka mereka yang di luar sana untuk mendapatkan zuriat.


Ini adalah entrynya.

semalam, saya sempat menonton al-kuliyyah di tv3..membicarakan mengenai topik keluarga bahagia..
ustaz yang menjadi panel jemputan-yang saya tak ingat namanya ada memberi petua kepada pasangan-pasangan yang masih belum dikurniakan rezeki untuk beroleh zuriat...

1. Suami isteri ambil kurma segenggam sorang. kurma dikisar bersama susu kambing..masing-masing pakat minum air tadi sama banyak..buat sekali je seumur hidup.
2. Minum susu kambing, makan kurma 7 biji setiap hari.
3. Amalkan membaca surah maryam ayat 1-12 setiap hari.
.

InsyaAllah...
ustaz tu tambah lagi, susu kambing ni jin tak minum..jadi kalau yang sukar mengandung tu disebabkan gangguan jin dalam rahim..(macam jin saja tak nak bagi dia ada anak kot..)..insyallah petua ni mujarab..

Jadi bagi semua kawan kawan yang masih berusaha dan mencari serta mencuba petua petua.Mari kita cuba kaedah ini.InsyaAllah berjaya dengan izin Allah. 
 Baik hati tak.mai tolong saya SINI  dan SINI. TERIMA KASIH ye sudi BAIK HATI kat sini


Sunday, January 29, 2012

Sunday, January 29, 2012

Kelebihan seorang wanita

Assalamualaikum

Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali, Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh, Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat, 2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil, Wanita yang memberi minum susu dada kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya. Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah didalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.


Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba. Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat. Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat. Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan. Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya. Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah. Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada sianghari. Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari. Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,dia akan dikira sebagai mati syahid. Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat. Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya. Jika wanita memberi susu dadanya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.

Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak. Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga. Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah

 Alangkah indahnya menjadi wanita.Tapi jangan lupa bahawa kebanyakan wanita juga merupakan ahli neraka...


*** Wallahualam...Perkongsian dari rakan FB. sungguh bermanfaat ***

Sunday, July 10, 2011

Sunday, July 10, 2011

Sakit Kepala!

Assalamualaikum...

Sakit kepala oh sakit kepala.Kadang2 rasa nk hantuk je kepala kat dinding bila sakit ni menyerang(mcm la blh lega kalau hantuk kat dinding).silap2 bertambah lg penyakit yg sedia ada.

Sakit kepala ni biasanya berlaku kat kita akibat kerosakkan pada tisu di mana saluran darah dan sel-sel saraf tidak dapat disalurkan ke seluruh badan. Berikut adalah antara punca yang menjadi faktor membawa kepada sakit kepala.

1.Pakaian - cuba elakkan diri anda daripada memakai pakaian yang terlalu ketat di bahagian pinggang serta penggunaan minyak wangi yang keterlaluan.

2.Cahaya - Jangan duduk bertentangan dengan sumber cahaya yang terang.

3.Mata - Kabur dan kelabu tatkala melihat atau merenung sesuatu boleh menyebabkan sakit kepala. Begitu juga dengan memakai cermin mata yang kotor dan tidak sesuai

rawatan alternative yang boleh kita amalkan

1.Baca surah Al-Fatihah ~ 1 kali
2. Baca Surah Al-ikhlas ~ 3 kali
3. Baca surah Yaasin surah ke 58 (Salamun Qaulan Minrabbirrahim) ~ 3 kali
4. Baca selawat ~ 3 kali

Baca dan hembuskan ke telapak tangan serta sapu di bahagian yang sakit.Ulangi sebanyak 3 kali. InsyaAllah sakit kepala akan reda @ berkurangan.

Rahsia surah Yaasin
Barangsiapa membaca surah Yaasin sepenuhnya dan ayat ke 58 di ulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baikmuInsyaAllah dengan izin yang maha Esa niat kita akan di kabulkan.

***NOTA KAKI***

Khasiat ayat 58 ini juga blh di amalkan untuk pelbagai penyakit lain.Mudah2an dapat meringankan sedikit kesakitan kita.

