Assalamualaikum
Semalam En. Ad berbuka puasa di kem jadinya aku dengan anak-anak kat rumah... Alamak jenuh la aku kali ni.Selepas En. Ad keluar dari rumah Aiman mengadu yang telinga dia gatal so aku ambil putik kapas dan godek-godek sikit sampai dia kata dah ok aku stop.Kemudian suruh dia pergi buang putik kapas tu dan bakinya suruh dia pergi simpan dan siap pesan lagi abang jangan korek sendiri telinga tau nanti luka.Kalau gatal lagi biar mama yang buatkan.Aiman jawab ok ma.
Kemudian aku ke dapur kejap nak tengok nak buat apa petang ni sebab rasanya takda apa kat fridge tu maklumlah dah nak blk kampung so memang dah clear segala benda.Main tunjuk-tunjuk je sekarang ni.Kemudian dengar suara En. Ad aik bukan ke tadi dah pergi.rupanya En. Ad belikan makanan untuk kami.Kemudian baru dia pergi ke kem.Hehehehe syukur alhamdulillah nasib dia ingat nak belikan kalau tidak jenuh la.Masa dia keluar tu lupa pulak nak pesan.
Kemudian bawa simpan semua benda jam dah tunjuk pukul 7.Cuma nak buat air je.Sambil tersenyum sambil abncuh air.tapi hati aku ni rasa tak sedap kenapa pintu bilik tidur aku tertutup.Selalunya memang terbuka je.Dari dapur memang nampak.Tanta Iqbal dia cakap abang Aiman ada kat dalam.Hati mula bergolak (hati ibu mmg cepat rasa kalau anak buat salah). Bukak je pintu bilik nampak Aiman terkejut.Aku tanya Aiman buat apa. Dia jawab tak buat apa pun.dok saja je.Kemudian aku nampak ada hanset kat tepi dia.Terus aku tanya Aiman main game ka.Dia jawab ya.Aku jenguk tengok skrin handset masih di muka depan.Belum on pun game.Hati mula terasa yang si Aiman cakap tipu.So aku tanya lagi bgtau mama betul2 Aiman buat apa.
Dia bersungguh bagitau yang dia tak buat apa tengah main game.Kemudian aku tekan lagi dan cakap camni Jangan nak tipu mama Allah tak suka orang menipu mama pun tak sayang anak2 mama yang menipu.Aiman dah pandai menipu ya.Dia dengan muka bersalah mengaku yang dia menipu.Rupanya dia kat dalam bilik tengah sedap2 korek telinga sendiri.Aku apa lagi.Sangat geram sebab Aiman dah pandai cakap tipu.AKu tampar pipi dia dua2 belah.Aku cakap mama tampar kat sini sebab mulut ni dah pandai tipu mama.Kalau cakap betul dari awal tadi mama takkan marah.Kemudian aku cubit sikit ( ha dah mula naik hantu ni, nak maghrib pula) kemudian aku ambil hanger dan pukul tapak kaki sekali belah kanan dan sekali belah kiri.Lepas tu aku pesan kat Aiman lain kali jangan menipu dan bermulalah ceramah kejap.Memang sangat geram!!!! bukan sekali ni je tau malah dah dua tiga kali Aiman buat camni (cubaan menipu tapi semuanya gagal sebab di kesan dek mama)
Malam je pukul 8.30 si kembar pulak mula bunyi menandakan dorang nak tidur.Elok je dorang terlena jiran depan belah kanan pulak main mercun.Terus terjaga si kembar ni sambil nangis.Selalunya kalau berdua dengan En.Ad kami akan ambil alih sorang satu ni tinggal aku je.Lastly dua2 terlena kat atas perut aku.Korang bayangkanlah camner gaya dorang tidur.hehehehe kepala je kat perut kaki kat bawah.
Pukul 10 En. Ad sampai sambil menjinjing plastik Pizza.Hehehehehe ni yang suka ni. Aiman dan Iqbal pun belum tidur lagi.Apalagi pakat dok kerumun kotak pizza tu la sambil aku mengadu cerita kat En.Ad ( tak menyabar nak cerita).En.Ad pun siap warning Aiman dan Iqbal dan bermula la sesi tazkirah dari En.Ad pula.
