Assalamualaikum
Ramai yang bertanyakan kat mana saya dapatkan somtam best ni.Maksudnya gerai dia la kat mana.Entry sebelum ni KAT SINI. (budget ramai sangat yang tanya hehhehe)
Ok bagi warga Sungai Petani gerai yang saya maksudkan tu ada kat tengah tengah sekali. Ini Bazaar Ramadhan yang berdekatan Wisma Ria tu tau.Gerai dia Dekat dek kebisingan lagu tu. Dan untuk menambahkan kebisingan lagi gerai dia pun ada pakai speaker juga promote somtam dan kerabu dia ni tomyam pun ada.
Nampak tak nama gerai dia.Ady Somtam.Tahun ni bertambah menunya.Asalnya somtam je then tahun ke dua di tambah kerabu kaki ayam, kemudian di tambah dengan tomyam dan sekarang tengok ada kerabu ikan pari rangup pulak
Ni rupa somtamnya ( sori ye dah nak habis baru ambil gambar).
Bagi yang tak tau somtam ni diperbuat dari betik muda dan mempelam dan di tambah juga sedikit kacang panjang, kacang tanah (yg di goreng) udang kering (yg warna merah, kecil2 tu),buah tomato, cuka, garam, cili dan yang lain tak pasti bahannya.
Semua bahan tu di tumbuk manja dengan lesung kayu (besar juga lesung dia ni).Bila petang memang beraturlah menunggu giliran.Pernah kena tahun tahun lepas tapi sekarang tidak lagi.hehehehe.
Kerabu kaki ayam dia pun sedap tapi tak sempat la nak ambil gambar.Semua dah masuk mulut. muahahaha.Tomyam dan kerabu pari tu memang aku tak pernah try lagi. Belum berminat kang try melekat lagi.
Yang aku tau tiap tahun ni la tempat dia.Tak Pernah berubah dan lepas ramadhan tak tau pulak dia berniaga kat mana :)
*** Promosi percuma untuk gerai ni sempena bula ramadhan.
Psssst : harapnya INTAN BERLIAN jumpa la ye gerai ni kang jenuh la