Tuesday, June 14, 2011

Tuesday, June 14, 2011

Lupa... Lupa.. Lupa


Antara Petua yang boleh di amalkan

1. Makan Kismis hitam 21 biji setiap pagi. makan satu2 no jgn sekali msk mulut ja...
2. campur 1 sudu madu dalam air panas (segelas) mnum bila suam setiap pg
3. Tidur awal & bgn awal
4.Tidak bersama (bg yg dh kawin fham kot) melebihi 2 kali 1 mgu 
5. jgn mkn berlebihan dan elakkkan dari mkn benda2 msm
6. kurangkan mkn daging dan baykkn mkn ikan,ubi dan kekacang
7. Tarik nafas dalam2 ikut hidung dan tahan 4 saat dan lepaskan perlahan-lahan ikut mulut. ulang 10 kali  
    setiap pg
8. Buat streching bila bgn tido
9. masa buang air besar tutup kepala,jgn buka mulut & elak melihat kemaluan serta najis
10.Bykkn berdoa serta baca al-Quran


P/S : Ada petua ke untuk hilangkan careless = (

Monday, June 6, 2011

Monday, June 06, 2011

kekal dara dan perawan

salam...

Kali ni nak share petua  dari Dr. Fatimah Az-Zahra pulak :)... bagus untuk diamalkan oleh kaum ibu ni...

Petua ini untuk kaum ibu sentiasa jadi 'abqaro' ( perawan yg sentiasa perawan). Ayat ini juga sesuai untuk diamalkan untuk menjaga kesihatan luar dan dalam...

Lepas solat isyak' ambil segelas air 
  1. Baca surah al-fatihah 1 kali
  2. Baca surah Ayatul Qursi  1 kali
  3. Baca Surah Al Waqiah ayat 35 - 38 sebanyak 7 kali.... dan
Tiup dalam air serta minum ( semasa mnum niat dalam hati untuk menjaga kecantikan diri dan untuk kebahagiaan  rumah tangga )

Jom kita selami pulak makna  ayat2 ni..



Sesungguhnya kami telah menciptakan isteri2 mereka dgn ciptaan istimewa (35)

Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh),(36)
Yang tetap mencintai jodohnya, serta yang sebaya umurnya.(37)
(Semuanya itu disediakan) bagi puak kanan;(38)

Ha... banyak manfaatnya... jom bersama amalkan disamping mkn jamu serta pelbagai ubat lain.... moga sentiasa perawan di mata suami tercinta... :)

Wednesday, June 1, 2011

Wednesday, June 01, 2011

Petua Merawat Penyakit Asma secara Islam

Salam...

Kali ni nk kongsi tips untuk merawat penyakit asma....Bagi yang mengidap penyakit ni mesti taukan betapa seksanya.... kalau sihat mmg la tak terasa apa... bebas buat apa sja... tapi kalau dtg ja penyakit tu.. nk ckp pun dh x mampu... senyum lg la...

Mudah2an dapat membantu....

1.Membaca ayat2 Al-Quran yang khusus untuk penyakit ini
2. Memakan 1 sudu besar madu lebah asli setiap pagi
3. Untuk pesakit kronik.. minta maaflah ye mmg terpaksa jumpa doktor disamping amalkan ayat2 dibawah




Senarai bacaan ayat2 penawar penyakit ini

Amalan minggu pertama dan kedua

1.Surah Al-Qasas ayat 51 hingga 59 
  Baca 3 kali selepas solat maghrib atau isyak

2. Surah Al-anfaal ayat 54 hingga 60
   Baca 3 kali selepas solat subuh atau waktu pagi

Amalan minggu ketiga dan keempat


1. Surah Ar-Ra'd ayat 19 hingga 28
    Baca 3 kali selepas solat maghrib atau isyak

2. Surah Al-Anbiyaa' ayat 51 hingga 72
    Baca 3 kali selepas solat subuh atau waktu pagi



Jangan lupa untuk berdoa kepada Allah s.w.t agar penyakit ini beransur sembuh

P/S : seperti semua sedia maklum pesakit asma tidak digalakkan membela binatang berbulu, karpet, etc....

