Tahniah buat Farid Kamil dan Diana yang telah selamat bertunang ahad lepas. Menurut akhbar berita harian Diana meneerima 3 dulang hantaran iaitu senaskah Al-Quran, pakaian dan kasut. Pasangan ini memang sama cantik dan sama handsome kan.Suka tengok
Pasangan ini dinikahkan sendiri oleh bapa Izreen, di sebuah majlis yang berlangsung di Country Golf Resort, Jitra Kedah dengan wang hantaran RM19,001.
Keesokan harinya, Izreen Azminda & Muhamad Riza diraikan sebagai pengantin baru dalam sebuah resepsi meriah di Dewan Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS), Alor Setar Kedah.
Sejak akhir-akhir Gangnam Style mendapat tempat di kalangan masyarakat kita.Rata-rata kita tengok demam Gangnam melanda.Malah kat you tube siap ada Gangnam Style Versi kampung,versi Raya.rata-rata sibuk belajar menari Cara Gangnam.
Rata-rata dengarnya cerita yang tarian ni sangat best.Tapi bagi saya biasa saja.Tak dak apa yang menarik untuk tengok berkali-kali.Saat saya tengok youtube ni dah mencapai 97,737,131 view. Ni Videonya.MasyaAllah ramainya yang menonton.
Step tariannya adalah seperti di bawah
Dan tarian ini juga mendapat perhatian Ustaz Azhar Idrus.Saya bersetuju sangat dengan pendapat ustaz ni.Katanya daripada duk belajar ilmu menari Gangnam, alangkah baiknya kalau belajar ilmu mengenal Allah, ilmu tentang bersuci, ilmu tentang solat... atau belajar memandikan dan menyembayangkan jenazah.. kalau ibu bapa adik kakak meninggal boleh juga tolong mandi dan sembahyangkan. Usia kita tak siapa yang tahu.
Ramai yang mengambil kesempatan untuk mengadakan Jamuan Hari Raya sempena Hari Merdeka yang lepas.Tak ketinggalan juga my SIL. Pagi tu kami bertolak ke Bukit Mertajam a.k.a Bukit Teh untuk ke jamuan tersebut.Saya dah siapkan bubur untuk si kembar.Harap-harap dorang tak Meragam la nanti.
Memandangkan Mood budak berdua ni sangat cantik...kita posing dulu ^_^
Baju hadiah dari makngah dan Cik Je.. thanks ye
Suasana kalut di dapur my SIL
tengok tu kembar tinggal pampers ja hehehhe.. panas
Haziq dah start meragam... nasib nak balik dah baru buat perangai
Iqbal dengan apa ntah kat kepala tu .. sambil tengok orang turunkan khemah.. majlis dah habis :)
Dengan sepupu dorang.. sama umor juga ni...
Iqbal turut menyibuk sekali
Haziq memang meragam habis dah.. jangan nak letak kat bawah...
Hazim ceria je
ala tunjuk kepala botal pula Hazim ni
Hazim Posing dengan paksu
Aiman
Budak besar berdua ni ada je gayanya
Bukan orang lain.. adik beradik semua tu
sebahagian kereta ahli keluarga saja... ada lagi kat tempat lain :)
Last sekali nak tempek juga gambat sekeluarga.. hehhehehe
Dalam perjalanan pulang Haziq dah muntah-muntah dalam kereta.Mungkin kepanasan kot siang tadi.Badan pun dah mula suam-suam.Jangan la demam nanti
Malamnya sampai rumah.. rupanya jiran depan rumah ada buat open house juga... alamatnya En. Ad dan anak2 ja ke sana.Saya melayan karenah si kembar.Bertarung tuk tidurkan dorang.Saya amat keletihan..
Tak sempat nak snap makanan namun semuanya sedap-sedap sampai takde tempat nak letak kat dalam perut ni.Siap berbungkus bawa balik lagi ^_^
*** update entry dengan keadaan yang amat sedih huhuhu...
Seperti yang di duga malam Raya Pertama saya dah start gigil badan dan demam.Makan Panadol alhamdulillah terus kebah.Mungkin banyak sangat mengendong kembar kot.dah lenguh-lenguh badan
Esoknya SIL buat sambal petai dan udang.Wah udang tu memang menggoda jiwa.Saya ni bukannya jenis yang makan petai tapi hari tu memang saya makan tak ingat.Hehehe sedap rupanya sambal petai udang n i :). Bila dah tengahari sikit gerak ke kampung hubby lagi sekali ke rumah adiknya menghadiri rumah terbuka. Makan lagi :)
Kemuadian keluarga hubby seperti biasa buat rombongan raya ke rumah-rumah sedara.Kami konvoi dalam 6 biji kereta (ala-ala nak pergi meminang la pulak ). Nampaknya si kembar still takut dengan orang masih di kendongan. Agak keletihan jadinya kami berkeputusan untuk tidak mengikuti rombongan ke rumah yang seterusnya.Kalau tak salah kami join dalam 2- 3 buah rumah je. Tu pun dah jenuh layan ragam si kembar ni.