Moga Aiman mendapat sedikit pengajaran dan akan ingat sakit serta takkan ulangi lagi.huhuhu sedih!
*** camner ye nak tangani anak yang mula pandai menipu.risau pula bila jadi camni
dia belajar dkt sape ek menipu.. emmm pikir2 balik, dulu kecik2 sy pnh gak menipu tp sy plak belajar dkt sape yer... hihii
ReplyDelete*akak, smlm sy dh g beli somtam tu... g kol 6 lbh.. skrg ni dah xramai org g bazar so, xsesak sgtlah :-)
sayapun geram kalau anak dah mula menipu.. memang naik hantulah.. yg sebenarnya hati risau kot2 sampai besarbawak perangai macamtu
ReplyDeleteibu sentiasa nak yang baik2 untuk anaknya, tp selaluje langkah salah di ambil.. cuba nak berlembut ngan anak, taknak pukul2 cakap baik2 tp selalu jadi baran.. sudahnya kesal kerana dah terpukul anak2
tulh mama korek tinge aiman wat geli2 je..hehe..kaksyiela die takut tu..bguslah akk guide gitu..nipun proses die belaja..kesimpulannye korek sendiri lg puas hatila mama heheh..aiman tak kesah ;D
ReplyDeletea'a kan mcm mn nak tangani anak2 yg ckp menipu ni...tp kalu ikut2 budak2 kan xpndai menipu lagi...maybe dia tkt akak marah sbb tu dia menipu kot
ReplyDeletehihihi nak tergelak baca entry ni walaupun tau syiela naik angin. comel jek korek telinga sendiri. tapi bahaya takut dia ertujah gegendang telinga.
ReplyDeletekengkadang tu kita mmg kena garang. tapi sarah all the time garang...huhuhu
alahai... anak... kena ajar masa kecik2 ni kan... kalau dah besar takut kurang ajar la...
ReplyDeletePukul anak untuk mengajar,tak apa tapi janganlah keterlaluan.Sis pun mcm Syiela,pantang betul kalau anak menipu.
ReplyDeleteckp tuhan marah org menipu.. dose.. kena potong lidah..
ReplyDeletesaya xde anak,anak2 buah ada la.ada jugak yg menipu,puas nasihat xjln.ye la setakat mak sedara pun.mcm akak,akak tegur dan bgtahu benda tu slh,nanti dah besar dia faham la rasanya...
ReplyDeleteSyiela kakak tak tahulah tapi keluarga kakak memang tak benarkan pukul anak. Kalau marah pun kena control. Mana ada budak tak buat salah. Tapi tiap org ada cara sendiri.
ReplyDeleteKakak sedih bayangkan Aiman kena buat macam tu. Kesianlah Syiela. Kalau kakak ada mesti kakak dah menangis sama.
Kena ulang-ulang nasihat anak masih belum berakal Syiela sebab mereka mudah lupa..
mia kecik lg..jd saya xdok pengalaman tentang nie...pukul untuk mengajar takpe kan...
ReplyDeletemia pun kalau sll buat perangai kena gak..
sabar yer kak..nk buat cmne...bdk2....tp kalo tirah pon naik angin jgk...hihi...
ReplyDeleterisau lah kalau anak da menipu dr kecik. nnt dah besar makin buruk kan.. tu pasal kena tangani dari awal..huhuhu
ReplyDeletekak fieda pun pernah alami sume ni syiela..
ReplyDeletemama jadi hulk ye..kak fieda pun pernah alami sume ni..
ReplyDeleteKlu kak Nurul marah dah kak Nurul pun spi tgn juga kat anak2.
ReplyDeleteX tahulah dr mana mereka nie pandai menipu.
Baru nak dapat kemahiran mengorek telinga..tapi kita ni memang selalu risau dengan benda2 macam ni...kan..
ReplyDeletehihihi dah bertukar hulk ya...sabar jrlah..
ReplyDelete