Monday, May 23, 2011

Monday, May 23, 2011

Sejam Pertama Selepas Melahirkan

Salam...

Kebetulan terbaca entry berkenaan ini.Agak menarik tuk dikongsi:

Sejam pertama selepas melahirkan amat penting
•Azan, iqamah dan tahnik - ia adalah adab menyambut kelahiran bayi dalam Islam. Ia adalah untuk menjaga anak2 supaya jiwanya terus terdidik dengan Islam.

•Menyusukan - ia adalah polisi penyusuan susu ibu, namun disebalik itu ia adalah sebagai pengikat antara ibu antara ibu dan anak.

•Memandang mata mereka sepanjang menyusu

Moga kita para ibu tidak akan terlepas pandang perkara-perkara ini. Tetapi dalam kes yang bersalin di hospital kerajaan rasanya sejam pertama tu kita tak dapat kot buat semua tu.

Macam pengalaman saya la kan lepas bersalin doc letak kejap je baby ngan kita pastu nurse datang ambil then mandikan baby pastu dorang sibuk memproses si ibu (keluarkan uri, jahit & etc) then suh kita rehat. bila baby dah 'berbunyi sakan' baru la diletakkan baby tu kat kita. lepas tu kita di kuarantin kat dalam bilik tu lebih kurang 2-3 jam jugak la.

Walaupun terlepas sejam yang pertama tu rasanya jam2 yang lain tu mmg di khaskan untuk baby tu je. Lepas ni x pandang lain dh. Pandang baby je :)

Friday, May 20, 2011

Friday, May 20, 2011

Teknik Pernafasan Bersalin

Teknik Pernafasan Peringkat Pertama

Teknik Pernafasan Peringkat Pertama semasa permulaan dan penghujung suatu kontraksi, kita dikehendaki bernafas secara dalam dan tetap. Masuk melalui hidung dan keluar melalui mulut. Ketika kontraksi berada dikemuncak, cuba pernafasan yang lebih ringan dan cetek. Kedua-dua pernafasan sepatutnya melalui mulut. Jangan lakukan terlalu lama bagi mengelakkan anda berasa pening (hyperventilation).

Teknik pernafasan peringkat Transisi

Sekiranya berasa hendak meneran terlalu awal, sebutlah “huf, huf, tuip” kepada diri anda sendiri sambil mengambil dua pernafasan masuk dan keluar yang pendek, diikuti satu hembusan yang panjang. Apabila desakan untuk meneran hilang, hembuskan keluar nafas yang lembut dan tetap.

Teknik pernafasan peringkat kedua

Ketika hendak meneran (ia mungkin berlaku beberapa kali setiap satu kontraksi), tarik nafas yang dalam dan bertahan untuk satu masa yang singkat ketika anda menekan ke bawah. Adalah penting untuk melakukan gerakan dan pernafasan mengikut kehendak badan anda. Ketika meneran, ambil beberapa nafas tenang yang dalam. Apabila kontraksi reda, rehatkan diri perlahan-lahan.

Teknik Meneran

Sebelum ini, mungkin kita menjangkakan hanya ibu yang terpaksa bekerja keras mengerah sepenuh tenaga untuk memastikan bayinya selamat dilahirkan. Sebenarnya tanggapan ini adalah salah sama sekali. Semasa peringkat pertama kelahiran, bayi dalam kandungan akan berputar untuk mencari jalan kelahiran. Manakala peringkat kedua kelahiran pula uterus akan mula menolak bayi keluar begitu juga si ibu. Dalam pada itu, bayi juga menolak dirinya keluar dari jalan kelahiran. Oleh itu memilih kaedah meneran yang sesuai dapat membantu melancarkan proses kelahiran. Beberapa teknik meneran yang lazim digunakan dalam bilik bersalinadalah seperti:-