Dalam perjalaan pulang hidung pun meleleh-leleh nasib la SIL tolong belikan ubat dan ada juga habuan tuk si kembar.Botol susu baru.Cantik.. thanks ye.Alhamdulillah rezeki dorang melimpah ruah. Malamnya tekak mula buat hal.Dah start terasa perit.Sure tak best nak tidur nanti.
Raya Ke tiga
Memandangkan keadaan saya makin teruk makanya saya terperap je kat tempat tidur. Pagi tu dah start terasa macam susah nak nafas (tanda-tanda bakal di serang asma).Kemudian suara pun dah start serak ( ala-ala itik serati dah). jenuh nak jerit supaya orang faham apa yang saya cakap.
En.Ad dah kembali ke Sungai Petani untuk bekerja tapi kejap je.Cuma untuk hari ni dan esok kemudian dia akan bercuti panjang lagi..Rancangan kami untuk ziarah anak BIL tak menjadi.. kita hanya merancangkan :(
Jadinya hari ni saya rehat je kat rumah takut keadaan makin melarat.Jangan la makin teruk haru nanti.
Raya Ke Empat
Seawal pagi En. Ad bertolak kembali ke Sungai Petani.Hehehe hari ke dua En.AD berulang dari ALor Setar ke Sungai Petani.Dia risaukan keadaan saya sebenarnya.Dengan anak-anak lagi.
Alhamdulillah petangnya En.Ad kembali dengan cuti panjang.Dapat la saya rehat dengan tenang nanti. Tapi malam tu keadaan saya makin teruk.Saya di serang asma.Memang tak leh nak tidur.Nak kejut En. Ad kesian pulak.Inhaler langsung tak membantu. Jadinya saya cuma tunggu hari cepat cerah untuk meminta bantuan :(
Raya Kelima
Paginya En.Ad bawa saya ke reasat untuk ambil nap.Dua kali kena kat sana alhamdulillah keadaan saya makin pulih.Jadi balik ke rumah. rehat kejap.Si kembar memang di bawah perhatian kakak saya serta anak-anak sedara.Walau dorang tak nak tapi terpaksa rela juga.
Petangnya keadaan saya makin teruk.Jadinya sebelah malam En. Ad bawa saya ke hospital. Sampai je di unit kecemasan saya terus di suruh masuk ke zon asma dan terus diberi nab. Cekap sungguh kakitangan Hospital Sultanah Bahiyah (Alor Setar) ni. Terus saya di beri rawatan.Selepas 45 min di beri nab dan di beri rehat selama 25 minit doktor datang cek kembali.Ternyata keadaan saya seperti tadi tiada sebarang perubahan. Jadinya doktor berkeputusan memsukkan ubat melalui saluran darah kat tangan dan ambil nab lagi sekali selama 45 min lagi.
Selepas di masukkan ubat tu saya mula rasa mual nak muntah sebabnya masa datang tadi perut kosong.Mula berpeluh-peluh macam nak pengsan. En. Ad bergegas pergi beli roti dan air.Hehehehe saya makan kat situ tanpa segan silu :)... Alhamdulillah selepas kena nab dua kali dan di masukkan sati tiub ubat saya kembali bernafas seperti biasa. Tak macam datang tadi berjalan macam baru lepas bersalin tapi bila balik lajunya jalan macam orang yang sangat kuat :)
Raya Keenam
Kat sini musim menuai padi jadinya saya tak dapat nak tengok dari dekat memandangkan keadaan tak mengizinkan.huhuhu.Rindu zaman kanak-kanak dulu. Cuma Aiman dan Iqbal amat teuja dengan mesin tuai padi tu.. InsyaAllah nanti saya ceritakan episod kegembiraan dorang
Sabtu
Akhirnya kami bertolak balik ke Sungai Petani dalam keadaan saya yang masih kurang sihat.Masih batuk-batuk dan suara pun masih serak-serak. Kini dah berjangkit pula pada Haziq.Kesian dia.janganlah sampai kena asma pula.
En.Ad pun semalam dan terjangkit selesema.Selalunya En.Ad ni memang kuat tahanan badannya tapi kali ni dia tak terlepas.Jadinya semakin lemau la saya.
Pagi tadi tengok En.AD dah ok hehehehe harap-harap berterusan.Cumanya saya ni yang masih batuk-batuk dan berhingus... cepatla berlalu