Sunday, July 31, 2011

Sunday, July 31, 2011

muka dah buruk

Assalamualaikum.. 


Semalam syiela balik kampung..  wah best! anak2 pun bukan main suka lagi.. Syiela lg la.. sebab di manjakan.Disuruh duduk rehat je.. Best! naik lemak i :)

Nak jadi cerita time masak tengahari... dah jemu bertenggek saja syiela pun turun dapur join kakak ngan mak masak. tapi tak buat apa sangat pun just potong2 je mana yang patut.Then  tolong goreng ikan dengan ayam... masa time goreng ayam tu tetiba salah satu ayam tu meletup.tak sempat nak elak dah terkena muka. Alahai pedihnya..... belek punya belek tengok muka dah mengelembung dan macam ada air bisa kat dalam..

Dorang semua pakat gelakkan syiela... katanya nasib baik dah kawen kalau tidak jatuh harga.. tapi hubby syiela jawab pe tau... tapi walau bini orang pun jatuh saham skit la di mata suami (dalam nada gurau).. iskh geram ni.. dah la skit ni.. buat main pulak...


Lastnya syiela pergi rehat kat depan sambil tengok TV. kang kat dapur kena usik lagi. dah la skrg ni makin sensitive.mata ni kejap nak kuarkan air hujan :(


Bila dah kena ni baru mencari petua... so cari punya cari jumpalah petua ni... 

1. ketika panaskan minyak untuk menggoreng masukkan sekeping asam gelugor dan biarkan seketika. masa nak menggoreng keluarkan kembali asam tu dan goreng seperti biasa. InsyaAllah minyak tidak akan mercik.

2. masukkan sedikit garam kasar ke dalam minyak dan menggoreng seperti biasa..

Lepas amalkan pertua ni tapi minyak mercik juga.. jangan salahhkan syiela ye.. salahkan orang yang bagi petua ni :)












Thursday, July 28, 2011

Thursday, July 28, 2011

Entry Lepas Geram

Assalamualaikum...

Semalam semasa syiela nak keluar lunch ternampak sepasang suami isteri ni romantik lah sangat jalan berpelukan.Wah jeles! sebabnya pasangan ni dah veteran. Still lagi loving.

Tapi bukan nak cita pasal loving couple ni. Bila nampak pasangan loving ni teringat pulak dekat satu keluarga ni.Adegan ni syiela nampak masa on the way nak ke opis beberapa hari lepas. Kebetulan masa tu syiela berhenti dekat traffic light. Sambil layan lagu kat radio dok pandang la kiri kanan. dan kebetulan pagi tu syiela buka tingkap keta, konon nak ambil udara segar pagi2. tapi sebaliknya pula yang syiela dapat.

Di seberang sana ada satu keluarga bersama dengan 4 orang anak kecil diantara 1-7 tahun. Si bapa dah menyeberang ke sebelah sana. Tinggal la si isteri terkedek2 kat belakang bersama anak2. Bila lampu dah hijau si isteri masih lagi di pertengahan jalan bersama dengan  anak. dua di sebelah kanan, satu di dokongan dan satu lagi di sebelah kiri.Yang geram sangat tu si suami berlenggang kangkung sorang2 melintas jalan.

Bila nampak lampu dah hijau di tengkingnya si isteri tadi kat tengah2 jalan ni. Dia marah suruh cepat sikit. Tapi pemandu semua still bagi laluan dekat si isteri dan anak2 untuk melintas jalan. Yela macam mana nak cepat kalau keadaannya begitu. Yang si suami pulak kenapa terlalu mementingkan diri.cuba la bersama2 memimpin anak untuk melintas jalan bukan dibiarkan isteri yang uruskan semua.

Geram sangat tengok keadaan sebegini . Terbayang masa dorang tiada anak dulu mesti loving seperti pasangan diatas tadi. Bila anak berderet dah engkau kat belakang aku kat depan.Langsung tak kisah kesusahan. Lantak la yang penting aku sampai dulu.. BENGANG!



*** sentiasa berdoa agar sampai kedua berjalan bersama sama  seiring dan sejalan ***



Tuesday, July 26, 2011

Tuesday, July 26, 2011

Ramadhan Giveaway!

Assalamulaikum..