“Overwhelming Urge“

Teknik meneran ini merupakan teknik yang tidak terkawal. Ada kalanya anda tidak perlu meneran apabila berlakunya kontraksi kerana pembukaan rahim masih belum terbuka dengan sempurna (10cm). Namun, setiap kali berlakunya kontraksi anda mungkin tidak mampu mengawal keinginan untuk terus meneran. Sekiranya tidak mahu berlaku sebarang koyakan, meneranlah sekuat hati setelah mendapat keizinan dari doktor. Tarikan graviti pada posisi semula jadi mungkin akan membantu ibu melahirkan bayi. Namun ada juga kemungkinan graviti tidak mampu meningkatkan tekanan atau desakan sekiranya kelahiran berlaku terlalu cepat.

“so-so urge“

Jika ibu mungkin mempunyai keinginan untuk meneran setiap kali datangnya kontraksi atau ketika kontraksi berada di kemuncak. Bagaimanapun desakan ini mungkin juga berlaku pada peringkat awal fasa kedua yang mana bayi masih belum mencecah saraf-saraf yang menghantar isyarat agar si ibu mula meneran dengan kuat (overwhelming urge).

“No Urge“

Hampir sama seperti so-so urge, kali ini ibu tidak mengalami desakan, oleh itu posisi yang tepat semasa bersalin dan masa adalah jalan terbaik untuk membantu ibu-ibu yang menghadapi masalah meneran semasa proses kelahiran.

Teknik spontan

Kaedahnya amat mudah, si ibu hanya mengikut gerak bahasa tubuhnya dan akan meneran jika dia merasakan dia perlu untuk berbuat demikian. Ibu-ibu yang mempraktikan kedah ini biasanya tidak akan menahan nafas lebih dari 6 saat yang sekali gus menyalurkan lebih banyak oksigen kepada bayinya. Istimewanya kaedah ini banyak membantu mengurangkan tekanan pada ibu dan bayi, malah ia membantu menyingkatkan proses kelahiran. Secara umumnya, ibu yang mengikut naluri sebelum meneran harus menahan nafas untuk satu tempoh masa yang singkat dan merehatkan tubuh badan. Ingat, bahagian uterus akan membantu anda meneran walaupun anda tidak berbuat apa-apa.

Teknik Purple Pushing

Mengapa ia dipanggil Purple Pushing, ia kerana wajah ibu digambarkan seolah hampir kebiruan dengan mata yang besar cuba untuk menahan nafas sambil meneran hingga kiraan 10 berakhir. Teknik ini semakin popular, ia banyak membantu para ibu yang tidak mampu ‘mentafsir’ bahasa tubuh agar meneran dengan efektif. Teknik ini bermula dengan menarik nafas dalam-dalam, melepaskannya, menarik nafas semula dan tahan nafas tersebut, bongkokkan sedikit badan dan meneran seiring dengan kontraksi. Sementara itu, suami atau jururawat akan menjerit “PUSH!” dan mengira hingga angka 10 sebelum anda melepaskan semula nafas. Ulang teknik yang sama sehingga bayi selamat dilahirkan.

Teknik Laboring Down

Kaedah ini pula popular digunakan oleh doktor dan jururawat terhadap ibu-ibu yang disuntik epidural. Caranya mudah sahaja, biarkan tubuh meneran secara semulajadi tanpa perlu tolakan yang aktif dari anda. Biarkan sehingga kepala bayi mula kelihatan. Cara ini adalah lebih baik dan kurang meletihkan, malah sesuai dipraktikan oleh si ibu yang tidak mampu meneran.

Alhamdulillah... banyak dapat info dari artikel ni..

Wednesday, May 11, 2011

Wednesday, May 11, 2011

Info mengenai kandungan kembar

Info dari edaran salindah.com (betul2 copy & paste ni)

Mengikut kajian, kehamilan kembar berlaku sekali dalam setiap lapan puluh kehamilan. Kejadian ini biasanya berlaku secara spontan dan tidak siapa yang boleh mengawal kejadian ini. Tegasnya seseorang tidak berupaya melakukan apa-apa usaha untuk menjadikan kehamilannya kembar walaupun dia benar-benar menginginkannya. Kelahiran kembar seringkali berlaku berulang kali dalam sesuatu keluarga. Dalam hal-hal lain, ia ada kaitan dengan keturunan bagi menentukan kejadian kehamilan kembar ini.

