Tuesday, July 30, 2013

Tuesday, July 30, 2013

Dugaan di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum

Sambut puasa syiela di serang asthma.huhuhu ulang pergi hospital ambil nab(nabuliser). Kemudian di bernarkan balik tapi malamnya kembali penat.Esok pagi ke hospital sekali lagi lagi.Kali ni dorang bagi nab dan di beri suntikan sebabnya paru2 syiela dah membengkak.Huhuhu sakit tu mmg la sakit tapinya lepas dapat suntuikan tu tangan dan kaki kebas kebas.adess susah betul hidup..Sampai sekarang asthma x mau nak hilang.. batuk pun sama.. SO syiela berkawan rapat dengan segala maneka inhaler sekarang (2 je pun)

=================================

Di pagi yang hening dapat panggilan daripada mak.Seawal 4 pagi.Mak terkejut.Hang tak tidoq ka. saya jawab dak aih ni bangun nak masak makan soq (sahur).Awat mak tepon awai sangat ni.Rupanya mak nak bagitau bak (ayah)syiela dah di hantar ke hospital juga sebab di serang ashtma.

Tak lama lepas tu kak syiela telefon.Nangis nagis suruh balik cepat.Pak teruk sangat dah ni.Dia kat zon Merah.Setelah di bagi nab penat still teruk.Paru2 tak dapat terima oksigen jadi doktor suggest tuk jolok tiub dari kerongkong untuk membantu ( tapi yg ni kurang membantu katanya) dan lagi satu alternative tebuk kat leher ( yang ni amat membantu).tapi risiko yang ni pak mungkin akan koma selama 2 minggu.Kiranya mengikut perkiraan doktor masa tu 50-50.

Kakak yang kat hospital masa tu telefon kami dan dia bg keputusan tak nak sebarang bantuan.Cuma bagi nab je yang paling kuat dan paling hebat ubat yang ada kat situ.Kami tak mau sakitkan pak.Dan alhamdulillah keputusan kak betul.Pak kembali sihat ( walau semput tetap ada).

Setelah 4 hari di wad pak di benarkan pulang dan kembali ke hospital bila rasa teruk (walau discharge [ak tetap penat seperti biasa).Cumanya dapat bertahan ja.Kat rumah memang ada satu mesin khas tuk pak ambil nab bila diperlukan.

==================================

Pagi ni dapat call dari kakak seawal 6 pagi.Hati dah berdetak kencang,Ingatkan pak diserang asthma sekali lagi.Rupanya akak menyampaikan perkhabaran yang tok cik dah meninggal dunia.. Al-Fatihah..Moga rohnya di tempatkan di kalangan yang beriman...


Syiela nak balik Alor setar menziarah.terlalu banyak jejak yang belum terbalas..In sha Allah syiela cuba jejak secara perlahan..

Saturday, July 27, 2013

Saturday, July 27, 2013

Pemenang Mini GA #

Assalamualaikum

Senarai Peserta.. jom BW kalau rajin :)

23.monsterermecto.blogspot.com
24.http://ohthrillers.blogspot.com/
28.http://quraistory.blogspot.com/


DAN YANG BERTUAH ADALAH


Tahniah!!! tinggal adress kat komen ye..Syiela tak publish..

PROMOSI RAMADHAN MASIH BERLANGSUNG

BEDAK ARAB RM40SM, RM45SS
TANAKA 40G RM10 + RM6SM,RM9SS (POS)
MAIXARA C SENTIAL RM85SM,RM90SS

DAN PELBAGAI OFFER YANG LAIN..SILA KE 
SYIELADBEAUTY untuk mendapatkan tawaran yang menarik
@ SMS/WHATSAPP 012 4003624





Saturday, July 27, 2013

BAJU DAH TAKDE SIZE

Assalamualaikum

semalam syiela bersama suami dan anak anak dengan gigihnya baru nak mencari baju raya..tempat pertama yang kami tuju adalah C MART.Dable H kami kendong sorang satu mamanya kendong Haziq manakala abahnya kendong Hazim.Then Iqbal di PERINTAHKAN pegang baju manakala Aiman pegang baju mama.

Makanya kami pun mula membuat rondaan.Asal cantik Syiela singgah bertanya size namun jawapannya size dah takde dik yang ada cuma size besar je huhuhu.Begitu la jawapan bgi setiap kedai yang kami jelajah.Sedih tau.. then yang dapat habuan adalah Aiman dan Iqbal.Abah belikan dorang pistol buih/buble gun.Apa lagi melompat seronok la dorang.

Esok kena teruskan misi mencari baju kat tempat lain pulak ni huhuhu..hari ni stop sat..tangan dah lenguh2 kendong si Haziq semalam


Friday, July 26, 2013

Friday, July 26, 2013

Mini GA 3 # Tanaka 40g Free

Assalamualaikum


Nak bedak tanaka Free Tak
komen je entry ni ssebelum 12am malam ni.
Esok jam 9 pagi In Sha Allah Syiela umumkan siapa yang bertuah tu

*** tanaka bau ori ye.. yang warna krim tu


Friday, July 26, 2013

GA LIKE JA BAH !! BY SHARINA

Assalamualaikum


Hadiah
2x T-Shirt I Love Opzzpinky
2x Pure Marine Collogen Gred AAA
2x Balang Cookies ChocChip
2x Kek tiraMisu & Towel CupCake
5x RM 10 Cash
3x RM 5 Topup


Pemilihan Pemenang
5x Pemenang dari Top Referrel (RM 10)
11x Pemenang dari Random 


Tarikh Penting
10 Julai - Start
30 Julai - Tamat
31 Julai - Check Peserta
1 Ogos - Pengumuman Pemenang

Nak Tag
Cik Balqis
Cik Nur
Jassnani



Friday, July 26, 2013

Rahsia Murahkan Rezeki

Assalamualaikum

Rasullullah SAW pernah bersadba "Sedekahkan a-fatihah kepada kedua ibu bapamu setiap pagi (Samada mereka masih hidup ataupun yang telah tiada)"Nescaya pintu rezeki akan terbuka luas buatmu.

Tidak akan putus rezeki seorang anak itu selagi tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tuanya dalam sehari.

Semasa kita berdoa hendajlah kita berdoa dengan bersungguh sungguh.Sambil menadah tangan dan membayangkan wajah kedua ibu bapa kita berdoalah 

Ya Allah Ya Tuhanku ampunkanlah dosa kedua ibu bapaku, berkatilah mereka,murahkanlah rezeki mereka,panjangkanlah usia  mereka,jauhilah mereka dari sebarang azab,lindungilah mereka dari segala bahaya,tempatkanlah mereka di kalangan orang orang yang beriman... aminn yarabal a'lamin.....

** terlalu banyak anak2 yang melupakan ibu bapa pada masa kini :(