Thursday, September 6, 2012

Pura-pura mati untuk uji kekasih


Assalamualaikum

MOSCOW: Kerana ingin tahu sama ada teman wanitanya benar-benar menyintainya, seorang lelaki berpura-pura mati dalam satu kejadian kemalangan kereta yang mengerikan dan kemudian bangkit untuk mengajukan soalan itu.
Alexey Bykov mengupah seorang pengarah filem, pelakon lasak, jurusolek artis dan juga penulis skrip untuk mengadakan adegan kemalangan olok-olok itu.





BYKOV melamar Irena selepas bangkit dari ‘mati.’

Lelaki berusia 30 tahun berkenaan sebelum itu mengaturkan pertemuannya dengan teman wanitanya, Irena Kolokov di lokasi kemalangan itu supaya wanita itu yakin dia mati.
Irena berkata: “Kami berjanji bertemu di sesuatu tempat. Tetapi apabila tiba, terdapat beberapa kereta yang kemalangan dan tercampak di sana sini, ambulans, asap dan kebakaran.

“Kemudian, apabila saya melihat Bykow penuh dengan darah terbaring di jalan raya, seorang paramedik memberitahu saya, dia sudah mati. Saya menangis.” Tetapi Bykov yang sudah ‘mati’ bangkit dan melamar Irena, dengan tubuhnya masih dibasahi darah palsu.

Irena berkata: “Saya sungguh marah sehingga hampir membunuhnya sekali lagi, tapi kali ini mahu memastikan dia benar-benar mati.” Mujur bagi Bykov, Irena memahami jenaka itu dan menerima lamarannya. Pasangan itu berkahwin minggu lalu.
Bykov yang berasal dari Omsk, Russia berkata: “Saya mahu dia menyedari betapa kosong jiwanya tanpa saya dan bagaimana dia akan hidup tanpa saya.

“Saya percaya saya berjaya melakukannya. Tetapi itu adalah yang terakhir saya berbuat demikian.” - DM


*** macam-macam hal sekarang ni.. nanti saya update kisah Haziq  ye.. maaf

Sumber

16 comments:

  1. mat saleg memang pelik2 pun kan..mcm2 hal diorg kan..hehe

    ReplyDelete
  2. ada jugak buat pura2 mati..ish..mati betul baru tau..huhu-___-

    ReplyDelete
  3. rasa kosong yg dirasa terlalu sekejap sgt

    ReplyDelete
  4. Sajalah tu nak masuk paper cari publisiti. Macam-macam manusia kan Syiela..

    ReplyDelete
  5. uii..sampai mcm tu sekali..hihi

    ReplyDelete
  6. kalo terjadi betul2 tak sempat nak bangkit la..macam2 omputeh ni..huhu

    ReplyDelete
  7. Buatnya pempuan tu tak suka kat dia cmna? Rugi gila dgn upah semua org tu. Haihhh

    ReplyDelete
  8. ni org ayelah kaksyiela bole upah buat lakonan lagi hee

    ReplyDelete
  9. hihihi memang dahsyat...macam2 mat saleh nie...

    ReplyDelete
  10. errr...cm2 lah dorg ni..hahaha..sha xmo d buat gni..nnt sha yg jln dlu hahahah

    ReplyDelete
  11. Macam2lah mat salleh nie nak menguji kesetiaan kekasihnya.

    ReplyDelete

Orang Sayang Darwisy ^_^