Selain faktor keturunan, penggunaan ubat penyubur telah menyumbang kepada peningkatan peratus kejadian kehamilan kembar dan berganda (multiple pregnancy). Misalnya, dengan menggunakan ubat penyubur ´clomiphene´ iaitu sejenis pil yang diberi kepada wanita yang kurang subur, kadar kejadian kehamilan kembar di kalangan mereka ialah lebih kurang empat hingga lima peratus. Dengan penggunaan ubat suntikan yang lebih kuat lagi iaitu hormon yang digelar ´gonadotrophin´ kejadian kehamilan kembar meningkat berganda lebih tinggi mungkin dalam lingkungan 20 hingga 30 peratus. Ubat pil penyubur ´clomiphene´ dan suntikan ´gonadtrophin´ ini kerap digunakan oleh doktor pakar di klinik pakar mandul dan klinik pakar ginaekologi.

Kejadian kehamilan kembar dan berganda bergantung kepada bilangan benih yang dikeluarkan oleh pihak wanita. Pada kebiasaannya seseorang wanita hanya mengeluarkan satu benih sahaja dalam satu pusingan haid. Benih ini dikeluarkan pada pertengahan pusingan haid.

Setelah persenyawaan berlaku menerusi percantuman antara benih lelaki dengan benih perempuan, embryo akan terbentuk. Jika dua benih perempuan yang dikeluarkan serentak, maka kedua-dua benih perempuan yang disenyawa akan menghasilkan dua embryo yang berlainan.

Pasangan kembar yang dihasilkan daripada satu telur, yang kemudiannya pecah untuk menghasilkan dua jasad akan menjadi pasangan kembar satu uri.

Kembar yang dihasilkan begini biasanya mempunyai jantina yang sama, sama ada keduanya lelaki atau perempuan, rupa paras yang sama dan juga sifat dan perwatakan yang hampir-hampir sama. Manakala pasangan kembar yang dihasilkan dari dua telur atau kembar tidak seiras (non-identical twin) biasanya mempunyai jantina yang berbeza iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan dan rupa paras, perwatakan dan sifat mereka adalah tidak sama. Dalam kembar yang sama biasanya satu uri sahaja yang dihasilkan dan uri ini digunakan bersama oleh kedua-dua bayi ketika dalam kandungan. Manakala dalam pasangan kembar yang tidak sama uri biasanya ada dua, satu bagi setiap bayi.

Kembar seiras (Identical twin) dari satu embryo kebanyakan menjadi dua insan (lengkap) sama rupa, jantina, dan lain-lain.

Kembar siam juga adalah hasil dari kejadian kembar seiras tetapi menghadapi masalah pembandingan anggota kepada dua daripada satu embryo. Dengan ini kedua jasad tidak berpisah seluruhnya tetapi sebahagian daripada anggota mereka ini akan berganding atau terbendung.

Bahagian anggota yang mungkin terbendung ini berbeza antara satu pasangan kembar siam dengan yang lainnya. Ada yang berbendung di bahagian dadanya dengan berkongsi satu jantung, ada pula yang berbendung di bahagian abdomen iaitu berkongsi satu tali perut sahaja.

Pembedahan untuk memisahkan kembar siam, biasanya hanya dilakukan pada kes yang berganding pada bahagian yang kurang penting seperti bahu atau punggung. Gandingan anggota penting seperti jantung, tali usus atau otak tidak boleh dibedah. Pernah juga tercatat dalam sejarah kembar siam ini terus hidup hingga ke akhir hayat. Mereka berbendung di bahagian tubuh. Kedua kembar ini mempunyai perwatakan yang amat berlainan dan setiap seorang mempunyai isteri dan keluarga sendiri. Mereka bergilir-gilir menjalankan tugas masing-masing. Akhirnya apabila seorang mati, kembar yang kedua juga mati.

