Friday, May 11, 2012

Friday, May 11, 2012

Gelagat Si Kembar

Assalamualaikum

Setelah lama menyepikan Dable H.Kini mereka kembali.. kekekekeke badjet retis jap.
masing masing nak capai kamera

tengah berbisik apa la tu.Hazim kusyuk je dengar

kami menangis bersama

kami juga tidur bersama

kami berebut bersama

hahaha.. hazim pandang haziq cam cari gaduh je

 















Bila haziq tido saya tolong mama mengemas rak pinggan.. hebat tak saya?




Alhamdulillah Dable tengah sihat sekarang.Makin aktif pula sejak menjengah 7 bulan ni.Hehehehe Dorang ni suka sangat makan bubur nasi carrot :)

Kalau shopping kat Trudy & Teddy kopak la abah...

Wednesday, May 9, 2012

Wednesday, May 09, 2012

Awak Suka Saya Tak

Assalamualaikum

Sejak akhir akhir ni hobi lama kembali lagi.Tetiba juga jatuh cinta dengan novel ni.

Best sangat.Nasib la en.somi nak tolong jagakan Dable H.Dapat la mama membaca dengan tenang.Hehehhe. Novel ni di tulis oleh Kak Melur Jelita.Syiela punya dah cetakan ke enam.Punyalah laris macam goreng pisang panas. Ini syiela dapatkan dari Hasani (suka shopping buku kat sini sebab ada diskaun 10%)

Jika remaja sekarang bercinta sebagaimana dalam novel ni InsyaAllah banyak gejala tak bermoral makin berkurangan.

Sesungguhnya saya telah jatuh cinta pada Hilaman Yong oh tidak masih setia pada en.somi yang terchenta.hehehehe

Sedikit tentang ASST
"Saya akui saya gembira bersama Mr. Damien. Saya Tak boleh sembunyikan perasaan saya tetapi perasaan saya terhadap Mr. Damien sepertimana kita bersentuhan di malam tu. Boleh saling melihat, saling bersentuh, saling bercium....tetapi hanya diding kaca. Ada batas dan sekatan yang tidak boleh dipecahkan....walaupun cuba dipecahkanpasti kita akan cedera, ditusuk atau dihiris. Itulah Islam. yang menjaga maruah dan kesucian sesuatu hubungan. hanya hubungan halal yang boleh melenyapkanya." Intan Zulaika

Tuesday, May 8, 2012

Tuesday, May 08, 2012

Wahai Penunggang Wanita

Assalamualaikum

Seminggu dua ni syiela ke pejabat dengan menaiki motor.Sepanjang perjalanan syiela tengok ramai wanita yang ambil mudah tentang keselamatan diri.

Kes 1

Menunggang motosikal dengan beg tangan kat dalam bakul depan. Ini memang sah sah nak kasi beg tu dekat penyak di luar sana.Memang peluang keemasan yang tak dapat nak di elakkan lagi.Cukup senang untuk peragut jangkau tangan dan ambil beg tangan kat dalam raga motosikal tu.

Kes 2

Labih kurang sama dengan situasi diatas.Bawa beg kecil.Muat muat letak handphone, duit dan lesen je.Lepas tu kat handphone tu pasang earphone dan letak kat teling.Beg tu kat dalam raga motor.Eh nampak sangatla wayar berselirat dari telinga sampai kat raga tu.Hish...

Kes 3

Membonceng dua orang.Beg tangan kat tengah tengah. kalau letak kat tengah dan pegang kuat2 beg tu @ peluk kuat2 orang kat depan ok juga. Ni ko pegang besi kat belakang beg tangan dok kat tengah2 tu sebijik. Cantik sangat nampaknya.Memang terliurlah.So kalau orang ragut nak salahkan sape tu.

Kes 4

Bawa kereta.Handbag letak kat sebelah pemandu dan cermin sebelah pemandu tu diturunkan sampai bawah. Gila weh senang sangat orang nak ngambilnya.Bila lampu bertukar merah je je dengan cepat peragut boleh masukkan tangan dan capai beg tu.Pastu mula la nak melalak ke hape ke.

