Assalamualaikum
TEMERLOH — Seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun yang
berbasikal ke sebuah kedai runcit berdekatan rumahnya, maut dilanggar
sebuah lori di hadapan kedai berkenaan di Taman Tualang Indah, dekat
kawasan perindustrian Temerloh.
Dalam kejadian 7.40 malam tadi, kanak-kanak itu, Khairul Azmi Abdul
Rashid, mati di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan.
Menurut Pemangku Ketua Polis Daerah Temerloh, Supt Zundin Mahmood,
sebelum kejadian, kanak-kanak itu dikatakan merengek-rengek dengan
ibunya meminta izin untuk membeli mainan yang berharga 50 sen.
"Di tempat kejadian, pemandu lori terbabit, 36, yang baru sahaja
membeli rokok menghidupkan enjin kenderaannya untuk meneruskan
perjalanan.
"Tiba-tiba dia terdengar bunyi seretan yang kuat di bawah kenderaannya lalu berhenti untuk membuat pemeriksaan."Pemandu lori terbabit mendapati terdapat sebuah basikal kecil di
bawah lorinya dan di belakang kenderaannya pula kelihatan mangsa
terbaring,” katanya kepada pemberita di sini.
Beliau berkata mangsa parah di kepala akibat digilis dan mati di
tempat kejadian dengan mayatnya dibawa ke Hospital Sultan Haji Ahmad
Shah untuk bedah siasat.
"Jenazah kanak-kanak itu telah dituntut keluarganya lewat malam tadi dan telah selamat dikebumikan,” katanya.
Zundin berkata kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. — BERNAMA
Ibu bapa perlu lebih prihatin.Anak kecil tak perlu di biarkan ke kedai tanpa sebarang pengawasan.Malang memang tak berbau.Elok kita beringat sebelum terkena.Takziah buat keluarga mangsa
Sumber asal : Kosmo
al-fatihah buat keluarga beliau..
ReplyDeletekasihannya...apalah agaknya perasaan ibu dia tu kan..moga anak2 kita selamat dari mala petaka cam tu
ReplyDeletealfatihah :(
ReplyDeletentah laa, x sepatutnya berlaku pkara cmni klau lebih prihatin.. takziah...
ReplyDeletePastikan kanak2 kecil sentiasa di bawah pengawasan org dewasa..
ReplyDeleteAstagfirullah..INDONESIA turut prihatin,salam UKHUWAH selalu.
ReplyDeleteKesiannya. Takziah buat keluarga arwah.
ReplyDeletekemalangan seperti ini boleh dielakkan..walaupun dah ajal dia tapi macam dia terlalu kecil untuk berbasikal sendiri ke kedai. Takziah buat keluarga arwah
ReplyDeletehuhu bc seram.. kalau tgk.. ish2.. mintk dijauhkan.. sama2 kita berhatu2 :)
ReplyDeleteya allah kpe mcm ni..kpe bia dia sorg2 g kedai huhuh...salam takzian tuk kluarga mgsa..sedih bca kak huhu..5tahun tu sbya ank buah shida yg sulung tu jer.. ;(
ReplyDeletekesiannya..... Alfatihah...
ReplyDeletetakziah buat keluarga arwah...
Segalanya dh suratan takdir namun tidak bermakna kita hanya berserah..
ReplyDeleteTakziah buat keluarga arwah.
sedih...dan terharu...dh la dekat2 nk raya kan..xtau la camne perasaan time camtu...salam takziah buat famili arwah...
ReplyDelete***selamat hari raya syiela...maaf zahir dan batin^^
alfatihah, dekat raya jd cmni sedih sgt kan
ReplyDeleteaduyai...kesiannya...
ReplyDeleteYa Allah..sedihnya,inilah yg kawan saya cerita tu,dekat rumah dia ni
ReplyDeleteNak cakap banyakpun tak guna..takziah pada ahli keluaga pesan ku berhati2 dijalan raya.
ReplyDeletetakziah buat keluarga . .
ReplyDeleteKesiannya. Nak raya pula tu.. mmg tak boleh biarkan anak keluar sendiri.. Al-fatihah buat arwah
ReplyDeleteKesian. Alfatihah. Kena beringat dgn keselamatan anak2
ReplyDeletekesiannya...
ReplyDeletesmga keluarga tabah..
ReplyDeleteAstagfirullah... kesianya anak itu.. takziah buat keluarga.. alahai..pasti sedih meyelubungi keluarga mangsa lebih2 nak raya nii..huhu
ReplyDeleteSalam lebaran syiela..
ReplyDeleteMaaf zahir Batin
‘Taqabbalullah minna waminka’
(Semoga Allah menerima amalan kami dan amalanmu).”
memang kena hati2. keluar ke kedai malam2 even dekat dan dah jadik kebiasaan pun kita kena pantau.
ReplyDeleteAl-Fatihah untuk keluarga arwah...kenapa la ank kecil dibiar pergi sendiri tnpa pengawasan...sedih la
ReplyDeleteAl fatihah..5 tahun tu kecik benor dilepaskan gi kedai srg2..
ReplyDelete