Hari ni syiela nak join giveaway dari ahmadhasif  dan roomatenya  wootwoot . Syaratnya pun simple sangat just follow blog dorang dan like fanpage dorang... mudah sangatkan. tak perlu nak tag sapa2.



Antara syaratnya :

1. Follow kedua2 blog roomate sehati sejiwa ni.. DONE  
2. Like Fanpage dorang... DONE  
3. Share post ni kat fb @ twitter @ blog... DONE  
4. Komen saya dah join...  JUGA DONE! 

Moga ada rezeki di sini :)

Sunday, July 24, 2011

Sunday, July 24, 2011

minggu ke 25

Assalamualaikum..

Pagi tadi rutin biasa kena pergi klinik.En.hubby pun bergelut menyiapkan Iqbal.Nu nak pi klinik awai kononnya satgi dapat nombor cepat bolehlah balik awal.

Samapai kat klinik jam baru 7.46am tapi dah nampak byg org.Pagar klinik pun belum buka.. hehehehe.. syiela pun beratur sama.buka je klinik tengok2 dapat nombor 8. Dah tau mesti lambat giler.Siap pergi mnum pagi dulu. Pastu ronda2 kejap.Then dekat pkul sembilan baru masuk klinik. Bila pi jengah kat kaunter punya la tension baru nombor 2.Iskh.. iskh... lembabnya.

Then suruh encik hubby bawa balik Iqbal dulu. nanti kang buat perangai pulak. Nak suruh misi cek perut dia sama. Tgu la jugak dalam kepanasan. Pukul 10.45 baru dapa turn. Hmmm mula2 berat ada prob. naik skit je.. kena berleter mkn banyak makanan seimbang.. bukan tak makan tapi ntah le tak naik jugak.

Lpas tu check HB darah.hehehehe gementar gila ni.yela last check up 10.8.Kali ni harap ok le.sebab dah ambil iberet.Nurse nak ambil darah kat lengan tak nak la syiela kang sakit. minta cucuk hujung jari je.takpe kalau tak ok baru nak ambik kat lengan.so bila check tengok alhamdulillah dah naik skit 11.8.lega... ni rupanya pil iberet tu. Fungsinya untuk menpercepatkan proses kenaikan HB.Tapi jangan ambil sebarangan lepas consult doctor baru boleh ambil. Syiela beli dekat farmasi 30biji RM23.00. Berbaloi rasaya..

Curik dari mr google :)

Dan jelma lagi satu masalah bila dorang cek salah satu baby songsang.Dah bagitau songsang pastu dok suruh jangan susah hati.pulak.... Lagipun masih awal lagi.. baby still berpusing.Harap harap lepas ni dua2 normal kembali :)...

*** bertemu lagi nanti edisi twin :) ***



Thursday, July 21, 2011

Thursday, July 21, 2011

Wanita Merokok

Assalamualaikum..

Pagi tadi tengah melayan lagu kat radio suria tiba2 nmpak satu keta ni.Tingkap terbuka.Pastu tangan terkeluar skit dari tingkap.nampak rokok di kepit antara jari.Tapi yang berminat nak tahu lagi seban nampak jari tu cantik sangat. Dalam hati dok kata cantiknya jari dia macam perempuan. runcing je pastu kuku berkilat mmg terjaga la.so syiela pun mula la nak intai nak pastikan jantina.

Yela nak tengok juga rupa si jari yang cantik menawan kalbuku ini. Sekali memang perempuan da.Eh! fenomena menghisap rokok di kalangan perempuan di sekitar Kedah ni mmg jarang dapat di lihat. Susah sangat sangat la nak jumpa perempuan perokok.kalau kat bandar2 besar tu mungkin orang tak heran sangat.

Sayang sungguh  muka sangat cun.kulit putih melepak. tapi merokok.dalam dok merokok pun nampak sangat yang mata tengah kuyu tahan mengantuk.Tapi kalau mengantuk sangat pun ambik la benda lain. Jangan dok hisap rokok bukan ke merbahayakan kesihatan.Tak sayang badan agaknya perempuan tadi tu. Iskh ni dah sampai opis tu ternampak2 lagi gelagat perempuan tadi.Tapi terfikir juga apa nak kisah sangat dia sendiri tak fikir kesihatan dia kenapa syiela pula nak lebih2..


*** pagi pagi lagi dah jadi wartawan ***