Wednesday, August 1, 2012

Wednesday, August 01, 2012

WW : 7 E

Wednesday, August 01, 2012

WW:Doa Agar Anak Pandai Belajar

Tuesday, July 31, 2012

Tuesday, July 31, 2012

Haziq Makin Sihat..Alhamdulillah

Assalamualaikum

Syukur alhamdulillah balik petang tadi keadaan Haziq beransur pulih.Lebih baik dari pagi tadi.Dah takder bunyi krok krok cuma kadang kadang batuk dan bunyi kahak ja.

Terima kasih atas doa kalian semua.Sungguh terharu.Walau kita tak pernah berdua namun doa kalian amat berharga buat kami sekeluarga.terima kasih juga yang sudi memberi petua.Sedikit sebanyak memang membantu dalam menguruskan si kembar ni.

Mereka berdua kini amat aktif.Asyik memanjat.Pantang jumpa benda yang tinggi pasti nak di panjatnya.kadang kadang sofa.almari pun nak.Pernah juga terjatuh.Makin kelam kelibut la keadaan kat rumah ni.

Mereka juga dah pandai mengemas.Contohnya lepas basuh kain aku keluarkan kain dari mesin dan letak dalam raga.Kemudian dorang datang dan ambil kain dari dalam raga dan campakkan kat lantai.huhuhu.aku terpaksa bertindak lebih pantas dari mereka.

Mereka juga agak pandai mengagak emosi kita,contohnya bila aku jengilkan mata mereka akan membuat muka sedih seolah olah nak nangis.hehehhe geram sangat time tu.Juga boleh di ajak ketawa bersama.Janji kena layan depa kang dua2 meraung.Tu memang sangat haru.

Ok tu ja update mereka tuk malam ni.. jumpa lagi nanti ye  ^_^

*** terima kasih atas doa semua.Moga kalian juga dilimpahi rahmat olehNYA
Tuesday, July 31, 2012

Somtam Best Ni

Assalamualaikum

Ramai yang bertanyakan kat mana saya dapatkan somtam best ni.Maksudnya gerai dia la kat mana.Entry sebelum ni KAT SINI. (budget ramai sangat yang tanya hehhehe)

Ok bagi warga Sungai Petani gerai yang saya maksudkan tu ada kat tengah tengah sekali. Ini Bazaar Ramadhan yang berdekatan Wisma Ria tu tau.Gerai dia Dekat dek kebisingan lagu tu. Dan untuk menambahkan kebisingan lagi gerai dia pun ada pakai speaker juga promote somtam dan kerabu dia ni tomyam pun ada.

 Nampak tak nama gerai dia.Ady Somtam.Tahun ni bertambah menunya.Asalnya somtam je then tahun ke dua di tambah kerabu kaki ayam, kemudian di tambah dengan tomyam dan sekarang tengok ada kerabu ikan pari rangup pulak
Ni rupa somtamnya ( sori ye dah nak habis baru ambil gambar).

Bagi yang tak tau somtam ni diperbuat dari betik muda dan mempelam dan di tambah juga sedikit kacang panjang, kacang tanah (yg di goreng) udang kering (yg warna merah, kecil2 tu),buah tomato, cuka, garam, cili dan yang lain tak pasti bahannya.

Semua bahan tu di tumbuk manja dengan lesung kayu (besar juga lesung dia ni).Bila petang memang beraturlah menunggu giliran.Pernah kena tahun tahun lepas tapi sekarang tidak lagi.hehehehe.

Kerabu kaki ayam dia pun sedap tapi tak sempat la nak ambil gambar.Semua dah masuk mulut. muahahaha.Tomyam dan kerabu pari tu memang aku tak pernah try lagi. Belum berminat kang try melekat lagi.

Yang aku tau tiap tahun ni la tempat dia.Tak Pernah berubah dan lepas ramadhan tak tau pulak dia berniaga kat mana :)

*** Promosi percuma untuk gerai ni sempena bula ramadhan.

Psssst : harapnya INTAN BERLIAN jumpa la ye gerai ni kang jenuh la


Tuesday, July 31, 2012

Awas kesan buruk merokok sebaik berbuka

Assalamualaikum

Al Ain: Berbuka puasa dengan menghisap rokok boleh membawa maut, kata seorang pakar yang menggesa orang Islam membuang tabiat merokok ketika Ramadan.

Perbuatan merokok boleh memberi bahaya kepada seseorang yang berpuasa kerana anggota badan mereka cuba untuk pulih selepas tidak minum atau makan dalam tempoh yang lama, katanya.
Pakar itu juga menekankan, perokok dikira bernasib baik sekiranya mereka tidak mempunyai masalah jantung berpunca daripada tabiat berkenaan. 




Merokok adalah perkara buruk yang dilakukan seseorang terhadap badan mereka terutama selepas berbuka puasa di bulan Ramadan, kata seorang pakar perubatan dalaman di Pusat Perubatan dan Klinik Emirates di Al Ain, Dr Riaz Ahmad Minhas.

Disebabkan berpuasa, badan amat memerlukan air, glukos dan oksigen. Sebaliknya, merokok boleh menyekat saluran darah, menghalang aliran oksigen yang diperlukan. Merokok pada waktu kritikal juga boleh menyebabkan darah menjadi beku.

Ini boleh menyebabkan pembuluh darah tersekat sekali gus meningkatkan tekanan darah, spasms (kesesakan arteri) mengganggu degupan jantung dan meningkatkan kolesterol.

Ia boleh menyebabkan perokok maut. Sebab itu, perokok perlu berhati-hati dalam perkara ini, kata Dr Minhas.


Sumber : berita harian

*** Kalau masih nak merokok juga tak tau lah nak cakap apa lagi

Tuesday, July 31, 2012

Kami Bergegas Ke Hospital

Assalamualaikum

Tatkala orang lain berpusu pusu ke masjid untuk menunaikan solat terawikh kami pula bergegas ke hospital.Ini kerana keadaan Haziq yang agak kurang memuaskan.Sampai je kat kawasan emergency kami bergegas turun dan setelaah di check di bahagian saringan terus Haziq di suruh masuk keruangan asma.Nampaknya agak ramai patient semalam.Tapi haziq di utamakan.Setelah di check oleh beberapa doktor mereka mengesahakan yang Haziq hanya batuk berkahak biasa dan bukannya asma.

Kami Laki bini heran.Dah la bernafas dengan bunyi yang maha kuat dan dada berombak kencang tapi di katanya takde apa.Namun syukur alhamdulillah.Mungkin ketakutan yg membawa kami ke sana.Dia Sangatla aktif.

Haziq cuma di beri ubat kahak dan ubat penat.Hmmm risau betul.Saat entry ni di buat pun bunyi kahak dia amat la kuat kedengaran.krok..krok..krok.. nampak tak selesa sangat nak bernafas. 

*** 1st time bersiaran dari rumah hehehehe...