Tuesday, January 29, 2013

Tuesday, January 29, 2013

Demam Dapat Perangai Baru

Assalamualaikum

Baru ni saya ada cerita kat uoll semua kan yang Dable H demam.Tau tak lepas demam tu Mula la bermacam perangai.

Balik sebelah petang tak nak masuk rumah nak main kat luar.Kalau masuk rumah juga dorang akan meraung sekuat hati macam di pukul gitu gayanya.Jadi takmo bising2 En. Ad bawa ronda ngan motor keliling taman jadi tersenyum la dorang.Saya pula dapat masak dengan aman kat dapur ^_^

Satu lagi sekarang dorang suka berebut benda yang sama walaupun ada dua benda yang sama tapi tetap nak yang satu tu juga.Tetap nak berebut.Kalau Hazim ambik dulu kemudian Haziq akan datang dan cuba berebut juga bila dah dapat di bawa lari. Adess mokcik pening kepala...

Lagi satu kalau di pegang benda tu jangan di ambik dari tangan dia kalau tak memang meraung la jawabnya.Pastu kalau bagi balik pun tak mau dah.Semua di baling.Adess mokcik bertambah pening.

Dorang juga tak bagi mama masak kat dapur, tak bagi mandi, tak bagi kemana mana hanya duduk dengan dorang saja.Bukan duduk kat sebelah tapi buat benda lain tapi duduk dan layan dorang hhehehhe. Tapi yang bagusnya kalau mama solat dorang tengok je pastu turut sujud sama.Alhamdulillah....

Sekarang dorang agak cergas dan pantas bergerak jadi mama dan abah pun sama pantas dengan dorang... kalau tak hahahha siap la kami berdua kerjakan rumah ^__^


Monday, January 28, 2013

Monday, January 28, 2013

Tiada lagi dagu berlapis

Assalamualaikum

Dulu kan saya pernah buat entry ni cara nk hilangkan dagu berlapis sebabnya masa tu dagu saya berlapis.. tapikan amatlah malas saya ni.

Bagi petua segala macam tapi semua tak di amalkan.tahu tak camner dagu saya kembali normal.Hehehehe saya sapu FELINNA INCHLOSS tau uoll.Mula mula tu agak teragak agak juga nk letak ke tak.. banyak kali pula pikir kat situ.Akhirnya baru ni saya buat keputusan untuk letak...

Dalam masa beberapa hari je dagu kembali kepada keadaan asal.Alhamdulillah takde la mokcik nak malu lagi lepas ni hehhehehe... tak nak tunjuk gambar...tak lawa mana pun kekekeke Kalau berminat nk mencuba meh dapatkan dari saya sms kat sini 012 4003624 @ boleh like page https://www.facebook.com/syielashoppe  hehehe sempat lagi nk beriklan maap ye ^_^

Ok ni nk cerita saya sedikit tersentuh pada sambutan maulidur rasul hari tu.Dalam ramai ramai yang menyertai perarakan di kawasan bedong sungai petani ni saya ternampak seorang nenek yang di tolak cucunya (berkerusi roda). Saya terharu tanpa kata sehingga nak mengalir juga airmata.Tahniah pada cucunya itu kerana sanggup menolak neneknya sehingga habis perarakan itu..

Cukup terharu bila tengok budak tu dan neneknya.. serasa tak nak alihkan pandangan ke tempat lain pulak. Seharian asyik pemandangan yang sama bermain di mata 






Wednesday, January 23, 2013

Wednesday, January 23, 2013

DrSneez Krim Selsema Dan Resdung

Assalamualaikum

Selepas saya pos Entry Demam+Selsema+batuk hari tu saya ada mention yang saya sekeluarga menggunakan DrSneez. Ramai juga yang bertanyakan DrSneez tu apa,tak pernah tau pun sebelum ni.OK mai rapat rapat dekat dekat ye tuan tuan dan puan puan.Saya nak story sikit pasal DrSneez ni.

Kalau uoll rakan saya yang syoran saya guna DrSneez ni.Masa tu kan saya selalu pos kat sini yang Si kembar Dable H tu selalu kena flu dan selalu juga melarat sampai kena ambik nab.So dia syorkan saya pakai DrSneez ni.Saya beli satu tib dan pakai ngam2 tahan setahun dan habis.. hehehhe jimatkan.Sebabnya dia sapu sikit je kat hidung.Kadang kadang saya tumpang bila resdung menyerang ^_^

Ni sedikit Info tentang Krim DrSneez ni

Krim Drsneez menggunakan Teknologi Thrudemal-Teknologi Resapan Terkini yang 

dibangunkan di Malaysia. Hanya sapuan yang sedikit diperlukan untuk mendapat 

kesan diperlukan.

