Tuesday, October 4, 2011

Tuesday, October 04, 2011

Malang tak Berbau

Assalamualaikum

Pagi tadi dalam perjalanan ke opis terkejut tengok satu kemalangan yang syiela rasa sungguh dasyat.Empat biji kereta terbabit dalam kemalangan tersebut.Tapi yang ngerinya,satu proton iswara telah terbang ke atas bumbung waja.Ala2 cam tengok drama pulak. Waja tu usah di kata la.Mmg remuk gila la. Macam mana la keadaan pemandu waja tersebut sebab proton tu landing betul2 bahagian depan kereta tu.Iskh.. ngeri.. tak sanggup nak jenguk tengok dengan lebih lanjut.

Dalam dok rsa ngeri tu sempat jugak snap gambar ngan hp yang tak berapa canggih ni.Tapi ntah apa ke halnya pulak tak boleh nk upload.So tak dapat la nak bagi gambaran yang sebenar.. sori ye korang.. layan cerita je la

So buat semua.Time hujan2 ni jangan la laju2 sangat. Jalan tu licin.Ingat yang tersayang ye!

Sunday, October 2, 2011

Sunday, October 02, 2011

Melahirkan Secara Caesarean.. Sakit ke

Assalamualaikum...

Syukur alhamdulillah jiran depan rumah dah selamat melahirkan baby boy.. Pada mulanya husband dia yang nak sambut sendiri baby tu.Tapi bila bukaan sampai 4cm still dok camtu gak sampai 10jam.So nak elakkan dari kejadian yang tak diingini terpaksalah c-zer.

Jadi husband dia agak frustlah sebab tak dapat nak sambut sendiri baby yang ni.Apapun bersyukur sebab kedua2nya selamat. 

Syiela pulak yang gementar bila dapat tau jiran ni dah bersalin.Awal 2 minggu tu. Iskh... ketaq ni.. macam syiela ni lagi la.10hb ni nak g jumpa doktor pakar untuk tetapkan tarikh nak serah diri (c-zer) sebab keadaan baby yang satu lg tu songsang.

Syiela juga tengah search camna penjagaan bersalin c-zer ni.Sesapa ada pengalaman bagi la petua.Sebab ada dengar cerita kalau c-zer nitak boleh berbengkung la.Mcm2 lagi la.So sesapa yang ada pengalaman c-zer tu kongsi- la yer segala petua penjagaan sepanjang berpantang :)

Lagi satu sakit ke. Maksud syiela lepas habis ubat bius tu.Ngeri pulak bila memikirkannya.

Friday, September 30, 2011

Friday, September 30, 2011

Happy Besday Aiman # 5

Assalamualaikum..

Hari ni besday Aiman yang ke 5.Tak sangka cepat masa berlalu.Dulu kecik2 kuat menangis.nak ke mana pun susah.Kalau pergi berjalan @ balik kampung ke bukak ja pintu kereta dia tengok suasana lain terus menangis mcm kena sampuk.Keadaan berlarutan sampailah dia dekat 2 tahun.

kalau ke tempat kenduri pun camtulah keadaan dia.menangis sampai tak ingat dunia.Samapaikan orang tanya 'anak sapa la ni,teruk sangat nangis'.Hish bikin malu je kalau pegi jalan2. Pernah juga kenduri kat rumah mertua.Bila time orang ramai dia start la menagis.Sampaikan kami terpaksa menumpang kat rumah jiran sehingga selesai kenduri.

Tapi bila dah besar.Alhamdulillah,senang nak menjaga Aiman ni. Walau baru berumur 5 tahun.Tak susah nak kejut dia bangun pagi.Goyang badan skit je dia buka mata dan terus senyum,Tanya kenapa.Kalau hari sekolah syiela cakap pergi mandi nak ke sekolah. Dengan sendirinya dia bangun pergi mandi, sabun dan gosok gigi.Tak perlu nak tunggu depan pintu bilik air @ bising2.

Nak ke sekolah pun syiela tak perlu siapkan.Dia pandai uruskan diri sendiri.Syiela just duduk atas sofa sambil tengok tv memantau jela Aiman bersiap.Kasut sekolah pun syiela biarkan Aiman basuh sendiri.So far tengok dia basuh bersih so biarkan jela. Lagipun dia ni jenis pembersih lagi tak putih selagi tu dia akan tonyoh beru.