Tidak dinafikan, melahirkan anak kembar adalah satu peristiwa yang sangat menggembirakan setiap ibu bapa. Kejadian ini boleh dianggap satu rahmat Tuhan kerana dikurniakan dua atau tiga orang anak sekaligus dalam satu kehamilan saja. Walaupun demikian, pada keseluruhannya kehamilan dan kelahiran hanya menghasilkan satu bayi sahaja. Beberapa masalah memanglah tidak boleh dielakkan apabila si ibu perlu menampung dua jasad dalam kandungannya. Ini bermakna perutnya menjadi lebih berat dan beban fizikalnya juga bertambah untuk membawa isi kandungannya ke sana ke mari.

Ibu tersebut perlu menampung dengan lebih banyak lagi bekalan makanan yang berzat kepada bayi yang dikandungnya khususnya zat besi untuk membina darah dan vitamin asid folik. Dia juga perlu menambah mutu makanannya bagi tujuan itu. Pil zat besi dan asid folik mesti dan wajib dimakan oleh setiap ibu yang sedang mengalami kehamilan kembar. Jika tidak, ibu akan mengalami kekurangan darah kerana zat besi dan zat asid folik dalam tubuhnya akan diambil oleh bayi dalam kandungan untuk membina darahnya sendiri. Masalah kekurangan darah jika dibiarkan akan membahayakan serta mengancam nyawa ibu ketika kelahiran bayi kembar ini berlaku. Kejadian tumpah darah selepas bersalin lebih kerap berlaku di kalangan kembar berbanding dengan kelahiran tunggal.

Keadaan ini disebabkan oleh otot rahim menjadi kendur kerana rahim menjadi terlalu kembang untuk memuatkan dua jasad. Begitu juga dengan luka di tempat uri itu melekat pada rahim.

Tempat ini biasanya berdarah sejurus selepas bayi dilahirkan dan selepas uri itu dikeluarkan. Seperti yang saya tegaskan kejadian tumpah darah selepas bersalin adalah satu sebab utama kematian ibu di Malaysia.

Ibu yang sedang hamil kembar juga mungkin mengalami beberapa gejala lain seperti tekanan darahnya naik atau ´hypertension´. Biasanya, ini disertai dengan bengkak kaki dan ´kencing kotor´ iaitu air kencing mengandungi protein. Rangkaian tiga tanda ini kerap berlaku ketika hamil, terutamanya kehamilan kembar. Penyakit ini biasanya digelar toxaemia dan ia boleh melarat menjadi sangat serius sehingga menyebabkan sawan atau ´eclamptic fits´.

Sawan adalah satu keadaan yang amat mencemaskan kerana ia boleh meragut nyawa seseorang ibu. Oleh itu penting bagi semua ibu mendapat jagaan yang sewajarnya ketika hamil dengan melakukan pemeriksaan di klinik untuk menentukan tekanan darah, air kencing, timbang berat dan keadaan bayi yang dikandungnya. Ini bertujuan untuk menjauhkan segala gejala dan bencana yang mungkin menimpa ibu hamil, khususnya ibu yang sedang hamil kembar.

Ibu yang hamil kembar juga sering menghadapi risiko kelahiran tidak cukup bulan. Seringkali kelahiran berlaku di peringkat lapan bulan atau lebih awal daripada itu. Ini kerana rahim menjadi kembang dan amat besar dan ia tidak berupaya untuk mengembang lebih besar lagi pada peringkat itu. Oleh itu sesetengah doktor menasihatkan ibu supaya berehat di hospital sebaik sahaja kehamilan meningkat lapan bulan sehinggalah dia melahirkan anak. Dengan berehat di hospital, masalah sakit bersalin awal dan tekanan darah tinggi mungkin boleh dielakkan atau dikawal rapi. Sayangnya, ramai wanita sukar dinasihatkan supaya masuk hospital, khususnya mereka yang datang dari luar bandar. Demi kesihatan, keutamaan yang sewajarnya patutlah diberikan untuk menjauhkan malang yang tidak berbau.