Kegunaan krim drsneez:

1. Melegakan selsema & hidung berair

2. Meleg
akan hidung tersumbat

3. Melegakan batuk akibat kegatalan tengkok

4. Mengurangkan kahak

5. Mengecutkan jerawat

6. Merawat gigitan serangga

7. Melegakan gatal2 sekitar mata & t
elinga

8. Merawat resdung

SESUAI UTK BAYI, KANAK-KANAK & DEWASA

Cara guna:

Selsema sapu bila perlu

Batuk sapu pada leher (kawasan lekuk di leher)

Kahak sapu pada dada

Sapu pada Jerawat & gigitan serangga

Resdung sapu berterusan 2 kali sehari pg & malam pd kawasan t zone.


kuantiti yang diperlukan untuk setiap sapuan.Ini untuk dewasa ye.kalau baby nipis nipis je.



Harga : Rm50 kuantiti 10ml Berminat sms 012 4003624... 

nak info lebih panjang lebar lagi korang klik page fb kat sebelah tu.. kemudian korang klik

 album DrSneez... korang view gambar satu persatu...kebanyakan info ada di sana ye ^_^



Pada saya kan.. kalau korang ada resdung dan ada anak anak kecil tak rugi beli

 DrSneez ni.RM 50 je tapi tahan lama sebab kuantiti yang kita gunakan tu 

amatlah sedikit.Nak nak pula kalau anak anak yang dok kat taska/nursery 

memang mudah berjangkit selsema ni

COD area SUngai Petani dan Gurun serta kawasan sekitar.. bagi kawasan alor
.
 setar,pendang,jitra dan Pokok sena.. call dulu ye.. kalau saya balik alor setar 

jika jumpa tuk COD.. nak senang pos je ^_^


Wednesday, January 23, 2013

Juga Hampir Terbakar

Assalamulaikum

Tak habis habis dengan cerita terbakar ni.Ni nak cerita tentang jiran selang sebuah rumah saya.Dalam pukul 10pagi saya dapat col dari En.Ad tanya da no fon jiran ni tak (kita namakan dia sebagai A) saya cakap takde selalu sembang camtu2 je..saya kata tanya pak aji depan rumah dengar citer wife dia sekampung ngan wife pak aji tu.En.Ad cakap la sebab dorang tak da la col mama ni huhuhu.Syiela tanya kenapa pulak apahal yg kalut2 ni. Ni ha nk bgtau rumah dia terbakar bomba dah mai pun.Dah potong pintu belakang takut ada barang berharga kat dalam rumah kang kena curi.

Alamak Syiela takda no fone dia tapi tau dia kerja kat mana dekat je pun dengan tempat kerja syiela.SO dengan pantas syiela bergegas ke tempat kerja dia.Tanya sana sini akhirnya dapat no fone dia.Bila dapat contact dia bg tau la yg rumah dia terbakar.Dia amat terkejut dan suruh tolong masuk bilik utama sebab dia ada simpan cash dalam rumah.. banyak pulak tu huhuhu.. Saya maklumkan balik dengan En.Ad dia dengan jiran tetangga berjaga jaga kat situ sementara tuan rumah sampai..

Rupa rupanya Si A ni panaskan makanan semalam tapi lupa tutup gas.Keluar pergi kerja camtu je.Nasib la ada jiran belakang rumah perasan.Asap memang dah berkepul2 keluar.Kalau sekali tengok tu memang macam dah hangus dah terus dorang call bomba.Alhamdulillah bomba sungai petani cepat dan tangkas dalam menjalankan tugas.Sekejap sangat dah sampai. 

Bila bomba dapat masuk dalam rumah rupanya periuk dia dah hangus tunggu nak meletup ja lagi.Alhamdulillah kalau bomba tak tangkas pasti tong gas meletup dan semestinya mereka ke seluruh bangunan.Kami kawasan rumah kos sederhana.Kalau terbakar 1 memang cepat merebak ke rumah lain.Alhamdulillah sekali lagi kami berada di bawah lindunganNYA.

Bermula dari situ kami semua dapat pengajaran dan semua jiran tetangga bertukar tukar no fone...


Tuesday, January 22, 2013

Tuesday, January 22, 2013

Sikit Lagi Nak Terbakar

Assalamualaikum

Rabu lepas berlaku kejadian yang agak mengerikan juga menakutkan buat keluarga kami.Ceritanya bermula begini.Seperti biasa jika En.Ad balik awal makanya dia akan ambil Aiman dan Iqbal dulu.Jadi sepeti hari hari yang sudah bila sampai di rumah si abah ni berehat kat ruang tamu, manakala anak2 sibuk bermain atau cari apa apa untuk di makan kat dalam peti.