Itu antara kes yang syiela nampak.Yang tak nampak pun banyak.Jadi beringatlah wahai wanita.Jaga keselamatan.Seeloknya kalau bawa handbag masa membonceng pakai sweater.Tutup semua badan biar badan nampak kembung dan gemuk takpe janji selamat.

Ingat peragut main redah ambik je.Apa nak jadi dengan kita dia dah tak kisah.Janji dia dapat apa yang dia nak... jadi selagi boleh elak kita elakkan.tapi kalau nak jadi juga tu lain ceritalah ye.


Thursday, May 3, 2012

Thursday, May 03, 2012

selepas 5 bulan di sekolah

Assalamualaikum

Syukur alhamdulillah. baru menghampirii 5 bulan Iqbal bersekolah Banyak benda yang dia belajar. Kalau dulu kita ajar kat rumah langsung tak nak dengar.Sekarang dah banyak perubahan.

Baru baru ni Syiela ada belikan dia Ipad kanak kanak untuk menambahkan pemahaman dia. memang dia suka sangat la.Sampai ke tempat tido di bawa mainnya.Tapi satu hari tu syiela perasan dia marahkan mainan tu bukan Zee la tu z.(Suara dalam i pad tu chinese bila sampai huruf z dia sebut zee). hehehehehe punya la marah. Lepastu siap cakap nanti kat sekolah cakap macam tu cikgu rotan nanti.hahhahaha Iqbal.. Iqbal mana la cikgu kamu nak rotan i pad tu pulak. 

Tak sempat nak snap gambarnya.tapi alhamdulillah cukup membantu pembelajaran Iqbal. Lagipun reganya agak murah tu yang rembat RM36 je... 

Lagi satu sekarang ni asyik spekaing london je.. hehehehe... kadang kadang dia siap marah lagi sebab kami tak faham apa yang dia cakap.(dia ni cakap pun tak berapa nak betul lagi).yang bahasa melayu pun kadang kadang puas tanya inikan pula speaking london.Kau memang kasi mama dan abah pening kepala la :)




Sunday, April 29, 2012

Sunday, April 29, 2012

Selesema dan batuk batuk

Assalamualaikum

Hari tu Dable H demam sehingga keluar ruam penuh badan.Ingatkan campak kecik punyalah berubat.Bila bawa jumpa doktor,doktor cakap itu bukan campak cuma badan dia panas sangat.Dalam masa 2 hari je ruam kat badan tu hilang sendirinya.memang hilang terus. bangun pagi tengok dah tiada.mendadak je  hilang.Alhamdulillah.

Lega je demam datang pulak batuk batuk.Kesian sangat Dable H.tengah malam je tak dapat nak tido. terjaga sebab batuk batuk sampai dorang pun meragam.kesian sangat dengar dorang batuk  tu. ada yang petua ambil daun kapur barus campur dengan bedak sejuk tempekkan kat dada, belakang dan lehar.tapi batuknya still camtu juga.Syiela ada juga letakkan minyak aromatherapy tapi still batuk tak berkurang dan ubat batuk seperti biasa nak tak nak memang kasi jugak la sebab batuk teruk sangat dah (doktor nasihat guna bila betul2 perlu je sebab tak elok untuk anak bawah 2 tahun). tapi kalau tak bagi macam mana nak sihat. Dable H ni ada semput skit pernah admit sebab jangkitan kuman pada paru2 dan sepanjang rawatan diberi nebulizer.Nak nak Haziq.

Pagi tadi sebelum datang keja tengok hingus pulak meleleh leleh kat hidung sambil batuk batuk. Alahai Dable H kesian sangat kamu berdua. Kalau la mama dapat gantikan tempat korang.. huhuhu...

Berjaga malam lagi mama dan abah menjelang dua pagi.dah naik lemau ni.Cepatlah sembuh sayang ye...