Alhamdulillah setakat ni tak susah nak membesarkan dia. Aiman ni spesis ringan tulang serta mendengar kata.Cuma kadang kadang je buat perangai.Itupun bila berdua dengan adik.Kalau sorang mmg terlalu baik.Syukur alhamdulillah.

Walau penat semalam mama tetap penuhi permintaan Aiman nak makan paus  siakap sweet sour.Heehehe main campak2 je... itupun aiman cakap sedap sampai menjilat jari.

Buat Aiman..
Selamat Hari lahir
Moga terus menjadi anak yang baik buat mama dan abah.
Mama dan abah sentiasa berdoa agar aiman menjadi anak yang soleh.
 Moga terus menjadi permata yang bersinar :)

***Syukur sangat bila semalam Aiman berjaya habiskan Ikraq dua.Tak sia2 abah hantar mengaji malam2.




Thursday, September 29, 2011

Thursday, September 29, 2011

Nak cakap dengan siapa ni

Assalamualaikum

Satu hari keadaan di office syiela

A: Helo! Account Department please
B : Nak cakap dengan sapa ye

A : Itu Ella ada
B : Oh.. dia masuk lewat skit..after lunch you call balik

A : ok takpa.. takpa...tanya sikit a.. Ella dengan Ila tu sama ka?
B : Ya sama.. kami kat office panggil Ila

A : thanks ha... itu kasi i cakap dengan itu syiela
B : itu orang yang sama jugak la

A : oh yaka tak pa la kalau camtu kasi i cakap dengan wati
B : aiiyo! itu orang yang sama jugak la

A : oh ya ka.. sori.. sori.. itu lain orang account department punya.. itu Ros ada
B : itu pun orang yang sama.. kenapa you asingkan2 nama dia... letak fone sambil geleng2 kepala...

*** agak2 korang apa nama penuh syiela ;)


         


Tuesday, September 27, 2011

Tuesday, September 27, 2011

Alhamdulillah...rezeki berganda ganda

Assalamualaikum


Semalam syiela dan kawan opis ke rumah terbuka.Wah meriahnya majlis.Banyak betul makanan.Memang makan sampai kenyang la.Tak sedar masa berlalu.sampai kat opis je masing-masing kejut sebab tengok keta bos elok je parking kat bawah. Alamak bos dah masuk la.

Bila nak melangkah masuk opis je tengok jam dah pukul 3.30pm.Alamak lagi la kecut.hehehhe... sebab syiela kat tingkat atas terus je berdesup ke atas.hahahahha.

Tapi lepas tu nak kena ngadap ada cek supplier yang nak kena sign.. iskh... risau gak ni.. kang rimau mengaum camne nak buat.

Bila ke bawah je nak jumpa bos tetiba dia cakap lapar la.kita order pizza nak.. hish bikin suspen je ingat nak perli kami tadi.Then tetiba je mmg dia order pizza untuk kami makan beramai2. Walau dah kenyang tapi bab makan boleh aje masuk lagi... nak2 sup dia.syiela paling sukalah.. :)

** thanks bos :)

Friday, September 23, 2011

Friday, September 23, 2011

Kerja Menipu!

Assalamualaikum...

Baru2 ni syiela pergi kat pasaraya ni.Barang nak di cari cuma sedikit.Bila sampai turn bayar syiela keluarkan duit RM50 padahal beli tak sampai RM10 pun.Tapi cashier tu tak cakap apa la pulak.Lepas dia pulangkan duit tergerak di hati nak kira duit tu.Sebelum ni tak pernah nak kira..dapat balance je terus masuk dalam dompet dan terus jalan.

Lepas belek2 syiela perasan macam kurang..Aik syiela silap kira ke.So kira sekali lagi.Rupanya mmg si cashier tu yang salah bagi.So cakap kat si cashier tadi.Dik balance tak cukup le.Dia cakap kejap ye kak.Then dia buka dia punya tempat simpan duit tu.Ntah apa nama dia. Kemudian dia hulur RM10 kat syiela.Aik mana dia tau syiela tak cukup RM10.Tak cakap lgpun tak cukup berapa.Baru cakap baki tak cukup je.Bila toleh je sekali lagi.Dia dah blah dari tempat cashier tu.Ke mana ntah.

*** Korang pernah alami tak keadaan camni?