Nak dijadikan cerita Syiela balik kerja, sampai rumah dalam pukul 5.35pm Syiela ada bau hangit sikit.So Syiela mencari la serata tempat kat mana baunya.Jengah juga kat luar kot kot ada jiran bakar sampah tapi takda la pulak.

Dalam dok musykil tu En.Ad cakap tu bau dari rumah sebelah kot, kebetulan masa tu jiran sebelah rumah takde..tapi yang makin musykilnya bila masuk bilik Aiman dan Iqbal bau benda terbakar makin kuat.Jenuh mencari bawah katil,bawah almari semua takde pulak kesan terbakar.

Lepas maghrib En.Ad hantar la budak berdua ni Aiman dan Iqbal ke kelas Iqra'.Selepas tu En.Ad balik Saya tengah tidurkan si kembar ni.Tetiba En.AD buka pintu bilik kalut kalut (gelabah) tanya adik dua dua dah tidur ke (masa tu dah dekat pukul 9pm). Syiela cakap dah kemudian dia kata jom keluar sat.Syiela pun ikut je la.Kemudian dia cakap tutup pintu bilik tu takut satgi adik jaga(hati mula dah raa dup dap dup dap).

Kemudian dia bawa syiela ke bilik Aiman dan Iqbal.Rupanya tilam dorang dah terbakar (bukan menyala hanya berbara camtu ja...tapi tilan dah dekat sebelah dah terbakar).Masa tu tuhan ye yang maha mengetahui betapa terkejutnya Syiela.Kemudian EN.AD angkat semua barang barang yang terbakar tu ke luar. Syiela kalut curah air nk padamkan api.Kemudian En.Ad pergi ambil dorang balik dari kelas Iqra' dan bawa mereka ke belakang untuk tengok hasil yang mereka buat.

Mereka berdua memang terkejut gila tengok tilam dan bantal yang terbakar tu.Bila tanya rupanya si Iqbal main pemetik api En.Ad.Dia cakap masa dia petik tu tak menyala pun cumanya masa dia petik tu dia ambil bantal tutup kepala dia kononnya nanti sapa sapa tak nampak la.Aduhai anak nk marah benda dah jadi...Hasilnya kami hanya bagi nasihat secara keras (agak menekan kat situ, takut perkara yang sama berulang)

Ya Allah jauhkanlah kami dari sebarang malapetaka... Lindungilah kami sentiasa Ya Allah... 

Mood : masih fobia jika teringat!

Monday, January 21, 2013

Monday, January 21, 2013

Demam + Selsema + Batuk

Assalamualaikum

Hujung minggu yang sangat lemau.Bermula dari Iqbal batuk2 dan selsema (berjangkit masa di taska) kemudian Hazim pulak.. The next day Syiela dan Pagi tadi Haziq pula.

Dalam badan penat kena la juga ambil kisah pasal hal rumah tangga.Nak masak lagi nk kemas lagi.. Masak main campak2 ja sebab mama dah sakit kepala.Hehhehe mood M juga menjelma jadinya makan ubat dan zzzzzzzz saja. 

Nasib la DrSneez membantu.Kalau takda DrSneez tu rasanya memang tak tidur malam la bila Dable H selsema.Namun syukur alhamdulillah dapat juga tidur dengan lena...

Jika anak batuk boleh juga sapu DrSneez ni di lekuk kerongkong.Mudah mudahan batuk reda...Rasanya sekarang ni musim demam + selsema dan batukkan... huhuhu 

Dulu saya hanya pengguna produk DrSneez ni tapi bila tengok hasilnya dan anak2 pun sesuai so sekarang saya merupakan pengedar sah DrSneez.Sedikit Info tentang DrSneez ni

Krim sapuan DrSneez sesuai digunakan pada semua peringkat umur dari bayi, kanak-kanak hinggalah dewasa. Pada peringat bayi membantu melegakan selsema dan hidung tersumbat dengan cepat. Krim ini juga dapat meringankan masalah ibu bapa yang mempunyai anak-anak yang sukar untuk makan ubat. Malah krim sapuan lebih selamat berbanding ubat yang perlu dimakan terutama ubat selsema. Ini merupakan salah satu matlamat DrSneez untuk membantu menyelesaikan masalah selsema dan gejala resdung di mana ia MUDAH, CEPAT, dan SELAMAT digunakan. SELAMAT MENCUBA.

Bagi yang berminat nak dapatkan DrSneez harga hanya RM50 +RM 6 (pos).. sms 012 4003624

Jom like page Syiela syieladbeauty