Monday, April 23, 2012

Monday, April 23, 2012

Demam cepatlah berlalu

Assalamualaikum

Seminggu lepas bermula episod demam.Bermula dengan Dable H.Panas panas badan.Kemudian Hazim demam.Demam yang tak nak kebah.Pergi ambil ubat kat klinik biasa,Hazim still jugak tak nak kebah suhu badan sentiasa tinggi.38 je selalunya. Nak redakan suhu just basahkan towel dan letak kat celah celah ketiak dan pelipat lutut.Still juga camtu.Cool fever memang sepanjang masa di dahi.Still juga tak membantu.Nak jelum (letak air kat kepala setiap masa) pun takut nanti terkena flu pula.Lagi la susah nanti. Lastly decide pergi jumpa Dr C.P Ooi Kat area Sp ni. Sampai sana ja doktor bising bising tak bagi anak bawa ke tempat awam la bla..bla..bla.. iskh doktor ni  Dable H ni pasaraya pun tak sampai lagi tau.. apatah lagi pantai bagai..

Balik makan ubat alhamdulillah reda sikit demam tapi bab merengek masyaAllah. penat kami mengendongnya.Nasib Haziq cool je. hehehe jangan la kamo demam sama Haziq. tengah malam sedap sedap lena Haziq muntah muntah.Alahai ni mesti kes nak demam ni. Hadoi bertambah la cerita.Hazim belum lega lagi. Panas masih membahang Haziq pulak dah start suam suam kuku. alahai camno ni. Esoknya Hazim pulak start cirit birit manakala Haziq muntah muntah alahai jenuh la mama dan abah mengelapnya. penat dowh!. Sabtu hati tu memasak sambil bersilat dengan Dable H.Kejap basuh Hazim yang tercirit kejap basuh muntah si Hazim. Alahai bila tengahari menjelang mama dah mula lemau.

Lepas makan tengahari si Iqbal pulak start batuk batuk. makin lama makin kuat. Kasi makan ubat batuk tak nak lega  juga. petangnya si Iqbal pulak batuk dan selsema.Adei.. penat ni..  Abah pun dah naik lemau. Cool fever dah habih berpeket peket bayangkan sekali pakai dua. Empat jam sekali dah kena tukar (mesti kaya tokeh cool fever lepas ni)  Masa ni mula la terpikir alangkah bagusnya kalau kita ada maid ye bang. Hubby pulak cakap. kat rumah kita takde orang yang oi.. kang kita pegi keja balik keja tengok rumah je ada.lain suma takde.terkedu kejap. Tak jadilah maid maid ni.. jaga sendiri lah. Lagipun kejap je dorang ni membesar (chaiyok! chaiyok!)

Alhamdulillah kejap je ujian ni. Semalam Dable H dah sihat. mama datang keja tapi abah kat rumah berhempas pulas jemur segala tilam dan basuh segala cadar dan selimut. Lap segala kipas dan cuci segala aicond. wah nak masuk kaki dalam rumah pun risau.Berkilat kilat. hehehehe.. thanks ye... sungguh appriciate segala usahamu..... muaaaahhhhsss...

Balik dari keja je pergi rumah pengasuh ambik Dable H.mula mula sambut Haziq.Ok alhamdulillah sihat. sembang kejap pasal perkembangan Haziq hari tu.ok..masuk keta then masa nak ambik Hazim tengok Hazim dah merah.Muka ada bintik bintik macam ruam. selak baju pun tengok merah penuh badan. Pengasuh cakap kena Chicken Pox kut. Alahai pulak.. kesian ko nak...kecik  kecik lagi dah kena.

Dah tu berbagai petua yang di beri. Antaranya bagi minum air kelapa muda (untuk keluarkan semua, kalau tak keluar habis nanti akan jadi lagi).. kemudian bagi makan sup ayam kampung (mana nak cari ayam kg kat sini). kemudian mandi dengan air daun semambu @ mambu dan letak ambil daun ni letak bawah kain yang di tido  ( ha ini cik abah dengan cepatnya pergi cari).

*** Sapa sapa rakan kat sini yang anaknya pernah kena chicken pox.. tolong bagi petua ye.. syiela buntu ni.. ni 1st time anak anak kena ***